Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

1-3 Zulhijjah | 19-21 Nov (Khamis-Sabtu)

Posted by H. Fansuri on Wednesday, November 18, 2009 , under | comments (2)



3 Zulhijjah | 21 November (Sabtu)

Pagi, ketika bersarapan Kaktie call, "Abang nak balik raya ni hari apa? Kakti tolong belikan tiket."

Aku pun mencongak hari. 25 Nov mungkin sesuai. "Naik dari Jalan Duta, sebelah malam," aku membalas. Menamatkan sebuah tulisan dan akhirnya menonton filem Hum Tum, lakonan Rani Mukherjee.

Rani Mukherjee, cintaku yang ke 2,758 sebelum berhasil kulafazkan isi hatiku kepada Lindsay Lohan dan Megan Fox. Aku mengenali si Rani ini ketika dia mula meletup dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

Tapi, apa kan daya, Shah Rukh Khan yang 'dan' sambaq dia dulu dalam filem tu. Cheh! Bededah!

Ladki Kyun


Bukan Tuhan yang beri kita peluang, tapi kita sendiri. Ini ayat-ayat power yang sempat tangkap oleh pendengaranku. Menonton filem-filem Hindi ini banyaklah menumbuhkan ilham-ilham baru untuk mengarang puisi, mengarang cerpen dan berkarya kreatif, selain menyanyi sendirian saat menunggang motosikal.

Gore Gore Say Chore


Rupanya, pasangan 'couple' ni ada masalah mahu luahkan rasa cinta masing-masing. Aku terfikir satu perkara. Kalau ahli-ahli Pas ini benar-benar cintakan jemaah Islam mereka, kenapa mereka tidak berani luahkan rasa peduli mereka ke atas hal-hal yang boleh jatuhkan imej jemaah Islam?

Nabi bersabda, "Bantulah saudaramu yang dizalimi dan menzalimi." Sahabat bertanya, "Kami faham nak bantu saudara yang dizalimi, tapi bagaimana nak bantu saudara yang menzalimi?"

Sabda baginda, "Mencegah penzalim dari terus menzalimi, maka itulah cara membantunya."

Syahadan... aku lihat Cikgu Pa dah banyak menzalimi wartawan, pekerja Harakah secara dia tak sengaja. Bakkah hanya bawa petugas media melancong sana-sini, sedangkan kita nak melancong tu, bila-bila pun boleh. Bakkah di Harakah tidak boleh berfungsi seperti Kesatuan Sekerja.

Cikgu Pa telah menjadi zalim secara tidak beliau sedar. Aku harus membantunya seperti baginda menyuruh umatnya membantu si penzalim agar tidak meneruskan kezalimannya. Satu-satunya orang yang berani bercakap begini adalah AKU! (Insya Allah...)

Ya Tuhan... Berikan daku kekuatan untuk membetulkan keadaan yang pincang, goncang, goyang dan goyah. Argh!! Betapa menebal 'tension', menjalar kepedihan hati ini ketika tidak ramai orang yang tahu maksud baik diri ini... Urgh! Urgh! Urgh!

Dan...Urgh! Harga emas naik lagi dan daku pun bertambah risau. Semalam tidak sempat lagi nak beli. Ish! Sekawah resah sudah bertakung di dada. Ada baiknya kurawat rasa 'tension' ini dengan sebuah lagu Hindi... he... he... he...

Chak de saarey Gham


########################

2 Zulhijjah | 20 November (Jumaat)
Mak call, kakti sudah ada dekat KL, tetapi dia tak datang dengan kereta. Dia ada exibition di Mid Valley. "Ali kena beli tiket bas kalau nak balik raya nanti," kata mak. Lalu, aku pun sms Kaktie, kalau-kalau dia nak tengok wayang free.

Sang penyair Nizam Shah call, rupanya hari ni ada perhimpunan penyair nusantara sampai Ahad lalu ingatanku yang keruh berkarat, telah jernih semula. Kerja menimbun dan tugasan merimbun aku pun sampai boleh terlupa..

Akhirnya kakti call tadi, memberitahu kedudukannya dan tempoh jangka masa di KL. Sampai 24 November ni dan kumpulan penyelidik mereka akan patah balik ke USM.

Malam
Nizam Shah call lagi, dan aku keluar bertemu grup penyair dekat area kedai mamak DBP. Tidak jadi meronda-ronda kota raya malam ni. Tetapi, yang penting, sempat bertemu JSO of M'siakini, bincang-bincang dengan dia, kalau-kalau boleh masuk artikel kat sana.

"Boleh saja, isu Melayu dan Islam, sastera, budaya, mahasiswa..." katanya JSO. Dia juga minta aku berbual dengan FAO. Aku perlu masa yang panjang juga guna merenung dan fikirkan hal-hal 'Reform Pas' ni. Semoga hang berjaya la Fansuri!

"RM80 satu artikel," kata JSO. Tak pa lah. Koman, koman, malam ni, salah satu daripada usaha 'Reform Pas' telah bermula dan berhasil mencapai matlamatnya!

Balik SPKB, tergerak hati untuk berfoya-foya di Jln. Yap Ah Shak. Ternampak Dato' M serta abg Zack. Tapi, kali ini dia tidak lagi dikelilingi wanita-wanita bergetah yang boleh diupah. Malam ini, aku melihatnya bagaikan seorang 'Godfather' pula.

Lepas sorang, sorang mai jumpa dia, duduk berbincang kat meja dia. Macam dia mengepalai satu perancangan pula. Musykil betul daku. Siapa dia ni? Dia boleh control budak-budak Melayu yang liar. Dato' berketurunan India ini fasih loghat utara. Telinga lintahku cuba mencuri-curi dengar.

"Panggil Amy," kata Dato' M. Maka bertali arus orang pergi berjumpa dia lepas satu, satu. 1:59 a.m, Dato' M dan juak-juak, konco-konconya dah keluar restoren sambil mereka melilau melihat amoi-amoi. Aku pulang, meneruskan perjuangan yang belum selesai (salut Dr M, ini semua hasil pemerintahan saudara! Dan, saya pun ikut terlibat sama! He.. he..)

########################

1 Zulhijjah | 19 November (Khamis)

Dapat satu panggilan daripada seorang kakitangan Abim tentang suatu bengkel mereka bersama ‘newspaperman’ di Bangsar.

"Kalau abang jadi pergi, kami nak sediakan surat pelepasan dan sijil," katanya. Aku terus angguk menyatakan persetujuan setelah berfikir tak sampai seminit.

Perkembangan terbaru semalam – terjumpa Facebook Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas, FB Dato’ Dr Siddiq Fadhil. Dr Siddiq ada blog yang dibuat oleh salah seorang peminatnya, yang didedikasikan kepadanya. Wah, ini sesungguhnya satu perkembangan menarik juga.

Aku rasa, blog untuk Dr S.M.N al-Attas pun perlu dibangunkan juga. Entah sudah ada ke belum, aku pun tidak tahu. Kalau belum ada, rasa teringin nak buat, tapi khuatir juga jika bersawang nanti.

Bloggers yang nak ikuti pemikiran al-Attas memang kena tahu jadual kegiatan al-Attas tu lah. Kalau siapa-siapa yang minat nak buat, boleh kita pakat-pakat tubuhkan satu pasukan sama-sama.

BN Sri Gading insaf hal Kartika
Melihat BN Sri Gading diwawancara pada 10 pagi ini, 19 November, di TV1 RTM dan ia membangkitkan persoalan sejauh mana mahkamah syariah benar-benar bebas dalam membuat keputusannya? Hal ini terkait kes sebatan yang diputuskan ke atas Kartika.

“Kalau mahkamah sivil jatuhkan hukuman, kemudian ada orang bangkitkan, maka orang akan berkata, ini menghina mahkamah, tapi adakah boleh kita kata orang yang pertikai mahkamah syariah ini juga menghina mahkamah?

“Ini penting supaya orang tidak lagi pertikaikan hukuman syariah di negara ini,” katanya lagi. Ada baik juga kalau orang-orang kita dapat jumpa BN Sri Gading ini untuk bincang untuk bantu Kartika yang sehingga kini tiada pembelaan baginya.

Sedang membuat terjemahan, baru aku sedar, sepatutnya dah boleh tamatkan hari ni, tapi aku fikir nak tamatkan minggu depan. Jadi aku lebihkan puisi dan pendekkan terjemahan. Minggu depan dijangka tamat dan aku pun MERDEKA! (opss.. lupa, merdeka buat sementara)

Bagi meraikan kemerdekaan minggu depan, ayo kita dengarkan lagu ini...

Diana Haddad - Amaneh


Malam
Selesai terjemahan, bos minta bawa edisi Harakah (50 naskhah) ke Ampang. Aku dengar bacaan darahnya masih belum surut. Kasihan betul. Dia tak boleh ambil '4 benda putih' - nasi, roti, gula dan santan. Juga, kami berkongsi cerita dalaman parti.

Sempat aku tekuni tulisan Pak Subky Latiff yang terbaru. Lalu, dia pun mengulas sedikit hal itu. Dia juga tidak berkenan dengan langkah MB Selangor Khalid Ibrahim yang lantik Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji sebanyak RM1 sebulan.

"Nak tunjukkan apa sebetulnya? Nak tunjuk kita tak tamakkan harta sampai tak kisah mahu kerja tanpa gaji tinggi?" tanya bos. "Gajikan betul-betul macam penasihat."

Menurut bos, orang yang bekerja tanpa gaji itu yang patut kita hati-hati. Dia rujuk kes Perwaja, ada RM46 juta (??) dan ada pejabat yang tak wujud. Entahlah, aku tak fasih sangat bab ni. Yang kufaham, biar gaji penasihat tu macam Abdullah Md Zin, penasihat Pak Lah, gaji setaraf menteri.

Bos juga menegur kepimpinan parti sekarang yang sibuk bertengkar sampaikan terlupa hendak manfaatkan waktu selama 2, 3 tahun sementara nak tunggu pilihan raya 2012. Zzz...

28-30 Zulkaedah/16-18 Nov (Isnin-Rabu)

Posted by H. Fansuri on , under | comments (0)



30 Zulkaedah / 18 Nov. (Rabu)
Baru bank-in duit yang kuterima semalam dari bos. Melihat emas ni dah naik mendadak. Aku terpaksa memaksakan diri ini untuk beli 2 Dinar sekali gus untuk menjimatkan wang juga.

"RM1,059 untuk 2 dinar," demikian kata sang kerani. Betulkah aku dah nekad nak beli? First time buat keputusan yang mendebarkan.

Tadi agen Pendang Sq call, harga lot RM383k lalu aku pass kat abah dan akhirnya abah tak jadi beli. Kata abah, "Kedai yang satu tu pun dah tak larat nak jaga."

Seharian ini juga aku bermenung, bertenung dan merenung sebuah wajah kehidupan - sejak Isnin, Selasa termasuk hari ini, sudah kerja apa yang aku buat? Kerja orang juga yang aku buat, sampaikan aku tak sempat buat kerja aku sendiri. Duit banyak keluar dan duit masuk makin kurang.

Bos sakit-sakit, tak dapat buka internet untuk 'up' bahan-bahanku. Ish nak kiamat betul la masa ni. Setahun seperti sehari... dan sesaat bagaikan kilatan api, demikian maksud satu hadis nabi.

Rupanya, banyak sungguh bebanan kerja yang kita kena buat ni, termasuk juga kerja orang yang kita kena buat. Ya Allah bantulah daku!

Tensionnya, terasa usia makin meningkat dan banyak kerja yang terbengkalai dan sia-sia begitu saja. Tu pun, masih ada masa nak tengok movie lagi tu...

Jom pi tengok! - http://www.cinema.com.my/contests/contest_result.aspx?cid=70

############################

29 Zulkaedah / 17 Nov. (Selasa)
Berkubu di bilik, masih meneruskan pertapaan. Semalam, terima tugasan dari bos untuk taip tugasannya. Nampaknya berharian aku kena bertapa di SPKB ini.

Malam ini, setelah selesai hantar bahan yang bos minta, daku pergi ke rumahnya di Ampang. Bacaan darahnya dah turun ke paras 25.8 mmol/L, mem. Syukur, alhamdulillah, ada perubahannya.

Setelah menyerahkan kembali segala bahan rujukan, aku pulang ke SPKB. Di dalam 'khutbah' bos malam ini, dia menegur isu pensyarah yang menurutnya, telah pun gagal mencetak pelajar mereka dengan baik. Semangat dan azamku bertambah membara nak jadi pensyarah. Ameen ...

Bos meminta aku fokus kepada penulisan buku berhubung pengalaman hidupku dan dia. Dia beri juga duit pengeras semangat. He.. he.. macam bomoh pulak daku ini.

############################

28 Zulkaedah / 16 Nov. (Isnin)
Kelmarin, baru nak keluar ke Memorial Tun Abdul Razak, tapi hujan tiba, menghalang. Petang, aku dapat panggilan bos. Pi rumah dia kerana menyiapkan tugasan, tengok biografi Dr M di History Channel dan akhirnya tolong buka lampu di atas rumah dia.

Kami singgah di Rafiyah dan bos bercerita mengenai akhbar Harakah sebagai akhbar berkebajikan. "Syed Shahir cakap, kena jadikan akhbar ni settle masalah kecil di negeri-negeri Pakatan Rakyat...," kata beliau.

Dan, banyak lagi semburan idea nya. Cuma, masalahnya sekarang nak kena cari wartawan yang benar-benar berjiwa berkebajikan. Aku boleh apa!

Hari ini Citi Bank call, menawarkan kad kredit. Soalan, "Ada apply kad kredit Citi Bank tak sebelum ni, Pernah apply May Bank?" Aku nafikan. "Ada tolak EPF?" dia bertanya lagi. "Saya kerja sendiri," jawabku. "Register company."

"Oh, sudah lebih dua tahun?"

"Ya, dah lebih dua tahun."

"Ada tolak income-tax?"

"Belum tolak lagi."

"Oh, sorry, kalau macam tu tak boleh... bye."

Fuiyyoh! Banyak lagi nak kena belajar untuk berdepan dengan pihak bank nih. Ada siapa-siapa kawan-kawan kerja kat bank tak?

25-27 Zulkaedah/13-15 Nov (Jumaat-Ahad)

Posted by H. Fansuri on Friday, November 13, 2009 , under | comments (7)



27 Zulkaedah/15 Nov (Ahad)

Semalam, abah dah call, penyata akaun syarikat Bank Islam sudah sampai di rumah. Bagus. Dah ada dua penyata dan perlu diaktifkan akaun syarikat.

"Abah simpanlah, nanti Ali balik, simpan penyata tu," kataku. Kelemahanku yang paling ketara ialah disiplin untuk dokumentasikan bahan-bahan.

Alhamdulillah, semangatku beransur pulih. Dah jumpa juga akhirnya tulisan-tulisan yang 'hilang' di HD. Fuh! Lega! Thank you Allah! Semangat dah puih sedikit... Hilang sedikit rasa nak marah-marah kat orang ;) Nah! Inilah lagu saja-saja untuk hiburan pengunjung.

Bukan ku tak sudi


Mulai esok, aku simpan azam untuk 'serang' pengarang-pengarang untuk mengepung pemikiran massa. Gerakan Reform Pas perlulah bermula segera. Insan-insan yang lemah dan melemahkan Pas mesti segera diganti dan diperbaiki

Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS'


Melihatkan Rosmah Mansur bercakap mengenai 'kepimpinan wanita' dalam rancangan Apa Kata Wanita di RTM pagi ini, hatiku dibalut keresahan. Mahathir tak berani tegur Rosmah yang kawal Najib seperti dia berani kritik Khairy Jamaluddin yang mengawal Pak Lah Badawi.

Mimpi merepek jumpa Pak Lah dan Najib Razak
Semalam aku mimpi merepek. Mungkin aku terlalu ingin menjatuhkan Najib, menyebabkan aku termimpi-mimpi. Tidur 'awal' selepas menonton tayangan larut malam di TV3, membawa mimpi bertemu Pak Lah dan Najib Razak.

Dalam mimpi itu, daku sedang berjalan-jalan di dewan pameran. Mereka berdua sedang menjaga sejenis serbuk berwarna-warni. Aku sempat pegang serbuk-serbuk dalam pinggan mangkuk itu.

"You ni bukan Ali ke?," kata Najib Razak kepadaku seolah-olah meminta kepastian. Orang cakap kalau lembaga dalam mimpi tu boleh bercakap, itu bukan mewakili rohnya, tapi roh gelap. Kalau roh orang, dia tak akan bercakap apa-apa. Tapi... alamak Najib dah kenal aku. Tak boleh jadi nih!

Aku terdiam, cuba semyembunyikan identiti, tak ingin Najib mengesan siapa aku. Kemudian tiba giliran Pak Lah menyapa aku, dengan lembut dan ramah, "Tak pa... Jom la pi minum-minum..."

Pak Lah nampak very friendly. Tapi dia bercakap. Ertinya, itu roh gelap juga? Ish musykil betul. Aku dan Pak Lah juga turun dari bangunan itu, menuju ke sebuah cafe. Najib tak ikut kami.

Nampak teman rapat yang berjanggut. Nak ajak depa minum sekali dengan Pak Lah, tetapi depa nampak sibuk. Tetiba Pak Lah hilang. Aku jenguk surau, nampak dia bersolat, hampir nak sujud. Lalu mimpi tamat di situ saja. Apa maknanya mimpi aku tu?

Andaikan mimpi ini tidak mengarut, maka inilah persoalanku - Apasal Pak Lah ajak aku minum? Apakah rahsia yang Pak Lah cuba nak beritahu aku? Kisah Altantuya? Cerita mengenai C4?

Dalam Apa Kata Wanita tadi (hos Zamzarina), Rosmah ditanya, "Apa pandangan Datin tentang bai'ah Pas untuk ceraikan wanita?" Mujur dia tak jawab. Maybe dia terlupa atau tak reti jawab.

Ahah! Pagi ni boleh pergi ke Memorial Tun Abdul Razak untuk buat penyelidikan. Mungkin juga mimpi semalam dengan Najib dan Pak Lah menyeru aku menggali lebih banyak rahsia khazanah negara yang terpendam. Jeng... jeng... jeng... selamat jalan, keluar dulu... adios

Selamat Tinggal (pamit) - Broery Marantika


###############################

26 Zulkaedah/14 Nov (Sabtu)
Selepas berdepan dengan azab ke’tension’an yang melanda diri ini, ya masa sengsara ini, (maksudku tempoh sekatan-sekatan ke atas tulisanku ini) entah bilakah akan berakhir?

Kalau aku fikir terlalu lama, tak jalan kerja-kerja. Harus aku disiplinkan diri, membuat rancangan dalam senyap. Musuh terlalu ramai yang mengintip tulisan, musuh luaran yang SB tu mampuih pi la… aku pedulik hapa!

Ingatkan, bila keluar USM, sekatan menulis sudah berakhir. Rupanya tidak. Bila sekatan berlaku di USM, hatiku jadi rusuh dan ketika itu pula rakan-rakan dok minta kita jangan menulis lagi. Terus aku seranah, tiba-tiba mereka menjauhiku.

Sorry friend, ana perlukan rakan, bukan ‘rasoh’. ‘Rasoh’ ada bermacam wajah. Ada yang melemahkan kita secara tak sengaja, tapi dia tetap kawan. Ada yang nak lemah semangat kita, dalam masa yang sama, dia dok sembang kemaih, berlagak seolah-olah dia berani.

Kalau nak ceritakan semua bentuk wajah dan rupa paras, ni boleh tebal jadi satu buku. Ya inilah yang dinamakan ‘rasoh, rakan tapi musoh’ (istilah arwah A Samad Ismail). Mereka ramai, tidak terhitung. Pak Samad tentu ada asas yang kukuh, kenapa dia sampai perkenal istilah ini. Mungkin dia juga mangsa dan banyak berdepan dengan ‘rasoh’. Agaknyalah.

Mahaguru kewartawananku, T. S. Lanang berulangkali mengingatkan hal ini ketika daku mengadapnya, dalam tempoh terakhir aku di USM. Inilah sebahagian khutbah, kuliahnya.

“Kalau kamu nak minta pertolongan, kenal dulu dia tu sebenarnya siapa, musuh atau pun kawan,” kata guruku yang pernah menjadi ikon kontroversi di USM sekitar 1970-an dulu.

PAS akui wujud bai'ah laknat


Maaf kalau agak kasar. Kadang-kadang orang besar dalam parti pun boleh jadi rasoh juga dan tinggallah orang Pas bawahan yang berjuang menaikkan bendera itu menjadi mangsa rasoh. Nak cerita kenapa sesetengah pimpinan jadi rasoh, kena buka gelanggang baru.

Sebab itu di awal pangkal surah al-Baqarah, setelah Allah s.w.t perihalkan sikap mukmin, kemudian diperihalkan kisah orang kafir, lalu diperpanjang kisah orang munafik – musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, duri dalam daging.

Tengok! Orang Melayu pun dah sediakan ungakapn macam-macam bagi memperihalkan sikap musuh dalam selimut ini.

Ketua Mafia Michael Corleone (Godfather II) pernah marah-mara kerana rancangannya dihidu oleh orang dalamannya sendiri.

Dan, kebetulan musuh dalam selimut itu adiknya sendiri. Mike (panggilan mesra Michael Corleone) akhirnya mengupah orang membunuh adiknya sendiri. Tapi, aku bukan Mafia.

Sedang menulis ini hujan turun. Hujan yang kerap turun dan berita TV yang melaporkan banjir gelombang ke2 yang kini melanggar Kota Setar, Padang Terap dan jelmaan mimpi lalu kerap hingga semula di kepala.

Bumi akan berputar dan semua ini bakal tenggelam, tetapi manusia tidak tahu, di mana kesilapan mereka. Ini yang bahayanya. Pesakit yang tidak sedar dirinya sakit.

###############################

25 Zulkaedah/13 Nov (Jumaat)
Hari ini hidup aku bergelumang dengan kesedihan. Angka hari ni pun 13. Cuba kutendang keluar dan kuusir tanggapan mengarut itu.

Banyak dah tulisan yang dah dipadam di HD. Aku tak dapat nak 'claim'. Kejam betul puak-puak ni. Dulu, nampaknya masih ada saki-bakinya. Kena tukar strategi nampaknya.

Bos call, perlu siapkan tugasannya. Maaf la ya syeikh, nak bantu diri sendiri pun terhegeh-hegeh, nak bantu orang lain, lagi rumit. Nak taip pun rasa bosan dah la ni. Hantar-hantar tak naik-naik, kalau ada orang nak kita menulis pun, semua nak kita menulis secara percuma.

Kononnya tiada sekatan. Tetapi, kaum penulis menuntut lebih dari itu. Bukan saja tiada sekatan, malah duit pun kena ambil kira juga. Dulu, aku di Siasah, dapat gaji bulan-bulan, tak tuntut pun kat H Daily. Kalau nak aku tulis free, boleh.. tapi pastikan aku kerja tetap dulu.

Bai'ah talak: Bukan rasmi dari PAS


Bila dah banyak sangat sekatan, aku nak jawab bagi pihak Pas pun tak dapat. Kalau dunia ini dah kurang orang yang jaki dan dengki, dunia ini berubah menjadi syurga yang abadi.

Sory teman-teman, aku berbicara, menulis dan mengarang dalam keadaan jiwa yang tak tenang.

Maghrib. Keluar isi air mineral, fotostat I.C untuk 'submit' borang rumah kos rendah DBKL dan melihatkan emas naik tadi, hatiku jadi risau. Semalam nampak turun. Isk... isk... isk...

Tetapi, alamak, rupa-rupanya harga emas hari ini tak ikut harga kelmarin (Khamis). Harganya menjunam ke RM521 pulak. Kenapa harga Jumaat tak follow harga Khamis macam selalu? Apa pun kenyataan bahawa Jumaat is lucky day memang tepat dan aku dah sesiakan peluang itu!

NY of BH call, tak sempat jawab - so sorry bro! Nas sms - Upsi lambat posting, tiada kesempatan untuk kujawab lagi. Haidi call, nak turun KL, tapi tak jadi. Akhirnya Khai - nak hantar kad nikah, oke, selamat pengantin baru.. maaf, kita tak boleh gelak ketawa dan bergurau seperti dulu.

Suasana berubah, usia meningkat dan masa berlalu begitu cepat, nak buat apa pun tak larat dan tak sempat, terpaksa perang dengan ramai pengkhianat dan ramai pula orang menyekat. Urgh!

22-24 Zulkaedah/10-12 Nov (Selasa-Khamis)

Posted by H. Fansuri on Tuesday, November 10, 2009 , under | comments (4)



24 Zulkaedah/12 Nov (Khamis)

Semalaman bertungkus-lumus menterjemah. Dalam jangkaan aku, mungkin dua minggu lagi akan tamat RWR ni. Fuh lega.

Hidup tenang tanpa campurtangan orang luar. Sejak semalam juga sudah ada perancangan macam-macam. Mana satu aku nak cekau?

Mungkin di dinding SPKB ni kena letak papan putih juga untuk tunjukkan gambaran mengenai projek-projek apa yang harus dicapai.

Ya, bila dah tenang selepas hantar, rasanya boleh aku buat transkrip di Sandakan. Tapi, alamak.. daku berasa tape tu, aku dah tinggalkan di pejabat Jalan Pahang. Sebab, puas aku cari, tetapi tak jumpa-jumpa juga kat SPKB ni. What to do? Kena refer kak ya balik ni ...

Hartanah baru?
Berbual di Facebook, seorang banker di Indon offer xxx hektar lahan di Pekanbaru. Tapi, tang ni aku confuse sikit. Takut-takut kita deal dengan orang yang salah. Sapa tau..ada berapakah nama Pekanbaru di Indonesia ni selain dari Padang?

Esok ni aku kena 'perang' dengan pengarang-pengarang tertentu. Kena buka wilayah dan daerah baru. Kesuraman iklim intelektual di JPB tak memungkinkan idea-idea membenih dan bertunas!

Idea pun bagiku adalah sebahagian daripada hartanah juga! Sebut tentang hartanah, aku terfikir harga emas. Silap perhitungan, harga emas esok tetap ikut hari Khamis. Alahai aku silap lagi, tapi tadi tengok harganya dah jatuh. Harap-harap ia jatuh terus Sabtu ni. Dan Isnin terus beli! Amin!

Ish, rasa tak semangat je bila pic SPKB dah hilang dari blog ni. Apa yang tak kena? What to do?

##############################

23 Zulkaedah/11 Nov (Rabu)
Ke DBKL, kununnya nak ambil borang untuk beli rumah berharga RM35k dekat area Kerinchi, Pantai Dalam... etc tu. Tiba-tiba ...

"Rumah tu untuk penduduk asal di situ jer," kata kerani wanita itu dan aku pun ambil juga borang tu sebab percuma. Mana tau kalau dapat rumah area lain sama.

Dekat DBKL Kg Baru tu ada sebuah restoren. Aku makan-makan di situ sambil memikirkan apa yang mesti aku buat dengan emas hari ni yang melonjak ke paras RM523. Tadi call ar-Rahn, dan depa kata, "... kelmarin RM521." Nak tunggu Jumaat, my lucky day, tapi kalau naik.. tak best la.

Dah jumpa Memorial Tun Abdul Razak! Yes!
Hala balik, tersesat entah ke mana. Then sampai area Masjid Negara. Ringkas cerita, terjumpa Memorial Tun Abdul. Cantikkk!! Memang betul kata Prof Bakar Hamid, tempat ni sesuai untuk buat penyelidikan mengenai Tun Abdul Razak. Rupa-rupanya, 'kesesatan' ada indahnya juga.

Tapi kalau kita tersesat masuk ke jalan Ayah Pin, Haji Kahar Rasul Melayu dan apa-apa lagi, kita jangan sesekali tinggalkan solat. Di situ ada doa keramat - "Tunjuk kami jalan yang lurus!."

Jadi, jikalau sesat macam mana pun, tetapi dalam keadaan kita masih bersolat, maka i'Allah akan temui jalan yang lurus semula. Sebab tu, Iblis menyeru orang-orang ni bahawa mereka telah pun sampai ke darjat maqam tertinggi - tak perlu solat. Ini dilakukan supaya orang yang tersesat itu, terus-menerus kekal berada dalam kesesatan.

Kalau boleh buat penyelidikan tentang TAR ni, mungkin senang dapat duit dari Najib kot. Habis RM7 juta, duit Putera Saud tu dapat ke Rosmah. Tapi aku rasa, mungkin boleh dapat duit Putera Saud tu balik kot. Apa-apa pun, biarlah strategi ini dirahsiakan.

Dr A sms-13, 14 November ni ada Seminar Intelektual Muda Asasi. Aku kena bersedia walaupun turn aku bentang kertas kerja dah tamat.

Hari ini, abah dan Masyi call - apakah aku ada tiket untuk balik raya haji? Tapi, abah minta balik dengan Kakti. Tadi, lalu kat pejabat Tabung Haji. Memang hati aku dah digerakkan Tuhan untuk menabung sikit demi sikit. Minggu depanlah aku buat urusan di Tabung Haji tu.

Balik malam - siapkan terjemahan ...

##############################

22 Zulkaedah/10 Nov (Selasa)

Ke Kelana Jaya, menebus tiket 2012 dan Ninja Assasin. Rupanya dah memang tayangannya malam ini.

Untuk 2012 - daku dapat 2 tiket free, pelampung 2012 dan t-shirt hitam. Untuk Ninja - dapat buku nota, poster ninja dan sekeping pass untuk 'redeem' dua tiket.

2012


"Filem 2012 tu ditayang malam ni," kata apek. Fuh! Mujurlah ikut gerak hati nak tebus tiket itu hari ni. Kalau tidak, tak sempatlah mahu tengok. Baru teringat, malam ini ada forum kat Kolej Darul Hikmah, Kajang, berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan isu semasa.

Ini confirm nak kutuk geng Wahabi. Ish, walaupun aku pro-syiah, tapi tak sampai hati nak balun wahabi. (Ish! Orang gurau saja daa, nanti antum ingat, ana sudah jadi syiah pula, abislah ana!)

Aku terfikir nak rawikan kisah aku dengan Ustaz Asri di USM dalam Detik Daily. Hasrat itu juga kusebut kepada ALO semalam, kisahku dengan ALO dijangka siap dalam masa terdekat, i'Alloh!

Turun tangga Cinema Online tadi, ada syaitan berbisik di hati, "Ente tak payah pergilah ke KDH tu, pi tengok wayang dah la!" Ish la... jahat bebenor iblis syaitan ni. Masihlah digoda lagi diri ini.. Syoh! Syoh! Syoh! Hampeh sungguh!

Teringin nak beli Beri Biru (Blueberry)
Sampai Kg Baru, singgah Warung 1Malaysia. Buat sedikit catitan di dalam buku hadiah yang aku dapat tadi. Di warung ni ada Wifi, daku terasa mahu beli Beri Biru (Blueberry) rasanya. Mudah la sikit ber'facebook' dalam rangka menjatuhkan Najib Razak lewat facebook ni.

Maghrib, terus ke Damansara. Rupa-rupanya, hal bumi nak banjir ni memang la sudah diketahui kerajaan sedunia. Amerika dan beberapa kerajaan sedunia dah siapkan lima buah bahtera untuk bawa haiwan ternakan di China. Demikian menurut jalan cerita 2012 itu.

Ramai sungguh yang pi tengok rupa-rupanya. Depa nak tahu kiamat tu jadi macam mana kot? Lepas tu, sekuriti ketat sungguh! Buat pertama kalinya, depa tak bagi penonton masuk bawa hp ke dalam panggung wayang. Jadi, kami kena letakkan hp kami di tempat yang khusus.

Penonton bertepuk sorak gembira ketika menonton babak kapitalis Rusia itu menghidupkan enjin kereta dengan suaranya. Ada unsur jenaka dekat situ. Buat pertama kali, aku rasa filem ini akan jadi suatu fenomena. Aku menjangkakan ia akan hit!

Aku terperasan sendirian ketika muka hero itu mirip wajahku dan kapitalis broker peninju Rusia itu, mirip wajah Najib Razak. Laa...Hangpa gelak apa? Bukan satu jenayah dan dosa, jika kita dok perasan sendirian bahawa muka kita seiras pelakon Bollywood, Hollywood, Mollywood, he... he...

Tapi itu bukan persoalannya-persoalan awal-benarkah menjelang 2012-bumi ini akan tenggelam atau mungkinkah ini cuma bayangan ketakutan Barat seperti kes Y2K dahulu?

Hala nak balik terlihatlah kelibat blogger Sang Gedembai. Wah! Dia pun tengok jugak. Maknanya blogger ni pun tumpang semangkuk juga untuk menonton kehebatan filem ini.

Matahari kita semakin dekat?
Kisah bermula apabila Satnam, seorang saintis di India memberitahu seorang saintis di Amerika mengenai penemuannya berhubung kejadian aneh sekitar matahari. Peristiwa ini mengundang pertanyaan di benakku. Mungkinkah pakcik di Kelang dah nampak matahari kita ada problem?

"Matahari dah semakin dekat dengan bumi," kata pakcik ketika kami merungut tentang panas memijar, menjalar ke tubuh. Aku kena tanya Abu Yahoo dan Ibnu Google berkaitan hal ini.

Ada dua kemungkinan saja. Maybe ramalan Kaum Maya (tamadun terawal) ini benar atau salah. Kalau salah sekali pun, tiada masalah. Tapi, macam mana kalau betul?

Daku tinggalkan catatan ini dengan dua hadis nabi. Sabda nabi, "Berusahalah di dunia ini seperti mahu hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah seperti kamu akan mati esok hari."

Juga sabda nabi, "Kalau kiamat tiba dan di tanganmu ada segenggam biji benih, maka tanamlah ia." Jangan disuruh Najib Razak syarahkan hadis ni, apatah lagi Rosmah.

Baru dapat USD 2 juta (RM7 juta), terus dilabur ke badan amal. Tak terlintas nak bagi kat IPT atau nak langsaikan hutang bebudak yang terhutang dengan PTPTN walhal dia Canselor Unisel.

Pelik juga, kalau duit tu Putera Saud nak beri kepada rakyat Malaysia, salirkanlah dekat Menteri Kewangan, Najib Razak, merangkap PM 1Malaysia itu. Awat Rosmah, si bini Najib dapat duit tu? Apa kedudukan Rosmah dalam kerajaan ni? Urgh! Urgh! Urgh!

Dia wakil kerajaan ker? Macam Khairy Jamaluddin je aku tengok. Mahathir pun tak berani kritik Najib tentang Rosmah sepertimana dia kritik Pak Lah dalam kes KJ. Rakyat lani tak nampakkah macam yang aku nampak nih!? Tensionnya aku... Urgh! Fikir-fikirkan... dan selamat beramal...

Untuk menghilangkan tension yang membelit diri ini, baik aku layan klip video ini ... Urgh! Urgh!

Cinta Bandar Tasik Selatan

19-21 Zulkaedah/7-9 Nov (Sabtu-Isnin)

Posted by H. Fansuri on Friday, November 06, 2009 , under | comments (2)



21 Zulkaedah / 9 Nov (Isnin)
Kumpul duit siling dan cukup RM100, tukar dekat stesen LRT Kg Baru dapat RM50. Nak tukar duit siling RM50 di Restoren an-Nur tokey pulak tak ada. Kalau dah cukup, boleh beli emas.

Semalam, hantar bahan ke BH, tengok apa terjadi. Isu judi tikam nombor ekor, kalau tersiar, aku cuba lobi di Parlimen, lobi orang-orang tertentu setakat yang termampu.

Don Fahmi beritahu ada tanah di Mukim Sg Buloh, tersiar iklannya dalam blog The Malay Press.

The Fall of the Ottoman Empire


Tiba-tiba terjumpa klip video yang baik juga. Blog ni, blog Anai-Anai dan lain-lain yang sewaktu dengannya cuba merungkaikan misteri. Tapi, kenapa aku tak nampak watal-watak mereka ni?

Nak juga jumpa-jumpa, bertukar-tukar fikiran. Malas dah baca ni. Lambatlah! Kalau mendengar dan bertukar-tukar fikiran, maklumat cepat dapat. La ni, nak tulis pun malas. Sebab, tulis-tulis pun bukan nak tersiar sangat. Bila tak tersiar, tak dapat duit. Jadim buang masa saja.

Manusia pula, ramai yang ambil kesempatan bila tengok kita tak boleh menulis ni. Ada yang jemput kita menulis di laman depa, tapi duit tak de. Ada yang ajak buat sekali. Tak boleh... tidak sama 'writer' dengan 'updater'. Orang yang menulis tak semestinya boleh update laman.

Aku rasa depa dah silap paham ni. Nampak kita ini boleh menulis, depa ingat kita boleh 'update.' Tapi silap aku juga. Aku punya tabiat, tak boleh kata tidak pada setiap harapan orang. Aku kena belajar untuk menolak selepas ni. Kalau tidak, berlaku masalah ke atas aku sendiri.

###########################

20 Zulkaedah / 8 Nov (Ahad)
Hishammuddin Hussein minta Najib Razak masuk campur untuk menangani pergolakan MCA tapi Najib tolak Kata Najib, biar MCA minta dia sendiri masuk campur.

Tambah Najib, dia takut kalau MCA kata beliau ingin merampas kuasa dan pelbagai telahan lagi. Adakah Najib sedang menunggu Mahathir campurtangan dalam MCA seperti Mahathir lakukan ke atas MIC ketika berperang dengan Samy Vellu dulu?

Semalam satu dunia menyaksikan Pas telah bergolak, lupakan kita bahawa pergolakan dalam BN tak kalah hebatnya? Di sepanjang jalan kehidupan ini, terbentang dua persimpangan jalan.

Adakah kita ingin terus kekal sebagai penonton yang setia memerhatikan sampai bila-bila, atau menjadi golongan yang cuba bertindak untuk merawat keadaan yang pincang?

Yang bermain bola sepak antara Negeri 9 dengan Kelantan semalam cuma sekitar 20 orang saja. Tapi, yang marah-marah sampai terbakar stadium adalah penonton.

Semalam juga ada orang chat dengan aku tentang isu pergolakan dalam Pas dan seorang lagi sms sampai ke malam tentang ketidakpuasan hatinya ke atas Dr Maza yang ditangkap atas dakwaan tiada tauliah. Tapi, bila kuasak, "Bersediakah hang kritik Dr Maza seperti yang dok sms ni?"

"Ish, aku tak berani lagi kerana takut nanti jadi lebih pecah-belah ... etc...," katanya. Lalu, saya jawab balik, "Lepas ni, kalau hang nak sms, call aku tentang Dr Maza macam yang selalu hang dok buat, baik tak payah, kalau nak sembang hal lain, oke..."

Yang sedang chat di YM tu, kutanya juga dengan soalan lebih kurang sama. Lalu dijawabnya, dia akan menulis secara umum kemudian terpulang kepada pimpinan Pas sama ada nak terima atau tidak.

Hmm... masih tak ramai orang yang nak tulis, kupas secara mendalam dan fokus, sentuh isu pun secara am, general saja. Orang bawahan Pas ni bukan berani nak kupas isu EGM ni lebih-lebih.

Macam mana nak bagi mereka berani? Makin rigid orang-orang bawahan kerana diperbodohkan pihak-pihak atasan. Keberanian adalah asas awal budaya ilmu.

Aku tension ni. Lebih ramai yang suka jadi penonton daripada berjuang menyelesaikan masalah. Macam mana aku nak lepaskan ketegangan ni selain berfoya-foya di Jalan Yap Ah Shak? Baikku tonton dan menikmati klip video ini ... Urgh!

Rossa - Pudar


###########################

19 Zulkaedah/7 Nov (Sabtu)
"Mana boleh buka kepada semua?" kata bos ketika menjelaskan kedudukan Seminar Politik Pas tu kepadaku semalam di Rafiya.

"Hanya terhad, terbuka kepada para perwakilan Pas saja. Tak kan nak masuk semua? Lagi pun, tak kan semua rahsia dalaman parti perlu diketahui semua orang?"

Ceh! Aku ingat terbuka untuk semua. Ingatkan slogan Pas untuk semua ni, menggambarkan parti ini boleh menampung dan menakung segala macam pandangan dan aliran. Daku pun dah terlanjur cakap kat kawan-kawan yang seminar tu terbuka untuk semua. Sorry ya syeikh! Ana silap paham.

Ahah! Ka Ching! Ini bermaksud aku ada alasan untuk buat seminar Pas, PKR, DAP dan lain-lain parti komponen Pakatan Rakyat dan ia akan terbuka buat semua. Eksklusif juga Pas ni.

Hari ini H. Daily dah buat pembaharuan seperti yang bos cakap. Bila aku tengok hari ini, ruangan Politik Kampus dah tak ada dan begitu juga ruangan sastera. Aku tidak boleh 'claim'' duit dan tak boleh nak kembangkan lagi pemikiranku dalam kedua-dua ruangan ini.

Aku rasa bicaraku dahulu kepada bos semasa di Siasah tahun 2005 dulu memang ada kebenaran juga. Bos tanya cita-citaku, aku kata nak jadi pensyarah, nak sambung Master dan Phd.

"Masuk IPT, ada Auku, bermacam halangan, kalau terus jadi wartawan nanti boleh terkenal," katanya. Kemudian, aku lihat hal tak sihat dalam akhbar berhaluan kiri termasuk pengurusan.

Sampai sekarang aku tidak pernah disahkan jawatan sebagai wartawan. Masuk pula OSM (baca terbalik) dan AR yang dah busuk hati dalam akhbar, lagi pening kepala aku. Sampai ke sudahlah jawatanku sebagai wartawan tergantung. Sebab itu, rasanya baik aku masuk kampus semula.

15-18 Zulkaedah/3-6 Nov (Selasa-Jumaat)

Posted by H. Fansuri on Tuesday, November 03, 2009 , under | comments (2)



18 Zulkaedah | 6 Nov (Jumaat)

Hujan di tengah jalan, sementara nak pergi Inspem, menyebabkan daku lewat di sana. Isi borang dan akhirnya dapat bincang dengan Dr R mengenai penyelidikan.

"Borang ni kena bagi kat Dr Mad Rofa," kata beliau ketika aku serahkan borang untuk bertugas sebagai penyelidik. "Sebabnya, dia ketua projek."

Minum petang dengan Rohaizat, daku baru tahu Inspem masih menumpang. Mereka kini dalam usaha menubuhkan bangunannya sendiri dalam program RMK10. Inspem tertubuh pada 2001. Dan, Rohaizat bersama kawan-kawannya adalah perintis saat Inspem mula-mula dibuka.

Mala dari Asasi call, "Meeting esok pagi batal, ditunda ke tarikh lain, apa pun, kami beritahu." Yyiiihaa!!! Ini bererti, aku boleh pi Seminar Politik Pas esok! Ayuh berjihad membela kebenaran!

NADAMURNI - SUNNAH ORANG BERJUANG 1


Mendengar lagu, membaca bait-bait lirik, terasa segar diri ini untuk membuat REFORM PAS!



Iyah! Pejuang, tidak harus takutkan sebarang celaan dan cercaan para penzalim dalam parti Pas!

Dunia Baru Islam


Semoga lewat Reform Pas ini, Dunia Baru Islam akan terjelma. Selagi mana dua tiga kerat yang bermasalah itu masih ada, sulit nak dibina Order Dunia Baru Islam (New Islamic World Order)!

NADAMURNI II - Selamat tinggal ibuku


Sebenarnya, nasyid tentang ibu ini tiada kaitan. Cuma memohon restu ibuku, mohon doa semoga REFORM PAS ini akan berhasillah hendaknya. Ameen ...

Mendengarkan nasyid-nasyid ini, semakin rasa kuat dan bertenaga untuk berjuang esok, Hidup Melayu, Merdeheka, Takbir, Allahu Akbar! Hidup 1Malaysia! He.. he.. he..

###################

17 Zulkaedah | 5 Nov (Khamis)
Hari sibuk. Tak sempat juga nak tamatkan terjemahan. Berkurung juga aku dalam SPKB sampai ke malam!

Bos call, baru kusedar ada panggilan, tapi sudah terlewat. Tiadaku sempat menyahutnya. Dalam ke'bz'an, lupa balas balik. Sorry bos!

Mala dari Asasi call, "Jadi datang mesyuarat Asasi?" Aku angguk dan mengiyakan; menyatakan persetujuan saja. Tak berapa lama baru teringat Sabtu ni seminar politik Pas di Taman Melewar. Aduh, gi mana ini? Nak ke meeting Asasi or Seminar Politik Pas? Oh! 7 November yang suram...

Waaa....sedenya, tak jadi nak bantai Cikgu Pa! Apabila istikharah, aku fikir lebih baik kulabuhkan pengkalan akliahku di UKM saja. Selamat tinggal alam politik kepartian...

Tiket filem 2012 PERCUMA!
Ahah! Ini berita baru yang kuterima - Sesapa yang nak pergi tengok filem 2012 secara percuma, sila layari DI SINI - (daku mendapat hadiah pertama). Cepat-cepat call diri ini. Ahaks!

Ya, lama dah tak sebut harga emas. Inilah dia harga emas terbaru, tengah naik sekarang nih!

Dinar We Sell We Buy (Public Dinar)
1 dinar RM 545.00 RM 512.00
5 dinar RM 2711.00 RM 2562.00
10 dinar RM 5399.00 RM 5129.00
Last updated 06/11/09 2:35 AM

DINAR SELLING BUYING (Dinar Kelantan)
2 Dinar 1027.00 917.00
1 Dinar 520.00 464.00
1/2 Dinar 266.00 237.00
1/4 Dinar 139.00 124.00

###################

16 Zulkaedah | 4 Nov (Rabu)
Pi ke KLCC, redeem hadiah di Digi. Naik ke TGV, tonton Jennifer's Body. Saja nak tengok Megan Fox berlakon macam mana.

Rupa-rupanya, di sebalik kisah seram ini, ada isu cult, ajaran sesat dan kumpulan kugiran, pemuzik yang menyembah syaitan untuk cepat popular. Teringat kes si Awie yang marahkan Akil Hayy kerana isu keterlibatan artis dengan ajaran sesat.

Buku-buku terbaik
Di Kinokuniya, aku terjumpa buku-buku berikut (kalaulah boleh terjemah atau ada terjemahan di dalam bahasa Melayu oke juga) - The Freemason in America (H Paul Jeffers), ada pertanyaan yang menarik dalam buku ini, "Why Texas has been called ''the Masonic Republic?"

Aku teringat dulu, syarikat hartanah Kingbury nak buka tanah di Texas juga. Hairan, kenapakah mudah sangat nak beli tanah di situ. Mungkin ada campurtangan Freemason agaknya?

Juga, America's Hidden History (by Kenneth G Davis) dan juga Anti-Intellectualism In American Life (by Richard Hotstadter). Hmm.. Bagus untuk dibuat terjemahan juga.

Di Kinokuniya ada rak yang khas tentang buku-buku yang menulis isu tahun 2012 sebagai tahun kiamat. Juga, aku bertemu buku Atlantis, kununnya ada tamadun hancur tenggelam di bawah laut. Macam kes bandar purba yang terkambus di bawah Tasik Chini la kot?

Mimpi laut, tsunami
Teringat mimpi kakiku dok pijak-pijak tanah selut hitam, tepi pantai ketika air laut pasang baru-baru ni, mungkin laut bukanlah terkait dengan tsunami dan gempa bumi sangat, tapi juga berkaitan dengan politik jugak kot?

Pakcik mimpi tsunami lima negeri - akhirnya lima negara dilanggar tsunami lalu rebah ke tangan Pakatan Rakyat.

Pergolakan Dr Maza dengan Dato' Nakhaie Ahmad, adakah masih serpihan mimpi berkaca yang terkait dengan pergolakan tsunami dalam mimpi juga?

Ish, sedang aku menaip, RTM bawa laporan tanah runtuh. Ke tanah-tanah selut yang jatuh kena pijak tu adalah gambaran tanah jatuh? Daku kini fenin, fenin, fenin, urgh!

Semalam abah call memberitahu yang ceknya dah clear. Jadi, 'lebihan' duit dalam akaun syarikat tersebut datang dari mana. Pelik-pelik... fenin, fenin... dengan semua teka-teki kehidupan...

Jawapan kepada semua ini membikin jiwaku sakit. Aku tak boleh cari jawapan mengguna akalku lagi. Dulu pakcik cakap kena guna hati. Imam al-Ghazali selalu cari jawapan guna akal sampai dia sakit-sakit. Aku cari Champa, tak jumpa-jumpa, ada jugak la sesekali menjengah dalam mimpi.

Tapi, itu semua tak pernah jelas, belum cukup, tak memadai, please help me... urgh! Tapi, Imam Ghazali akhirnya berkhalwat setelah akalnya gagal cari jawapan. Ish tang ni aku lemah ni. Bukan masa aku lagi kot nak pi berkhalwat di gua-gua ni? Urgh!

###################

15 Zulkaedah | 3 Nov (Selasa)
Sepatutnya ke Inspem hari ini, untuk isi borang. Tetapi, daku tunda kerana mahu selesaikan hal peribadi. Bila difikir-fikirkan, terasa rugi pula.

"Jumpa Dr. Rohani, isi borang ..." seorang petugas di Inspem sms kepadaku. Oleh sebab aku tak dapat datang, pertemuan itu dibatalkan. Adus! Ruginya...

Tebus 2 keping dinar emas Kelantan-RM630.60. Aku ingat RM640.80. Murah sikit. Lepas tebus emas ni rasa 'kemaih' ja sebab dok rasa dapat balik aset kita. Huh! Kapitalis betul aku...

Ke Seng Heng kat Diamond Sq. untuk cari pita perakam, depa kata tak dak. Aku jadi buntu, kat mana aku boleh beli pita perakam ni? Akhirnya, jumpa sebuah kedai elektronik di Chow Kitt. Di situ, harganya RM188. Rasanya, oke jugak harganya.

Akhirnya aku pi Bank Islam, bank-in cek semalam dan draw RM300 untuk beli pita perakam. Di kala itulah cik pyanz call, mengajakku bergebang dekat Rafiyah.

"Kawan aku di PWTC, kerja dengan Umno di bahagian grafik ja, gaji RM8,000 sebulan," kata bekas kartunis ini. Sambil mengeteh, berbangkit isu cerpenku Hikayat Musang Berjambang dan Gedung Kartun, milik Zunar. (Teringat aweks PWTC - adakah betul aweks or penyamar?)

"Depa letak gambar Najib, dok pegang bendera Mongolia, memang kena ban la," katanya lagi. "Patut letak muka Samy Vellu ka, Soi Lek ka dulu, tak dak la kena rampas. Dah jadi la gu ni, nak bayar gaji kartunis macam mana?"

Banyak idea dan angan-anganku terlepas sebab lambat beraksi. Dulu pernah aku tasykil kat dia, jom la buat komik, dia kata renyah, tengok...Zunar dah start.

And then, aku baru dok terhegeh nak buat NGO, kunun nak buat seminar kelemahan Pas a.k.a Seminar Malaysia Baru. Tapi, idea tu dah disambar Pas ketika EGM digantikan dengan seminar.

Pengajaran baru - lain kali buat je terus, cari kawan-kawan dan terus laksanakan. Bak kata ALO, dalam kontraktor dan business ni, 'know who and know how' (kalau tidak, memang hau la..), kata cik pyanz, ramai kontek maka banyaklah job yang dapat.

Aku teringat Dinsman, orang kuat Paksi. Lalu aku beritau cik pyanz bahawa aku mahu wujudkan majalah Sastera Pembebasan, biar majalah ini jadi lidah rasmi Paksi. Bahan-bahan dalam mel-e sastera.harakah@gmail.com cukup banyak! Mungkin boleh ambil daripada situ juga.

Kewangan tu, mungkin kita boleh berkira dengan 4 buah negeri Pakatan Rakyat, Perak (opss..da jatuh ke BN daa..) Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Boleh juga kita bangunkan laman sesawang Sastera Pembebasan untuk Paksi.

"Get ready sajalah," kataku kepada cik pyanz yang bekerja sebagai grafik dan layout Siasah tu. "Kalau jadi, maybe ada job sikit kot untuk cik pyanz jaga layout, tapi tak jamin la jadi ke tak."

Namaku Abel Fansuri Roznovski, seorang kapitalis dalam drama bersiri Kane & Abel atau aku ini seorang bakal taikun media seperti yang diwatakkan dalam Citizen Kane yang menguasai segala bentuk media dan akhbar ternama di Amerika pada era kegemilangannya.

Dan sekarang, daku menggunakan tulang empat keratku, mengerahkan segala otot dan segenap kebijaksanaan otakku yang bergeliga guna membuat urusniaga yang menguntungkan! Tapi kena ada sokongan kawan-kawan yang jenis penulis juga, kalau tidak ... bungkus terkambus...

12-14 Zulkaedah/30 Okt. - 2 Nov (Jumaat-Isnin)

Posted by H. Fansuri on Friday, October 30, 2009 , under | comments (2)



14 Zulkaedah / 2 Nov. (Isnin)
Berpagi-pagian dan berpetang-petangan di rumah, menulis bahan. Akal terperap di dalam kepungan bilik dan hati jadi rawan. Selesai godam bahan, baru lolos dari kepungan penjara kehidupan SPKB.

Disiplin, disiplin, disiplin. Tiada disiplin, tak boleh menulis. Petang tadi keluarkan duit. Kununnya nak beli pita rakaman. Mendung hujan tidak mengizinkan pergerakanku. Huh! Sekejap je ni duit ini akan habis kubelanjakan, terbang melayang kerana bayar itu dan ini; biaya sara kehidupan.

Ke pejabat untuk bayar duit kutu, RM100. Sempat hantar dua bahan tadi di print dan daily. Kes Dr Maza dan isu tahanan ISA di Sandakan, Sabah.

Tadi, naik ke bilik bos. Nampaknya, tulisan itu mungkin sukar mahu tembusi pasaran pemikiran warga-warga ahli parti yang tak suka Dr Maza. Aku perlu fikir kaedah lain. Mungkin Malaysian Insider atau Malaysia Kini? Fuh! Lega! Syukur. Masuk cek baru, atas nama syarikat.

Tadi, dengan bos, melayari blog bekas-bekan pimpinan pelajar UM yang aku kenali, dan mereka membantai individu-individu tertentu dalam parti. Fuh! Lagi dahsyat daripada aku rupanya.

"Apalah depa buat macam ni?" kata bos. "Sampaikan hal personal pun dah dibangkitkan habis dalam blog ni."

Tapi, lepas tu dia mengaku juga, "Nak buat macam mana, Pas pun kena terima hakikat, natijah berdepan dengan fenomena media baru."

Oke ... ya syeikh wal syeikhah. Bos ajak minum. Mau minum-minum dulu dekat Rafiyah ...

Oke, sambung balik. Adapun resolusi dan cerita bersama bos banyak sekali. Maka, antaranya ...

1. Dia tanya aku, bolehkah masuk pejabat, ganti tempat Irwan, aku cerita tentang kemungkinan aku masuk R.A. Dia kata, oke lah ... maka keputusannya sudah jelas sekarang. Dan, aku pun buat pengakuan, "Lagi pun, kalau jadi wartawan ni, kita ni dilihat bermasalah dengan pimpinan."

Terus dia jawab, dengan slow nya, "Baguihlah kalau sedar diri." Cheh! Aku dapat rasakan sejak peluru sulung meletus di DD, maka sentiasa terasa ada yang menusuk-nusuk ke kalbuku. Geram dalam diam dalam kalangan pihak tertentu, pasti wujud.

Kemarahan pihak tertentu ke atas kita pasti berbangkit. Tetapi itulah yang perlu kita buat kalau kita mahu jadi 'syahid pertama'. (Yang ni ayat Aqil Fitri dalam Facebook)

Nak buat macam mana lagi? Di universiti dulu, kalaulah aku harap kawan-kawan bangkit sokong aku, memang aku tidak bergerak. Kali ini, nasibku memang sama. Aku sendirian, bergerak solo.

Macam gerila dan Rambo, barulah nampak macho sket! Falsafah perjuangan Rambo dalam filem terakhirnya siap ada madah lagi, "Life for nothing or die for something!"

Tetapi, falsafah aku adalah, "Sama ada hidup senang-lenang sebagai pengampu, atau pun mati sebagai wira untuk jemaah Islam."

Dulu bila kritik HEP atas nama akademik, ilmiah, depa kata aku Pas. Kali ini, mungkin depa kata aku Umno pula. Tetapi, al-Qur'an bagitau - "...la yakhafuuna laumata la'im..." - "..Tidak gentar, takut terhadap celaan, cercaan mereka yang mencela dan mencerca..."

Aku, very clear! Tiada nabi-nabi yang berkompromi dengan kezaliman, tiadalah rasul-rasul yang bergabung dengan Fir'aun, Namrud untuk berkuasa. Mereka tiada mimpi untuk berkuasa kalau terpaksa berkompromi dengan kezaliman.

Rasulullah s.a.w ketika ditawarkan harta, takhta (jawatan, kuasa) dan wanita, baginda bersabda, "Letak matahari di tangan kananku, bulan letakkan di tangan kiriku. Aku tidak akan berundur daripada dakwah ini, sehinggalah aku menang atau pun aku binasa kerananya."

Mustafa Ali a.k.a Cikgu Pa 'berfatwa', "Adapun isu Kerajaan Perpaduan tidak akan berbangkit lagi ..." Aku tak tahu sejauhmanakah 'fatwa' ini boleh mempengaruhi pemikiran ahli Pas. Tetapi, untuk orang semacam aku, ayat ni aku nak baling dalam tong sampah saja.

Tiada sepatah pun aku dengar takat ini bahawa Cikgu Pa minta maaf kerana terlanjur membuat kenyataan yang terkait dengan Unity Government.

Tiadalah kudengar bahawa mereka mohon maaf sebab dah buat kesilapan kerana beriya-iya nak bergabung dengan parti zalim yang sudah belasah tahanan ISA, mengganggu keluarga ISA serta menghukum mahasiswa dengan Auku termasuk melakukan pengkhianatan ke atas bahasa kita dengan melaksanakan PPSMI sebelum ini.

"Ya Allah, gerakkanlah hati ahli-ahli parti untuk mengundi supaya EGM tetap diadakan juga!"

2. Dia meminta aku menulis buku pasai pemikiran dan perjuangan dia. Segala khazanah majalah, akhbar lama dia dah lesap separuh, hilang entah ke mana. Ringkasnya, aku kena menulis biografi tentang perjuangan, pemikiran dan kisah hidupnya. Baik ya syeikh! Enta jangan nyesal. He.. he..

"Enta kena tengok juga buku-buku ana," kata boss lagi dengan 'kemaih'nya (he, he). "Hang dok sembang dengan orang besaq nih!"

3. Dia syor supaya aku menulis secara kreatif, tapi di mana aku nak sumbatkan karya kreatif tu entah kat mana pulak ni? Tiadalah aku bertanya pulak tadi.

"Ana rasa enta ni boleh tulis kreatif la, try la tulis cerpen ka," katanya lagi. Tapi, aku segan nak demand-demand lagi. Biarlah, terjemahan bersiri Rice Without Rain dah masuk bab 15 lepas ni. Hari tu, betul-betul aku tamatkan di hujung bab 14. Bab15 bab yang terakhir.

Bila aku jelaskan novel itu dah dekat nak habis, dia pun kata, "Baguslah, alhamdulillah..." Cheh!

Tapi, aku pun menarik nafas lega juga. Tak lagi aku terkejan-kejan, terhegeh-hegeh nak siapkan bebahan tu menjelang Khamis. Tunggulah sebulan lagi, insya Allah, terjemahan itu akan tamat.

4. Dan banyak lagi, bak kata Dato' Datin Siti Nurhalizah, "Biarlah Rahsia" .. la.. la.. hu.. hu.. hu..

#####################

14 Zulkaedah / 1 Nov. (Ahad)
Bawa CPU naik bas-orang usha pelik je. Elok sampai di stesen Pendang, bas pun dekat nak bertolak dah. Fuh! nasib baik.

Dalam bas sempat ber'sms' dengan Dr A. Ringkasnya, beliau minta datang daftar sebagai R.A di Inspem di UPM minggu depan.

Sampai Hentian Duta sekitar jam 5 petang. Aku terkejut kerana tambang teksi sudah naik paras RM14.30. Dulu, RM11, sebelum itu RM7. Ish, apa dah jadi ni?

"Minyak naik harga ker," aku bertanya 'uncle' berbangsa Tionghua. Dia fasih berbahasa Melayu. Dia mula control-control. Dia hentam PakLah, semua barang naik harga. Harga kicap dulu murah dan semua kegeramannya bercampur-baur.

Kalau nak cerita semua, panjang juga. Rasa rugi juga tak beli pita perakam kecil yang wartawan selalu guna tu. Kalau ada pita perakam tu, boleh kurakam bualan uncle tu tadi. Aku berazam untuk bei sementara duit masih ada. Esok first yang aku beli adalah pita perakam tu.

Kalau korang nak jadi wartawan, khasnya di __, terpaksalah korang keluar duit sendiri sebab di sini, ayat keramat dia 'fi sabilillah saja'. Tapi, kali ni dah ada duit sikit, baru boleh beli, i'Allah.

Dulu nak beli laptop. Macam-macam buat --- minta surat pengesahan jawatan, buat slip gaji, tak juga dapat-dapat. Tapi, dalam masa yang sama, aku diminta buat macam-macam. Ekoran susah mendapat gajet-gajet ini, maka pun bertanya, kalau-kalau ada peruntukan untuk beli gajet.

Jawapannya, "Sepatutnya laptop dan lain-lain alat 'perang' tu wajib ada bagi wartawan."

Masalahnya pendapatanku bukan RM2k-3k. Dan bila aku target angka tu di daily, ada sekatan pula. Aku dah buat reka slip gaji dan buat surat pengesahan, pun fail juga. Bukan tak mahu buat kerja, tapi kita nak kerja, orang pula tak bagi kelengkapan dan kemudahan untuk kita buat kerja.

Ini yang wajib korang lalui kalau mahu jadi wartawan. Hakikatnya, lebih banyak duit yang keluar daripada duit masuk. Minat yang mendalam membuatkan korang cekal, tabah dan berani mati.

"You tau ka, yang you beli kupon teksi tu, you dah bagi saham pada Khairy Jamaluddin," kata Uncle teksi itu. "Cuba check LCCT, KL Sentral, Subang Airport, itu pun dia punya jugak."

Ish, aku tak tahu kalau dibiar lagi, tambang teksi dari Hentian Duta ke Kg Baru naik berapa lagi? Yang sempat aku catatkan tadi - Hentian Duta (HD) ke Pusat Bandar Damansara (RM21), HD ke Taman Greenwood (RM33).

"Sebab itu, saya kesian tengok budak-budak UIA dan UM," kata uncle tu lagi. "Mereka tu dok melengung saja tengok tambang teksi naik melambung."

Apabila aku tanya harga tambang teksi dari HD ke UM dan UIA, maka 'uncle' cakap, kalau ke U. Malaya, tambangnya RM30. Dan, kalau ke UIA pula, tambangnya RM43 lebih kurang.

Rekan-rekan, doakan aku berjaya membawa isu ini ke peringkat atasan. Kata uncle, isu ini JPJ pun takut nak siasat. Iyelah, KJlah katakan. Baru aku teringat. Dalam web 15Malaysia.com yang menampilkan politician dok berlakon tu, tentu korang ingat - Khairy bawak teksi kan?

Malam ini menggodam Facebook, lalu aku nampak sidang media Dr Asri Zainal Abidin vs PGSM.

Sidang media Dr Asri Zainal Abidin vs PGSM


Terlalu awal untuk kita buat andaian. Kita tengok dulu apa yang berlaku selanjutnya.

#####################

13 Zulkaedah / 31 Okt. (Sabtu)
Gunting rambut di Pendang. Abg Kadir, tukang gunting rambut itu asyik bertanya hal kerjaku di lapangan akhbar.

Rasa sulit nak jawab lebih-lebih. Biarlah dia cari sendiri. Petang ini mula ubah harddisk komputer rumah, aku tinggalkan CPU aku di Pendang. Esok, bawa CPU kat rumah ni ke dalam bas, turun ke Jalan Duta. Biarlah orang tengok, nak buat macam mana?

Malam ni menaip dengan laptop abah dan kemudian, acara menonton filem National Treasure di TV3. Aku mahu berehat puas-puas, kumpulkan tenaga untuk esok.

Baru melepaskan peluru kat Malaysian Insider tak lepas-lepas. Detik Daily dah dibom, mungkin kena manfaatkan media perdana pula lepas ni. Mungkinkah Facebook ini bermanfaat juga untuk Reform Pas? (Opss... silap, reform pimpinan partai Pas yang setepatnya)

#####################

12 Zulkaedah / 30 Okt. (Jumaat)
Aku mimpi kakiku memijak-mijak segala selut hitam di tepi pantai. Dan, air laut kelihatan seakan-akan sedang pasang. Apa maknanya mimpiku itu?

Selepas raya malam tu, aku tidur di bilik Imran juga, mimpi air melimpah, aku tengok dari langit, ada jambatan melintang di tengah arus deras air. Tetiba tsunami datang singgah di Padang.

Sempat berbual dengan Zaili dan Wan Zahari sebelum mereka pergi ke sana, membuat liputan. Tak kusangka, jambatan di sebuah desa di bahagian 'front-page' Harakah itu mirip, seakan-akan dengan apa yang kulihat. Bila terbangun, ayat 'palang' menerpa dalam ingatan, rupanya Padang.

Kalender Maya meramalkan 2012, tahun kehancuran dunia, tetapi tahap kesedaran masyarakat ke atas isu-isu alam sekitar ternyata masih di tahap yang rendah.

Ke Alur Setar
Tak jadi pergi hantar makcik Gayah dalam perjalanannya ke Mekah. Pergi Bank Islam A.S, urus kad atm syarikat. Sekejap je dah siap. Hatiku terasa lapang. Tapi, bila tengok baki menggunakan kad atm, aku terkejut, sempat termenung lama selepas keluar bank.

Baki ada RM2K++. Macam mana boleh lebih? Bagaimanapun hasil eksperimen demi eksperimen menyebabkan pengetahuan bertambah. Cek atas nama orang lain rupanya boleh dimasukkan di dalam akaun bank syarikat. Tapi, aku rasa, mungkin abah belum bank-in cek yang aku bagi tu.

Sampai ke tahap ini, aku dah berusaha dan syukurlah aku berjaya. Kalau kusambung study, buat master, mungkin berjaya juga, walaupun terpaksa menempuh banyak kesulitan sebelum ni. Dan, itulah yang sering bermain di benakku ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Dalam hidup ini, ada benda yang kita cuba buat dan kita dapat. Ada benda yang kita buat, tetapi, mengambil masa yang cukup lama untuk kita mendapatnya. Bekal serta modal kita hanya sabar, terus berusaha, semuat keramat, keajaiban dan mukjizat Allah memberi, ganbatte!

Sempat kujejak Lorong Thean Kee (Lorong Tangki). Ada dinding roboh, rumah tidak terurus dan kulihat ada papan tanda, Persatuan Penduduk Lorong Thean Kee. Tapi tak nampak papan tanda sekolah arwah Tok Langgar. Jadi, siapa yang tahu bahawa di situ pernah wujud sekolah lama?

Hari ni abah ke KL, naik bas, hantar Sya ke Mesir. Kata abah, dari KLIA Sya pergi ke Abu Dhabi. Isnin, barulah abah balik. Aku pula, baru beli tiket bas pulang ke KL Ahad pagi ini. Mungkin juga, sempat bertembung di KL Ahad malam kelak.

Selesai fotostat geran rumah kedai abah. Lega, lapang dada rasanya. Tetapi, di Pendang memang masih banyak usaha-usaha pembaikan yang perlu disegerakan. Tandas awam di stesen bas tiada penutup, tetapi nak masuk tetap kena bayar. Begitu juga di stesen Petronas, tandas bermasalah.

Aku fikir, seseorang perlu buat segera tindakan macam Hasan al-Banna, menulis surat-surat dan mengirim kepada pihak-pihak tertentu untuk mengubah masalah yang ada. Dan, orang itu tentu aku. Kalau kita nak ubah dunia, mungkin kena mulakan dengan perkara kecil-kecil dulu.

Ketika perjalanan balik dari Lebuhraya A.S (Selatan) ke Pendang, aku ubah kayu di tengah jalan dan aku fikir, kita kena mesti ada penyapu kecil juga untuk menyapu kaca-kaca yang dilempar di laluan motorsikal di lebuh raya.

Sabda nabi s.a.w, iman itu 70 cabangan, yang paling tinggi dua kalimah syahadah. Paling rendah, usaha membuang perkara yang tajam, kaca, kayu di jalanan. Seorang rakan dapat keistimewaan, dapat berkomunikasi dengan alam, dengan sebab melakukan hal-hal kecil anjuran nabi dengan keikhlasan. Aku berdoa semoga aku termasuk dalam golongan itu.

Balik ke rumah
Zabidi pesan beberapa perkara untuk update di DD. Aku akur. Tak pula dia sentuh hal yang aku tulis semalam. Rasa resah menyelubungi kerana terpaksa aku kritik Presiden aku sendiri. Tetapi perubahan, REFORM mesti terus berjalan. DSAI, LKS dan sapa-sapa pun mesti kena juga.

Tapi, aku tak nampak ada orang yang berani pi ke depan. Takkan aku syahid yang pertama kot?

Kaum ibu bangkitkan isu duit kutu. Lah, mati-mati aku ingat dah selesai. Hari tu cakap lain, yang kudengar dah habis, rupanya bulan ni baru tamat. Nanti daku bank-in Ahad ni, or by-hand.

Kakti tawar kerja sementara di Pusat Arkeologi, USM, gaji RM25 sehari, seperti CSI, membersih debu-debu yang melekat di artifak. Rasa seperti si Dr Robert Langdon dalam Da Vinci Code pula. Bagaimanapun, aku belum membuat sebarang keputusan.

"Sarah dah boleh sebut abah," kata kakti. "Tadi abang cik sekat Sarah naik tangga kat rumah Tok Sik. Lepas tu dia marah kat abang cik, dia panggil ... ab bah!"

Sarah dah boleh sebut ayat penuh, dua suku kata. Aku pernah ajar Sarah sebut 'buah'. Dan, daku sangat berbangga dengan hal itu. Aku fikir perlu diceritakan juga makna di sebalik falsafah buah.

Semalam Hakim buat pertama kali dia dah boleh naik 'baby-walker'. Dan, bila kubalik rumah, dia sudah boleh meniarap, suka melompat-lompat apabila dipegang antara celah ketiaknya. Meneliti semua ini menumbuhkan keinsafan dalam diri. Aku ni sudah tua rupa-rupanya. :(

Cerita Hindustan dinihari tadi sangat mengasyikkan, kisah tentang kerusi je. Kisah seorang lelaki yang membesarkan anak tunggalnya setelah kematian isterinya (Juhi Chawla), menantunya jual kerusi itu kerana cucunya tercedera setelah naik kerusi itu.

Setelah berjaya menghantar anak tunggalnya ke Amerika, (amanat isterinya, Radha sebelum dia meninggal, ialah mahu anak tunggalnya pergi Amerika), lelaki tua ini telah mendaftarkan dirinya di sebuah rumah orang tua. Akhirnya, dia terjumpa semula kerusi pusaka dalam biliknya itu.

Fuh! Sebak betul. Semalam, saat aku menaip bait-bait perenggan terakhir ketika Ned dan Jinda mahu berpisah kerana tidak sehaluan cita-cita dan perjuangan, rasa sebak bergayut di hatiku.

Ned mahu meneruskan cita-cita perjuangannya dalam hutan, mengajak Jinda menjadi komunis. Tapi, Jinda inginkan kehidupan yang biasa, berumahtangga, beranak-pinak, mengerjakan sawah bendang. Antara dialog Jinda yang aku suka ialah ...

"Keadilan dan persamaan, aku tak dapat merasa keadilan, aku tak boleh menghidu, mencium bau persamaan... yang boleh kurasa adalah asam jawa, yang dapat kucium adalah bunga dan aku mahu dapat sesuatu yang boleh aku dapat pegang dengan tanganku."

Kata Jinda atas nama keadilan dan persamaan inilah ayahnya Inthorn mati di dalam penjara dan dia tidak mahu kehilangan lelaki yang dicintainya mati atas kedua-dua perkataan yang sama. Dia tidak mengerti apakah keadilan, apakah persamaan yang tidak dapat dihidu, disentuh, dirasa itu.

Maklum, dara pingitan yang tidak terdedah dengan apa-apa perkembangan politik di ibu kota. Di akhir cerita, pagi itu, mereka masing-masing enggan mengubah fikiran. Cinta mereka terputus di tengah jalan.

Ned bingkas bangun lalu menyandang begnya, lalu memanjat gunung sehingga jauh, lalu dia pun melambaikan tangan sebagai isyarat berpisah.

Pengarang Minfong Ho telah menulis bait berikut, ... Jinda cuba tersenyum walaupun dia tahu bahawa dalam jarak yang jauh begitu, adalah suatu yang mustahil bagi Ned untuk melihat senyumannya lagi.

Oh! Tuhan ... aku jadi sebak ketika menuliskan bait-bait ini... aku dapat merasakan suasana cinta dan air mata yang tidak berkesudahan dan impian cinta yang tak kesampaian kerana perjuangan menjarakkan hubungan antara mereka.

8-11 Zulkaedah/26-29 Okt. (Isnin-Khamis)

Posted by H. Fansuri on Monday, October 26, 2009 , under | comments (1)



11 Zulkaedah / 29 Okt. (Khamis)
Dinihari. Selesai menggodam bahan di DD. Kuharap, pengendali DD buat sesuatu agar kolum dengan design baru itu memudahkan REFORM ke atas Pas.

Aisehmen! Keputusan hasil mesyuarat malam ni di Jalan Raja Laut sudah tersiar. Akan ada satu seminar pula; lebih kurang macam idea yang aku nak buat dulu - seminar menggeledah masalah dalaman Pas untuk dikaji dan dicari usaha-usaha pembaikan dan pemulihan parti itu.

Nak buat macam mana? Aku dah terlambat. Tapi dalam seminar itu, adakah Harakah disentuh? Hmm.. Maybe aku boleh jalankan peranan di sini? Apa pun, buat terjemahan cepat! (3:30 a.m)

Petang ini, Zabidi sms, katanya kolum Catatan Menara dah siap. Dr A, sms, bertanya nak jadi R.A? Kedua-dua sms penting ini, masih belum dapat kujawab kerana Khamis adalah hari kiamat, perlu segera tumpukan terjemahan. Ahah! Aku dah dapat cara baru untuk siapkan terjemahan!

Ka Ching! Biarlah teknologi ini kekal sebagai rahsia. Bila guna cara ni, makin cepat la terjemahan.

Antara kerajaan perpaduan dan Auku, ISA dan PPSMI
Seorang kawan, lewat YM, bertanya apakah Nik Aziz dah nyanyuk? "Ramai pula orang yang dah minta dia meletakkan jawatannya," kata rakanku itu.

Dia mantan Gamis yang pro kerajaan perpaduan. Macam mana aku nak sokong UG yang nanti akan sokong ISA sedang aku anti ISA dengan buku yang daku ingin tulis ni, aku juga anti PPSMI dan aku pernah hampir-hampir ditahan Auku di kampus dulu.

(Walaupun kerajaan kununnya nak mansuhkan PPSMI menjelang 2011 pula, aku tak percaya. Sejak dia kata 2012, pun aku tak gembira. Lepas tu, dengarnya 2016 pulak dah! Macam mana kita boleh yakin, percaya kepada Umno yang merelakan penubuhan kerajaan perpaduan ni?)

Orang yang tak pernah kena Auku senanglah cakap. Cubala cakap isu UG dekat orang yang kena Auku, kalau ada yang sokong UG walhal dia pernah ditahan Auku, bagitau aku. Yang tak pernah ditahan Auku, mungkin senang la nak sokong UG tanpa asas.

Hangpa tak tau betapa deritanya nasib aku dan kawan-kawan yang didera Auku, otak sentiasa ja resah menantikan hukuman yang datang tiba-tiba. Aku tak tahu apa pendirian orang-orang Pas yang sokong UG ni? Adakah mereka akan tutup mulut di atas kekejaman Auku, ISA, PPSMI?

Hai, bertambah beban pulak aku nak menjawab hal ini. Ahah! Ka Ching! Detik Daily ada..nantilah aku cuba jawab pertanyaan ini sedikit demi sedikit, insya Allah...

Perkembangan memoir abah
Abah balik petang ni, lalu dia bertanya kepadaku mengenai dua buah memoir - Lambaian Ke Puncak (Ahmad Boestamam) dan Memoir A Samad Ismail di Singapura (A. Samad Ismail).

Hari tu, aku letak kedua-dua memoir tu di dalam kereta Imran. Barangkali adikku itu dah letak atas meja abah. Dan kulihat abah nampaknya lebih berminat meneliti memoir A Samad Ismail.

"Gaya bahasanya mudah," kata abah penuh minat. "Satu lagi, cara dia menulis macam yang abah tulis memoir."

Memang di bab permulaan itu, A Samad Ismail menulis zaman kecilnya dan zaman sekolahnya. Sebelum menulis memoirnya, abah pun memulakan tulisannya dengan kaedah begitu. Aku duga, barangkali dengan sebab itu, abah memilih untuk baca memoir Samad Ismail. Memoir Ahmad Boestamam dia tak sentuh lagi nampaknya.

Minat dan kecenderungannya menulis kisah lalu disebabkan aku bawa balik kampung memoir Universiti Kedua (Kassim Ahmad). Sejak itu, dia mula berangan-angan. Aku bawa balik memoir Pak Kassim itu, kununnya kerana mahu menulis buku mengenai ISA, tajaan ALO selepas pulang dari Sandakan. Sekarang, prosesnya masih berjalan lambat-lambat.

"Bila Samad Ismail tulis kehidupan kecilnya, abah dah nampak suasana di Singapore tu," kata abah lagi. "Cara Samad Ismail menulis ni nampaknya dia duduk dalam area pekan jugak."

Kata abah, semasa dia kerja di Johor Bahru dulu, kerap juga dia pi Singapore dan dia sebut Jalan Ungku Rahman dan beberapa jalan lain juga. Tadi, abah cerita mengenai Jln Thean Kee (Jalan Tangki, menurut lidah sebutan Melayu) tempat arwah Tok Langgar belajar di sekolah dahulu.

"Bab tu pun boleh cerita juga, jadi kami orang muda boleh tahu walaupun cerita itu kecil saja," kataku. Aku tanya dia, adakah sekolah di Jalan Thean Kee itu sekolah swasta? Abah kata, ia sekolah kerajaan.

"Bila British masuk, sekolah tu dah dirobohkan," katanya. "Sekarang, dah jadi tapak kosong, milik perseorangan," tambahnya lagi.

"Milik perseorangan itu, orang Melayu kita ke?"

"Cina punya," kata abah. "Kat situ semua Cina punya. Area rumah-rumah kedai saja di situ. Penamat jalan di situ, ada sungai."

Aku tak ingat sungai apa yang abah sebut tadi. Mungkin Sungai Langgar kot? Terfikir di benakku, misalnya pada masa depan jika ada orang nak mengkaji pendidikan zaman Jepun di Kedah, maka biografi orang-orang tertentu boleh juga diambil kira.

Sebab itu, Dr Mahathir ada sebut juga mengenai pentingnya orang-orang kita bercerita mengenai kisah mereka. ALO ada cerita, bahawa Dr Mahathir pernah cakap, bahawa kita tidak dokumentasikan bahan ciptaan kita, seperti cara membuat perahu, padahal orang Melayu ini bangsa, ahli pelayaran yang terhebat dan terunggul di dunia!

Tambah abah, arwah tok tak naik kelas. Nama kelas itu, 'not'. Kelas kosong agaknya. Nol, dalam Kamus Dewan bermaksud kosong, sifar. Aku teringat Freddy Wowor, rakanku di Manado, dalam pertemuan kami di Samarinda, Kalimantan Timur pada Julai 2008.

Dia sebut nol, bukan kosong. Semalam, aku chat dengan Sam, suku Degar di Vietnam, kulihat dia memiliki perkataan yang sama dengan Melayu - Bulan (B'lan), Malam (M'lam), Air mata (Iar Mata) dan lainnya.

Antara Sam dan Freddy, walaupun kedua-duanya Kristian, tapi masih memiliki bahasa Manado, Degar yang serumpun dengan Cham. Subhanallah! Aku kuhubungi mereka nanti.

Perca-perca ingatan inilah yang wajib aku telaah tanpa mengenal lelah dan segala yang bernama teka-teki, misteri, mozaik, 'puzzle' kehidupan ini aku mengutip, lalu menyimpannya satu persatu sebagai kenangan di hari muka.

Aku simpan dengan sebaik-baiknya dalam balang sejarah! Kerana sejarah adalah satu khazanah dan sesiapa pun yang akan menipu selepas itu, pastinya ia adalah dajal yang ingin merampas lalu menguasai segala peristiwa. Tanpa sebarang catatan, dokumentasi, segerombolan dajal akan terus-menerus berkuasa!

Malam
Selesai terjemah, internet di rumah pula buat hal. Aku naik motor Ibah lalu pi ke Pendang. Abah bagitau, ada kedai makan di sini yang pakai WiFi. Tak pa, aku percaya, di opis KL, Mr Nonet dok tunggu bahan. Jadi, tak perlu buang waktu mencari mana-mana kedai yang ada WiFi di sini.

Esok dijangka pergi ke Sik. Makcik Gayah nak pergi haji. Aku dalam dilema. Esok nak pergi Bank Islam Alur Setar untuk settle kad atm syarikat atau nak pergi ke Sik?

Sekolah Pemikiran Pendang (11:27 p.m)

#############################

10 Zulkaedah / 28 Okt. (Rabu)
Dinihari. Sekitar 2:00 pagi lebih kurang baru sampai di Pendang. Mak dan abah dah tido. Dalam kereta tadi, terbuka pelbagai kisah.

Anak ular sawa masuk rumah mertua Imran di Perik, mujur depa tu sempat bunuh. Daripada situ, terbuka cerita mistik yang pelbagai. Kemudian, terheret kisah Raja Yala.

Dalam kepalaku, ada rancangan ke Jitra esok kalau dia nak bawa aku ke istana Raja Bersiong. Kalau sempat, mungkin dapat jumpa Mariyammah, untuk buka kitab Hindu yang asal.

Pagi. Semua plan nak ke Jitra terbatal. Aku tak jadi tidur sampai ke pagi. Saif DBP sms, menyatakan surat aku di BH dah tersiar. KLIK DI SINI. ('Daulat Tuanku', doa kepada raja)

Imran pergi Perik, ambil Sarah dan isterinya. Keponakanku makin petah bercakap dalam suatu bahasa yang tak siapa pun mengertinya. Biarlah, suara Sarahku ini jauh lebih tenang berbanding bicara pidato politikus yang meresahkan, khasnya dalam meneliti perkembangan mutakhir ini.

Sarapan pagi ini, aku makan popiah dan karipap, buatan Taman Melati. Agak sedap. Tetiba, Imran syor supaya kuih penganan ini di'supply' saja ke KL. Syarikat abang pun dah ada, demikian kata adikku itu.

"Boleh tolak di hotel-hotel dekat KL. Hantar kuih-kuih. Bincang dengan makcik ma, kalau beli banyak, boleh ke dapat harga murah?" syor adikku itu. Aku teringat kawan-kawan yang kerja di hotel-hotel di KL.

Ka Ching! (Bunyi mentol idea terpasang dengan bersemaraknya sinar!)

Sebelum abah keluar pi mengaji ke Dehrang pagi tadi, sempat aku minta geran rumah kedainya, untuk dibuat salinan fotokopi kalau-kalau dapat dicari penyewa baru. Syukur, satu kerja selesai.

Nanti boleh aku ke HQ KFC. Yeah! My name is Abel Fansuri Roznovski, seorang kapitalis muda yang bakal menghura-harakan, dan memporak-perandakan dunia kapitalis liar sehingga mereka jadi sengsara!

EGM atau mesyuarat khas?
NY of BH call, bertanyakan hal-ehwal parti petang tadi. Dalam kes Aziz Bari vs Idris Ahmad, dia sempat membangunkan kritikan sulungnya terhadap Ketua Penerangan Pas itu.

"Keras sangat!" katanya. "Macam mana orang nak respek? Dulu, dalam suatu program dia pernah kata, dia tak percaya, orang-orang Pas yang sudah kerja ni mampu sumbang kepada Pas. Kita memang tak boleh sumbang 100% macam dia. Tapi, sumbangan kita tetap ada."

Malam ini, pimpinan Pas berlabuh di pelabuhan intelektual Jln Raja Laut. Idea untuk buat EGM dibubar oleh TGNA sendiri. Aku masih menanti masa yang sesuai guna menibai keangkuhan dan buat serang hendap atau serangan terbuka.

Malam ini, kugodam bahan di Detik Daily. Apakah 'serangan' ini perlu juga dibuat melalui DD?

#############################

9 Zulkaedah / 27 Okt. (Selasa)
Ketika menulis ini, aku sedang berada di KFC Batu Gajah, Perak. Singgah di UiTM Seri Iskandar melihat adikku. Aku pergi dengan Imran. Lepas ni, terus balik Pendang.

Semalam, chat dengan Zabidi, anak menakan ALO. Katanya, kolum aku di Detik Daily akan buat juga, jika aku rancak menulis. Aku beritahu, antara punca aku tak menang tangan di situ, adalah kerana, setiap kali aku menulis, terus tulisanku tenggelam oleh arus penulisan orang lain.

"So, kalau ada kolum, mudah sikit, motivasi menulis saya meningkat," demikian kataku. Jadi, selama ini, kolum Catatan Menara di Detik Daily tu tak diletak di sebelah kiri atau kanan, adalah disebabkan mereka takut kolum aku tu tak bergerak-gerak.

"Kami takut kolum tu kosong, tak update nanti," katanya lewat bualan maya di Facebook.

Lepas tu, Zabidi mel-e aku melalui Facebook, menyatakan bahawa dia sudah call cikgu Zul. Rabu ini, katanya yang juga bertindak sebagai webmaster Detik Daily itu, barula cikgu Zul (webmaster Tranungkite) habis kursus. Lapang dada dan lega aku mendengarnya.

Lepas berborak dengan Zabidi, bertemu penyair N. Shah di Jalan Amar, dekat Lorong Haji Taib. Kami cuci mata sejenak, melihat pondan dan perempuan sambil menuang teh ke dalam usus.

"Rupa-rupanya, tekaan aku betul," kata anak kelahiran Pahang itu. "Mulanya aku teka saja yang kursus ni untuk guru-guru yang bermasalah. Lepas siasat, memang aku termasuk guru yang bermasalah."

Kes N. Shah ni aku kesian juga. Pengetuanya tidak suka popularitinya di media. Siap persoalkan, kalau N. Shah ni diwawancara untuk akhbar, apa sumbangannya untuk sekolah ini?

Protokol Yahudi
Makin menyengat semangatku, meluap-luaplah api kesedaran untuk tubuhkan AM1M agar satu masa nanti, dapatlah dibuat seminar berkala guna membersihkan anasir-anasir parasit di dalam parti-parti politik di negara ini, sama ada PR mahu pun BN.

Oppss.. ini bab protokol rahsia aku seperti The Protocols of the Learned Elders of Zion, ia tak boleh dedahkan melainkan kepada mereka yang benar-benar mengerti.

Orang Melayu kita masih berada di tahap malas membaca yang sangat agung, kerana itu fikiran mereka sangat mudah dijajah, ditipu hanya dengan slogan dan retorik murahan.

Oke, Imran dan Kinah dah sampai. Tadi, mereka solat. Aku tak pa, boleh jamak. Ish, jamak daaa bukan jimak, he he he.. Sampai di Sg Petani nanti, mungkin nak main-main dengan keponakanku Sarah dan esoknya boleh minta geran rumah kedai abah guna meneruskan gerak kerja kapitalis.

#############################

8 Zulkaedah / 26 Okt. (Isnin)
Melihat pertabalan Yang Dipertuan Negeri Sembilan, aku terlekat di rumah, harus bagaimana aku lakukan untuk menjadikan istana kembali berfungsi sebagai gedung fikir, kubu buku, serta pustaka milik rakyat.

Siapa yang ada kaedah untuk mengangkat sembah kepada baginda sultan untuk menterjemahkan hal itu, bolehlah beritahu dan berkongsi tips-tipsnya. Aku ingin hubungi akan sekalian dato'-dato' di dalam istana itu.

Di Bank Islam Mara, bertanya hal cek. Kata si kerani, boleh masuk juga cek dalam akaun syarikat walaupun nama yang ditulis atas cek tu nama kita. Boleh juga juga 'draw' duit tanpa cek, syaratnya syarikat mestilah milikan tunggal.

"Tapi encik kena apply kad atm tu kat cawangan Alor Setar juga," katanya. Aku minta borang, minta Imran submit bila dia balik esok pagi.

Ke Maju Junction, rupa-rupanya Rais Yatim dah berpindah ke Bangunan Sultan Abdul Samad. Dulu, aku masih ingat, masa wawancara dia untuk Siasah bilangan kedua, kami memang 'boom' sebab Rais cakap, Anwar patut diterima semula masuk Umno.

Kami jumpa dia di pejabat inilah, kat Maju Junction. Aku taip sendiri wawancara tu lama sekali dan terlalu teliti pula. Dan kesan selepas tu, dengan izin Allah jualan Siasah melonjak naik. Masuk gelombang kemasukan S dan AR, terus hampeh.

Masuk gelombang ketiga, akhbar ini nazak, tenat dan menunggu masa kiamat. Betul sabda hadis nabi, "Apabila jawatan diberi kepada orang yang tidak betul, maka tunggulah masa kiamat.."

Ke pejabat Dato' Dr Rais Yatim, akhirnya bertemu kontek baru. "Selesaikan dulu pendaftaran pertubuhan... kemudian baru boleh bincang."

Oke bro, aku pun nak membiasakan diri saja untuk cari penaung. Ahah! Baru teringat tajuk yang Rais Yatim suka - urus-niaga menjual pangkat dan gelaran. Aku ada tulis benda ni dalam BH. Dia mungkin suka kalau aku buka tajuk ni. Sapa nak ikut, jom!

3-7 Zulkaedah/21-25 Okt. (Rabu-Ahad)

Posted by H. Fansuri on Thursday, October 22, 2009 , under | comments (4)



7 Zulkaedah / 25 Okt. (Ahad)

Dinihari di Rumah Pena, aku tulis di Facebook tentang hajat untuk tulis surat terbuka kepada TGNA tentang EGM khas berhubung pemecatan Mustafa Ali...

Imlan Adabi NSTP hantar e-mel, mengucapkan tahniah di atas tulisan di daily bertajuk antara Mahsuri dan Altantuya. Esok pagi, aku terkejut bila namanya tertera di Rumah Pena sebagai deklamator sajak. Aku cerita kepada N. Shah tentang hal itu, sebab aku pendatang baru yang tiada mengenal ramai orang-orang di sini.

"Dia orang tua, kerja di NSTP..." kata beliau dengan beberapa penjelasan yang lebih rinci.

Makan di Kancil catering dengan penyair N. Shah. Puisi 'lucah'nya disiarnya hari ini di Mingguan Malaysia. Tahniah cikgu!

Pergi GSC Mid Valley, tuntut filem percuma. Kemudian, EON Bank tawarkan kad kredit untuk beli tiket wayang dengan harga rendah.

Bila dah ada penyata akaun syarikat dan lesen perniagaan, depa tu terima juga. Aku pun tak tau boleh lulus ke tak. Dulu, tak de sokongan dokumen kuat, jadi tak berjaya nak buat kad kredit.

Baru hantar N. Shah ke Cititel Hotel. Rehat di rumah, menunggu Imran tiba. Akhirnya, selepas makan, pergi semula ke Mid Valley, tengok wayang jam 5 petang. Naik komuter. Alah, cerita Amerika Latin; The Snails Strategy, kisah perjuangan orang miskin menentang kuasa kapitalis yang mahu merobohkan bangunan mereka. Ada unsur lawak jenaka juga.

Balik Maghrib, Imran settle terus masalah internet di rumah dengan laptop. Lega! Tak perlu lagi ke opis Jln Pahang Barat. Bagaimanapun, CPU aku terlantar tenat di bengkel. Tadi, masa makan western food di flat Pasar Minggu, Uncle Netzone tutup kedai. Alamak! CPU aku di dalam.

"Tak dapat juga nak minta Imran tengok kerosakan," kataku.

"Kalau macam tu, PC kat Pendang tu, bagi kat abanglah," syornya. Aku diam sahaja. "Lagi pun semua di rumah dah ada laptop, bukannya depa guna sangat CPU kat rumah tu..."

Malam ni, RTM siarkan citer Rasul Melayu. Rasa nak melawan hujah saja dengan 'rasul' ini. Tapi, dia dah kena tangkap dan terus mengalah. Kalau 'nabi' betul, dia sanggup mati. Kalau Nabi Isa, dia sempat melarikan diri daripada ditangkap.

#########################

6 Zulkaedah / 24 Okt. (Sabtu)
Berbual dengan rakan-rakan mengenai hal parti, ekoran syor TGNA tentang EGM untuk pecat 3 orang pimpinan parti yang dikatakan bermasalah dalam parti.

Petang. Ke Rumah Pena, jumpa semua ahli. Syafiq, siswa Mesir yang ada ketikanya kami chat di YM, kini barulah kami sempat bertemu muka. Dia bercerita mengenai jawatan kosong di sebuah syarikat penerbitan buku. Orang-orang Pena mula bertanya aku tentang hal dalaman parti.

Selesai Maghrib, NY of BH ghairah bertanya hal-ehwal parti macam biasa. "Aku nak ja buat satira, tapi masalahnya ia parti Islam, rasa tak sampai hati. Kalau Umno, PKR dan lama dah."

Malamnya, aku dan penyair N. Shah meronda di Bukit Bintang, menghirup udara malam di Jalan P. Ramlee dan mendengar resah angin dingin yang menderu bersama kepulan asap yang dikentut kenderaan-kenderaan manusia yang angkuh di ibu kota.

#########################

5 Zulkaedah / 23 Okt. (Jumaat)
Najib Razak bentang bajet hari ini. Jamuan perpisahan hari ni Nordin yang masak rupanya. Maybe boleh save budget kalau aku nak buat apa-apa majlis keraian kelak.

Tatkala makan sambil melihat Najib bersembang 'kemaih' tentang api semangat di Bagan Pinang tadi, aku terfikir nasi yang kumakan. Aku teringat beras. Teringatkan Jinda yang memujuk Ned untuk hidup bersamanya, membajak sawah bendang.

Kita masih import beras dari Thai, Myanmar malah import beras dari Amerika?! Sampai hari ini aku tertanya-tanya apa maksud komoditi? Kelapa sawit, getah, koko adalah komoditi. Ya, emas pun termasuk juga dalam kategori komoditi. Ahem (Cek dah masuk, nanti boleh beli dinar lagi)

Beras bukan komoditi
Beras bukan komoditi rasanya. Entahlah, kena tanya pakar ekonomi. Kalau semak surah Yusuf, disebut syor Yusuf untuk menanam gandum selama tujuh tahun yang subur sebelulm tiba tujuh tahun di mana Mesir dilanda kemarau. Gandum adalah komoditi Mesir saat itu.

Jadi, menurut hematku, Najib bukan buat reformasi ekonomi, Menteri Kewangan sebelum ini pun sama juga termasuk Anwar juga. Siapa yang arif hal ekonomi ni? Banyak hal aku nak tanya.

Hari ni mereka semua pi Parlimen. Menjelang Maghrib, baru mereka tiba. Sejak kelmarin hingga hari ni, antara yang lucu di Parlimen adalah cerita baju Anwar yang boleh bertukar-tukar warna.

"Eh, hairan tengok baju Anwar ni," kata mereka. "Sekali tengok, nampak warna lain. Lepas tu, kalau tengok dari arah lain, nampak warna lain."

Agaknya, baju dia memang jenis mahal kot? Seorang rakan lain berkata, "Jenis metalik kot, kain merelit yang boleh bertukar-tukar warna?"

Lalu dijawab seorang lagi, "Agaknya, itulah warna sesumpah?" Sorry DSAI, depa saja bergurau. Yang penting selepas belanjawan ini - kita kena fikirkan kedudukan padi sebagai komoditi. Dulu, Anwar yang ketuai demo Baling, 1974 untuk perjuangkan nasib petani dan penanam padi.

Esok bermalam di Rumah Pena
Cikgu Sahrunizam berchatting denganku tadi. Katanya ada mesyuarat sempena pertemuan para penyair nusantara esok petang. Malam esoknya kami mungkin ronda-ronda kota raya. Mungkin, di sana boleh 'update' perkembangan AM1M juga.

Aku masih tak dapat memanfaatkan segala masa dengan bermanfaat. Bila nak pegi ambil borang di Stadium Bukit Jalil ni? Banyak betul maklumat yang kurang dan samar-samar.

Esok juga, kalau sempat nak jumpa orang yang akan beri peluang untuk jadi agen hartanah. Aku pun tak tahu apa yang terbaik untukku. Peluang ada, aku rembat saja.

Irwan baru melangkah kuar opis setelah selesai kerjanya. Aku pun konfius, bila hari terakhirnya di sini? Aku kena design betul-betul juga protokol yang aku tulis sendiri macam Protokol Yahudi. Protokol ini aku perlu rahsiakan, nama-nama pun menjadi rahsia milikku sendiri.

Takut terdedah dan semua rencana akan terbatal. Sekarang baru aku faham, kenapa Tuhan pun berahsia dengan Nabi Muhammad. Ada rahsia yang Dia tetap tak akan bagitahu pada sapa-sapa.

Itu yang pakcik Klang pernah sebutkan kepadaku dahulu. Wali-wali pun tidak tahu kewaliannya. Tapi, ada wali-wali yang tahu taraf kewaliannya. Ish, jangan cakap banyak. Biarlah rahsia!!!...

#########################

4 Zulkaedah / 22 Okt. (Khamis)
Akhirnya, Irwan pulang dan selesai berkemas. Jam 5:49 petang, dia melangkah keluar dari pejabat.

Orang datang dan orang pergi. Yang tinggal hanyalah ingatan yang dibungkus di dalam lipatan kenangan. Aku masih teringat sewaktu aku angkat kotak Pak Shukor Harun. Rasa-rasanya, macam baru semalam kejadian itu berlaku. Tapi, itu kes pencen.

"Kau start kerja di Awani bila?" aku bertanya dia tadi, sementara tanganku masih menggodek bahan-bahan dari Rice Without Rain, membuat terjemahan.

"Lapor diri 2 Nov, start kerja 4 Nov," katanya. Esok 11 pagi dia akan buat jamuan perpisahan. Sempat dia buat lawak, "Ali khusyuk tengok briefcase." Laptop Imran yang aku taip ni, dia perli, dia kata briefcase. Nanti aku naik LRT, ke Stadium Bukit Jalil; jumpa dia di Awani.

Nasib Amran Ahmad yang dipecat Utusan Melayu lagi aku kesian. Anaknya dua, isteri tak kerja. Tekanan hidup tambah. Wartawan julang nama politikus. Tak dak politikus bela nasib wartawan.

"Parti bela nasib rakyat, kita wartawan ni bukan rakyat," kata Irwan suatu hari, "Kita robot."

Malam
Maghrib. Berbual dengan Alo di Rafiyah. Antara rumusan yang tercapai - Nak buat perjumpaan, antara siswa setiap Rabu, mungkin mingguan, dua minggu sekali atau bulanan, cerpen mungkin akan dibuka kepada pembaca. Tapi, dihadkan ruangannya 5KB dalam NOTEPAD.

"Kalau panjang, nanti jadi macam kolum hang dan Ketupat Cinta tu," katanya. "Sampai tak ada ruang untuk orang lain langsung."

Aku senyum saja. Ini yang perlu dilakukan. Desakan demi desakan untuk pembaharuan khasnya hal yang melibatkan sastera. Kalau nak ikut, aku nak ja buat kolum ekonomi, sumbat harga emas dalam akhbar tersebut. Tapi, tak ramai orang terfikir macam ni lagi.

Aku harap, projek aku untuk bawa siswa-siswa ke opis ni akan berhasil suatu hari nanti. Amin...

Baru dapat cek. Aku menarik nafas lega walaupun terdapat beberapa kekeliruan. Cek tu pun dah diletakkan atas nama aku dan bukan atas nama syarikat aku seperti yang aku maklumkan dulu.

Untuk pertama kali, aku terjemahkan novel RWR dalam keadaan ketiadaan roh, padahal bab itu, antara klimaks -- usaha Jinda memujuk Ned agar berhenti berjuang dalam hutan bersama-sama gerila komunis telah menemui jalan buntu. Jinda gagal pujuk Ned.

Di sinilah klimaks cinta antara mereka terhalang. Ish, bilalah nak habis bab nih? Aku dah boring!

#########################

3 Zulkaedah / 21 Okt. (Rabu)
Abah dah balik, naik bas 1:30 tengah hari di Pudu Raya, pulang ke Alur Setar. Tak kesampaian hajat nak kirim CPU yang rosak, juga tak kesampaian hajat nak kirim memoir untuk bacaannya.

Bayar RM100 ke bengkel, tukar minyak hitam, buat kunci baru. Ada kemalangan membabitkan kereta yang dilanggar motor. Silap motor, tapi tuan motor tu pulak dah 'demand' lebih-lebih kat tuan kereta. Patut, kalau report polis, tuan punya motor yang terkena.

Susah juga bila orang yang salah dah rasa diri betul dan tak sedar diri. Cara percakapan orang di sini meresahkan hatiku.

Pergi ke bahagian pengedaran akhbar, hatiku lapang apabila sah boleh tukar namaku dalam cek honorarium kepada nama syarikat GME.

Ke opis, hantar pita rakaman dan keluar cari opis Jln Duta. Masuk ke ISTAC, tanya punya tanya, akhirnya orang di stadium hockey kata, "Kena pergi ke Stadium Bukit Jalil."

Bolehkah nak dapatkan borang untuk tubuhkan persatuan dekat Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil? Kat mana sebenarnya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di Jalan Duta ni?

Falsafah kerja 8 jam
Down juga hari ni, sebab tak dapat taip transkrip, sah pita perakam tu RM200. Nak berjuang, peralatan tak dak. Orang boleh cakap, nak berjuang, kena ada semua tu - pita perakam, laptop - heeii.. senang jer orang bercakap.

"Senang betul cakap kena kerja siang, jangan kerja malam, sejak bila kita kerja 9 pagi sampai 5 petang? Mengarang ni, 24 jam. Kejadian kemalangan, kes rogol, isu tanah runtuh bukan berlaku dalam tempoh 9 pagi sampai 5 petang," kata seorang teman.

Ya, hasil sengketa antara buruh sosialis dan majikan kapitalis, maka lahirlah perjanjian, undang-undang buruh yang mewajibkan kerja selama 8 jam sehari dengan peruntukan elaun, cuti, rawatan dan sebagainya.

Kerja 9 to 5 ni mungkin sesuai untuk kerja di jabatan kerajaan yang melibatkan kaunter-kaunter di pejabat pos dan lainnya.

Kewartawanan dalam mazhab, pendirian dan manhajku, tidaklah menolak kerja 9 - 5, kita boleh bekerja pada sela masa itu, tapi jangan terperangkap dalam tempoh masa itu. Oleh itu, majikan perlu tahu bahawa wartawan, penulis ni 'special case', ada sedikit kelonggaran dalam bab waktu.

Idea, ilham, wahyu dan firman Tuhan tak turun antara jam 9 pagi - 5 petang. Nabi pernah tidur malam dan tiba-tiba wahyu turun. Pernah naik unta dan tiba-tiba wahyu meluru datang.

Wartawan dan penulis juga begitu. Idea ini datang tiba-tiba. Baru nak tidur, macam-macam idea datang, kena bangun semula, catit idea yang datang, takut hilang keesokannya. Tengah naik motor, ilham datang, kena berhentikan motor tepi jalan dan catit apa-apa yang singgah di kepala.

Kerja memahamkan orang memang perlu kesabaran. Wanita sukar memahami lelaki. Hakikat ini menyebabkan aku takut nak berbini. Bila tengok dua wanita bergaduh kat bengkel motor tadi, muka lawa, tapi kasar tutur bicara, membuatkan hati ini terfikir banyak perkara juga.

Ya, turut rasa down juga sebab hp pula buat hal, bila dah settle bil, punat untuk hantar sms pula gagal berfungsi. semua ni terjadi ketika era setan dan zaman kemelesetan.

Syukur ada blog. Penulisan di blog ini antara terapi harian selain solat, munajat dan sebagainya.

28 Syawal-2 Zulkaedah/17-20 Okt. (Sabtu-Selasa)

Posted by H. Fansuri on Monday, October 19, 2009 , under | comments (1)



2 Zulkaedah / 20 Okt. (Selasa)
Baru selesai hantar bahan di Sandakan. Abah mai hari ini serahkan buku cek. Akhirnya, semangat pun timbul semula.

Buat pertama kalinya aku tulis cek dari akaun syarikat sendiri dan bagi cek kepada abah. Fuh! Rasa kemaih!

Dulu, abah transfer RM400 dalam akaun aku. Hari ni, aku bayar balik kat abah dengan cek. He... he... he... Hmm... apa lagi yang harus aku lakukan sekarang?

Tadi minum di Rafiya, kutunjuk juga kat Alo. Dia senyum saja, sebab dia pernah jadi introducer. Kunyatakan hasratku untuk jadi kontraktor lalu dia bantah.

"Ramai dah kawan-kawan ana buat," katanya. "Kerja macam ni tak sesuai dengan kita."

Tetiba dia 'lantik' aku jadi penyiasat. Ya! Aku telah jadi penyiasat sekarang. Yang perlu kusiasat sekarang ialah, berapakah harga seekor lembu di Kemboja? Panjanglah ceritanya. Hangpa tau ka berapakah harganya seekor lembu di sana?

Dan banyak juga projek-projek yang kelihatan ok di mata, tetapi jangan-jangan sukar nak cekau juga. Apa-apa pun, kena usaha... ganbatte!

Tadi petang, selepas jemput abah di Pudu Raya, makan-makan di Restoren Syukran. Sembang tentang idea menyewakan rumah kedai tu. Nampaknya, perjalanan masih jauh. Kena berurusan dengan penyewa lama dulu. Rupanya, dalam diam, cara berfikir abah banyak sama dengan aku.

"Dulu, abah ingat nak beli rumah kedai kat Jalan Pegawai, tapi tidak sempat, la ni abah dok tanya lot kedai kat Pendang Square, pun dah habis terjual," kata abah lagi.

Huh! Aku ingat... dalam keluarga kami, aku seorang saja yang berjiwa kapitalis nih...

Pendang akan membangun tak lama lagi. Tapi, yang menghairankan aku, macam mana lot-lot ni semua boleh cepat habis? Kat mana kapitalis-kapitalis ni semua dapat info? Hangpa tau ka?

Orang-orang tempatan macam aku dan abah, hanya dapat melangut saja la hartanah di tempat kami tu. Aku mesti belajar lagi banyak tatacara menjadi kapitalis dan cara merembat projek.

Esok abah ke Putrajaya, petang esok dia akan balik terus ke rumah. Imran akan datang KL pula nanti. Perlukah kubawa CPU yang rosak tu ke Pendang? Kot-kot dia boleh periksa?

###################

1 Zulkaedah / 19 Okt. (Isnin)
Bos call, minta buat bahan di Sandakan, juga kes tahanan ISA di Manila yang sedang sakit. Tiba kat bilik berita, heboh juga.

S.A tahu bahawa orang yang berdarah di Bagan Pinang itu memang PATI. Umno dan polis pun tahu hal itu. Jadi orang itu dilarikan sebelum polis dan Umno tangkap orang itu. Wallahu'alam. Nak cerita lebih-lebih pun takut tersasar.

Dapat tahu, kembalinya Irwan ke opis. Maklumat samar-samar. Mereka sibuk membuat bahan memasing. Aku sedang tunggu kalau-kalau ada pita perakam kecil untuk buat transkrip, berita.

Intan beritahu aku, bahawa dia sudah dapat hubungi Habiburrahman El-Shirazy. Alhamdulillah. Ini bermaksud, telefon bimbit itu memang masih dia gunakan.

"Bapak sedang sibuk menulis," kata isteri Kang Abik kepada Intan ketika novelis itu dihubungi. Maksudnya, ada harapan untuk aku hubungi Kang Abik juga untuk dapatkan pengalaman beliau menulis sepanjang ini. Bahan itu untuk projek buku bos.

Semalam, baru selesai buat cerpen. Hajat di hati nak bagi kat BH, itu pun kalau nama aku bersih di sana. Hatiku digaru rasa ragu-ragu juga saat ini. Tuhan, petunjukMu kupohon disegerakan.

10:12 p.m: TMJ dok bersembang tentang hal-hal penulisan tadi. Entah apa yang menyebabkan dia bersembang dengan hal itu, kurang pasti pula. Mungkin dia pun nak 'test' jugak kot?

Antara isu, topik sempat kucatat dalam catatanku - kilang cetak Cina di Maju Indah di Ampang, majalah-majalah yang boleh ditembusi - Cahaya, terbitan Jakim, Millenia, Majalah I, Wanita, Malaysiakini dan MalaysianInsider, antara lain yang menarik ialah cadangan nak buat 'booklet'.

"Antara contoh terbaik kalau nak menulis sepenuh masa, kena tiru Ann Wang Seng," katanya.

Alo dah ajak minum, turut diundang, Yusri Wasilah. Singgah di Haslam, terjumpa Zul S dan buka cerita macam-macam - Husam sudah tumbuk Azmi SPRM, isu pengundi Cina dan India di Bagan Pinang dan lainnya. Fuh! Kental dengan segala kebusukan politik. kalau buat novel, gerenti laku.

Aku dengar nabi kata, kalau dengar orang mengumpat, kita kena lari jauh-jauh, tapi bila gergasi wartawan politik ni dah mula buka cerita ni, dan aku pula dah tersepit di tengah-tengah, macam mana aku nak lari? Timbul dalam fikiranku kadang-kadang, nak 'ghaib' je dari dunia ni.

Aku nak ghaib! Dunia ini terlalu kotor! Please, help me out from here!
Nak panjat Gunung Jerai, nak pi Tanjung Tuan, biar tubuh dan jiwaku ghaib, hilang meresap dan berpindah ke alam bunian atau ke alam malakut. Semua ni biar luput segera dari lipatan fikiran Tapi segala kebusukan ini tetap tak hilang kalau tiada orang yang mahu menyentalnya.

Politik itu kotor dan mengotorkan. Tetapi, tiada ramai orang yang mahu menyucikannya dengan kesabaran. Aku tiada potensi untuk hilang. Tetiba datang fikiran baru menyelinap dalam jiwa.

Kalau nak hilang, sejak lahir lagi, Dia hilangkan aku. Dia suruh aku duduk perhatikan kebusukan dan berikhtiar keras untuk menyucikannya perlahan-lahan. Pahala sabar Allah memberi.

Jadi, aku terus dengar saja masalah dalaman parti. Buah fikiran semacam ini, wajar dimasukkan dalam seminar kelemahan PR juga. Ya tindakan seperti ini baru betul dan kena pada tempatnya.

Yusri beritahu aku tadi, "Nampak artikel awak dalam Malaysian Insider ... bla, bla, bla..."

Lalu, aku beritahu, "Pernah hantar sekejap dulu, tapi tak tahu pulak, keluar ke tidak." Apabila aku semak balik, memang ada yang tersiar. KLIK DI SINI. Tapi, macam mana nak 'claim'?

Kelibat Wan Zahari dan Zaili Muhammad hadir di Haslam tadi. Mereka baru pulang dari Padang. Wajah mereka nampaklah keletihan. Jadi, mereka tidaklah 'berkubur' di sana... He... he...

###################

29 Syawal / 18 Okt. (Ahad)
Sepatutnya, hari ni nak pi Rumah Terbuka Abim Outreach di Ampang Hilir dan Rumah Terbuka Jim di Taman Melawati.

Tapi, rasa lebih selesa di rumah, merenung, berfikir dan mula merancang apa-apa yang boleh ditulis.

Cerita kartun Hercules ke udara di TV2. Hercules pernah menjadi wiraku ketika kecil. Mak aku sekolah Inggeris lalu cerita dewa-dewa Greek sudah merasuk fikiranku. Aku hampir menyangka mereka benar-benar wujud, kagum juga dengan kehebatan mereka.

Juga, aku rasa Gunung Olympus itu benar-benar menjadi tempat istirehat dewa-dewa Zeus. Akhirnya aku sedar Zeus dan Hercules muncul dalam watak agama Kristian - Tuhan (Zeus) dan Hercules (Isa); anak Tuhan.

Di dalam watak-watak moden, Kal-El adalah Clark Kent (Superman) seperti Hercules dan dia dikirim ke dunia oleh bapanya untuk membantu manusia. Kalau nak cerita, panjang pula nantinya.

Imran call setelah aku wish birthday dia hari ini. Aku turut beritahu hal CPU yang rosak. Dan, minta dia perbaiki 20 Oktober ni.

"Imran tak mai dengan abah. Dia mai sorang ja," katanya. "Tapi, tentang CPU ni, tak mudah rosak sebenarnya. Kalau betul dah rosak, kena beli lain. CPU abang tu dah tak ada gantinya."

Petang. Aku cuba bawa leptop ke kedai mamak 24 jam di Jln Yahya Syeikh Ahmad. Tapi, rasa malu nak buka. Akhirnya, selepas makan, aku balik dan terus menghabis bahan-bahan cerpen dan penulisan skrip semalam.

###################

28 Syawal / 17 Okt. (Sabtu)
Bersengkang mata semalaman. Mujurlah bahan tu diangkat juga oleh bos di H Daily. Selesai sarapan pagi, aku keluarkan duit RM20 dari CIMB, juga RM400 dari Maybank. Lega rasanya, boleh selesaikan sikit piutangku.

Di flat, Terserempak seorang aweks bergetah melintas di depan aku dan pakaiannya terdedah di ___. Astaga, hatiku berderau melihatnya. Semoga hatiku tabah!

Di rumah, cuba siapkan cerpen mengenai isu student, tapi aku terlelap akhirnya.

Petang, abang Wan Zahari call, "Betul ke MB S'gor datang Padang? Nampak kat banner tu, muka Khalid Ibrahim, tapi betul ke dia datang?"

Soalan itu aku tak jawab, kerana tak tahu apa-apa. Zaili dan wan Zahari dah ada kat Padang untuk membuat liputan mengenai insiden gempa bersama Yayasan Amal.

Aku ke KLCC, bayar bil Digi, RM100. Syukur. Dah boleh call-out dan sms kat orang. Kalau tidak, susah juga nak berkomunikasi.

Pergi Kinokuniya, KLCC dan lihat buku menarik mengenai kitab Hindu. Aku rasa tertarik nak jelajah lebih banyak isinya. Rasa nak ke toilet pula.

ANCAMAN BURUH ASING, BETULKAH ANAK MUDA TAK MAHU KERJA BERAT? Di toilet, tengok Bangla mengamuk, marah-marah kat seorang budak Melayu dan tidak kuketahui apa puncanya. Seorang pakcik marah balik Bangla tu.

Kata orang, pendatang asing ini datang sebab pemuda kita sudah tak mahu kerja-kerja mencuci ni. Betul ke? Aku rasa, ada saja.

Tapi, cukong dan kapitalis yang buat andaian macam-macam sampai negara kita dipenuhi Nepal, Bangla dan Indon. Kena buat sesuatu nih!

Sekarang aku nak menulis isu ni, kot-kot boleh tersiar di ruangan surat pembaca Berita Harian. Sekian, doakan aku berjaya!