18 Ramadan, 1435 | 16 Julai, 2014
Arif dan Alo ke Tawau pagi ini. Saya cuma menempuh hari-hari yang biasa saja. Petangnya, ambil bubur lambuk dan kemudian berterusan ke pejabat.
Hanya, kali ini Noden beri pelepasan naik ke pejabat. Saya terejerembat dengan dia ketika dia mahu ke Saba untuk iftar. Ini sudah kali kedua dia iftar di sana.
Malam ini, selepas iftar di pejabat, Haris ajak saya pekena roti di Saba. Isu yang berbangkit adalah Syiah, Liberal dan isu membabitkan laporan akhbar kami.
"Ada dua orang staf baru masuk," kata saya dekat Haris. Saya sempat berbual dengan kerani baharu itu. Depa rupa-rupanya kena temu bual kaum gelandangan di benua Chow Kitt untuk English Section.
Haris dah masuk keanggotaan WhatsApp Geng Harakah, selepas saya minta TMJ jemput beliau. Semuanya boleh ikut bertempur dalam isu melibatkan bonus-bonus Harakah yang tertunggak.
Rasa kasihan. Adakah gaji-gaji untuk bayar dua staf baru tu yang menyebabkan mereka tidak dapat bonus?
Malam, dapat pesan Arif di Tawau, "Gerak aku dan Alo jam 3 pagi waktu Semenanjung. Nak sahur."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
17 Ramadan, 1435 | 15 Julai, 2014
Malam ini, menonton Sang Kiai. Ada pertuduhan, bahawa Masyumi dilihat sudah mula berpihak kepada kerajaan Jepang (Jepun).
Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis diminta oleh Jepun untuk diperbanyakkan dan dikhutbahkan di mimbar-mimbar masjid selepas Jumaat.
Demikian juga halnya dengan kedudukan akhbar-akhbar. Wartawan-wartawan di Indonesia sudah diminta agar membawa bunyi propaganda Jepun yang sama.
Saya juga sedang menyemak hal-hal perbezaan antara Masyumi dan
Shumubu. Saya sedang melihat kalau-kalau idea Putera (Pusat Tenaga Rakyat) itu terkait dengan rancangan penjajahan Jepun di Indonesia jua.
"Pada bulan Maret 1943, Jepang membentuk PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat). Badan ini berada di bawah pengawasan ketat pihak Jepang, tetapi empat orang Indonesia yang terkemuka diangkat sebagai ketuanya, yaitu Soekarno, Mohammad Hatta, Ki Hadjar Dewantara, dan Kiai Haji Mas Mansur, ketua Muhammadiyah dari masa sebelum Jepang. Dengan masuknya Kiai Haji Mas Mansur dalam PUTERA, maka salah satu pemimpin Islam berhasil menduduki kepemimpinan organisasi nasionalis..."
Kota Surabaya telah digempur oleh tentera revolusi di mana sebelumnya, kota itu ditadbir di bawah seorang pegawai tentera Inggeris;
Aubertin Mallaby yang menemui ajalnya tanggal 1945 di
Jembatan Merah.
Sejarah seperti muncung senapang yang boleh meletup bila-bila. Mereka yang tidak menelaah sejarah. Maka kelak mereka nanti akan diletupkan oleh sejarah. Kini, zamannya sejarah bermula dengan perlawanan rakyat ke atas Yahudi Apco di benua Malaya.
Tetapi, Umno yang bebal kini mengheret pikiran rakyat agar melihat Yahudi itu ada di benua Palestina walhal Dr M pernah berkata bahawa Yahudi memerintah dunia dengan proksinya yang hadir di mana-mana sahaja!
Currently have 0 comments: