Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

13 J. Awwal / 8 Jun (Isnin)

Monday, June 08, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 4:04 AM

11:31 p.m - TMJ, IMZ keluar saat MPB menelefonku, bertanya masalahku. TMJ, IMZ mengajakku keluar makan. Kami pi Padang Balang, rumah sewa TMJ. Patah semula ke Rafiyya. Di sana kami buka hal muktamar.

Namun, yang lebih menarik perhatianku ialah tatkala IMZ bukak cerita mengenai kritikan Ustaz Deris di mana Izwan Kedah menjadi saksinya.

"Ustaz Deris sendiri tanya, kenapa Harakah Daily tak update," kata IMZ. "Ertinya, Harakah Daily sendiri lebih dinilai orang berbanding Harakah edisi cetak."

TMJ cuma mengangguk-angguk. Dalam hatiku bergelumang rasa marah, kecewa dan gelihati. Aku tidak peduli soal politik kepartian Pas. Aku peduli apa sapa yang naik? Pemimpin ni semua peduli sangat ke masalah akhbar, lidah rasmi mereka sendiri?

Satu-satunya orang yang aku sokong menjadi Timb Presiden adalah Mat Sabu, mengambil kata-kata TMJ, "Kalau Mat Sabu jadi Timbalan Presiden, mungkin kita boleh jadikan Bakkah sebagai Kesatuan Sekerja untuk bela nasib wartawan."

Ust. Deris? Siapa gerangan Ustaz Deris ni? Aku mana kenal sangat depa dan depa pun tak kenal aku sangat. Aku 'lone-ranger' macam Husam juga. Jadi, manalah orang kenal aku sangat. Boleh juga aku ceritakan kat Ustaz Deris apa masalah di sini.

Aku cuba elak dari politikus. Kata Dr Mus, elakkan merapati politikus. Satu sebab, kenapa aku mesti rapat dengan politikus-untuk cerita darihal media yang bermasalah. Aku tak rapat dengan politikus kerana mendambakan duit dan projek.

Ya Rabb, aku berlindung denganMu dari ancaman pemerintahan, mala petaka, mara bahaya dan bencana yang ditimbulkan oleh politikus partai. (1:05 a.m)

9:09 p.m - Tetiba Saad call-dia akan menjemputku di Masjid Kg Baru, Maghrib esok. Kemudian kami akan jumpa Fitri, rakan lama kami di USM yang kini di TV9.

Aku cuba tanya Fitri esok, apakah ada ruang untuk bersuara kat TV9. Rasa-rasanya, Tuhan sudah memberikan jalan untukku setelah selesai 'bermunajat' sambil mengutuk orang tertentu tadi. Aku sudah hampir kepada Tuhan..

Tadi, terdengar TMJ, IMZ, Anis, Roy berbual-bual mengenai kerajaan perpaduan tadi. Memang agak kronik Pas ni. Sampaikan ada nego antara Pas dan Umno di Johor.

"Misalnya, ada satu kerusi untuk Pas dalam Parlimen, Adun di Johor dan BN tak meletakkan calon mereka di kawasan yang Pas nak tu," kata TMJ setelah dia berhubungan dengan orang-orang tertentu dalam Pas sendiri.

Ya Tuhan, binasakanlah mereka yang tak jujur dan berkepentingan, selamatkan jiwa kami yang tidak berdosa. Kami hanya bekerja, menulis berita untuk umat, rakyat dan masyarakat saja Ya Rabb... (9:16 p.m)

Munajat Fansuri yang telah dihalang untuk masuk opis Jalan Pahang Barat...

Ya Rabb..
Kepada Engkau aku melepaskan rasa resah gelisahku di sini. Hari ini, ada orang yang tidak membenarkan aku masuk opis. Detak jantungku bergolak pantas. Macam opis ni hak mereka Ya Rabb.. Cara mereka berkata, menikam ke kalbuku.

"Ada orang pesan kat kami, jangan bagi kad pada awak," ujar seorang akak di opis bawah. Aduh! Puncanya ya Rabb, sebab aku menggunakan PC si fulanah. Lalu, hari ini, ada kerosakan dan terus dia marah-marah.

Yang hamba rasa pelik ya Rabb, selepas hamba menggunakan pcnya, dia menggunakan pcnya sendiri tanpa masalah apa pun. Dia yang terakhir mengguna pcnya sendiri. Dan, tiba-tiba hari ini ada masalah pula.

Jadi, adakah hamba berbuat kerosakan atau memang nasib hamba kurang baik?

Tapi, paling menyedihkan - ketika ada ayat yang menyebutkan-jangan masuk opis! Ya Rabb, ini opis rakyat, ini opis umat. Siapa mereka yang tak benarkan hamba masuk, menulis untuk mengirim pengetahuan baru kepada umatMu?

Tamat munajat dihalang masuk opis Jalan Pahang Barat.

Muna of PB call-aku jawab malas-malas sebab mood hilang kerana kena marah ekoran dihalang masuk ke pejabat. Dia offer untuk buat tapak berita yang boleh mendapat wang iklan. Aku layan saja, sekurang-kurangnya dapat 'release' tension.

Berat nak jawab soalan, tetapi oleh kerana kerap ditanya, aku kena menjawab sampai terbabas bercerita hal dalaman opis. Nak buat macam mana? Kalau hangpa boleh up tulisan aku macam biasa kan oke? Tak jadi macam ni kan? Bolehlah aku mengutuk Najib Altantuya macam yang selalu aku dok buat selama ni.

Tuhan, berikan aku ruang di radio
Don Shy dah ada di Astro sekarang. Dia jumpa DJ radio, Din Beramboi, Linda Onn dan lain-lain selebriti. Aku teringatkan Naim yang call aku hari tu. Naim, DJ radio yang dapat asuhan, didikan dan taribiyyah ustaz Kamarudin Landas.

Beliau mungkin masuk Suria FM. Apakah DJ-DJ radio ini boleh aku manfaatkan di dalam ruang demokrasi yang semakin terhakis untukku hari ini?

Biarlah Dato' Husam Musa kekal sebagai satu-satunya pemimpin PR yang mengelak dari ruang acara Hujah, TV9. Ya Rabb.. semoga tiada lagi selepas ini pemimpin PR yang mengelak kecuali mereka (1) sakit, (2) sibuk dan (3) mati.

Di Malaysiakini aku perjuangkan nasib Harakah sampai akhirnya ada sister yang minta aku agar jangan masuk opis lagi. Ya Rabb, dah ribuan ringgit kempen 233 hangus setelah Najib berikan semula permit penerbitan yang digantung sebelum ini.

Ketika bahan kempen semuanya tersadai dalam bilik syura dan tetiba aku dengar ada pemimpin PR yang mengelak ruang mengeluarkan pendapat dalam dunia demokrasi, maka hatiku jadi sakit. Wartawan dah berjuang untuk dapatkan ruang, mereka senang-senang buang ruang yang memang dah tersedia untuk mereka.

Alasannya Umno (Zahid Hamid) takut nak berdebat. Sejak bila kita rasa bahawa Umno ni berani berdebat? Memang Umno penakut pun. Fuh, sakitnya jiwa.

Ya Rabb.. aku yang nak menulis tersekat, bolehlah aku pergi ke radio pula. Mujurlah ada pakcik Razali yang menulis pendapatku di PPMN di Ayer Keroh. Mereka inilah yang boleh kusandarkan harapan. Ramaikanlah pejuang kebebasan bersuara.

Ramaikan insan sepertiku ya Rabb - berjuang untuk menambahbanyakkan lagi ruang menulis, mengarang dan bersuara di pentas-pentas terbuka!

Bukalah ruang untukku bercakap di radio, tv pula. Ramaikan kenalanku dalam media elektronik setelah rakan-rakan di akhbar sendiri menutup lidahku, ya Rabb..

Kepada Engkaulah kusandarkan segala pengharapan..

Haji Amin call -> bertanya ulasanku ke atas bukunya yang tak siar itu. Dia minta aku tanya sendiri kepada editor, setelah aku syor agar beliau bertanya kepada editor itu. Dah bertambah pulak satu bebanan kerja Ya Rabb..

Apa yang perlu aku jawab lagi kepada orang-orang luar ini? Adakah aku perlu jelaskan kepada mereka apa masalah yang sebenar?

Tuhan berikan aku RUANG
Wahai Tuhan yang telah mencipta RUANG & MASA.

Tunjukkan dan buktikan segala kekuasaanMu. Beri aku RUANG untuk bersuara.

Inilah cabaran kali kedua, setelah aku mencabarMu ya Rabb agar buktikan kekuasaanMu untuk memenangkan puisi Balada Burhan Di Kota Raya.

Currently have 0 comments: