Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

14 J. Awwal / 9 Jun (Selasa)

Monday, June 08, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:53 PM

Tiba di pintu seminar (Seminar Pemikiran Arenawati) di DBP saya bertemu dua peserta yang secara tak langsung menyebut nama saya. Langsung saya tegur, saya mula nampak kesan bahawa sejak PPMN tempoh hari, ada mata-mata yang memandang.

Jika hal ini berterusan, saya perlu 'control' diri sendiri, 'control ensem' dan 'control macho'. Tidak sempat lagi jadi pelakon filem, dah kena control dah. He he, sorry, terperasan sikit.

Arenawati adalah seorang pengarang yang kaya lautan ilmunya, samudera pengetahuan yang menghempas pantai hikmah itu kadangkala menggunung ombaknya menghakis keangkuhan pemerintah. Mana Sikana berulangkali menyebutkan perihal Arenawati mengkritik rasuah.

Seorang pensyarah daripada Universitas Hasanudin juga menyatakan demikian. Gajinya hanya RM1,000 kalau saya tak salah dengar. Semua ini korupsi. Negara Indonesia, menurutnya hanya Pusat yang mengaut keuntungan.

"70-an dahulu, Malaysia dan Indonesia sama-sama miskin," kata beliau. "Sekarang, Malaysia dah lebih membangun berbanding Indonesia."

Sebab itulah menurut pensyarah itu, Arenawati sangat gigih menentang korupsi lewat karyanya. Aku terpaku mendengar komentar itu. Rasuah.. rasuah..

Tamat seminar, aku minum-minum dan kenal beberapa orang. Ye lah, dah tak boleh nak macam mana. Laporan di Berita Harian benar-benar menyusahkan hidupku.

"Tajuk laporan tu memang bernilai marketing yang tinggi," kata seorang teman lagi.

Darihal tawakal
Selepas minum petang, aku ke Court untuk menyerahkan surat pengesahan jawatan yang TMJ buatkan untukku. Sampai ke sudah, tak dapat letter-head. Aku bertawakal seperti tawakal yang diajar oleh Imam Hasan al-Banna terhadap sahabatnya.

Sahabatnya rabun mata, jadi pada fikirannya, beliau akan ditolak jika ingin memasuki pasukan tentera. Sang murabbi berpesan, "Pergi saja dalam ujian ketenteraan itu dan bertawakallah"

"Bagaimana mahu bertawakal walhal mata saya memang rabun?" jawab sahabatnya.

Lalu, Al-Banna berkata, "Lantaran itulah aku menyuruhmu bertawakal kepada Allah. Sekiranya, mata kamu sejahtera dan tiada kecacatan, nescaya kamu akan bertawakal kepada matamu."

Ringkas cerita - sahabat al-Banna itu akhirnya berjaya memasuki pasukan tentera.

Aku faham. Buat sehabis baik, kemudian bertawakal walaupun ada kekurangan dalam kerja kita setelah berusaha bersungguh-sungguh. Nabi Musa berusaha keras membawa Bani Israel keluar daripada sistem perhambaan tajaan Fir'aun.

Kemudian, apabila tiba di Lautan Merah, Allah s.w.t sendiri yang melorongkan jalan untuk Bani Israel keluar menyelamatkan diri daripada bala tentera Fir'aun. Musuh Allah akhirnya hancur. Usaha.. usaha.. usaha.. doa.. doa dan akhirnya bertawakal.

"Yang surat macam ni pun ok juga," jawab S setelah kutunjukkan surat pengesahan yang tidak memiliki kepala surat itu.

Saya ingat, surat itu tak diterima. "Kalau tiada apa-apa aral, tunggu dalam seminggu, produk tu akan sampai."

Rasa lapang dada. Aku kemudian call Saad, Don F dan Don Shy untuk filem free Blood iaitu kisah vampire. Nasib kami kurang baik, ketika tiba di Damansara, tiket filem pun habis.

Beratur jam 7.00 petang, 7:20 petang dah habis. Di depanku, ada seorang anak muda. Aku tanya macam-macam mengenai keratan akhbar yang di'redeem'.

Aku baru tahu bahawa dia bekerja di Filmharmonic, KLCC? Di situ ada teater muzikal. Lama dah aku teringin nak masuk ke situ. Asyik-asyik, Mat dan Minah Saleh saja yang masuk tengok. Aku pun ada citarasa elit dan kapitalis juga.

Ketika berbual-bual anak muda tu, seorang serai saad (serai saad adalah awek cun dalam bahasa Khmer) tiba-tiba menegur kenalan baruku itu. Seperti biasa, seorang pencinta wanita, kasanova bertaqwa dan romeo beriman seperti daku tidak akan melepaskan peluang ini.

Alamak, dia speaking laa.. Aku orang kampung, tak pandai speaking dengan awek berperawakan macam dalam Gadis Kosmo ni. Agak-agaknya, orang pompuan ni memang suka kalau dia dilihat selalu kot. Aku pun apa lagi. Salahkah aku melihat keindahan ciptaan Tuhan sambil mensyukuri nikmatNya? He.. he..

Selepas tiket habis, si gadis kosmo itu datang ke tempat aku beratur itu. Dilihatnya aku lagi setia tercegat di situ lalu dia datang menegur, "Did you see my friend, Idris?"

Owh, Idris rupa-rupanya nama mamat yang kerja kat KLCC bahagian teater tu. Nantilah aku pi cari kalau-kalau dapat tonton teater. Soalan gadis kosmo itu tak sempat kujawab dan tak sempat daku mengayatnya.

Mengurat adalah suatu ibadat
Mengurat adalah satu ibadat, di zaman glokal hadhari ini tidak penting siapa ngurat siapa. Timba mengurat perigi atau perigi mengurat timba.

Mengurat adalah suatu bentuk jihad. Mengurat Linday Lohan supaya dia kembali kepada ajaran Tauhid adalah Jihad Akbar. Tapi, ini 'fatwa' peribadiku sahaja.

"Amboi-amboi, awat hang nak berdakwah kat Lindsay Lohan ja," kata seorang Minah kat aku. "Awat tak dakwah Brad Pitt?"

Err.. aku tidak menjawab soalan itu. Ini kerana, ada sedikit seorang dalam niatku, maka kendala menikam dalam urusan perjuanganku.

Oleh kerana gagal misi menonton wayang, maka kami ke rumah Fitri di Kota Damansara. Kami makan, pulun betul-betul masakan dia. Fitri ini pernah bertanya aku tentang cara menulis dekat akhbar. Akhirnya, dia berjaya mendapat tempat di akhbar.

Dia masuk NST, laporan beritanya mendapat tempat 'frontpage' Harian Metro dan kini dia dekat TV9. Satu perkara yang aku suka kepadanya ialah jiwa humble yang masih melekat pada dirinya dan dia masih tidak melupakan aku.

Rupa-rupanya, nasibnya serupa denganku - kami tersekat, tepatnya disekat kerana kedengkian orang terhadap laporan dan tulisan-tulisan kami.

Paling membuatkan aku terharu, ialah dia masih meminta pandanganku untuk meneruskan hal pengajiannya. Dia meletakkan pen-drive untuk merakamkan isi butiran, buah fikiranku apabila orang-orang di sekeliling membuang bahan fikiranku bagaikan ia tidak bernilai untuk dimajukan kepada umat dan masyarakat.

Dia masih mendengar dengan penuh teliti dan berminat. Perlahan-lahan jiwaku makin kuat dan bergelora. Aku makin jelas dengan kedudukanku yang sebenar - akulah guru bangsa - mahaguru kepada umat ini, yang akan mencetak anak-anak muda, wartawan dan penulis muda generasi depan.

Inilah ucapanku kepada ALO pada suatu ketika dahulu tatkala aku suarakan hasrat meneruskan pengajian untuk jadi pensyarah.

"Enta masuk universiti nanti, kena kekang dengan peraturan universiti dan Auku pula," kata ALO, ketika mencadangkan aku terus menjadi wartawan, membina dan menempa nama dalam dunia kewartawanan.

Aku membalas, "Jadi pensyarah, kita boleh mencetak lebih ramai wartawan."

Bualan itu berlaku ketika kami mula-mula berada dalam Siasah. Aku rasa aku tepat dan ALO telah salah. Buktinya, bahan aku sendiri tak dapat dipertahankan ketika aku menulis di H.Daily. Sedangkan, dalam keadaan aku disekat Auku, aku masih boleh bertahan, menulis tanpa peduli ugutan dan ancaman Auku dan HEP.

Aku benar. Yang menyekat aku sebenarnya bukanlah Auku dan HEP, tetapi rakan wartawan itu sendiri. Dahulu, yang menyebabkan aku dibawa ke jawatankuasa siasatan HEP ialah surat yang bertajuk Demokrasi Universiti Sudah Mati dalam Harakah dan Harakah Daily.

Sekarang, zaman dah berubah. Bukan akta dan sistem itu yang menyekat tetapi pengarang yang tidak jujur dengan kewartawanan itulah yang menyekat. Hai, banyak benda nak tulis ini. Boleh buat novel barangkali.

Selesai berbual dan bercerita mengenai masalah-masalah yang melingkari dunia kewartawanan ini, kami pun berangkat pulang dari Kota Damasara sekitar jam 1 pagi. (7:17 p.m, 10 Jun)

Gambaq masa tengah 'sembang kemaih'
Kepada Yong, ini adalah gambar saya jika mahu dimuatkan dalam blog yang anda dan rakan-rakan mahu usahakan itu. Segala usaha dan kerjasama yang ditunjukkan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tadi, ketika saya menggodek internet, saya bertemu banyak betul nama saya yang sama dengan orang lain. Ada yang dari Iran, India dan Arab. Ingatkan kita seorang saja.

Bagaimanapun, gambar yang dikirim oleh saudari Zalila Isa dalam Facebook saya itulah yang benar-benar menambat perhatian saya.

Bukan apa.. nampak 'kemaih' sikit macam tengah berpidato, he he (padahal tergagap).

Saya perlu ke DBP, Court untuk bereskan perjuangan yang belum selesai. (3:01 p.m)

Currently have 4 comments:

  1. D'Rimba says:

    Kemesraan masa kita bertemu cukup bermakna bagiku. Terima kasih warga Maktab Mahmud yang hebat..........

  1. necron145 says:

    maktab mahmud...assobiah ni...hehe

    ana slalu jgk baca artikel2 abg...pstu forward kt kwn2 spy bleh amik pngajaran...

    mngkin ada org kritik tulisan kata xbgus la...mcm2 lg la..tp bg diri sy sndiri..tulisan sgt bagus dan brmanfaat..(walaupn kkdng ada unsur2 kelaghoan di situ..hehe)

    apa2pn...ana brharap abg akn trus menulis krana Allah...bkn krana sapa2 ataupn nk dpt keuntungan duniawi...

    wslm...

  1. t.kasih kepada D'rimba.. maaf dalam dua tiga hari ini mmg tak sempat nak borak panjang di Seminar Pemikiran Arenawati.

    ye, sy dr sekolah agama, tapi kurang minat matapelajaran agama berbanding akademik. selepas PMR keputusan saya ok sikit dan saya masuk aliran sains.

    saya tak pergi ke Mesir dan Kaherah macam Necron :)

    Saya boleh ditemui sekitar Jalan Raja Alang, Kg Baru, atau dekat2 masjid jamek kg baru.

  1. t.kasih Necron.. kalau balik raya di Pendang nanti, jemputlah mai rumah.

    kalau ada bilik kosong di Kaherah untuk sewa dalam sebulan ka, bagitau la, boleh la berkenalan dan bukak SPKB cawangan Kaherah, Mesir pulak.

    :)