Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

15 J. Awwal / 10 Jun (Rabu)

Thursday, June 11, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 7:04 AM

Ke Seminar Pemikiran Arenawati sekali lagi. Kali ini hambar tak lagi seganas kelmarin. Para pembentang membaca dan bukan berdialog dengan khalayak. Ramai jua yang tak hadir. Kerusi banyak kosong.

Selepas habis seminar, Arif memanggil aku ke meja VIP. "Mai la, orang VIP pun tak ramai," katanya. Di meja VIP itu, rupa-rupanya aku baru tahu Arif adalah pensyarah bahasa Melayu di UPSI.

Betullah kata cikgu Sahrunizam, aku baru nak berkenal-kenalan dengan blok tengah (khalayak sasterawan, penulis), selepas aku mengenali blok kiri (PR) dan blok kanan (BN).

Rupa-rupanya, aku duduk semeja dengan Encik Azmi Ibrahim (DBP Bahagian Agama) dan Encik Salleh Timb Presiden Pena.

Selepas bertanyakan namaku, apa pekerjaanku, encik Salleh nampak berminat. Apatah lagi bila aku menyebutkan aku wartawan sambilan untuk Harakah.

"Ali apa?" tanya beliau lagi, seperti mendesak.

"Ali Bukhari Amir," aku menjawab dengan tergagap-gagap.

"Oh, awak rupanya Ali Bukhari... saya dah baca Razali Endun tulis tentang awak tu," kata En. Salleh lagi. Confirm, tak boleh aku menyamar dan buat bodoh macam dulu lagi.

Kena jaga penampilan. Dulu, selekeh macam mana pun, sapa peduli. Mana ada orang nak tengok aku. Kena masuk kursus menjaga penampilan diri lepas ni. Siapa nak jadi juruhias, jurudandan dan jurumekap saya angkat tangan.. he he

Sinar Harian Sejak dalam dewan seminar di DBP tadi, saya membaca laporan akhbar Sinar Harian mengenai kerajaan perpaduan anjuran PAS. Antara yang menarik minat saya ialah kenyataan Dr Mahathir sendiri, iaitu mesti ada kerajaan dan pembangkang.

Mustafa Ali minta semua pemimpin Pas, PR tutup mulut dan hentikan isu kerajaan perpaduan. Siapa dia Cikgu Pa nak larang orang-ramai dan pemimpin PR agar tidak bercakap isu ini? Takut dah ka? Kalau kita takut, kita seorang saja jangan menjawab.

Kalau rasa letih nak menjawab, jangan jadi pemimpin dan jangan pegang jawatan yang menjaga lidah rasmi Pas - Harakah. Letak jawatan, serah kepada mereka yang ingin kebebasan bersuara. Timbul idea - aku nak buat seminar mengenai masa depan Pakatan Rakyat.

MPB call, bertanyakan hal-ehwal pembikinan blogku. Panjang juga dia bercerita. Tapi, rumusan yang dapat kuambil - setelah terpinggir dan dipinggir dari opis, Tuhan mengirim orang tertentu membantu perjuanganku.

Kalau Nabi Muhammad disingkir oleh Makkah, baginda melabuhkan dahwahnya ke Madinah. Di dalam surah Yusuf, nabi Allah itu disingkir daripada keluarga, lalu pergi ke Mesir, jadi menteri.

Seakan terlihat dalam ruang mataku - batu-batu kerikil yang menyinggah ke kepala Rasulullah di Taif, dakwahnya tidak diterima. Seperti hadir dalam penglihatanku, kelibat nabi yang sedang mengeluh kerana dakwahnya tak diterima dan akhirnya pada suatu malam ketika bersendirian, baginda menerima kunjungan jin-jin yang memeluk agama Islam.

Ya Rabb.. ramaikanlah taulan yang membantu perjuanganku setelah cara aku berjuang di Jalan Pahang Barat tak lagi diterima orang-orang di sana. Amiin..

Sekilas kisah Wan Said
Pak Wan ini aku temui ketika beliau menjual buku di seminar pemikiran Arenawati. Antara buah fikirannya, "Orang agama tak baca buku sastera, tapi orang sastera baca buku agama." Maka orang sastera, pemikirannya lebih luas berbanding orang agama.

Dia turut mengkritik pentadbiran agama dan kelemahan orang agama dalam mentadbir.

"Saya bagi surat by-hand, tapi tak berjawab," kata beliau. "Ini pengalaman saya sendiri."

Kalau nak ditulis, banyak benar. Tapi, aku memutuskan dalam hatiku bahawa dia akan menjadi salah seorang sumberku dalam kalangan marhaenis ketika mengkritik kelemahan pentadbiran agamawan kelak.

Perlahan-lahan jiwa Temudgin (Genghis Khan) mengalir dan menyelinap dalam jiwa ragaku dan bila tiba waktunya, aku akan bangkit, jika diizinkan oleh Allah, pemilik segala jiwa.

Ya.. seminar itu perlu aku jalankan dengan seberapa segera.

Malam
Aku, Don Shy dan Don F mencuba nasib lagi di GSC One Utama - Drag Me To Hell. Kami 'kaciwa' kerana gagal memburu tiket filem free lagi. Akhirnya, kami menonton filem yang sama di Cathay Cineleisure, Damansara.

Best banget. Selepas filem Exorcist yang menggerunkan, inilah filem hantu dan filem seram yang mengalahkan Jangan Pandang Belakang dan segala jenis filem seram yang sewaktu dengannya.

Tak mau bagi ulasan lebih-lebih, nanti hilang keseronokan dan kepuasan menontonnya. Tengok sendiri, baru tahu, he.. he..

Apa yang paling penting, ideaku untuk membuat seminar untuk membincangkan kelemahan dan 'menghentam' Pas-PR telah disambut baik oleh Nik K (mantan wartawan K.Kraf) dan ahli syura The Battle of the Don.

"Abang Ali buat kertas kerja elok-elok, nanti kita bincang lain," kata Don Shy.

Sapa-sapa nak jadi AJK kerja untuk seminar ini, boleh mel-e kepada saya.

Hatiku puas hari ini. Dapat berkenalan dengan orang-orang besar, sedar diri bahawa diri ini dah dikenali dan aku mesti pandai-pandai 'mengontrol' kehenseman diri (he he),

Juga, paling penting-seminar 'menghentam' Pas-PR (sebenarnya nak memperbaiki) telah dapat persetujuan awal para Don dan rakan-rakan lain.

Currently have 2 comments:

  1. D'Rimba says:

    Sat, saya mahu hadirlah wahai warga Maktab Mahmud.....Saya juga mahu hadir muktamar PAS akan datang ini..Saya mesti mahu hadir ke seminar bakal sahabat buat itu dan mungkin boleh diberi kesempatan jadi ahli jawatankuasa. Tapi maaf saya sekadar budak baru belajar. Silalah tunjuk ajar. Saya sedia berkhidmat dan membantu. Jangan lupa tinggalkan pesan di blog saya segera.

  1. D'Rimba,

    Ajaklah rakan-rakan sama, kita bikin 'usrah' di Masjid Jamek Kg Baru. Dalam 2, 3 orang pun jadilah..

    Nanti, boleh kita bincang lanjut ttg cara nak uruskan seminar tersebut..

    Insya Allah Ta'ala..