Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

16 J. Awwal / 11 Jun (Khamis)

Friday, June 12, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 2:38 AM

Seperti biasa, saya bertapa di SPKB untuk terjemah. Terima kasih kepada teman-teman yang dok singgah di sini, mengutip kisah-kisah di sini untuk diteliti. Kalian akan menyaksikan jatuh bangun seorang hamba Allah lewat penulisannya di blog ini.

Daku sering tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang kalian ingin tahu mengenai aku. Adakah aku sudah berpunya? Err.. pernah mengurat tapi banyak kali juga tidak berjaya. Dan, aku tidak pernah merungut kepada Tuhan.

Apa lagi yang kalian mahu tahu? Penulisanku? Ya, ada orang dengki dan sakit hati dan kemudian mereka akan menyekat pemikiranku. Dan, aku mesti bersabar dengan semua ini.

Ya.. baru-baru ini, aku menerima anugerah mulut celupar oleh Berita Harian. Hampeh betul.. Tapi, seperti biasa, aku tetaplah bersabar menempuh dugaan hidup ini. Aku cuba menjawap kat Harakah Daily. Seperti yang kalian maklum, manalah mereka nak siarkan.

Semua ini menyebabkan kita perlu berfikir 1,000,000 kali sebelum menghormati agamawan akhir-akhir. Maaf, kalau agak kasar bunyinya, tetapi saya bercakap atas pengalaman.

Apa yang berlaku hari ini?
Azmi Putrajaya call - meminta aku ke Istana Budaya. Dia nampak mahukan bantuan mengenai apakah penulisan yang sesuai ditulis untuk Harakah dan Harakah Daily.

Sememangnya, ALO ada niat untuk menubuhkan semacam kelab untuk merangsang anak-anak muda menulis di situ. Malah, aku dan ALO sedang merangka penulisan buku yang mengumpul hasil tulisan pengarang-pengarang masa kini.

Semua itu memuatkan hasil pengalaman mereka menulis. Kata ALO, ideologi penulis itulah yang paling penting difahami dan dihadam oleh kalangan penulis muda. Aku dapat bersetuju dengan pandangan itu. Tapi, adakah kehadiran penulis baru nanti akan diraikan dan tidak akan disekat?

"Jumpa esok di Istana Budaya," katanya. "Ada anugerah HKSU." Azmi adalah kenalan baruku ketika aku diperkenalkan dengan juniorku, Dian (x-USM).

Semoga bertambah kenalan, bertambah sahabat, murah rezeki selepas aku terpinggir, dipinggir dari Jalan Pahang Barat.

Kamal Shukor (rakan Maahad) call, memberitahuku mengenai sebuah rumah yang boleh dibeli di Kajang. Harga RM72k dan bayaran bulanan RM300.

"Kalau enta suka boleh mai di sini," kata rakanku itu. "Ada kawan ana di RHB."

Aku, bagaimanapun belum membuat apa-apa keputusan berhubung hal tersebut.

Yong call dari opisnya. Lama betul. 45 minit berbincang mengenai blog. Aku harus mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya kerana sudi memberi pendapat yang berguna, bermakna dalam usaha menghias dan mendandan blog ini.

Kalau bukan kerana hujan, guruh dan kilat yang datang, mungkin saya akan terus berbual. Kilat, secara tidak langsung 'berjaya' menghentikan bualan kami di samping menyelamatkan bil telefon pejabatnya. :-)

Yong.. blog yang terbaru dengan warna pink itu mungkin akan saya gunakan untuk menzahirkan pandangan politik saya setiap hari. Jika sudi, mungkin boleh dandan dan hias blog itu juga. Saya akan bagitahu bilakah ia akan mula beroperasi.

Tok Saad sms, nampaknya dia mula 'ketagih' nak tengok movie. Mentang-mentanglah aku dapat banyak movie free sebab rajin masuk pertandingan.

"Esok malam, kalau ada. Sebab, Sabtu pagi aku ada hal dan petangnya aku balik kampung," kata beliau lewat smsnya.

Alamak, esok ada acara di Istana Budaya. Masa harus kuaturkan dengan munasabah. Aku fikir, ada baik juga aku tumpang Saad balik kampung.

Abah akan pulang umrah Jumaat, malam Sabtu di Penang. Lama jugak tak balik kampung. Mak sudah tertanya-tanya dan dia seakan dapat mencium rasa keresahan yang membalut hatiku. Dia dihantui rasa curiga apabila aku berbohong.

"Kalau ada apa-apa yang berlaku, cerita kat mak," itulah yang mak cakapkan.Naluri ibu tidak akan pernah menipunya. Aku tahu hakikat itu. Aku tidak mahu menipu. Tapi, nanti kalau cakap lama-lama dalam telefon, bil telefon naik dan percakapan lewat telefon tak akan pernah puas.

Ibu tahu aku pernah disekat di Siasah, ekoran kedengkian juga. Kali ini, peristiwa yang sama dah berulang dan sang editor pun dak tak boleh berbuat apa-apa untuk menyokong perjuanganku.

Kalian sebagai pembaca, adalah saksi mata yang akan melihat jatuh bangun seorang aku. Kalian akan mengenali pendengki, orang yang busuk hati. Dan, tujuan aku menulis ini ialah dengan satu harapan - jangan sesekali kita menjadi seperti mereka!

Currently have 4 comments:

  1. D'Rimba says:

    Pi ka Istana Budaya tak nampakpun ustaz di sana?

  1. dah pergi, ke sana, saya dok kat bahagian belakang sekali. masa dtg tu, Sabri Yunus sedang bercerita mengenai sajak ringkasnya.

    Dan,
    Tuhan pun
    tak ingin kita merdeka..

    Itu bunyi sajaknya..

    (err... saya bukannya ustaz..) :)

  1. D'Rimba says:

    Saja saya panggil ustaz doala tu mudahan termakbul sikit masa lagi. Tapi kalau Akhil Khai saya tak sampai pula hati nak panggil ustaz tak tau kenapa. Huhuhuhu..........

  1. Amin ya D'Rimba,

    Sy pun tak pakai kopiah. Tapi, kalau datang bagi pengisian di Unikl nanti mmg pendekatan pun sama juga; sy tak pakai ketayap, jubah dan serban...

    he.. he..

    paling penting, kita dapat bertemu dan membanyakkan kegiatan berguna.