Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

17 J. Awwal / 12 Jun (Jumaat)

Friday, June 12, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 3:23 AM

Senjakala, malam dan dinihari
Aku pi KLCC, cuba tebus tiket RAM, tapi tak berhasil. Kemudian Azmi call ketika aku sedang makan-makan di KLCC. Dia dah tiba di Istana Budaya.

Selesai makan, aku terus ke sana dan bertemu dengannya. Malangnya, Mie bawak isterinya dan aku tak dapat bercerita hal-ehwal politik dan berkongsi kisah silam antara kami. Saad pun hadir di Istana Budaya dan kami berbual rancak mengenai hal-ehwal pertahanan negara.

Aku tiba di Malam Bacaan Puisi itu ketika Sabri Yunus sedang berceloteh tentang bait 'puisi'nya- "Dan, Tuhan pun tidak ingin kita merdeka.."

Aku termenung memikirkan bait-bait kata puisi Sabri Yunus itu. Memang benar, kita akan tetap menjadi 'hamba' Tuhan sampai bila-bila pun. Kita tak akan pernah 'merdeka' daripadaNya.

'Bergaduh' sakan aku dengan Saad kerana hal-ehwal kementerian peperangan tadi. Kami bawak isi perbincangan tadi sehingga ke Jalan Yap Ah Shak, tempat aku selalu 'berfoya-foya' mengikat derita sengsaraku di sana.

"Ini bukan masalah takut," jelas Saad. "Mereka ada strategic thinking." Dan, banyak lagi hujah Saad kepadaku ketika aku memajukan pandangan bahawa Zahid Hamidi takut membawa idea Pakatan Ketenteraan Antara Negara-Negara Islam.

Aku geram kepada Zahid Hamidi. Dulu sebelum dia jadi menteri pertahanan dia dapat keluarkan idea begitu. Sekarang, dah hilang ke mana idea tersebut?

Tadi, sebelum Maghrib, aku sempat mengarang - Darihal Ehwal Yahudi, Zionis dan Freemason, salah satu bahanku yang telah kuhantar ke Harakah Daily, tapi enggan mereka siarkan.

Dalam hati, jiwa dan perasaanku, selalu ada rancangan untuk melawan Zionis, saat kulihat Thai membantai umat Islam di Selatan Thai, khasnya dalam serangan tentera Thai yang terbaru, hati dan perasaanku kerap menjerit, "Hang dok buat apa wahai Zahid Hamidi?"

Aku ingin masuk dalam wilayah ketenteraman, tapi tidak berhasil. Sekatan-sekatan ekoran rasa iri hati, kedengkian yang meluap-luap dalam kalangan pengarang, menyebabkan ideaku takkan mampu menerobos ke dalam ruang pemikiran umat ini.

Tersiar juga di Detik Daily
Alhamdulillah, ramai juga yang membacanya. Aku sudah kehilangan RM50 gara-gara pengarang Harakah Daily tidak menyiarkan bahan pemikiranku ini. Tapi, setidak-tidaknya, umat boleh juga membacanya untuk mengambil pengiktibaran jika mereka mahu.

Aku cuba menagih pengertian daripada Tuhan, apakah sebenarnya yang cuba Tuhan buktikan dengan sekatan pemikiran ke atas diriku ini? Semoga Tuhan dapat memberikan jawapannya kelak.

Borak-borak bersama Saad di Restoren Buharry sambil menonton kerosakan akhlak anak-anak muda banyak menginsafkan kami. Bagaimanapun ada beberapa rumusan yang perlu kunukilkan di sini. Banyak juga.. Antaranya..

1. Saad bersetuju dengan ideaku mewujudkan Liga Bola Sepak Antara Tentera Negara Islam.
2. Saad 'diperhatikan' sejak menjadi penanda kertas undi tentera dalam undi pos.
3. Aku mahu menghidupkan blog untuk menyebarluaskan lagi ufuk pemikiranku setelah disekat bertubi-tubi oleh mereka yang tak jujur, tak ikhlas dan mengkhianati lapangan kewartawanan.
4. Ada 'rencana tersembunyi' antara Malaysia-Iran dan Malaysia-Turki dalam hal ketenteraan. Tapi, hal ini belum boleh dibuktikan lagi, sama ada ia betul-betul terlaksana atau pun tidak.
5. Dan, hal-hal lain...

Abah call malam tadi, menyatakan bahawa dia sudah sampai di Pulau Pinang. Dia baru balik dari Jeddah kerana mengerjakan umrah. Aku akan balik ke Pendang sedikit masa lagi, insya Allah. (5:26 a.m)

Petang
Tok Saad call balik, menagih janji tayangan filem percuma di KLCC. Aku bersetuju. Cadangnya, aku akan ke KLCC untuk mencari filem apakah yang sesuai.

Malam ini di Istana Budaya, sempena anugerah HKSU. Perlu aku mengenali lebih ramai rakan-rakan daripada 'blok tengah' (non partisan) dan aku tak tahu apakah nasibku nanti pada masa depan ketika bergaul dengan golongan ini.

Ada dua kegagalan hari ini-gagal bertemu Kamal di Kajang untuk lihat rumah baru di sana. Juga, aku gagal bertemu Akmal di UM untuk selesaikan urusan menyambung pengajian. (6:28 p.m)

Currently have 8 comments:

  1. D'Rimba says:

    Saya pi Istana Budaya acara Baca Puisi gah sekali dan saya makin menyukai Pak Samad dengan perjuangan kentalnya akan isu bahasa.

  1. ya D'Rimba, saya juga ke sana tadi dan terserempak dengan teman-teman.

    Ingatkan anugerah dah bermula tadi. Rupa2nya minggu sekali lagi.

    Kalau saya nak pi Unikl, kena naik ke tingkat berapa?

  1. D'Rimba says:

    Nak buat apa pi UNIKL? Kalau nak jadi pensyarah sini boleh juga. Sini pensyarah ajar banyak ikut sukatanja kurang tambah nilai mendidik. Maila lekas ustaz kalau tak UNIKL bakal jadi seperti nasib UITM la tak lama lagi. Pentadbiran dia tingkat 3. Nak mai habaq no che boleh temankan. Elok juga buat kuliah agama mingguan di sini.

  1. D'Rimba says:

    Ustaz, la ni lega majlis ulama Malaysiapun dah hantaq memorandum bantahan PPSMI dan tuntut mansuh segera dan kembalikan sepenuhnya kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di tadika hingga universiti awam mahupun swasta seluruh negara. LEGA tahap maksimum sebab ulama sudah bersatu dan sedar pengaruh bahasa lebih daripada sekadar alat komunikasi. Ada baca dak di web Prof Abdullah memorandumnya?

  1. D'Rimba,

    Bagus kalau ada usrah agama mingguan di surau-surau UNIKL. Nanti saya bg tau kpd rakan-rakan kalau mrk boleh beri pengisian di sana kelak.

    Sy gembira dgn perkembangan terbaru. Bagaimanapun, tuntutan peribadi sy ke atas golongan agamawan ini ialah mereka haruskan jadikan pentas khutbah Jumaat ini sebagai landasan guna membangunkan kesedaran masyarakat dalam usaha memansuhkan PPSMI.

    Misalnya, mrk sepakat menjadikan - Jumaat minggu pertama setiap bulan itu, masjid-masjid di seluruh Msia akan mengutuk PPSMI serentak!

    Soalnya, adakah mereka bersedia untuk melakukan semua ini?

    Terima kasih atas keprihatinan sdr terhadap isu PPSMI.

  1. D'Rimba says:

    Ini semua hasil perjuangan sahabat dan pejuang bahasa sekalian. Terima kasih beri kesedaran. Saya banyak terbina dalam dunia deklamasi sebenarnya mencintai bahasa, semangat kebangsaan dan mendekati bidang sastera negara yang boleh mendidik jiwa anak bangsa..

  1. semoga terus bekerja keras untuk memansuhkan ppsmi lewat pena, kegiatan mendeklamasikan puisi.

    nanti, kalau saya buat puisi panjang untuk memansuhkan ppsmi, harap sdr D'Rimba sudi mendeklamasikannya pula dan membikin lagu puisi kalau tidak keberatan. :)

  1. D'Rimba says:

    Saya rela dan bersedia tapi pastikan beri saya jamah dan hirup sepuasnya karya puisi bermakna sahabat. Agar segala khasiat puisi itu dapat kunikmati sepenuh hati untuk kukongsikan bersama khalayak.

    Kajian, hafalan dan latihan yang cukup amat diperlukan sebelum deklamasi dengan berkesan dan juga melagukan karya puisi berjiwa seperti Almarhum Zubir Ali bekas pelajar Maktab Mahmud juga itu dan tidak lupa Dinsman juga bekas pelajar Maktab Mahmud yang amat kukagumi.