Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

18 J. Awwal / 13 Jun (Sabtu)

Saturday, June 13, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:44 AM

Malam
Adik saya call-mungkin dia datang malam ini. Dia di Puchong, tidur di rumah kawan. Tiba-tiba, saya terfikir untuk menghidupkan blog yang baru dibuat oleh Yong.

Kalau blog itu maju dengan sebab banyak ulasan berhubung isu politik, mungkin boleh dapatkan iklan-iklan. Saya tanya MPB tadi dan kami berbincang mengenai beberapa perkara. Susah benar nak cari duit halal sekarang ni. Di mana-mana, ada saja sekatan untuk mengarang.

"Kenapa nak tumpukan kepada politik?" tanya Yong.

"Isu politik yang sangat digemari khalayak," jelas saya lagi. "Tapi, blog itu tetap memuatkan pelbagai isu lain juga, tidak hanya politik."

Setelah meminta Yong buatkan (1) Histat, (2) Read More, dan (3) Ruangan Kotak Iklan, maka saya pun berazam - mahu mengarang isu-isu politik itu setiap hari, insya Allah Ta'ala...

Saya mengarang dalam keadaan perut lapar sekarang. Malam ini, Don F call dari Perak. Sekitar 3 pagi nanti, dia mungkin tiba di Pudu Raya. Saya akan menjemputnya di sana. (10:31 p.m)

Cepatnya artikel saya semalam; DARIHAL EHWAL YAHUDI, ZIONIS DAN FREEMASON masuk ke ruangan bawah Detik Daily. Baru Maghrib semalam saya masukkan, tapi terus terperosok kat bahagian bawah.

Tak apa, ada banyak bahan lagi yang tak tersiar di Harakah Daily yang akan saya masukkan kelak, insya Allah. Ini semua bahan-bahan untuk tatapan rakyat.

Apa-apa pun, saya menjadi lebih 'kaciwa' ketika membaca laporan di Malaysia Kini; PEMUDA PAKATAN DEBAT HALATUJU PAS.

Menurut laporan itu, Ketua Pemuda Pas yang baru, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi telah menolak jemputan tersebut. Alasan yang dinyatakan berdasarkan petikan laporan itu: -

Ketika dihubungi Malaysiakini, Nasrudin berkata, beliau terpaksa menolak jemputan tersebut sebagai menghormati keputusan PAS pusat untuk tidak menyentuh isu kerajaan perpaduan untuk sementara waktu itu.

Saya difahamkan - bahawa yang bernama ulamak itu, mereka akan selalu berani berdebat. Jika ada masalah, Ustaz Nasrudin bolehlah hadir dengan memberikan pandangan peribadi. Beliau boleh berkata, "Wallahu 'alam" jika beliau tidak tahu dan jawapan seperti itu memang biasa disebut oleh ulamak terdahulu.

Rakyat dan ahli-ahli Pas seperti saya perlukan maklumat yang berterusan. Datuk Mustapha Ali telah mengarahkan orang-orang Pas untuk tutup mulut dan jangan bangkitkan lagi isu Kerajaan Perpaduan.

Saya ingin bertanya Cikgu Pa, adakah beliau berani menegur Presiden parti kalau tiba-tiba Tuan Guru Abd. Hadi sendiri yang memberikan kenyataannya kepada media berhubung isu Kerajaan Perpaduan.

Saya pernah chat dengan Ketua Biro Penerangan PKR dan beliau menyifatkan TGHA memang di luar mesyuarat bercakap lain daripada di dalam mesyuarat. Itu pengalaman peribadi beliau. Hal ini beliau bangkitkan ketika menyentuh perbezaan sikap antara TGHA dgn arwah Ustaz Fadhil Noor ketika memimpin Pas suatu ketika dahulu.

"Kalau kami tak capai keputusan dalam mesyuarat, ust Fadhil akan kekal dengan kenyataan itu dan pendiriannya tidak berubah," kata beliau.

Jadi, saya tidak hairan apabila Presiden Pas dengan tiba-tiba boleh menyebutkan isu Kerajaan Perpaduan apabila kita semua sudah sepakat untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Hal ini telah diperakui oleh kaum bukan Melayu, bukan Islam yang ada pengalaman sendiri bekerja dengan TGHA dan arwah Ustaz Fadhil Noor.

Cukuplah sudah Dato' Paduka Husam mengundur diri daripada acara Hujah tempoh hari. Jangan lagi ada pimpinan Pas yang bikin malu kepada ahli-ahli sendiri dengan mengundurkan diri dari pentas debat.

Saya bukan marahkan Dato' Paduka Husam KERANA GAGAL MENDAPAT PROJEK KAMBING JAMNAPARI SEPERTI YANG DIRAKAMKAN OLEH KICKDEFELA lewat blognya.

Saya 'marahkan' beliau, marah-marah sayang kerana selaku wartawan yang kerap disekat idea dan pemikiran, saya kerap berjuang mencari ruang dan pentas terbuka untuk diratibkan segala buah fikiran saya kepada umat, masyarakat dan rakyat.

Tiba-tiba, beliau tidak hadir. Kali ini, tiba giliran Ustaz Nasrudin Tantawi. Sudah-sudahlah. Kita janganlah kita memberikan aib terhadap ahli-ahli Pas bawahan kepada penyokong Pakatan yang terdiri daripada PKR, DAP, PRM, PSRM dan lain-lain parti.

Currently have 2 comments:

  1. D'Rimba says:

    Perjuangan agama perlu lebih kental dan menyeluruh sifatnya.....................

  1. rakan-rakan yang dikasihi,

    saya tidaklah berniat nak mengkritik perjuangan pas sebenarnya, melainkan untuk membetulkan kepincangan dalam pas sendiri.

    apa yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu terbitnya dari kesalahan kita sendiri.

    saya sedia berdebat, bermuzakarah ke atas apa sahaja isu yang telah saya nukilkan di sini.

    sekian, terima kasih.