Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

19 J. Awwal / 14 Jun (Ahad)

Saturday, June 13, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 3:15 PM

5:29 petang

Saya masih di Shah Alam. Kemaskinikan blog, update BISUL-BISUL DALAM SERBAN PAS di dalam laman DETIK DAILY.

Kaciwa betul tengok Harakah Daily. Tak update pun. Tadi, godek-godek blog Mat Amin, penggerak Rejimen ke-10, komunis Malaya. Rasanya, puak-puak ni boleh aku interview juga kelak.

Menggodek YouTube - dan inilah kenyataan Cikpa Pa yang sedang 'sembang kemaih' mengenai 'Kerajaan Perpaduan'. Saksikan kenyataan berbelit politikus-politikus kita...

Ulasan peribadi aku: Siapa dia Cikgu Pa ni, nak sekat orang bercakap isu Kerajaan Perpaduan. Dah letih nak menjawab, takut nak menjawab, lepas tu mintak orang senyap pulak. Siapa dia ni?

Kalau setakat SUA Pas, tak payahlah nak sekat-sekat suara hati nurani rakyat untuk bersuara, berbincang, berdialog dan berdebat mengenai isu Kerajaan Perpaduan ni.

Mustafa: cease all talks on unity government

Jadi, kepada rakan-rakan sekalian, sila nilaikan sendiri kenyataan ini. Okay, saya balik ke SPKB sekarang. Selamat jalan ya Fansuri ... (5:41 p.m)

2:44 petang
Makan tengah hari bersama Don F di Pusat Fikir Seksyen 6, Shah Alam. Syukur kepada Tuhan, Don F sudah berjaya mendaftarkan kursusnya. Selepas ini kami mungkin akan pulang semula ke SPKB untuk mengambil motor Don F yang ditinggalkan di Gombak.

Ketika berbual dengan Nazri tengah hari tadi sambil makan nasi bungkus, anak muda itu telah bertanyakan soalan mengenai di manakah tempat yang sebaiknya meminjam selain along.

"Saya kena bayar RM1,000 dalam tempoh 14 hari," kata Nazri. Pelajar kelahiran Segamat ini tidak mahu menyusahkan keluarganya. Aku kasihan, tapi tidak dapat banyak membantu kecuali memberikan nasihat.

"UiTM ni pelik sikit abang Ali," sampuk Don F. "Kita kena bayar awal dulu."

"Cuma... yang saya dengar sekarang, CIMB boleh berikan pinjaman RM5,000 kepada mereka yang tidak bekerja tetap," kata pelajar UiTM itu.

Kami capai kata sepakat dan kata putus - cuba di CIMB dulu. Dan, aku pun mungkin akan cuba bertanyakan hal yang sama. Boleh beli emas dan laburkan. Ketika zaman gawat dan penulisan yang semakin tersekat ini, otak kena ligat memainkan peranannya! (2:51 p.m)

Awal
pagi
Ketika saya menaip ini, saya sudah tiba di rumah Don F di Seksyen 6, Shah Alam. Sekitar jam 12 malam, adik saya, Imran datang bersama rakannya Con di SPKB. Dia tersesat dan saya terus membawanya ke Restoren Buharry, berdekatan Le Blan; tempat saya kerap 'berfoya-foya'. Dia agak terkejut.

"Selalu ka abang mai sini?" tanya adikku itu.

"Kadang-kadang," jawabku mengontrol diri. "Saja mai cari ilham," tambahku lagi mencoverkan diri. Selepas minum-minum, kami ke SPKB setelah kujelaskan masalah komputerku kepadanya. Dia fasih sedikit hal-ehwal komputer.

Aku bertambah malu dengan kedaifan SPKB. Tapi, terpaksa kubenarkan mereka masuk jugak kerana mereka mahu 'merawat' pc aku yang semakin tidak sihat mutakhir ini. Sebab itu jugalah bertambah keras kemahuanku untuk membeli sebuah leptop.

"Kakti dok cerita kat Imran, sambil menangis sebab dia sedih tengok keadaan abg long," kata adikku itu. "Selalu dok kutip tin aluminium.. lepas tu bumbung bocor, air kumbahan tumpah dari atas."

Memang benar... aku tak dapat keluar langsung daripada garis kemiskinan ini. Banyak rintangan yang kuterima daripada mereka yang kusangkakan dapat membantu.

Tetiba, sekitar 2:30 pagi, Don F call dari Pudu Raya. Dia dari Perak. Esok, dia perlu mendaftar kursus di UiTM. Aku pergi menjemputnya dan meninggalkan adikku dan rakannya yang sedang memeriksa kerosakan komputerku.

Kerana kerosakan ini, aku terpaksa guna komputer di Jalan Pahang Barat. Hari itu nasibku amat malang. Guna pc seorang muslimat, mulanya oke, esoknya aku tak diizinkan masuk lagi ke opis. Atas alasan pc itu bermasalah. Aku rasa, dia orang terakhir yang menggunakan pcnya sendiri.

Ujian, ujian. Dalam perjalanan pulang, minyak motor kering pulak dah. Mujur dekat nak sampai kat Kg Baru. Kami heret motor ke Jalan Raja Abdullah, melewati Universiti Kuala Lumpur. Dan, inilah ujian dan cabaran sekali lagi. Hal itu berlaku sekitar 3 pagi lebih.

Akhirnya, tiba ke rumah. Aku 'ikram' adikku dan rakannya bersama Don F. Ikram adh-Dhuyuf (memuliakan para tetamu) adalah nilai-nilai murni Arab Jahiliyyah yang masih berterusan masa Islam sedang berkembang. Malah, memuliakan tetamu adalah tergolong dalam ciri-ciri orang yang beriman.

Aku beli makanan di 7-11 di Jalan Raja Alang. Kami makan-makan dan berbual sebelum adikku balik. Maka, antara beberapa rumusan bualan itu adalah seperti berikut:-

1. PC rosak akibat masalah 'power supply'. Harganya sekitar RM50. Saat aku nak sua (beri) duit kepada adikku, dia menolak. Hatiku rasa sayu. Dia faham segala kesulitanku.
2. Adikku juga berdepan dengan masalah kedengkian pihak-pihak tertentu ke atas. Jadi, dia pun terpaksa berusaha keras mencari ruang guna mengembangkan khidmat jualan insuran di Kuala Lumpur. Isnin ini, dia diminta menyampaikan ceramah mengenai polisi insurannya.
3. Anak saudaraku Sarah sudah membesar dan aku tak sempat melihatnya membesar di depan mataku sendiri. Aku tidak dapat balik kerana sebab tertentu.

Kami berpisah dan adikku 'drop' aku di Shell Jalan TAR. Aku dan Don F isi petrol di dalam botol untuk dimasukkan dalam motor. Dalam perjalanan pulang ke SPKB, kami berjalan kaki, terlintas di fikiranku untuk bermotor sahaja ke Shah Alam memandangkan tempoh pendaftaran kursus Don F itu ternyata singkat; 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

"Abg Ali tak mengantuk lagi, tadi, pukul 9 terlelap," ujarku kepada Don F. Kulihat dia pun tidak cakap banyak. Langsung bersetuju. Kami pun capai keputusan muktamad. Dinihari itu juga kami bertolak ke Shah Alam dari SPKB sekitar 4 pagi lebih kurang. (6:46 pagi)

Currently have 2 comments:

  1. D'Rimba says:

    Siapa dia yang mau daftar belajar di UITM tu? dia bekas Maktab Mahmud jugaka? Kenapa boleh jadi lagu ni? Cepat habaq mai. Sedihpun ada baca catatan kali ni. Siapa yang serba kekurangan ni? Ustaz jugakah? Aduh, aku risau gusar gundah gulana kerana diri ini juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa buat sementara....Aku fikir aku juga begitu saat ini...........

  1. D'Rimba,

    Dia bukan kawan Maahad. Dia orang Johor dan seorang lagi kawan saya di Kedah (SMKAK - Sek Men Kebangsaan Agama Kedah, Alur Setar)

    Nasib seseorang tak sama. Apa yang penting ialah semangat dan kejujuran dalam meneruskan kehidupan.

    Kesulitan dan kepayahan dalam menempuh hidup adalah 'nikmat yang paling padat.'

    Kesusahan menyebabkan kita akan tahu, siapakah musuh kita dan sapa kawan. Yang datang menolong ketika susah, itulah kawan.

    Yang menyulitkan kita sewaktu kita susah, itulah yang perlu kita awasi walaupun dia kawan kita masa kita tengah senang.

    Inilah nasihat, pesanan dan wasiat secara umum.

    Tuhan.. saksikanlah bahawa aku sedang menulis dan mengarang dari hatiku sendiri...