Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

11 - 12 J. Awwal / 6 - 7 Jun (Sabtu - Ahad)

Sunday, June 07, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 1:15 AM

Ahad
Terima panggilan daripada Kamal, mak dan Court Mammoth. Kamal bertanya sama ada saya pergi ke muktamar atau tidak. Dia kenalan lamaku di Maktab Mahmud, Alur Setar, Kedah.

Mungkin dia mencari kelibatku di sana. Tapi, dia tak jumpa. Lebih baik kuhabiskan masa dalam kerja-kerja dan urusan harianku - beli leptop, menyambung pengajian di universiti dan menulis. Menulis kenyataan politikus - membosankan.

Dalam muktamar, tak dibincang masalah Harakah, kebajikan wartawan. Wartawan pula yang menulis pandangan politikus. Dulu aku pi sebab namaku naik dalam list wartawan yang kena jadi pencatat 'wahyu nabi-nabi baru' di muktamar.

Jadi, bila ALO tanya kenapa tak pergi, aku jawab - aku tak dapat jemputan. Untuk apa aku yang berjuang untuk pemimpin Pas. Lebih baik aku mengarang untuk umat-PPSMI. Tu pun tak boleh sebab wujudnya sekatan dan kedengkian.

Memang betul, ada pandangan Pas di muktamar agar segera memansuhkan PPSMI. Tetapi, aku tak akan menulis berita itu jika aku ke sana. Aku nak tulis berita jika ada ustaz Pas yang sanggup berkhutbah menyelar PPSMI di atas khutbah Jumaat.

Aku nak tulis jika ada syor-minta guru Pas yang terus mengajar Sains & Matematik dalam BM walaupun Nazir melaporkan sikap itu kepada kementerian. Aku tak fikir ustaz Pas berani guna khutbah Jumaat untuk menyelar PPSMI.

Mak call, bertanyakan keadaanku. Dia dan adikku sedang pergi ke Perlis, menguruskan walimah salah seorang ahli keluarga di taman perumahan kami. Aku minta ibu doakan kesejahteraanku. Dia boleh rasa kesengsaraan hidupku, seperti sekatan penulisan dan sebagainya. Sebab itulah dia call agaknya.

Tetapi, aku terpaksa menipu dia, "Tak ada apa-apa. Jangan bimbanglah."

Sekitar 4 petang, orang Court Mammoth call, "Lagi 3 hari tak dapat surat pengesahan jawatan, pembelian encik tu kami akan cancel."

Renyahnya hidup di Harakah, Tuhan saja yang tahu. Ketika wartawan lain buat tuntutan leptop, tapi tak dapat gara-gara pentadbiran bikin masalah, aku yang nak membeli leptop pula terpaksa berdepan dengan kesulitan mendapatkan letter-head dan pay-slip kerana kerani bercuti. Rabb.. kenapa gerakan Islam jadi macam nie?

Sabtu
Mengikut rancangan tergesa-gesa, aku, Don F dan Don Shy dapat bertemu Amy di Shah Alam. Malangnya, dia sibuk dan aku pula agak keletihan.

Semalam, aku mengirim bahan untuk menjelaskan isu mulutku yang dianggap celupar oleh Berita Harian. Ketika mengarang itu, rakanku dari Parit Buntar call.

Aku memberitahu rakanku itu bahawa aku perlu tamatkan tulisanku. Mujurlah dia faham. Tidak boleh aku kompromi dengan sikap orang menentang pendapatku kalau mereka tak jelas. Maka, kewajipan ke atasku untuk memberikan penjelasan.

Biarlah orang marah selepas mereka faham idea-idea kita. (5:16 p.m)

Currently have 6 comments:

  1. Diari Ungu says:

    Bersabarlah, kerana jalan yang ditempuh oleh pejuang itu penuh liku dan selekoh tajam :-)

  1. terima kasih Diari Ungu..

    bagitahu kepada adik2 di kampus, kita jangan terlalu fanatik kepada kepartian. Di sini, terlalu byk yg rosak..

    sabar je lah...

    Nasib baik saya masih ingat kepada siapa saya bertuhan - ALLAH S.W.T.

    Saya bukan bekerja, menulis dan mengarang untuk orang puji saya.

    Semua itu untuk umat dan masyarakat

  1. Diari Ungu says:

    Ya, insya-Allah. Akan disampaikan...

    Ya, menulis itu kan juga berjuang. Berjuang dengan mata pena. Saya percaya, semakin banyak dugaan dan ujian yang ditempuh, akan semakin mematangkan kita. Dan saya kira, saya belum menempuh liku-liku hidup penuh ranjau seperti saudara. Ranjau sepanjang jalan-menghiasi hidup pejuang.

  1. paling penting sekarang ini, ialah kita perlu berjuang mencari ruang untuk rakyat mendapat lebih banyak maklumat.

    semoga berjaya

  1. Korakora says:

    uih fansuri, jangan "rosakkan" fikrah suci lagi muluk yang ada di kampus. hehehehe

  1. Nazmi,

    Sekadar mengingatkan adik-adik kat kampus sahaja. Bukan mengasuh tunas baru untuk memberontak tiba-tiba.

    Kita beri mereka maklumat dan biar mereka membuat pertimbangan sendiri.

    Jangan sampai mereka mengangguk saja dan tidak berani menegur kepimpinan atasan.

    Isu Kerajaan Perpaduan dan masalah tekanan, sekatan dalam Harakah itu adalah salah satu contohnya.

    Nak menulis, mengupas dan mengulas isu Manohara contohnya, mana boleh ya syeikh?