Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

10 J. Awwal / 5 Jun (Jumaat)

Thursday, June 04, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 9:43 AM

Petang
Akhirnya, aku minum-minum dengan Pyan. Selak banyak cerita, dan kemudiannya dia beritahu aku bahawa bahagian yang ditulis oleh Razali Endun, dengan judul Penulis Muda Tidak Kritis itu telah disusun oleh Safri (Sabri?)

"Kalau dia kenai hang, dia tak letak artikel puji hang," kata Pyan, berseloroh. Siasah edisi baru itu akan dikirim ke muktamar, demikian menurutnya lagi.

Kami naik ke opis Siasah dan bergebang hal-ehwal dalaman, masalah dan keperitan hidupku. Di dalam fikirannya, entah apa yang ada, aku pun tak tau. Tadi, masa makan-makan, dia tanya - apakah aku sudah menjengah ke dalam blog rakannya - yang menyifatkan bahawa menulis kat dalam blog tidak akan mengubah dunia.

Aku akan buktikan, insya Allah bahawa aku menulis di dalam Detik Daily nanti akan mengubah beberapa hal kalau pun tidak mengubah dunia. Khasnya aku akan cuba menulis isu Ustaz Azizan, kerajaan perpaduan dan lain-lain perkara.

Aku terima panggilan cikgu Sahrunizam yang dijadual akan membaca puisi malam ini. Dia minta bawa helmet lebih untuk mudah ronda-ronda malam ini.

Di Rumah Pena, malam itu aku bertemu Zaid Akhtar buat kali pertama - turut hadir ialah S. M. Zakir, Nazmi Yaakob, Shamsuddin al-Johori, Dr Ibrahim Ghaffar, dll.

Selesai berpuisi, kami ke restoren mamak kat DBP. Terjumpa Sabri Yunus di sana. Dia ceritakan pengalaman mementaskan teater di masjid.

"Setiap kali saya menyebutkan Rasulullah s.a.w, jemaah pun sebut s.a.w kuat, jadi saya sebut baginda, terus mereka senyap tak kata apa," katanya berseloroh.

Menurut Sabri lepas pementasan teater dalam masjid, ada ustaz memberi penerangan mengenai hadis panjang berhubung taubat Kaab dan rakan-rakannya itu.

"Ada jemaah yang menangis menonton teater tu," kata Sabri lagi. "Kemudian Azizi Abdullah kata masjid ni patut dapat anugerah Guinness Book of Record, tapi kemudiannya dia kata tak boleh sebab itu akan menyokong industri arak."

Kami ketawa lagi. Sabri akhirnya beredar bersama teman teaternya dan sejurus selepas tu kami beredar, masing-masing membawa haluan sendiri.

Di dalam sesi 'mengeteh' sebelum Sabri masuk mencelah tadi, dan ketika berada di Rumah Pena sebelum ini, beberapa rumusan bualan kami adalah..

1. Muhyiddin Yassin tidak akan mansuhkan PPSMI kerana beliaulah yang telah bawa semula Dr Mahathir ke dalam Umno. -> S. M. Zakir.
2. Ustaz Azizan dan konco-konco, juak-juaknya mungkin akan 'memecat', memindahkan ALO di bahagian buku-buku Nurfair.. -> H Fansuri.
3. S. M. Zakir juga diminta kenyataannya oleh wartawan Berita Harian berhubung laporan yang menyifatkan mulutku celupar. Tetapi,menurut Zakir, kenyataannya itu tidak tersiar. Jadi, editor mungkin tidak memasukkan kenyataan itu.
4. Dan ada lain-lain lagilah yang panjang lebar dan tak sempat kunukilkan di sini..

Aku diminta meneman cikgu tidur di Rumah Pena malam ini. Lepas semua beredar, aku bawa cikgu ke Jln Yap Ah Shak, tempat di mana aku selalu 'berfoya-foya'.

Sekitar jam 3:00 pagi, selepas ada sedikit 'chaos', pergaduhan di situ, maka kami bergegas balik ke Rumah Pena, tidur merehatkan diri. Sebelum tidur, aku layangkan bahan fikiranku - iaitu hal deklamasi puisi perlu dirakyatkan di Dataran Merdeka.

Kedua aku syor supaya GMP, Paksi dan Sekretariat Himpunan Penulis Muda Pena mewujudkan semacam majalah, akhbar, dengan meletakkan sasaran pembacanya ke atas guru-guru sekolah yang mahu memansuhkan PPSMI.

"Kau cubalah sembang-sembang dengan Dinsman dan Pena tentang hal itu," kata cikgu. Kami tidur dan pagi tadi aku membawanya sahabatku itu ke monorail Maharajalela. Dia mahu balik ke Bera, melalui Jalan Pekeliling. (6:26 p.m, Sabtu)

Tengah hari

Pakcik Razali Endun call, tak sempat kujawab. Akhirnya dia sms, "Ali, baca Siasah terbaru, saya tulis tentang perhimpunan penulis muda di Melaka. Saya puji pemikiran kamu. Berita Harian semalam sifatkan kamu mulut celupar."

Selesai gunting rambut (RM10), saya solat di Masjid Negara, setelah usaha buat akaun syarikat Garap Maju Ent tergendala. Kebetulannya, Agong Tuanku Sultan Zainal Abidin pun solat di sana. Patutla..saya hairan kenapa khutbah ghari ini bertajuk, Agong penaung hak rakyat, lebih kurang begitulah bunyinya.

Tiba pada ulasan hadis, "7 golongan yang akan dilindungi Allah pada hari di mana tiada lagi lindungan padanya (hari mahsyar) ialah Imam yang Adil.." Aku terdengar imam itu sebak. Tak lama lepas itu, imam itu baca khutbah oke balik.

Entah dibuat-buat atau memang benar terjadi, tak tahulah. Usia solat, makan dan terus ke Bank Islam untuk buka akaun syarikat. Sebagai yang dijangka, ada sahaja halangan ke atas marhaen seperti aku. Ada yang belum lengkap.

"Antara syarat nak bukan akaun syarikat ialah kena ada introducer," kata sang kerani.

Introducer adalah pemilik syarikat yang juga ada akaun syarikat di Bank Islam. Introducer itu mesti sahkan dan kemudian baru aku dibenarkan untuk membuka akaun syarikatku sendiri. Alahai.. renyahnya..

Ketika makan-makan usai solat Jumaat tadi, cik Pyan as-Sohavat call, "Aku dah letak gambar hang dalam Siasah. Besaq punya. Mesti ada orang dengki.."

Pyan - grafik designer Siasah. Member sekawtim, kawan yang aku ajak pi minum di kala sepi, untuk mengutuk bosku yang kerap memenggal tulisanku saat daku bekerja di Siasah dulu. Aku tahu, page yang dia jaga itu memuatkan tulisan Pak Razali Endun yang sms aku pagi tadi. Aku pun belum baca lagi.

Kepada mereka yang menyokongku selama ini, kuucap tq. Jasa-jasa kalian kukenang dan tak dapat kulupakan sepanjang hidupku.. (4:39 p.m)

Dinihari
2:18 a.m - Baru lepas makan dengan TMJ. Dia bercerita tentang hal-ehwal politik dalaman. Kali ini, aku tanya pendapatnya tentang kedudukan Bakkah sebagai Kesatuan Sekerja.

"Tak mungkin Bakkah menjadi union," kata TMJ. "Pas akan anggap kita musuh."

"Masa ana dok dalam sidang media dengan Mat Sabu dulu, dia ditanya Roy tentang keadaan wartawan yang tiada union," kataku. "Mat Sabu terkejut dengar semua itu lalu dia kata kalau macam tu, kita kena adakan union kita dahulu."

"Haa.. kalau Mat Sabu naik kali ini, mungkin kita boleh minta dia buat sesuatu untuk wujudkan union bagi pihak kita," kata TMJ lagi.

Ya Rabb..menangkanlah Mat Sabu..Moga Bakkah dapat dinaiktaraf sebagai 'union'. Moga dengan itu, beberapa tuntutan wartawan dan warga Harakah dapat disegerakan. Aku berdoa mewakili rakan-rakan, bukan untuk kepentingan sendiri.

Oleh itu makbulkan, luluskan dan perkenankan segalanya Ya Rahman, Ya Rahiim, Ya Fattah, Ya Alim, Ya Jabbar, Ya Qahhar..Ameen..(2:25 a.m)

12:10 a.m - Aku di'smash' ALO ketika makan di Rafiya. Ini berikutan hal tuntutan elaun oleh rakan-rakan wartawan. ALO pening kepala dengan ini semua.

"Kalau Harakah tak bagi duit, enta kata macam-macam," sindirnya kepadaku dengan sikit 'dendam', he he. "Kalau Malaysiakini tak bagi duit, enta senyap pula."

Ish, bukan aku senyap. Tapi, M'kini tu bukan tempat aku cari makan. Ada banyak lagilah alasan yang aku bagi. Semuanya ALO tolak mentah-mentah. Kah, kah..

"Tapi, tak pa la.. FAO kata dalam tempoh dua minggu lagi, cek dapat," balasku.

Kesian ALO, melihatkan dia pening kepala memikirkan tuntutan elaun wartawan, aku bagi syor supaya hal tuntutan ini terus diperjuangkan oleh Bakkah dan mestilah diberikan kepada orang yang paling suffer macam Yusdar.

"Huh, orang yang suffer disebabkan Yusdar, enta tak tahu lagi," pintas ALO. Kah, kah.. banyak sungguh aku kena berdepan bila nak berhujah ni. Aku rasa, Abu orang yang tepat. Atau, ketika aku baru menaip hal ini, telah datang fikiran baru, iaitu hal tuntutan elaun wartawan ini mestilah diletakkan di atas bahu wartawan sendiri.

Pengerusi Bakkah, (dalam keadaan Bakkah dinaiktaraf sebagai Kesatuan Sekerja, itu pun, jika usaha menaiktarafkan Bakkah itu direstui pimpinan Pas) mesti terdiri dalam kalangan wartawan juga. Baru tuntutan elaun wartawan itu berjalan lancar.

Aku fikir-Abu, Wan Nordin atau Yusdar, layak terajui Bakkah (jika Bakkah jadi 'union' lah!). Jika tidak, ALO akan pening kepala saat berdepan dengan tuntutan elaun menjelang muktamar atau jika tiba-tiba ada acara tergempar dalam Pas. (1:04 a.m)

Currently have 5 comments:

  1. pyan says:

    Terima kasih saudara kerana meluangkan masa membelanja saya kat Restoran Haslam petang hari tu.

    Rumusan di Rumah Pena tu nampaknya menarik terutama yang nombor 2... Har! Har!

  1. D'Rimba says:

    Maknanya sahabat punya pejabat belakang Hospital Tawakal ya? Terima kasih atas pertemuan bermakna di Rumah Pena malam Jumaat lepas. Amat saya hargai.

  1. D'Rimba says:

    Syokla dapat jumpa Sabri Yunus bercerita pengalaman Teater bermakna Dinsman Menunggu Kata dari Tuhan. Saya cuba untuk membawa teater ini ke masjid berhampiran rumah saya, tak taula bolehka dak.....Bila agaknya kita boleh berjumpa lagi ya???

  1. 'musuh' sy ramai cik pyan, bongkak pulak tu. nasib baiklah cik pyan marhaenis mcm saya.kepada cik pyan la tempat saya saya melampiaskan rasa dendam sesambil mengutuk kaum bangsawan 'bangsat', aristokrat, konglomerat yang enggak peduli sgt nasib rakyat.

    sy cuba ikhtiar untuk perjuangkan hal ALO, (rumusan no. 2) walaupun dia nampaknya x memihak kepada sy dalam hal nak meluluskan tulisan saya yang disekat orang di tkt 3.

    isk, isk, isk ..

  1. D'Rimba - Ya, opis di belakang Hospital Tawakal. Kalau nak dtg call, sms dulu.

    Cuba hubungi Dinsman, atau boleh hubungi Lutfi Othman, adik kepada Dinsman tu. Mungkin boleh bawak teater ini ke masjid saudara.