Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

9 J. Awwal / 4 Jun (Khamis)

Thursday, June 04, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:13 AM

Malam
8:50 p.m - Okay, dah habis menterjemah. Aku fikir, perlu untuk aku jelaskan sikap dan pendirianku ini. Sampainya hati depa dok kata aku 'membelasah' editor sastera aliran perdana.

Sebenarnya, aku nak sokong editor sastera aliran perdana ini. Aku syorkan agar penulis-penulis muda ini ikut membantu mana-mana editor sastera yang mungkin terancam akan dibuang kerja oleh majikan gara-gara menyiarkan cerpen satira.

Kes-kes editor sastera diancam majikan memang ada. Misalnya, seperti yang aku sebut di dalam kertas kerjaku - cerpen Piem (Shahnon Ahmad) dan Maharaja Beruk (Yahaya Ismail) telah pun menyebabkan kedua-dua editor Dewan Sastera berdepan dengan masalah.

Mereka 'dipindahkan' daripada jawatan editor sastera kepada jabatan tertentu. Justeru, apakah yang dapat dilakukan penulis muda hari ini untuk menyokong editor sastera aliran perdana yang terancam ini?

Salah satu syor aku ialah penulis muda perlu bergabung dan memecahkan 'rangkaian ketakutan' yang bermuara daripada editor sastera aliran perdana. (9:24 p.m)

8:30 p.m
Ketika hampir tamat menterjemah. Saadon baca kuat-kuat laporan Berita Harian yang berkaitan denganku. Ingatkan dia melawak. Rupa-rupanya betul..

Penulis muda mulut celupar, laporan ini tersiar dalam Berita Harian, pada halaman 18. Lalu aku mengambil laporan tersebut untuk dimuatkan dalam Detik Daily.

Tak apa lah. Sabar! Aku pun tak marah aih. Nantilah aku jawab. La ni aku tengah sibuk banget nih.. (8:31 p.m)

Dinihari
Selepas tonton Terminator Salvation, aku Don F dan Don Shy pun makan, lepak-lepak di Burger King, berhampiran Petronas seperti biasa.

Antara soalan mereka-siapa misteri yang ziarah blogku? Tiada kujawab soalan tu kerana kurang maklumat tentangnya.

Aku lebih berminat kisah politik dalaman yang diriwayatkan Don F berhubung pertemuan sulit di antara Hj Abdul Hadi, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.

"Abd Hadi yang tolak lompatan MP BN pada 16 September tu. Lepas tu, dia pula yang sokong kerajaan perpaduan," kata Don F. Oleh sebab hal ini masih kisah 'dengar atas dengar' (hear say) maka aku minta dia sahkan betul-betul.

"Alasan dia tolak lompatan pada 16 September tu kenapa?" aku bertanya.

"Alasan Abdul Hadi," jelas Don F, "ialah kerana state pun belum kukuh. Ini kan pula nak buat kerajaan PR di peringkat persekutuan."

Mujur ini cuma hear-say. Jika benar, aku tak boleh terima alasan itu. Macamlah BN dah kukuh. Umno, MCA dan MIC pun kecoh juga perang dalaman sesama mereka.

Tapi, oleh kerana, hal ini tak dapat disahkan, maka biarlah kutamat di sini sahaja.

Yang dapat kuceritakan-sikap Tian Chua ke atas Hj Abdul Hadi. Dalam chat itu, dia meluah rasa kurang senang ke atas Hj Abdul Hadi dalam mesyuarat.

"Dibandingkan dengan Fadhil Noor, kalau kami tak dapat capai keputusan, maka Ust Fadhil pun akan sama saja percakapannya sama ada dalam atau luar mesyuarat.

"Tapi, Abdul Hadi lain. Dalam mesyuarat, kami capai keputusan lain, tapi di luar mesyuarat, dia cakap lain," kata Tian Chua dalam chatnya bersama saya dahulu.

Jadi, saya tak hairan apabila Hj Abdul Hadi bercakap tentang Kerajaan Perpaduan apabila dalam mesyuarat (Muktamar di Ipoh) rata-rata kebanyakan ahli Pas telah bersetuju mengukuhkan PR dan berjuang menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional.

Petang
Hari ini bermula sidang muktamar Pas. Kalian boleh melihatnya di sini.

Saya tak pergi ke Shah Alam kerana mahu menggodam bahan novel terjemahan di Jln Pahang Barat. Tadi, Pak Shukur Harun datang ke opis, bertanyakan tag dia untuk masuk muktamar. Turut ada di sini adalah IMZ dan MNS.

Ada sedikit pertanyaan hinggap di fikiranku. Berdasarkan pengamatan awal, TG Hj Abdul Hadi dikatakan terharu kerana masih diberikan amanah untuk menerajui parti.

Laporan Bernama hari ini ada memetik ucapan Mohd Daud al-Iraqi yang meminta orang-orang Pas menyokong idea-idea baru. (idea Kerajaan Perpaduan).

Pada bacaan awal, ahli-ahli Pas secara jumhur telah 'bersetuju' (atau terpaksa bersetuju) dengan idea kerajaan perpaduan itu. Kebanyakan mereka 'sokong' 'Unity Government' kerana Hj. Abdul Hadi masih lagi diberi mandat untuk menerajui Pas.

Tapi, Roslan SMS yang menyokong 'Unity Government'; dah tewas di Kelana Jaya.

Atau, orang-orang Pas dah takut agaknya seperti orang Umno juga. Mereka takut kepada ketua tertinggi. Kalau setakat menolak Roslan SMS, hal itu tidaklah mengapa.

Atau, mungkin kerana tiada pilihan (Abdul Hadi menang tanpa bertanding), maka, mereka pun tiada pilihan lagi, melainkan terpaksa terima kepimpinan Abdul Hadi?

Mungkin saya tersilap perhitungan. Tetapi, jika anda ada perhitungan dan rumusan lain, sudikah kalian berkongsi pandangan di sini?

3:59 p.m - ALO ke opis lalu berkata,"Hang mangkit pukul berapa? Ingatkan nak ajak pi Shah Alam. Takut-takut aku jatuh ka, boleh tolong-tolong angkat.."

Aku beri alasan nak buat terjemahan. Akhirnya, Yusdar yang ikut dia ke Shah Alam.

Currently have 2 comments:

  1. ali atan says:

    mereka takut siarkan karya yang radikal walau hakikatnya ramai lagi penulis muda berpotensi menghantar karya. penulis muda tidka tergolong sepuak dua sahaja tetapi semua orang muda yang menulis.

  1. terima kasih Ali Atan,

    Sedikit kaciwa juga kerana niat nak bantu editor sastera yang terancam itu telah disalahertikan oleh mrk sendiri.

    Jumpa di UM kelak, insya Allah...