Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

8 J. Awwal / 3 Jun

Wednesday, June 03, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 6:11 AM

Dinihari
En Mokh, TMJ dan ALO berbincang mengenai tajuk muka depan. Apa yang harus dibuat agar Ust Azizan tak mengamuk sakan lagi.

"Enta puji, ampu dia sikit syeikh," saran TMJ kepada ALO. Mereka banyak mengungkap perihal MB Kedah yang tak turun padang. Dalam kerisauanku, dan ramai Pas Kedah sendiri cakap - Ustaz Azizan dikelilingi kumpulan Pekida di Wisma Darul Aman. Jika benar, hal ini sangat merbahaya!

"Masa Pas menang di kg ana pun, orang-orang lama Pas tak rasa apa pun," tegas ALO. Dia membayangkan bahawa kepimpinan Pas di sana seperti tiada apa-apa.

Kisah ALO vs Ust Azizan terbaru ini bermula dengan surat ust. 'Suhaili' yang mencela Kedah di bawah Ust Azizan yang menurutnya tak banyak berubah. Dalam masa sama, timbul dakwaan bahawa Ust Suhaili ada kepentingan diri.

Tapi, hal itu panjanglah ceritanya. Aku tidak suka ceritakan hal sebegini, tetapi malam 'deadline' selalu macam tu. Ketika wartawan sudah pulang, aku tinggal bersama otai-otai editor, terdengar sedikit sebanyak rahsia parti.

"Baik di negeri Selangor, nampak ada perubahan sikit," itu kalimah yang kerap singgah ke telinga aku sendiri. Mereka cakap begitu untuk 'melanyak' Pas Kedah.

Huh! ALO ni malu-malu pulak. Terus angkat pena saja bantai-bantai sikit. Aku pun orang Kedah jugak. Kalau macam ni punya keadaan, Ust Azizan jarang turun ke gelanggang, tak mustahil juga orang-orang Umno boleh dapat balik Kedah nanti.

Tengah hari
Saling berutusan sms dengan Amy, Don F dan Don Shy. Sepatutnya, hari ini kami pergi Bangsar untuk sesi kenal-mengenal untuk projek .. jeng.. jeng.. jeng .. Don Shy tiada kereta dan Don F ke KLCC untuk exhibition bersama kereta orang lain.

Lantaran kepayahan bergerak, akhirnya, sesi di Bangsar itu ditunda ke hari lain.

Ke opis, tanya ALO adakah artikel aku dah naik. Belum lagi, katanya. Ada isu sensitif berkaitan khinzir, Nabi Isa dan mungkin menggugat sensitiviti kaum.

Kak Natrah cuti. Jadi, urusan pay-slip gaji dan pengesahan surat jawatan untuk aku ambil leptop di Court tergendala lagi. Adus! Kesabaran itu separuh dari keimanan.

Ke JPJ. Selesai urusan renew lesen memandu. Rasa makin lengkap jika ke mana-mana. Malam tu, aku balik dari opis, ditahan polis, tapi polis bebaskan walalpun lesen dah mati. Dia bagi salam. Aku agak sebab dia renung logo PKR atas motor aku.

Nak wat camne? Pakaianku PKR, jiwaku Pas, hatiku Islam, pemikiranku Umno, he he.

Lepas makan di cafe JPJ, hatiku digerakkan untuk cari dua benda - Pangsapuri Seri Nilam dan Masjid Baitul Aman, Jalan Damai; tempat Ratib Al-Haddad diratibkan.

Cari punya cari, tersesat kat Keramat, akhirnya baru jumpa masjid tu ketika hampir Maghrib. Rumah pangsapuri seri nilam gagal dan tak sempat kucari, demikian juga rumah di Kg Keramat. Tak apa, aku usahakan lain kali, insya Allah.

Selesai Maghrib. Aku lihat kelibat lelaki tua yang amat dihormati. Hatiku teringin nak tahu siapa dia ni. Orang bancuh air kat dia. Dia ada khadam agaknya.

Masjid ini mengingatkanku kepada masjid lama, serba daif penuh keuzuran di Geylang Serai, Singapura. Sempit, tapi seronok sebab ada kelainan. Wiridnya aneh. Seronok sebenarnya apabila dapat cari jawapan ke atas kelainan yang terbentang depan mata.

Tetapi, Don F mula call. Dia nak datang ke TGV One Utama pada asalnya. Kemudian, baru tadi, dia ke Cathay Cineleisure, Damansara.

"Dah beli Terminator Salvation," katanya. "11:10 malam." Aku perlu bertolak sekarang. Angin berolak kencang, jangan-jangan malam ni hujan tak di ibu kota? Keluar dulu teman-teman.. daa.. (9:38 p.m)

Wanto
Ana kritik dia sebab dia tak pi Hujah, itu saja. Kami disekat oleh pelbagai akta. Harakah pernah digantung dan kemudian Najib mengambil peluang itu, berlagak wira dengan menarik kembali penggantungan permit Harakah itu.

Ketika kami, para wartawan sedang berjuang mencari ruang untuk menulis, membunuh akta-akta yang menyekat kebebasan kami, tetiba pemimpin PR senang-senang saja boleh abaikan ruang yang memang tersedia untuknya. Itu saja..

Misteri..
Saya akan kritik jika ada perang khas antara saya dengan orang tertentu. Misalnya, peperangan antara saya - Nik Aziz, Hj Abd Hadi, Azizan dan lain-lain. Saya tak dapat menulis atas semangat nak 'meminjam geram' orang lain.

Misalnya, Lutfi berperang dengan Ustaz Azizan, itu cuma kes MB Kedah dengan Lutfi dan bukan kes Fansuri dengan MB Kedah. Wallahu 'alam... (10:09 p.m)

Currently have 0 comments: