Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

7 Jamadil Awwal / 2 Jun (Selasa)

Tuesday, June 02, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:41 AM

Sekitar awal dinihari, 12 pagi
Di opis Harakah. Aku dan TMJ sedang menaip bahan. Tetiba Lutfi turun ajak makan-makan kat Restoren Haslam. Turun ke bawah, terserempak dengan Suhaimi al-Maniri.

Kami keluar makan sama-sama. Terbongkar kisah mengenai balak. Bagaimana mereka bertemu Husam dan selepas itu bertemu Takiyudin. Banyak juga mereka dapat hasil balak-balak ni. Ada juga telinga lintahku bergerak-gerak bagaikan radar ketika terdengar hal politik di pejabat. Hai! Pening kepala aku mendengarnya.

Aku buat keputusan-jangan masuk campur urusan depa ni. Biar mereka berkonspirasi, merancang, bergaduh. Aku cuma menulis untuk umat! (12:39 a.m)

Petang dan Malam
TMJ ajak minum. Katanya Salahudin Ayub ada di Restoren Haslam. Aku jadi segan. Dipaksa aku datang lalu aku pun pergilah. Tak dapat kuelak juga daripada bertembung dengan politikus.

Cerita 1
TMJ sebut tentang seorang pimpinan Pas, orang Dewan Ulamak yang enggan mengulas. Susah nak bagi kenyataan kepada wartawan.

"Bagilah kenyataan sikit mengenai One Malaysia ni," kata TMJ kepada pimpinan itu.

"Ish, ana nak cakap macam mana ni?" balas pimpinan parti itu.

Ulasanku: Macam mana nak perintah? Macam mana nak memperkasakan kepimpinan ulamak? Hangpa dah diberi ruangan ke Hujah, TV9, tapi tak pi. Ada ruangan untuk wartawan nak masuk kenyataan dalam Harakah, tapi tak reti nak ulas, susah nak bagi kenyataan. Aku yang memburu ruangan bersuara, tapi tersekat.

Cerita 2
"Ustaz Azizan marah betul, Kamarudin Jaafar pun tak boleh lawan, Cikgu Pa pun.." demikian kata TMJ. "Lutfi pun jangan-jangan akan dipecat."

Ulasanku: Aku dengar cerita, Ustaz Azizan MB ni dikelilingi Pekida di Wisma Darul Aman. Jika ini benar, ini petaka besar dan petanda awal yang sangat merbahaya kepada Pas kalau dia naik sebagai pimpinan pusat.

S. Ayub mendengar dan mengangguk. Ada beberapa pendapatnya yang lain, tak dapat kufaham. Ada banyak maklumat awal yang gagal kukunyah dengan cermat.

Menonton Hujah
Aku dah kata, mesti Husam kena punya. Wakil Umno berkata, lebih kurang, "Saya difahamkan bahawa ada pemimpin PR yang dijemput ke TV9, tapi dia tak datang."

Daripada tak mai acara Hujah hari tu, lebih baik mai. Kan kena lagi. Umno ni bukan jujur sangat. Lain kali kalau dah ada peluang bercakap, jangan lari daripada terus bercakap dan menyuarakan pandangan. Guna hak kita dalam ruang demokrasi.

Aku marah ni, sebab aku kerap tersekat penulisan, tetapi bila pemimpin PR diberi peluang dan ruang, maka mereka pula yang mengelak. Adus...

Kak Zehan bagitahu, ada some buddy on my YM list ajak aku jadi mutawif. Mutawif adalah kerja bawa orang pergi umrah. Hmm, bagus juga. Peluang baik..

"Ada dia tinggalkan no hp?" tanya aku lagi. Entah betul ejaan atau salah sebutan aku tak taulah. Setelah dapat no hp si buddy, aku terfikir - bagus juga.. boleh pi Mekah.

Jawapan kepada Diari Ungu, Necron
1. Saya pernah dengar - Hamka menyebut hal mengarang dari hati. Tulis dari hati dan kesannya akan masuk dalam hati manusia juga - jawapan kepada Diari Ungu.
2. Necron, kalau tuan di Negara Arab, jemputlah saya di sana. Teringin nak pi Tarim di Hadralmaut itu. Kebanyakan Ahlul Bait, datang dari sana, singgah ke Nusantara, Tanah Melayu, guna menyebarkan dakwah Islamiyyah. Wallahu'alam.. (9:54 p.m)

Tengah hari
Dengan tetiba, warung kopi jadi penuh. Wah.. Sebenarnya hari ini, aku diserang kemalasan, sebab..err..nggak perlu diratibkan semua. Sejak pagi tadi kucuba mengarang cerpen yang terkait dengan luahan perasaan hatiku.

Derita batinku bergolak, jantungku bergolak seperti zaman muda-muda saat aku melarikan derita pahit batinku ke Surabaya. Isk, isk, isk.. kujamu mataku ke arah para pelacur di Jln Dolly di Surabaya dan perlahan-lahan aku mula mengerti bahawa hidup ini sebenarnya luas. Cuma hatiku saja yang masih dipanah kebuntuan!

Hanya, aku perlukan dua, tiga bulan untuk membuang resah gelisahku ini. Bertembung dengan catatan Wanto, Misteri Parit Buntar dan Necron145, hatiku kembali kembang berbunga. Rakan-rakan adalah tempat terapi merawat derita.

Hidup ini perlu diteruskan! Perjalanan masih jauh dan panjang.. aku mesti keluar dari bilik penjara ini. Opss.. menyentuh isu rumah, baru semalam aku menonton protes di Damansara. Syukurlah Tuhan. Masih banyak nikmatMu yang belum sempat kusyukuri.

Ada hikmah di sebalik penolakan loan rumah daripada pihak bank. Sekarang ni ada dua tempat yang aku target - Kg Keramat atau Ampang. Moga berhasil.

Respon kepada kengkawan
Kepada Wanto-Ish jodoh ni kan urusan Tuhan. Kita serah saja kepadaNya. Jika Dia takdirkan ana berpoligami nak buat macam mana? (Kah.. 3x)

Mesti enta kata, "Ya syekh, sorang pun tak dapat lagi, dah pikiaq pasai poligami."

Maka, jawab ana, "Tak salah kan? Ini jugalah menyebabkan kaum ibu di Harakah menyampah kat ana. Huh! Tanyalah lagi soalan-soalan macam ni.. he.. he.. he.."

(La ni bolehlah buat lawak sikit sebab sakit gigi berkurangan..)

Kepada Misteri, Parit Buntar - Yes, Ustaz Azizan, MB Kedah. Memang my bos 'berperang' dengan dia sudah lama, sejak zaman muda-muda lagi. To be honest, semang saya sendiri tidak berkenan dengan cara dua orang pimpinan Pas ketika berada dalam sidang media. (1) Ust Azizan dan (2) TG Haji Abdul Hadi Awang.

Alasan saya - cara bercakap dan mengulas pertanyaan wartawan 'ganas' sangat. Dan, ada lagi yang panjang untuk diulas. Memang ahli Pas akan marah kalau saya cakap, menulis begini, tapi kita kena jujur mengakui kelemahan diri sendiri.

Dah lama saya dok kutuk Pak Lah, Najib, takkan di pihak kita tak ada salah kot..

Kepada Necron145-Sdr asal dari mana? Keluarga Pak Habib ka? Salam kenal.. Wasiat saya.. sebelum menulis minta petunjuk Tuhan, luruskan niat, menulis dan mengarang demi rakyat, menulis untuk faedah umat, agama dan negara.

Mengaranglah dari hati.. yang menulis daripada hati akan dapat melihat bahawa penulisannya mempunyai kesan ke atas hati manusia..Insya Allah

Al-Habib Ali Zainul Abidin Al-Jufri tu siapa?

Currently have 3 comments:

  1. Diari Ungu says:

    Betul tu. Ustaz Azman (Ibnu Ahmad al-Kurauwi) juga mengatakan demikian: "Jika mahu menulis, tulislah dengan hati. Kerana dari hati turun ke hati."

  1. necron145 says:

    slm...maaf td intrnt sni brmasalah skit..

    sy asl dri pendang,kdah. rasanya sy x ada sbarang hubungan kekeluargaan dgn pak habib. adalah sikit pengaruh arab dlm family sy dan sy sndiri pn tinggal di negara arab.

    terima kasih atas nasihat yg diberikan. lps ni sy nk try buat cmtu tgk..

    sheikh habib ali al jufri tu sorg ulama tarim,hadramaut. beliau seorang pendakwah yg hebat dan sering berdakwah ke negara2 barat...menerangkn islam.

    sy brcita2 nk jd mcm beliau..disamping ksih sy terhadap ahlul bait. walaupn sy bukan ahlul bait(rasa2nya) dan sy bukan seorang pelajar jurusan agama. ttpi sy bercita2 utk memupuk kefahaman kepada semua org ttg islam dan agama lain kerana sy yakin, sekiranya smua org memahami antara satu sama lain...nescaya dunia ini akn lebih aman...

  1. Diari Ungu - Kalau tak salah saya, Buya Hamka juga ada menyebutkan demikian, mengarang daripada hati dan kesannya akan pergi ke lubuk hati.. wallahu 'alam..

    Necron145 - Saya pun Pendang juga.
    Skrg di Tanah Arab ke. Jemputlah saya pi ke sana.

    Ye, kita kena faham apa tujuan, niat dan motif berkarya. Itu amat membantu di samping ia akan juga diperhitungkan Tuhan kelak. Tuhan akan bantu penulisan kita dengan niat yang jujur dan ikhlas.

    Tugasan awal dan paling utama kini ialah bagaimana kita mahu menulis dengan keikhlasan? Perlu berdoa sebanyak-banyaknya untuk ikhlas kerana ikhlas itu suatu anugerah pemberian Allah.

    Orang yang ikhlas berkarya tak akan takut kepada sesiapa pun, insya Allah sebab dia akan memihak kepada yang benar.

    Tahniah kerana bercita-cita mahu jadi macam syeikh al-Jufri.

    Kalau ada cita-cita dan kemahuan maka insya Allah, kita akan dapat apa-apa yang kita hajatkan.

    Itu suatu pandangan yang baik, menulis ni memang bertujuan untuk memupuk saling memahami antara kita dan menulis itu lebih nyata bertanggungjawab daripada cakap2 di belakang.

    Semoga berjaya.

    Sekolah Pemikiran Kg Baru.