Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

6 Jamadil Awwal / 1 Jun (Isnin)

Monday, June 01, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 12:57 AM

Petang - Malam
Usaha mencetak 'pay-slip' gagal, menemui masalah di bilik TMJ. Aku pergi ke bilik ALO, dia pun kelihatan 'bz'. Lalu, aku terlelap di situ untuk beberapa ketika. ALO ajak pergi ke Restoren Haslam, minum-minum petang..

Baru kutahu ada proses 'pemecatan' secara halus ke atas ALO yang mungkin dijalankan oleh Ust Azizan dan juak-juaknya. Aku terfikir mahu jemput ALO untuk mengalihkan medan perjuangan ke laman beritaku. Tapi, hal ini perlu dapatkan persetujuan sekalian Don terlebih dulu. Mereka ini adalah ahli majlis syura.

ALO mendengar penjelasanku penuh berminat. Ya lah. Apabila kita disekat penulisan dan ALO pun sudah ada lintasan dalam hatinya bahawa kemungkinan dia akan dipecat, sudah tentu beliau akan menjadi lebih kacau jiwanya berbanding aku.

Dia dahlah sakit. Anaknya masih sakit. Itu yang dia ceritakan dalam perjalanan ke Haslam tadi. Masing-masing kami ada masalah, dilema yang tersendiri.

"Depa tu sapa?" tanya ALO lagi.

"Adalah satu NGO tu, hari tu depa kata ada geran," aku membalas ringkas. Hu! Tak boleh nak story lebih-lebih. Rahsia! Kalau sudah terbongkar, susahlah aku nanti.

Sedang makan-berbual dengan ALO, Yusdar, Si Misteri Parit Buntar pun call, "Hai..Sabar je lah. Sms saya pun awak dah tulis di dalam blog awak?"

"Tu lah," pintasku. "Sapa suruh call, sms. Kalau rasa nak tulis, saya akan tulis."

Bualan kami tidak lama. Selepas berbual beberapa ketika, talian ditamatkan.

Aku 'hasut' ALO
Aku 'hasut' ALO untuk lawan Ustaz Azizan. Aku nampak dia lebih cenderung ke arah nak kalah, dan mengalah. Alasan yang dia bagi, "Ana dah tua dah!"

Aku tak boleh terima alasan mengalah atas nama tua. Komunis, sosialis yang tua pun berjuang lagi, kenapa Islamis Sosialis (macam aku) nak mengalah?!

Chin Peng (komunis) masih nak balik ke Malaysia. Pak Said Zahari (sosialis) masih lagi menulis, berjuang dalam lapangan penulisan lewat trilogi memoirnya.

Dulu, masa dia muda dan ketika ALO berkrisis dengan Ustaz Azizan, dia berundur dan meletak jawatan. Aku protes tindakan mengundur diri (baca: memecat diri sendiri)

Aku nyatakan kepada ALO dalam 'hasutan'ku tadi bahawa, kerosakan pimpinan itu bermuara daripada sikap wartawan sendiri yang enggan berkeras dan melawan.

Lawan tetap lawan! Biar dipecat, jangan pecat diri. Samada 'racun hasutan' ini terpahat dalam kerangka fikirannya laku meletup sebagai suatu tindakan tiadalah aku tahu. Dia pun nak lihat juga berapa kerat yang nak sokong dia. (8:58 p.m)

Tengah hari
Latiff call, minta datang ke Diamond Sq untuk edit rencana iklan. Tapi, akhirnya urusan itu dibatalkan. Proses penguratan gagal. Kelihatannya, seperti dia dah nikah. Namun, sempat juga berbual ringkas.

Aku perlu 2, 3 bulan pula untuk mententeramkan jiwa dan hati ini. Tak apa, Raja Farah dan Irma masih ada. Ya Tuhan.. berikan aku ketenangan, ketenteraman dan kekuatan untuk melupakan... Oh jiwang dan romantis juga daku ini.. isk, isk, isk..

Bertemu Dr Zainal, menceritakan perkembangan terbaru. Lalu, ada beberapa rumusan dan saranan awal. Antara banyak-banyak saranan, ini yang sempat kuingat.

1. Mungkin kesakitan gigi atas merangsang kesakitan gigi geraham bawah. Tampal dulu semua gigi dan lihat sama ada berhasil atau tidak.
2. Pergi ke Cahaya Suria di Plaza Rakyat, atau Klinik Kerajaan di Bangsar atau better ke Fakulti Pergigian, UM, KL.

Hasil X-Ray HUKM yang aku tunjukkan kepada Dr Zainal tadi tidak jelas. Kata beliau, dia tidak dapat mengenalpasti apakah masalahku dengan tepat.

"Exposure dalam X-Ray ni sukar dilihat. Bayang hitam dan putih tidak jelas," katanya sambil dia mengambil contoh sampel x ray gigi pesakitnya yang lain.

Pegi ke opis Harakah, lalu Wan Nordin bernasihat, berwasiat dan berfatwa, "Hang ambil sarang angkut-angkut, tambah cuka, tambah nila, i'Allah lega." Sakit gigiku, sakit hati lantaran bahan tersekat dan meranalah jiwaku kerana... (rahsia)

Currently have 0 comments: