Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

5 Jamadil Awwal / 31 Mei

Sunday, May 31, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 4:13 AM

Pagi membawa ke petang
"Lu orang Anwar ka?" kata seorang apek di Jalan TAR tadi. Dilihatnya ada tempelan logo PKR di motor aku. Kena RM15, tukar minyak hitam motor dan oil filter.

Aku ke Mydin dan KLCC, uruskan kehidupan harian, bayar bil Digi, singgah di Kinokuniya, Cold Storage. Pagi tadi selesai satu penulisan, tapi belum sempat kuhantar kepada ALO. Petang ini akan siap, insya Allah.

Kuperhatikan orang-orang Indon sedang menarik rumput. Anak Malaysia sendiri pun boleh juga buat kerja ini. Bukan hina. Perlukah sebuah write-up baru untuk tujuan menggerak kesedaran ke atas hal ini? Rasanya penting juga.

Semua ini mengingatkan aku kepada Yuna. Aku 'berkenalan' dengan Yuna setelah Don F selalu bercerita mengenai seorang gadis bertudung, menyanyi secara indie.

"Dia karang lagu, cipta lirik dan dia yang buat album sendiri A to Z," kata Don F. Saat itu, Yuna belum terkenal. Kemudian, aku mendapat tahu lagunya, Dan Sebenarnya dah melonjak ke anak tangga pertama di carta Hot FM!

Kalau aku kumpul sendiri artikel yang tak tersiar di Harakah Daily. Pergi ke kilang cetak, serta pasarkan sendiri, mungkin aku boleh berjaya juga macam Yuna. Dia perempuan, aku lelaki, jadi apa bezanya? Aku pun boleh berjaya juga apa...?

Yuna - Dan Sebenarnya

Yuna – Dan Sebenarnya
Oh bulan, enggan melayan diriku lagi
pabila, air mata membasahi pipi dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku pabila, kau bersama yg lain adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku ku enggan berpura pura ku bahagia ku enggan melihat kau bersama si dia oh ku akui cemburu mula menular dalam diri pabila kau bersama yang lain adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku pabila kau merenung matanya ku rebah, jatuh ke bumi.......... di saat kau benar-benar mahu pergi seperti ku bernafas dalam air adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta yang masih bersemadi untukmu dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku oh dan sebenarnya... aku rindu...... dan sebenarnya.... dan sebenarnya.... aku tak mampu........

'Kritik' ke atas Husam?
Baru aku nampak apa bentuk pola pemikiran yang ada dalam kalangan penyokong Pas, PR ini. Aku 'marah' Husam, sindir orang-orang H.Daily. Ada yang defend Husam dan kritik Anwar. Hai.. sabar je la..

Namun, antara banyak-banyak kritikan itu, aku setuju dengan pendapat seorang pakcik yang menyatakan bahawa tulisanku ini sejenis senjata yang banyak serampang mata. Yes! Bagus, bagus, bagus... Ada juga orang yang faham.. Alhamdulillah! Syukurlah!

Ya..tahniah dan welldone wahai pakcik.. hanya pakcik seorang sahaja yang mengerti, memahami apa situasi sebenarnya yang menyebabkan saya dok kritik Husam.

Sebenarnya, ada orang lain yang aku nak kritik, bukan Husam sangat. Alhamdulillah, syukurlah kepada Allah s.w.t, ada juga orang yang cerdik macam pakcik seorang tu.

Aku ingat semua orang dah dan bengap dah. Tak tergerak langsung dalam hati, perasaan depa untuk bangkitkan soalan, kenapa dengan tiba-tiba tulisanku menjadi berubah seperti ini? Semua tulisan ni akan jadi kayu ukur pemikiran.

(Kelmarin, rankingnya naik -> 430 kali dibaca!)

Tak dak pun bertanya dengan jujur dan ikhlas, apa dah jadi sebenarnya? Oh! Inilah rupa paras makam pemikiran Melayu Malaya hari ini. Aku kena kerja dengan lebih keras, lebih cekal, kental dan tabah dan berani mati! Go, go, go, ya Fansuri... Teruskan perjuangan yang belum selesai! (Macam Tun Mahathir pulak dah!)

Currently have 0 comments: