Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

30 Mei / 4 Jamadil Awwal

Friday, May 29, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 9:58 PM

Petang
Aku menjalani terapi dengan mengarang di Detik Daily. Sakit juga batinku sebab ruang-ruang bebas berkarya untuk berbicara tidak dimanfaatkan oleh politikus berhaluan kiri.

Apa salahnya Husam hadir, lalu dia pun tampil bersembang kemaih, "Mana dia Zahid Hamidi? Saya ingat dia nak datang berdebat dengan saya!"

Kalau aku tidak menulis, ia mestilah kerana (1) sibuk; (2) sakit; (3) mati. Kalau nak tambah satu faktor lagi, jari aku kudung, lalu tak boleh nak menaip. Kalau bukan kerana faktor ini, insya Allah aku akan terus berjuang lewat pena.

Lihat bagaimana ALO bertindak ke atas tulisanku di Detik Daily tadi. Logo SPKB dia buang. Aku tak ada masalah pun. Lepas ni boleh jumpa dan 'sembang deraih' balik dengan dia macam biasa. Aku pun tak pernah peduli kalau ada perenggan yang terpaksa depa potong untuk jaga maruah pimpinan PAS.

Aku tiada masalah, memang penyunting ada hak itu. Aku tak akan pertikaikan langsung. Kalau depa letak artikel di bahagian yang bukan aku minta sekali pun, itu tiada masalah. Ini hak editor. Setidak-tidaknya mereka siar juga.

Tapi, jika tak siar langsung kutukan aku ke atas Najib, kritikan ke atas Umno, bantahan ke atas PPSMI, maka rakyat yang berjuang mencari maklumat akan rugi.

Aku menulis untuk umat, masyarakat, agama dan bangsaku sendiri. Ya Rabb, kenapa mereka ini enggan mengerti? Apa dayaku untuk selesaikan masalah ini? (7:55 p.m)

Dinihari

Akhirnya, selepas 'berusrah' di SPKB, aku bawa kedua-dua adikku itu ke Jln Yap Ah Shak untuk melakukan proses pengonaran. Antara pengisian - ialah kutukanku ke atas Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan yang masih bersikap anti komunis.
"Patutnya, Zahid Hamidi kena sedar, ancaman kini komunis @ zionis?" aku bangunkan soalan baru. "Dulu, dia kata nak wujudkan pakatan ketenteraan Islam."
Akhirnya berbekalkan leptop Bro Shy, kami menelaah 10 tahun sebelum merdeka yang dirakam oleh Fahmi Reza. Sesi telaah itu dilakukan di Restoren Buharry ketika awek cun dan anak muda berfoya-foya di sekeliling kami.
10 Tahun Sebelum Merdeka (1 of 4)


Don F mempunyai kekuatan untuk memberikan penjelasan dan penerangan. Jadi, aku tawarkan dia menjadi pembaca berita. Dia kata, dia bersetuju.

10 Tahun Sebelum Merdeka (2 of 4)


"Hanya kerana mereka bangkitkan isu keris bersilang dan kenapa harus bendera kita meniru bendera Indonesia, maka golongan kiri keluar daripada Umno.

"Yang tinggal dalam Umno selepas itu adalah golongan bangsawan," kata Don F.

10 Tahun Sebelum Merdeka (3 of 4)


"Ada dua jenis perlembagaan. Perlembagaan Rakyat yang disusun oleh Melayu kiri dan perlembagaan Kebangsaan yang digunakan sekarang ini," jelas Don F lagi.

10 Tahun Sebelum Merdeka (4 of 4)


"Perisytiharan darurat sebenarnya bertujuan menangkap dan menahan Melayu berhaluan kiri dan bukannya komunis," Don F menambah kembali.

Mendengar pendapat itu, aku teringat kata-kata Pak Said Zahari kepadaku-komunis itu bukan sasaran British, tapi Melayu kirilah sebenarnya sasaran British. Zahid Hamidi perlu nilai semula, kenyataannya mengenai komunis.

Tapi, semua itu aku tak peduli. Paling penting, Zahid perlu jelaskan pendiriannya sama ada, apakah komunis atau zionis yang jadi ancaman sekarang?

Pagi
Sekitar 11 pagi, makcik call, tapi aku tak sempat angkat. Kemudian, makcik sms, "Askum, Apa khbr. Malam tadi YB Salahudin call makcik, dia tanya pakcik ada kat mana? Pakcik ada di jeram Gunung Angsi. YB kata dia nak datang ke rumah Klang bila pakcik dah balik nanti." Fuh lama betul pakcik dan makcik tak kontek aku.

Hmm.. dalam kalangan politikus Pas pun, ada juga yang tergerak hati nak gunakan khidmat sang bomoh-bomoh ni. Sapa kata politikus Umno saja? (1:25 p.m)

Currently have 0 comments: