Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

29 Mei / 3 Jamadil Akhir

Thursday, May 28, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 9:28 PM

Petang & Malam
Dalam perjalanan ke klinik Dr Zainal petang tadi, aku lihat klinik itu tutup. Hatiku berbunga bangga kerana kulihat Pejabat Agung Pas, Jln Raja Laut diserbu umat. Mungkin ada jamuan free kepada orang-orang miskin.

Di Telesign, Rauzi nasihatkan aku agar kumur dengan air rebusan bunga cengkih untuk redakan kesakitan. Aku dah beli kat kedai runcit tadi. Bila sakit, kita terpaksa korbankan banyak duit betul. Ya Rabb, panjangkanlah rezeki hambaMu ini Ya Razzaq..

Ketika di Mydin, Latiff dah 'tension' kerana rencana iklan itu gagal kusiapkan pada waktu yang sepatutnya. Malam ini, tadi baru saja kusiapkan dan rasa sedikit lega. Itu pun, lepas makan ubat serbuk yang masam dan bercampur 'dadah'.

Di Mydin aku beli 'dadah'. Aku terpaksa untuk meringankan beban kesakitanku. Kesakitan tidak boleh mengembalikan jiwaku untuk mengarang. Sekarang aku tahu kenapa Jamal Abdillah dah ambil dadah. Penyanyi itu terpaksa menambahkan tenaganya ketika beraksi di pentas. Malangnya nasib Abang Jamal. Sabar je lah..

Para penyanyi dulu tak perlu banyak tenaga sebab lagu-lagu mereka lembut, tak havoc. Secara tak langsung, mereka kurang ambil tenaga. Ketika budaya kuning menular dan pada zaman rock kapak bangkit, kumpulan rock terjebak dengan dadah secara tak langsung kerana mereka perlu tenaga dengan segera.

Apabila aku ambil ubat campur 'dadah', sakit itu berkurangan dalam 6 jam. La ni aku boleh tulis dalam keadaan sifar 'tension'. Baru teratur sikit ayatku.

Budak-budak USM di Desasiswa Gemilang, ramai betul yang ambil dadah. Kata mereka, dadah itu diambil untuk study. Kalaulah bukan kerana niat ingin mengarang, aku tak akan ambil. Boleh rosak badan dalam jangkamasa panjang.

Seorang wanita, Parit Buntar mungkin dah jumpa blog aku. Mungkin dia dah baca blog ni kerana dia sms mengenai kesakitanku ini lewat sms!

"Skit gg ok dah? mcm truk je baca kat blog tadi. phm, skikt gg ni rs mcm nak ghimbuk org je, sy p call plak ptg tadi. he he, sory. apa pun, cb kmur air garam, setiap hari," smsnya kupetik. Pesanan seperti ini TMJ dah beri dah pernah kucuba sebelum ini.

Aku dah beli Listerine di Mydin termasuk Ubat Serbuk Cap Kaki Tiga yang ada campuran dadah itu. Aku rasa kesan dadahnya mungkin cukup kuat. Rasa lega dan sarafku makin baik. Tetapi, ini mungkin untuk tempoh 6 jam sahaja.

Apa nak buat? Kerana mengarang, aku perlu tenang. Kalau sakit, tak boleh nak fikir dengan jelas langsung. Oh! Ketika menulis ini, Don F, Bro Shy call. Mereka dah ada di Gombak rupa-rupanya. Aku terfikir nak ajak mereka buat onar.

"Ish, kawan kita baru balik umrah ni," kata Don F. Aku mengucap panjang. Ya tak ya juga. Tunggulah dalam 40 hari, 40 malam terlebih dulu. Then, baru boleh buat onar. Tapi, yang hairan, dengan tiba-tiba Bro Shy ajak pi tengok wayang pulak.

"Cuba Abg Ali tengok internet. Di TGV, filem apa ada malam ni?" katanya kepadaku. Owh, tengok wayang di TGV, Suria KLCC tu bukan onar rupanya. He.. he.. (Dah kurang sakit gigi, ada semangat nak buat lawak sket!)

Alamak.. Don F, Bro Shy dah mai Safuan Plaza! Aku bagi keizinan pulak agar mereka ziarahi 'ibu pejabat' SPKB. Berselerak bagai tongkang pecah!

"Nanti hangpa menyesal pulak!" kataku kepada Don F.

"Tak akan menyesal. Kami bersyukur amat," balasnya.

Malam ini mereka pecah sejarah. Mereka tahu di mana aku mengarang dan menaip nota-nota kuliah SPKB. Hai.. malangnya nasibku.. (10:03 p.m)

Tengah hari

Tengah makan bihun kat opis. Kak Roy bagi. Terima duit kutu daripada Kak Nyza. Yes!! Tadi dah makan-makan dengan Bro Shy di Restoren Haslam.

Ada cerita menarik mengenai Pak Dir di Kelantan. Ini diceritakan oleh Kak Nyza. Dia ada anak yang menagih dadah. Duit kertasnya bernilai RM6,000 mahu disimpan dalam sabut kelapa sebab dia takut duit dicuri. Dia tak simpan dalam bank kerana katanya, tak selamat. Dia simpan duit itu lama juga untuk pergi menunaikan fardhu haji.

"Akhirnya, suatu hari dia bakar sabut itu sekali dengan duit kertasnya," kata Kak Nyza. "Rupa-rupanya, ceritanya lebih kurang macam cerita Pak Pandir."

Kalau sapa-sapa cerdik, depa boleh bikin cerpen. Ini cerita gelagat manusia dalam sehari-hari. Di sini saya perturunkan cerita kerana tak sempat nak menulis, sebab timbunan penulisan yang orang tugaskan kepada saya agak banyak.

Latiff sms, dia minta juga disiapkan rencana iklan Biosteen tu petang ini. Wadus! Aku fikir, mahu pergi ke klinik swasta untuk beritahu perkembangan gigi terbaru, beli Listerine, pi Courts untuk beli / ambil leptop kalau dapat pay slip hari ini. (2:43 p.m)

Pagi
Lepas sarapan di An-Nuur Tomyam, aku ke HUKM. Setelah periksa, akar gigi geraham diancam kuman. Habis RM10 (pendaftaran, RM5 + bayaran x-ray gigi, RM5).

Balik dari HUKM, bank-in RM50 dalam ATM Maybankdi Masjid Jamek Kg Baru. Amy Seacem call, beritahu - website tu dah boleh beroperasi sikit-sikit.

"Saya akan bagi password, id," kata Amy. "Nanti u belajar up story sikit-sikit."

Ini yang aku puji Cina. Ada kesungguhan. Orang Melayu macam aku, kurang kesungguhan dan ada tugasan tetiba datang mendadak, bertimpa-timpa. Di USM, Berita Kampus meletup dengan sebab bantuan bebudak DEMA, Pers. Bahasa Tionghua, USM. Aku harap persatuan siswa Melayu ada jiwa melawan juga.

Aku sms Fathi, M'siakini bertanyakan claim aku. Maka, dia menjawab, "Bleh. 1 @ 2 minggu lagi. Aku rasa dekat RMxx.. jugak. Apa cerita buku KAMI?"

Aku jawab, bahawa aku dan Lutfi sedang finalise nama-nama penulis. Lalu, dijawab Fathi, "Tapi, tentang apa? Sejarah ke, idea ke? Atau kumpulan2 aktivis media?"

Fuh, aku tangguhkan dulu jawapan ke atas soalan hang tu Fathi. Nanti sat. Kawan aku Bro Shy tengah tunggu di area-area Harakah. Dia ajak makan.. adios.. (12:37 p.m)

Currently have 0 comments: