Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

28 Mei / 2 Jamadil Akhir

Wednesday, May 27, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 9:41 PM

Malam
Di opis, akhirnya saya menterjemah sampai malam. Selesai dalam jam 8 malam. Salahudin Ayub datang opis. Intan tanya dia, "YB rasa macam mana dengan pengganti YB; At-Tantawi yang dikatakan orang tidak mirip dengan perjuangan YB? Jenis ustaz-ustaz ni macam-mana?"

Dia tak jawab soalan tu sebaliknya, dia terus turun bawah, ajak Taufik minum-minum, seolah-olahnya dia mahu mengelak. Dalam hatiku berbicara, "He.. he.. he.."

'Berdebat' dengan ALO. Semangat aku berdebat meningkat malam ini. Mungkin kerana kesan rasa sakit gigi agaknya. Aku main bantai cakap lepas saja. Tapi, mujurlah ALO ni jenis yang 'cool' orangnya. Terkadang dia sindir aku, dan kadangkala aku sindir dia.

"Enta jangan kata tak masuk tulisan enta," kata ALO dengan ayat 'kemaih'nya yang bersulam bunga-bunga. "Lain kali tanya dulu, masuk kat ruangan mana?"

Anyway, tq bos! Selepas sesi 'perang mulut', kutuk-mengutuk, mengumpat bersama ALO, maka aku, TMJ, IMZ, dan ALO sendiri makan di Rafiyya. Dalam perjalanan, isu aku dimangsakan oleh keadaan mendapat perhatian.

Rasa lapang dada sikit kerana masih ada pihak yang memahami. Namun, sakit gigiku yang masih berdenyut menambah gelisah di dada. Terasa urat saraf menikam ke wilayah otak dan serangan itu menjunam, lalu merebak ke daerah dada!

Aku beli Hurix di 7-11; ikut nasihat Md Noor. Tapi, kesakitan itu belum kebah-kebah. Pakcik guard beri nasihat untuk pergi check gigi di HUKM.

"Free jer," kata pakcik. "Isi borang dalam RM5."

Ya Rabb..RM60 lesap macam tu jer. Kalau tahu, HUKM di Kg Baru menyediakan khidmat begini kan dah selamat. Aku azam ke HUKM esok, i'Allah.

Ada seorang perempuan call, minta pendapat untuk bangunkan blog. Aku pun tak pandai. Tetapi entah dari manakah dia mendapat nomborku ini. Aku layan saja. Makin banyak misteri yang tak terungkap. Tak pa, kena eratkan silaturrahmi.. He.. he..

"Apa nama blog?" tanya beliau.

"Tak payahlah bagitahu," aku mengelak. "Nanti semakin banyak rahsia terdedah."

"Update tiap-tiap hari ker?" dia bertanya lagi. "Macam diari?"

Eh, jangan-jangan dia dah baca blog aku tak? Jeng, jeng, jeng..

Latiff Habbatus Sawda' dah call Maghrib tadi. Dia minta rencana iklan produk Manggisnya untuk Harian Metro itu dihantar esok. Mampukah daku?

Elok nak 'belah', ALO panggil untuk ambil kenyataan Mat Sabu dalam PC Kak Zihan. Sambil taip, ALO terperasan ada cek aku dan rakan-rakan atas meja Atriza.

"Letak merata," kata ALO, "bahaya nih." Dia membelek lagi satu persatu. Kemudian, nampak la cek aku di situ. "Hah! Kata tak dapat duit sangat. Ni dapat.. kira oke la tu."

Alhamdulillah, syukur.. Cuma cek Malaysiakini belum dapat lagi. Betul juga firman Tuhan, dalam kesulitan itu ada kesenangan. Bak kata seorang sahabatku Al-Fansuri, dalam sakit-sakit gigi, ada juga cek mari! Oke, balik dulu.. adios!

Pagi
Munajat sakit gigi Al-Fansuri

Ya Tuhan..

Sakit gigiku masih ada rupa-rupanya. Tapi sedikit kurang rasanya. Kalau cabut gigi entah berapa kosnya. Terganggu penulisanku Ya Rabb. Ya, pulihkan sakitku, rawatlah segala deritaku.

Ya Tuhan...
Aku menulis dalam keadaan perut kosong, tekak haus kerongkongku dahaga. Berilah setitik air guna membunuh haus dan perit akibat dahaga ini.

Menulis blog adalah terapi, merawat kesakitan dan bebanan jiwaku yang lara. Ya Tuhan, kenapa ALO masih percaya bahawa, kalau dia kirim bebahan tetulisanku kepada mereka, nanti mereka akan siarkan. Sesekali tidak. Mereka tak jujur.

ALO nak buktikan apa kepada mereka Ya Tuhan? Bahawa mereka tidak buat kerja dengan tak 'up'kan bahan-bahan tulisanku? Kalau dia dah marah pun, nanti pada akhir matlamat perang ini, aku juga yang menderita kerana bebahanku tak tersiar.

Ya Rabb..
Kepada Engkau tempatku bersembah. Kepada Engkau aku adukan segala permasalahan hidup. Semalam, hamba palam, tampal gigi, kena RM60.

Kalau cabut gigi, berapa RM tak tau ya Tuhan. Duit dah nak habis. Duit kutu tak dapat lagi, ada kat Kak Sal. Tapi, kata kak Nyza, "Kak Sal, Kak Anis cuti hari ini."

Waa.. rasa macam nak menangis Ya Rabb.. Perlukah daku meminjam kepada ALO Ya Rabb? Dia pun dah lama tak 'up' tulisanku. Dia perlu bertanggungjawab. Isk, isk, isk..

Atau, perlukah aku bertemu Dato' Haron Din di Darus Syifa' untuk dapatkan rawatan alternatif? Dulu, masa kecil-kecil di Pengkalan Hulu, Perak, ada seorang tok bomoh 'pakukan' gigiku secara batin dan hasilnya lumayan!

Ya Rabb..
Kenapa Husam tak pi acara Hujah? Kalau aku di tempatnya, mungkin aku pi juga. Sebab, itulah ruang untuk berbicara walaupun Zahid Hamidi tak mai.

Aku mengamuk sebab ruangku berkarya makin terhakis, tetiba calon Timb. Pres. PAS abaikan ruang yang memang terbuka, tersedia untuknya. Ketika aku sedang berjuang untuk dapatkan lebih banyak ruang, masih ada pimpinan PR yang tak ambil ruang untuk bercakap. Oh! Apalah malangnya nasib.

Ya Rabb.. Jika aku berada di tempat Husam, nescaya aku pergi juga dan aku ceritakan juga yang Zahid Hamidi takut berdebat denganku. Inilah masanya untuk 'sembang deraih' dan 'sembang kemaih' dengan puak-puak Umno.

Maaf wahai Dato' Paduka, maaf kepada Cikgu Pa (Mustapha Ali), saya memang tak dapat kawal bahasa dan penulisan macam wartawan Harakah yang lain. Dah Tuhan ciptakan saya macam ni. Kutuk Najib, Abdullah dan Mahathir pun sudah. Takkan pemimpin Pas malaikat kot? Mereka pun ada kelemahan juga termasuk saya sendiri.

Ya Rabb.. ampunilah segala dosa-dosaku. Berikanlah keberkatan dalam hidupku. Lonjak makam dan darjatku di sisiMu dan di sisi manusia lainnya dengan berkat doa Imam Ba Lawi al-Haddad, (Penyusun Ratib al-Haddad), Syeikh Abu Hassan Asy-Syazili (Penyusun Hizbul Bahri), Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dan lain-lain imam-imam kerohanian yang terkemuka. Ameen.. (Tamat Munajat Sakit Gigi Al-Fansuri)

Oke.. berangkat dulu. Kak Nyza pun dah tanya lewat YM, "Bila nak mai Harakah?" Hari ini, aku perlu berada lama di opis untuk menterjemah.

Perkembangan terbaru-Adikku Kaktie sudah mengirim silsilah Raja Yala.. Ada 19 halaman. Dan, ranting silsilah keluarga kami berada pada halaman 14.

Nantilah aku perincikan. Sekadar maklumat ringkas. Raja Yala itu bernama Tuan Bulat. Sampai keturunan ketiga, dah ada percampuran darah dengan keturunan Megat. Pada keturunan yang keempat itulah yang membuka Kulim Bandar Baharu.

Sekian saja. Wallahu 'Alam.. Kepada para pengunjung diharap bersabar. Saya tengah mengarang dalam keadaan sakit gigi. Memang emosi tak terkawal! Ok, jangan kalian tension-tension, dengar lelagu P. Ramlee pilihan DJ Fansuri!

Lelagu P Ramlee yang Fansuri suka

Currently have 2 comments:

  1. sofian ishak says:

    Kalau mahu jadi senimang, kena la tahang dengang penderitaang...

  1. tq cik pyan as-sohavat. sakit gigi boleh kutahang, tetapi sakit jiwa kerana pemikiran disekat, tak blh nak tahang..