Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

26 - 27 Mei / 30 Jamadil Awwal - 1 J. Akhir

Wednesday, May 27, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 4:03 AM

27 Mei / 1 Jamadil Akhir (Rabu)
Makan pagi bersama Don F di Hotel Concorde. Sakit gigiku makin kuat. Selepas itu, tengah hari, aku 'check-out' hotel. Don F tiba semula dan kami sambung bualan di lobby.

"Dapat 2 jawapan," katanya. "Pertama - 6 kotak yang Ezam cakap. Keduanya-isu IMF yang dibangkitkan Puad Zarkasyi ke atas Anwar di Parlimen."

"Husam pulak tak datang dalam Hujah, TV9 baru-baru ini," tambahnya lagi. Letih aku kalau dok menulis isu orang-orang politik.

Sebelum ini aku diarahkan Lutfi ke Hotel Polis di Kg Baru. Di sana Husam puji Ezam dan diminta Ezam ada suara dalam Parlimen untuk bercakap isu rasuah. Tapi, masa itu, Dr Agus Yusof pula yang tak jadi datang sebagai ahli panel.

Tak lama lepas itu, Ezam masuk Umno. Aku lihat kenyataan Husam kritik Ezam. Kali ini, dalam Hujah TV9, bila Agus dan Ezam hadir, Husam pulak tak datang. Pulak!

Pening kepalaku, pening.. Itu sebab aku benci politikus! Mereka tak jujur dan mungkin tak akan pernah jujur. Aku berlari ke perhimpunan dan mengharapkan kawan-kawan penulis muda yang jujur menyatakan kebenaran.

Teringat soalan Lutfi Ishak ketika aku membentangkan kertas kerja tempoh hari, "Apakah kita boleh berjuang di luar jalur politik? (parti?)"

Jawapannya adalah ya.. dan itulah yang sebaik-baiknya..

Aku berkongsi cerita mengenai Abdul Ghani Haroun, Ezam, aku, Lutfi dan Wan Nordin berbual di bilik mesyuarat Harakah. Barulah Don F nampak sikit 'a big picture'.

Petang
Don F hantar aku ke stesen komuter Shah Alam. Atas komuter, Don S call, ajak aku jumpa dia petang ni. Tiba di SPKB, aku terus terpa Kg Baru Medical Centre.

"Doktor gigi x ada," kata kerani. Aku pi Klinik Rakyat, Jln Raja Abdullah. Tapi doktor dah nak balik. Akhirnya, aku ke Klinik Dr Zainal, Jln Raja Laut. Kena RM60.

Tapi, denyutan, ngilu masih membara.. Aku tak jadi pi Gombak. Badan letih dan aku perlu rehat banyak kerana kehabisan tenaga menelan derita akibat sakit gusi ini.
-------------------------------------------------------------------
26 Mei / 30 Jamadil Awwal (Selasa)
Tidur rumah Don S bersama Don F. Aku keluar rumah di Gombak tengah hari. Dapat panggilan mak dan abah di Kg Baru. Kami makan-makan di Bujang Lapok Cafe.

Petangnya aku pergi ke KL Sentral. Ketika makan-makan di KFC, uncle Jaafar Rahim call. Dia ni ramah betul dan pekat pula loghat Kedahnya. Aku cadang nak jadikan dia sebagai salah seorang kolumnis dalam laman web nanti. Bagus juga.

"Hari ni baru lapang sikit, mai la kat Ampang, boleh sembang-sembang," kata beliau.

Dan seperti biasa, tabiat lama kuulang lagi, "Tak apa, malam ni saya call, mak dan abah datang dari kampung." Sedihnya orang besar seperti Jaafar Rahim tak sempat aku raikan walaupun dia yang beriya-iya menelefonku untuk bertemu dengannya.

Aku teringat bahawa dia akan dijemput untuk bersama FBI dan Fafau di Hot FM. Agak menarik juga kalau dia diberi slot bersama generasi muda!

Naik komuter ke Shah Alam. Tiba sana Maghrib. Abah, Kakti sesat. Malam, kami makan-makan di Restoren Pelita, sebelah Hotel Concorde.

Keturunan Raja Yala?
Apabila tiba di bilik, kami tengok berita NTV7 tentang kenyataan YB Nizar Bukit Gantang yang menyentuh isu mogok lapar di Perak. Aku beritahu keluarga bahawa kemungkinan YB Nizar itu berdarah Cina memang ada.

Aku tunjuk sms YB Nizar yang masih kusimpan. Alamat mel-enya, nizartan.

"Nizar Tan, macam Ridhuan Tee dan lain-lain," demikian aku meyakinkan mereka. "Sebab itulah agaknya dia boleh cakap Cina kot."

"Habis... yang Nizar boleh cakap Tamil tu macam mana?" pintas Kaktie.

Gelap sementara hujah fikiranku. Ya tak ya juga. Takkanlah semata-mata kerana dia boleh sikit cakap Cina, maka dia ada darah keturunan Cina?

"Alah.. kita pun ada juga.." kata ayahku.

"Ha.." aku sedikit terkejut. Aku sangkakan abah bergurau. Tapi, akhirnya abah diam. Sejak dulu wajahku cerah, putih disangkakan Cina. Abah pun masa muda macam Cina. Don F pun pernah bertanya, apakah aku ada darah Cina?

Aku teringatkan Saif DBP, sahabatku yang bercerita bahawa nenek moyangnya dari Guangdong, China dan wajahnya pun tidak kemelayuan. Cina juga.

Lalu, Kaktie menyampuk, "Kita ada pertalian darah dengan Raja Yala!"

Jadi, abah bercerita bahawa Kulim Bandar Baharu itu dibuka oleh nenek-moyang kami. Ada dua penghulu pada masa itu. Orang-orang Kulim datang dari Yala. Aku tak fikir Yala tu Cina. Mereka ini mungkin Siam, tapi bukan Thai.

Siam, sebutannya sama dengan Cham (warga Chamapa), nama bangsa Melayu sebelum bangsa ini dinamakan sebagai Melayu, demikianlah daku berteori.

Sekitar 1800-an. Tapi itu datang daripada tok perempuan (ibu kepada abah). Kalau dari sebelah tok wan (ayah kepada abah), jalur keturunannya sedikit bercelaru.

"Adik beradik abah di Kulim hantar silsilah tu dalam e-mel. Abah tak reti nak buka. Jadi abah suruh kakti," demikian kata abah, bagaimana dia jumpa jurai keturunan itu.

(Aku teringat Dr Ibrahim di PPMN yang nak jejak waris keturunan Sultan Melaka!)

Aku teringatkan Zul, USM. Dia ambil masa tiga hari untuk merenung ke dalam batinnya supaya dapat melihat susur-galurku, berasal dari mana.

Akhirnya, pada suatu malam dia datang lalu berkata, "Enta ada titisan darah Champa!"

Currently have 0 comments: