Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

25 Mei / 29 Jamadil Awwal

Sunday, May 24, 2009 , Posted by nota untuk Syiah at 11:43 PM

Pergi ke Diamond Sq, jumpa Latiff dan Hasyim Habbatus Sawda'. Dapat job baru, menulis untuk Biosteen, produk manggis. Syukur alhamdulillah...

"Enta cari jer 10 orang," kata Latiff. "Senang-senang jer dapat duit."

Ke Harakah, untuk buat kerja-kerja penulisan. Semangat Ayer Keroh masih kuat, membara dan ternyala. Harus dimanfaatkan semangat yang masih membara ini.

Wanto call bertanya pendirianku tentang beberapa hal. Dia bertanyakan hal Haron Din di Malaysiakini. WN dan IMZ 'mengamuk' di opis tentang hal yang sama.

"Depa bagi tajuk apa syeikh?" tanya Wanto; merujuk rapat penulis muda itu.

"Tajuk pun 'kemaih' sangat," demikian aku berkata. "Penulis muda tiada perjuangan?"

Aku tiada buku antoloji cerpen puisi sebelum ini. Jadi, aku perlu beri penjelasan kepada mereka bahawa aku pendatang baru dan bukan ada banyak sumbangan. Aku beritahu Wanto-aku bukan Ainon Mohd, Dinsman yang lebih layak meng'hukum' sama ada penulis muda itu ada perjuangan atau pun tidak.

Abah call, mereka dah tiba di Hotel Concorde, Shah Alam. Aku tidak beri kata putus bila aku nak pi jenguk mereka di sana. Mereka tiba pagi tadi.

Dr Alinor sms,"Boleh bantu Asasi untuk terbitkan majalah bulanan?"

Bagus jika ada majalah bulanan Asasi. Boleh saya lebarkan ruang karya :)

Currently have 0 comments: