27 Syawal - 3 Zulkaedah
Bahan terbaru:- Darihal solat umat Islam dan solat umat Yahudi
Pagi ini, selesai kemaskinikan bahan di atas, saya meregangkan urat saraf di Restoren Mamak 24 jam, Jalan Yahya Sheikh Ahmad. Terserempak dengan Yassin Senario dan pelakon lain. Hal itu sekitar 6:30 pagi. Syak di hati saya - solat dah terbabas dah mereka ni. Hingga jam 7:30 pagi, baru mereka beransur pulang.
Saya ternampak Yassin dan rakan-rakannya sesekali menyelak skrip drama, filem mereka itu. Semua ini mengingatkan saya kepada ucapan Yassin dalam satu acara tv. Kata Yassin, datuknya pernah berlakon dengan P Ramlee dalam filem Nasib Do Re Mi.
Anda mungkin masih ingat kepada babak di mana Re (A.R Tompel) sedang cuba menipu seorang 'lebai' kerana ingin makan kuih free.
Gunung Semanggol, tempat Hizbul Muslimin (asal Pas) disebut
Dalam bualan itu, lebai itu menegur Re (A. R. Tompel) yang sedang masuk ke dalam gerai kecil itu. "Eh, muke mike ni macam teman nak kenai ye?"
Maka, Re pun duduk dan mula temberang: "Ya, kita dulu sama-sama naik haji."
"Eh, teman bulan depan baru naik haji..."
"Bukan.. kita sama-sama menghantarkan orang naik haji.."
Dalam temberang kedua Re berkata kepada lebai itu. Dia berusaha menyatakan bahawa mereka ni satu perguruan, mengaji ilmu tasawwuf.
"Ooo.. mengaji di Gunung Semanggol ye?" kata lebai itu.
[Datuk Yassin Senario muncul pada AKHIR PART 3 & AWAL PART 4]
Untuk pengetahuan semua, Yassin Senario berkata, yang pegang watak lebai itulah datuk beliau. Wallahu'alam.. Saya rasa Yassin bercakap benar.
Rugi tidak belajar penulisan skrip
Antara aktiviti petang Ahad ialah menonton Raja Farah yang mengacarakan Filem D9. Pada kali ini, acara itu membawa tajuk penulisan skrip.
Rupa-rupanya, turut menonton rancangan itu ialah Pn Tina. Kami kiranya macam satu batch la di USM dulu. Sama-sama jadi wartawan Berita Kampus (BK). Lewat chat di YM, sama sepakat rasa rugi kerana tidak ambil 'broadcasting' sebagai 'minor'.
Padahal, 'broadcasting' telah berada dalam Pusat Pengajian Komunikasi, tempat saya mendaftar kursus kewartawanan dahulu. Tak apalah. Tak fikir panjang. Nak buat macam mana.
Saya ambil Pengajian Islam kerana minat agama. Rupa-rupanya, bila membaca surat ayahanda Andrea Hirata berhubung kepentingan ilmu untuk mengisi keperluan masyarakat Melayu Pulau Belitong, saya jadi insaf. Sepatutnya, saya ambil broadcasting.
Dah berapa ramai yang belajar agama? Tapi, adakah agamawan belajar menulis skrip drama dan filem? Tiada bukan?
"Janganlah terlalu tinggi sekolahmu, cukup jika kau berhasil mencapai gelaran pakar bahagian baja sehingga dapat terus dipraktikkan. Adapun saudaramu Arai, sangat berfaedah jika dia dapat mengambil jurusan pembantu bancuh ubat. Elok bukan main gandingan itu. Pada hemat ayahanda, dua bidang inilah, pakar baja dan pembantu pembancuh ubat sahaja yang paling diperlukan di kampung kita sekarang ini, agar kita mampu bersaing dengan daerah lain dalam mengejar ketinggalan pada edaran masa pembangunan bangsa ini." --- Edensor, halaman 126. --- [Surat Saiman Said Harun kepada anaknya Andrea Hirata]
Pengajaran Moral: Janganlah semua orang terus menumpu bidang agama saja. Lebarkanlah sayap perjuangan dan dakwah ke wilayah-wilayah dan bidang yang lain sama. Masuk Dinar Mas ka? Forex ka? Bisnes ka? Perfileman ka dan lain-lain.
Hasil dapatan daripada Filem D9
Maka, inilah dapatan, hasil coretan daripada Filem D9 baru-baru ini..
a. Melalui temubual bersama Mira Mustafa - saya dapati beliau sedang menekuni buku Writing The Short Film. Di samping itu, beliau menasihatkan kita merangka dialog.
b. Mamat Khalid-tulis skrip berdasarkan (1) pengalaman; (2) penyelidikan; (3) mood.
c. Aziz M. Osman-tulis skrip itu perlu (1) asli; (2) teknik penceritaan yang menarik.
Kadangkala aku ternampak kelibat selambakodok (Afdlin Shauki) online di YM. Pernah juga aku tegur, dan memang dia menjawab.
"Hantar skrip kepada pembantu saya di talian ...," demikian Afdlin menaip lewat chat YMnya.
7:30 pagi..Tubuh kering Yassin Senario bangkit ke kaunter untuk membayar harga makanannya dan mataku melirik memerhatinya dengan rasa kasihan. Kita tidak boleh lagi kutuk orang itu tak solat. Kita patut masuk merapati dirinya, bertukar-tukar fikiran dengannya.
Kalau datuk Yassin Senario telah menyebut ungkapan 'Gunung Semanggol', bermakna beliau itu bukan calang-calang orangnya! Tetapi, cucunya..?
Alangkah jauh bezanya datuk dan cucu sepertimana jauhnya beza antara datuk Abdullah Fahim dan cucunya Abdullah Ahmad Badawi!
-----------------------------------------------------------------------------
3 Zulkaedah
Mengurungkan diri sambil menaip terasa bosan. Mujurlah ada Yahoo Messenger. Dapat berbual dengan teman-teman chat. Antaranya Puan Tina yang berceloteh dan bercerita tentang dilema beliau sebagai ibu muda yang ingin menghasilkan duit dengan menjadi suri rumah.
Khabarnya, dia sudah mengirim sebuah proposal kepada PTS. Semoga dia berjaya hendaknya! Dan, dia juga banyak bercerita berhubung harga beras melambung. Sekarang, beras dah turun harga. Apakah pendiriannya kini saya tidak tahu.
Oh ya! Berhubung terlepas dan terbebas manusia yang terlibat dengan pembunuhan Altantuya, dia cukup marah. "Macam mana boleh terlepas!?" demikian marahnya dia.
Arwan dari Kabupaten Magelang, Indonesia berbual dengan saya berhubung cara-cara mahu memahami cerita kartun Upin dan Ipin. Wah! Sudah sampai ke Indonesia?
"Tidaklah, kami cuma download saja..pas puasa lalu, ada beberapa episodnya di TPI."
"TPI itu apa?" tanya saya.
"Televisi Pendidikan Indonesia," jawab Arwan kembali. Wah! Benarkah Upin & Ipin dah sampai ke TPI? Atau, saya yang silap faham?!
Majalah 3 baru-baru ini melaporkan karya kartunis Dato' Lat, (Abang kepada Mamat Khalid, pengarah filem Kala Malam Bulan Mengambang) telah diterjemahkan kepada bahasa Jerman dan menjadi rancangan kartun di Frankfurt, Jerman. Nampaknya, karya-karya kita ini memang ada potensi yang kuat sebenarnya!
Pelajar Agama dianaktirikan oleh kerajaan
Namun, apa yang lebih membingungkan saya ialah catatan yang saya dapat lewat blog adik saya di al-Azhar ini, Nur Azhari nama penanya. Untuk rujukan, lihat pic..
Kita tidak payah lagi bicara soal hukum-hakam dan sebagainya lagi. Pak Lah, apa yang dia tak ada? Mufti keliling pinggang dan penasihat agama Dato' Ahmad Zahid Hamidi pun boleh masuk dalam kategori orang faham dan berpendidikan agama.
Kenapa dibiarkan pelajar-pelajar agama kita kelaparan? Aku menulis dalam keadaan dahaga dan lapar. Aku tahu bagaimana terseksanya hidup sebegini. Mereka mahu duit bukan untuk mewah, tapi untuk belajar. Soal mereka nak cenderung ke arah parti mana, itu soal lain.
Tanggungjawab dan amanah hangpa sebagai kerajaan ialah menyediakan peruntukan kewangan dan alirkan bantuan zakat dengan betul kepada mereka ini! Apakah yang harus aku lakukan?
Apa boleh buat? Tuhan beri aku kemahiran menulis. Nantilah saya cuba ulas isu ini di Harakah Daily ka? Semoga keluar hendaknya, inso Alloh.
Tulisan terbaru
Alhamdulillah. Dah selesai mengarang untuk. Inilah yang terbaru-> Lawan keangkuhan HEP hingga mereka lemah.
Wahai HEP, budak lain bolehlah hangpa luku kepala depa. Depa penakut, memang tak boleh nak buat apa dah. Try lawan Sivaji tengok macam mana? Dalam universiti saya lawan, luar universiti pun saya akan tetap, terus melawan, insya Allah!
-----------------------------------------------------------------------------
Ya Allah... apa dah jadi? Inilah akibatnya kalau terleka dan menangguhkan urusan-urusan yang telah kita wajibkan ke atas diri sendiri. Kata Saidini Ali, masa itu pedang. Kalau kita kita penggal masa. Maka, kita akan dipenggalnya.
Tuhan berkata, 'Demi Masa' dalam surah al-Asr. Tetapi dalam perhitungan dan pembacaanku di dalam sebuah kitab yang memuatkan hadis qudsi (maaf, sudah terlupa catatannya di mana), ada disebutkan bahawa Allah seolah-olah mencela manusia yang mengadu tidak cukup waktu untuk mengatur kehidupan mereka sendiri.
"Tidakkah mereka tahu, bahawa Akulah masa itu!" demikian yang masih kuingat. Tuhan adalah waktu, Allah ada masa! Jadi, menurut tafsiran Fansuri terhadap "Demi Masa" di dalam surah itu ialah - "Demi Aku" - "Demi Masa" - "Demi Waktu" - "Demi Allah".
Mungkin ada yang menolak apabila saya katakan 'Demi Masa itu maknanya Demi Aku (Tuhan)'. Sebab itu, saya perlu cari semula hadis qudsi itu untuk menyusun semula hujah dan tafsirannya. Wallahu'alam ... Semoga enta berjaya ya Fansuri!
Mula-mula saya minta Budak Kelantan. Dia tak bagi. "Coffin saja yang ada bang," kata penjaga kaunter tiket itu. Hmm.. oke juga. Memang Coffin itu ada dalam list yang saya nak tengok.
Dalam bab-bab seterusnya, jika anda mengikuti terjemahan Rice Without Rain nanti akan terjumpa babak di mana Inthorn akan mati dalam penjara. Dia akan disemadikan dalam keranda (coffin). Jadi, ungkapan coffin inilah yang telah menarik minat saya untuk ke panggung wayang, melihat sendiri upacara ritual Buddha itu.
Saya pernah menonton filem di mana penganut Buddha bersujud. Amalan ritual ini tak sama dengan solat. Tapi, hampir ada persamaannya. Adakah ini bermaksud ajaran Buddha juga bahagian daripada ajaran Tauhid dahulu? Dan kemudiannya ia diselewengkan sebagai mana agama Yahudi dan Nasrani diselewengkan oleh paderi dan rabai-rabai Yahudi? Hmmm... Saya masih lagi mencari fakta-faktanya.
Syurga buku
O God of many names
Lover of all nations,
We pray for peace,
in our hearts
in our homes
in our nations
in our worlds
The peace of your will
the peace of your need
By: George Appleton
Saya menemui puisi ini di belakang buku (A Treasury of Christian Prayer, by Olwen Turchetta)
Saya tertarik kepada puisi daripada orang Kristian ini kerana ayat yang awal disebutkan di atas. "O God of many names." (Wahai Tuhan yang banyak nama.) Mungkin dia merujuk kepada Tuhan kepada penganut Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dan lain-lain.
Cuma, rasanya Islam yang paling jelas menghebahkan nama Tuhan sebagai Zat tunggal yang paling banyak nama. Ada 99 nama-nama yang sepatutnya dihafal dalam ingatan kita. Apa yang mendorong George Appleton menyebut begitu, saya tidak begitu pasti.
Antara buku-buku lain yang menarik perhatian saya di Kinokuniya tadi adalah ...
1. What is Sufism (Martin Lings)
(Untuk perhatian: Martin Lings adalah penyelia kepada tesis disertasi Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas. Tadi, ketika saya belek-belek buku ini, ternyata beliau ini mempunyai nama Islam - Abu Bakar Siraj ad-Din kalau tak salah saya.)
2. The Sultan and The Mermaid Queen (susunan Paul Spencer Sochaczewski)
3. Treachous Alliance, The Secret Dealings of Israel, Iran and U.S (Trita Parsi)
4. Israel, A History (Martin Gilbert)
5. The Rubaiyyat of Omar Khayyam (Explained by Parahamsa Yogananda)
Yogananda dilihat sebagai tokoh spiritual antarabangsa. Maka dia menulis mengenai buku itu.
"I suddenly believe the walls of its other meanings crumble ages. The last winner fortress of golden spiritual treasures stood open to my gaze."
[Saya tulis bait-bait ini di Kinokuniya masa mengantuk, jadi tulisan jadi cakar ayam. Bila nak taip semula, saya sendiri sudah tak paham tulisannya ..]
Catitan di atas ini dicatat kerana ia mungkin berguna untuk mereka yang selalu bertanya tentang bagaimana saya bekerja. Mungkin ada yang boleh mencontohinya. Atau mungkin saudara ada cara yang lebih baik.
Pada saya, kita mesti mencatit setiap hari sesuatu yang kita tidak tahu. Misalnya, saudara menonton sesebuah dokumentari, filem, cerita atau apa sahaja. Catit apa-apa yang difikirkan menarik, kemudian cari maklumat lanjut mengenainya.
Kita boleh cari di kedai buku dan juga menelusuri internet. Kadangkala, apa yang kita cari itu membawa kita kepada sebuah penemuan yang lain pula dan penemuan yang terbaru itu pula tidak kalah menariknya.
Contoh pencarian maklumat mengenai Howard Hughes
Misalnya begini, saya mahu tahu apa yang saya tak tahu tentang Howard Hughes. Maka, saya teringat filem 'The Hoax'. Carian itu di sebuah mesin carian di Kinokuniya KLCC tadi telah membawa kepada penemuan berikut:-
1. The Hoax: Library Edition Unabridge Edition, Irving, Clifford / Barrett, Joe (NRT), Findaway World UcPublished 2006/10 / US$69.90
2. Howard Hughes: My Story, Hughes, Howard, Blake Publishing Published 2008/04 / UK9.99
Maka, dengan tiba-tiba mata saya tertancap kepada satu penemuan terbaru ... Ia tak ada kaitan langsung dengan Howard Hughes.
3. The Rossyln Hoax: Viewing Rossyln Chapel from a New Perspective / Cooper, Robert / Ian Allen PubPublished 2007/07 / RM48.37
Buku ini, setakat yang saya faham, ia terkait dengan Chapel (gereja kecil) yang ada kaitan dengan Freemason dan lain-lain gerakan rahsia.
Wah! Ini pun bahagian yang saya suka mengkajinya juga! ...
1 Zulkaedah
"Apakah saya benar-benar bersedia membuat gerak kerja ilmiah dan penyelidikan?" itulah antara persoalan yang benar-benar menghantui diriku.
Kini, timbul satu saja caranya. Semua penyelidikanku dalam masa yang sama turut disiarkan di Harakah Daily. Jadi, masa tak terbuang. Dapat duit jugak!
Lalu, kurawat gelisahku di sebuah restoren Padang di Jalan Raja Alang, di mana pekerja dan pengunjungnya memang suka membeli nombor ekor, nombor ramalan itu. Aku benci melihat situasi ini. Tapi, di sini limpahan idea banyak tertumpah melimpah ruah.
Selesai makan selepas Isyak itu, aku fikir mahu pulang terus kerana mahu melihat calon-calon Gadis Melayu di TV9. Tetapi, dengan tiba-tiba sebuah channel di Astro meyiarkan sebuah filem 'based on true story'.
Lakonan Richard Gere dan nama watak yang diburu adalah Howard Hughes. Ini seperti ada kaitan dengan peristiwa kejatuhan Richard Nixon yang pernah saya tonton dalam All The president's Men.
Lama-kelamaan, baru saya sedar bahawa filem itu memang ada kaitan dengan Nixon. Ini kerana, ada babak yang memaparkan gambar Nixon itu.
Di internet, saya temui catatan 'The Hoax' di sini dan juga di sini.
Keterangan lanjut sila click di pautan ini ...
IKLAN TEKS & IKLAN BERGAMBAR
Ruangan ini untuk iklan-iklan kepada pengunjung ... (dalam proses pembinaan dan mencari identiti iklan...)
----------------------------------------------------------------
Saya tidak keseorangan makan-makan di restoren Padang. Ketika sedang menonton itu, ada seorang pakcik dari Jitra, Kedah. Dia kini menetap di Kajang. Dia datang merapati, kerana mahu berbual-bual denganku. Dia tertarik kepada sikapku yang membaca novel Andrea Hirata. Dalam fikirannya, mungkin sikapku itu sangat aneh dan ganjil.
"Untuk tujuan apa baca buku tu? Masih belajar lagi? Dah kahwin?" inilah antara soalan-soalan dari pakcik itu. Semua soalan ini berada dalam jangkaanku.
Setelah kuberitahu asal-usulku, tujuan dibaca buku itu, dia mengangguk perlahan. Dia tahu aku kerja menulis sambilan. Dia kemudian memberi nasihat berguna!
Dalam kehidupan ini, kita kena pelbagaikan sumber pendapatan. "Paling mudah dan cepat, ialah bisnes," wasiat terakhirnya lebih kurang seperti itulah.
"Tapi, saya tak ada produk pakcik," kata saya. Kini, saya berangan-angan nak menghimpunkan cerpen sebanyak 10 buah dan bikin antologi. Mungkin boleh hantar ke DBP dan pasarkan seluas-luasnya nanti, insya Allah.
Kitaran / Putaran Ganas Matawang Malaysia
Dulu, duit kita diapungkan pada RM3.30 bagi USD1. Sekarang lihatlah. Pada selang, setiap minit, dua tiga minit, inilah dapatan dan hasilnya.
Live rates at 2008.10.30 17:09:16 UTC
100.00 USD = 352.792 MYR
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.52792 MYR 1 MYR = 0.283453 USD
Live rates at 2008.10.30 17:21:16 UTC
100.00 USD = 353.153 MYR
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.53153 MYR 1 MYR = 0.283163 USD
Live rates at 2008.10.30 17:38:16 UTC
100.00 USD = 352.963 MYR
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.52963 MYR 1 MYR = 0.283316 USD
Live rates at 2008.10.30 17:42:16 UTC
100.00 USD = 352.540 MYR
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.52540 MYR 1 MYR = 0.283656 USD
Live rates at 2008.10.30 17:48:16 UTC
100.00 USD = 352.717 MYR
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.52717 MYR 1 MYR = 0.283514 USD
Live rates at 2008.10.30 18:17:16 UTC
100.00 USD = 352.075 MYR
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.52075 MYR 1 MYR = 0.284031 USD
Darihal Ikan Duyung
"Begini, kita akan mengangkat tema alam sekitar, iaitu ikan duyung yang sedih kerana eksploitasi laut .. Arai, kau akan jadi ibu ikan duyung!" --- Edensor, Andrea Hirata, hal. 165.
Catitan ini kutemui tatkala sedang makan di sebuah restoren Padang malam tadi. Bacaanku terganggu kerana seorang pakcik yang ramah, dari Jitra Kedah telah menegurku. Kisah tentang pakcik ini telah kujelaskan kepada anda di atas.
Pernah kulihat filem Duyung lakonan Saiful Apek, Maya Karin dan Yasmin Hani. Dan, antara hal yang disebutkan dalam monolog Saiful Apek pada awal-awal permulaan filem itu ialah lebih kurang begini.
"Mak saya kata, kalau kita menjaga kebersihan laut, maka lama-kelamaan, ikan duyung akan datang ..." itu dialog Saiful Apek.
Langsung aku teringatkan panggilan makcik baru-baru ini berhubung Tanjung Tuan. Tanah itu mungkin diserahkan kepada Cina. Dan, hal pembinaan masjid itu entah jadi atau tidak, aku tidak pasti.
Berbalik kepada kisah ikan duyung, kalau kalian pernah membaca postingku yang lalu, aku ada mencatatkan perihal kewujudan ikan duyung itu di Tanjung Tuan. Sambungannya begini-apabila pakcik kerap bermimpi tentang lelaki yang timbul di permukaan laut, dia akhirnya memutuskan mahu ke laut pada keesokan harinya.
Menjelang malam, ketika dia asyik merenung ke arah laut, tiba-tiba dilihatnya air berbuih-buih dan mula berkocak-kocak. Dan, timbul di permukaan itu, sosok seorang lelaki yang cantik bermata biru.
"Aku rasa, seolah-olah dalam hati ada raungan yang begitu dahsyat. Seperti dia mahu meminta pertolongan laut itu tempat tinggal mereka jangan dicemari lagi," begitu kata pakcik kepadaku pada suatu malam.
Maka, kesimpulannya, kisah Andrea Hirata lewat karya novelnya EDENSOR, monolog Saiful Apek menerusi filem Duyung dan kisah pakcik melihat duyung itu ada persamaan - laut kita tercemar teruk sehinggakan ikan duyung ini terpaksa melarikan diri, jauh daripada persekitaran yang tercemar.
29 Syawal
Liza membeli RM30 prepaid. Adikku membeli RM10. Dan aku topup lagi RM50. Cepatnya habis hari ini! Tapi, ada satu hal yang ingin kutanyakan kepada kawan-kawan.
"Ancient Greek philosophers suggested that democracies could only be viable in societies with population smaller than 10,000. Larger than that would be ungovernable because it would be impossible for all citizen to participate in discussion of politics and thus to form a viable public opinion." (Peters, 1999)
Edensor, Andrea Hirata
28 Syawal
Batu asas itu akan diambil dari kawasan Kg Baru, Kuala Lumpur untuk diletakkan di Skudai sebagai 'batu asas' kepada penubuhan Sekolah Pemikiran tersebut.
27 Syawal
Kemudian makan di sebuah gerai. Seekor kucing menagih makanan. Saya beri beberapa ketul ayam potong. Ini adalah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Wilayah Berkebajikan. Janganlah ada seekor kucing pun mati dengan sebab kelaparan.
Dipantau Tuhan?
Saya pulang semula ke rumah. Ada panggilan masuk. Orang daripada Selayang Springs call. Saya terlupa bahawa hari ini sepatutnya saya pergi tengok rumah. Merasai diri dipantau Tuhan telah datang kembali. Baru-baru ini sejak limpahan air menitis daripada bumbung, aku mengeluh agar minta dikeluarkan daripada sini secepatnya.
Tiba-tiba ada orang digerakkan hatinya menelefonku untuk bertanya samada aku mahu melihat rumah atau tidak? Perasaan diri atau hati dipantau Tuhan ini bermula dengan lebih kuat apabila saya mengarang Balada Burhan Di Kota Raya.
(Saya akan bercerita mengenai sejarah asal-usul Balada Burhan Di Kota Raya dan bagaimana saya berasakan ia ada kaitan dengan pemantauan Tuhan ke atas diri ini, inso Alloh.)
Petang ini, (akan bersambung ... to be continued...)
salam kang ali..
alhamdulillah, bahan2 tulisan kang ali mmg berpotensi menunaskan inspirasi positif pada pembaca... paling tidak pun pada diri saya...
terima kasih utk itu...
insyaAllah, saya percaya suatu hari nanti, kang ali bakal menjadi seorang yg 'besar' di mata masyarakat... teruskan usaha & selamat maju jaya!
w'salam kang / mbak anonymous...
terima kasih kerana sudi hadir di ruangan ini utk menceriakan keadaan. Sy gembira kerana blog ini membawa kesan positif kpd anda. adapun hal2 yg tak elok di blog ini harap2 maklumlah. sy pun insan biasa yg byk dosa :)
Keikhlasan doa & kepercayaan sdr/i kpd sy bg mengisi makna kebenaran pd masa depan - demi sesungguhnya adalah satu kekuatan ucapan doa yg lahir dari jiwa, ia telah meredupkan gelora yang membadai di pantai hati ini ...
tiada lafaz yg boleh saya ucapkan melainkan doa agar sdr/i juga akan diberikan rahmat olehNya ... :)
sama-sama... :)
dan terima kasih kembali untuk doa dari kang ali.. harapnya ia juga doa yg ikhlas yg lahir tulus dari jiwamu... selamat berjuang!
wassalam...
Hi H. Fansuri,
The fact on Ada Apa Dengan Eagle Eye? from Fahri Abdullah al-Masri was wrong.
In the movie, the computer system recommends that the mission should be aborted. The system couldn’t view the actual event because of a façade, the system still continues to recommend abort. Then, the Secretary of Defense agrees with the abort recommendation, but the President orders the mission be carried out anyway. Not the way around.
The Eagle Eye project is to eliminate the people with the high possibility of terrorism through human behaviour study. The system wanted to change the current government because the President had made a wrong decision when all those killed turn out to be civilians. I think the author should re-watch the movie.
Regards,
Nic / http://www.niczoushadz.com
tk sdr/i nic atas penerangan itu. maklum pengarang tonton filem tu sekali saja.
pada awal babak, rasanya Presiden pun tidak sebut arahan dgn jelas utk membunuh pengganas tu. Cerita ini perlu ditonton berulangkali utk faham ceritanya. itu saya akui
namun, pada saya, apa yg penting di sini, bukanlah jalan cerita itu tapi persoalan teknologi tersebut.
saya rasa mungkin sekitar 80-an barangkali, telah ada semacam 1 teknologi yang digunakan untuk mengesan kedudukan musuh USA. Dan saya difahamkan, dalam komputer kita sendiri memang ada satu fail yang mana pihak tentera USA boleh memantau isi dalam komputer kita.
laporan itu tersiar mungkin 3 @ 4 tahun lalu. saya cuba menyelidik, tapi seperti biasa, maklumat byk di dalam bahasa Inggeris. Jikalau sdr/i boleh membantu, ia sangatlah baik.
bygkan jika komputer paklah badawi dan najib diceroboh dan tentera us tahu maklumat pertahanan Malaysia, apa akan jadi? dan byk lg masalah keburukan yg kita temui di sini, dengan sebab teknologi pemantauan amerika yang serba canggih ini.
ia membahayakan keselamatan negara Malaysia dan dunia-dunia ketiga!
kpd sdr/i anonymous. doa saya akan bersama sdr/i yg selalu menyokong dan mendokong apa yg saya citakan dan sdr/i pengunjung blog ini tlh bercakap dengan penuh kejujuran jika saya tersilap mengatur bicara.
bersikap jujur, tidak hipokrit ini akan menyebabkan kita diangkat maqam dan martabat oleh Allah dan manusia.
Rasulullah s.a.w sebelum diangkat menjadi rasul dna pemimpin dengan sebab sikap jujur, lurus, berkata yang benar dan lain-lain sikap lg.
apabila kita menyatakan yang benar dan jujur terhadap kebenaran (dan ia termasuk sikap kita yang enggan mempertahankan pandangan kita saat kita sedar bhw kita salah), Allah akan bersama kita.
Tuhan tidak pedulikan dosa-dosa kecil yang kita buat sehari-hari. Sebab, semua itu terampun dengan mudahnya lewat solat, insya Allah.
tapi untuk bersikap jujur dan juga berani menyatakan kebenaran, hal itu tidak ramai orang yang sanggup membicarakannya.
sekianlah kang/mbak anonymous, ada kelapangan, kita akan dipertemukan Tuhan, insya Allah Ta'ala ...
terima kasih untuk tazkirah berkenaan kejujuran itu kang ali...
bila agaknya kita akan bersua ya?... insyaAllah Ta'ala.. let the Time decides... 'sesugguhnya Aku adalah Masa dan Masa adalah Aku...'... got it from somewhere...
tolong betulkan andai saya tersalah :)
he he..
saya sendiri terbabas dgn hadis qudsi itu. seorang rakan terjumpa hadis itu. rupanya, lebih kurang begini - ramai manusia mengeluh mengenai masa, sedangkan Akulah pemilik waktu ...
maaf kerana mengelirukan. dalam kepala sy terlalu byk timbunan catatan yang agak bersalahan dgn pandangan org lain.
tambah2 lagi hal itu berkaitan agama. dlm tafsir al-Azhar saya temui kisah Adam ada 30 orang dll. ini lebih menggemparkan..
tak apalah.. hal berjumpa tu blh bila2 masa saja.. sms, call, selainnya Tuhan memutuskan..
ok, terima kasih.