5-11 Zulkaedah / 3-9 November
11 Zulkaedah / 9 November (Ahad)
Menang Filem D9
Offer RM0 di Air Asia!
Sedang melayari Air Asia tadi, nampak offer RM0 ke Hangzhou, Melbourne, Perth, Gold Coast. Juga, boleh ke Surabaya dengan RM0 dari Johor. Sapa-sapa yang ada rakan-rakan keluarga di sana, boleh bagitahu. Kot-kot saya boleh ziarah!
10 Zulkaedah / 8 November (Sabtu)
Laa.. blogger Al-Hussien adalah kawan Dato' Lat rupanya. Beliau pernah hadir dalam mesyuarat antara saya, Kickdefella, Penarik Beca dan lain-lain di pejabat Harakah. Nama penuhnya Mohd Ali Hussin. Patut rasa macam pernah tengok wajahnya..
Pengajaran moral: Kalau nak mengarang novel, tulis kisah pengalaman peribadi sahaja. Tidak usahlah susah diri fikir nak bina watak-watak. Andrea Hirata dalam talk di PWTC, April lalu, ada menyebutkan hal ini. Tulis seputar kisah diri sendiri.
Nantila, saya pecah dan bahagikan pengalaman zaman kanak-kanak, remaja di Maktab Mahmud untuk catatan semacam autobiografi. Lutfi pun kerap suruh aku menulis hal itu. Cuma, saya tak pandai, actually, tak tahu nak mula dari mana.
Atau.. err.. bolehkah isi kandungan blog ini dibukukan suatu hari nanti?
Pengajaran moral kedua: Cuba berkenalan, cari laluan dengan Messe Frankfurt
Dalam video klip ni, rupa-rupanya ada stesen KTM yang berhenti dekat Kota Bharu, Perak. Hm, mungkin saya boleh pi kot, nak tengok suasana di situ.
"Atee.. err..Yob! Durian ada lagi tak?!" --- Haa.. jawab-jawab ...
--------------------------------------------------------------
Bahan terkini berjudul - Sepetang, mendulang hikmah di Universiti Malaya
Karya itu saya temui di Kedai Buku yang berhampiran Kompleks Perdana Siswa. Saya masuk ke dalam perpustakaan UM. Dah petang. Tak sempat explore jauh-jauh.
8 Zulkaedah / 6 November (Khamis)
Chat dengan Intan. Katanya, Habiburrahman El-Shirazy (novelis Ayat-Ayat Cinta) akan tiba ke IPS, UM pada 15 Nov ini. Semak punya semak, rupanya ia hasil usaha Ummu dan Majalah Anis. Semoga dapat berjumpa novelis itu.
Ekonomi Malaysia.. apa nak jadi?
100.00 USD = 354.297 MYR
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.54297 MYR 1 MYR = 0.282249 USD
Filem Budak Kelantan 'berkiblatkan' Amerika?
Dah ada peraturan baru, iaitu pelanggan cuma boleh beli dua dinar sahaja setiap hari. Kemudian, ada duit dinar baru, sekeping dinar emas dengan harga 2 dinar. Harganya hari ini (6 November) ialah sekitar RM751.00 kalau tak silap.
Ini semua pelaburan untuk Yayasan Fansuri, insya Allah. Amieen...
Big Boss tak sihat, berehat sebulan di rumah
Sebelum itu, dia mengirim sms, teringin nak baca novel Pak Samad Ismail yang mengisahkan hal perjuangan peribadinya dahulu. Kemudian, setelah saya layangkan sms, dia beritahu judulnya ialah Patah Saya Terbang Jua.
Jadi, dia harap, dalam tempoh sebulan ini, dia boleh menyiapkannya. Moga berjaya
--------------------------------------------------------------
7 Zulkaedah 1429 / 5 November (Rabu)
Tulisan terbaru - Bangkok Dangerous 'putihkan' kisah gelap PM Thai?
Yayasan Fansuri
Terus saya pergi beli dinar. Sebagai simpanan, hasil resolusi mesyurat bersama wartawati kaum ibu di pejabat baru-baru ini. Apabila saya keluarkan duit untuk beli set secara tak langsung saya dah mula menyimpan.
Kalau ditinggalkan begitu saja duit dalam bentuk wang not kertas. Kita akan rasa macam mahu keluarkan saja duit-duit itu. Jadi saya pun tukar strategi. Apatah lagi dengan timbulnya idea dan cita-cita menubuhkan yayasan. Semua perlu persediaan.
Pergi pejabat dan ambil cek. Tergerak nak beli emas lagi. Nampaknya duit mencukupi. Cita-cita yang terlalu besar dan tinggi ini menjadi beban ke atas diriku sendiri. Dulu aku bercita-cita besar nak jatuhkan HEP berseorangan di USM seperti Sivaji.
Syukurlah, Allah membantu. "Tuhan, harapnya kali ini Dikau datang menghulurkan bantuan." Semoga masa depan, plan ini berjalan lancar.
Tiba di pejabat Ar-Rahnu, saya beli sekeping dengan harga RM388.60. Rasa seronok kerana hal tanggungjawabku yang pertama sudah selesai.
"Esok harga meningkat lagi. Jangan-jangan sebab pilihan raya di USA kot?" kata kerani itu. Di sini, saya tak toleh lagi faktor lain. Janji, beli!
Kalau Sivaji boleh bina Hospital Sivaji, Universiti Sivaji yang menawarkan khidmat percuma, tak mustahil hal itu boleh dilakukan. Sivaji juga menubuhkan Yayasan Sivaji. Kenapa aku tidak boleh wujudkan Yayasan Fansuri?
Jika Tan Sri Mokhtar al-Bukhari boleh tubuhkan Yayasan al-Bukhari, kenapa aku tidak? Nama pun lebih kurang sama. Loghat lenggok percakapan pun sama. Saya orang Kedah, dia pun Kedah juga. Dia makan nasi dan semua kita sama dari sudut itu.
Perpustakaan Negara
Tiba di library, saya terus cari bahan mengenai Melayu Champa. Tapi, internet ada masalah dan saya gagal mencari bahan itu untuk tujuan penyelidikan. Tapi saya enggan pulang dengan tangan kosong. Jadi buku yang saya pinjam bertajuk:-
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (I - VI, 1952 - 2002). Di dalamnya memuatkan tulisan Pendeta Za'ba dana lain-lainnya.
Namun, ada tulisan yang menarik juga di muka depan buku itu. Catatan daripada Aminudin Baki pada tahu 1956: "Anchaman datang daripada ... golongan Melayu yang ... kurang perchaya tentang kebolehan bahasa Melayu ... sehingga timbul-nya ... rasa tidak tahu membuat apa2 bila bahasa Inggeris chuba hendak digantikan dengan bahasa Melayu. Ini adalah keadaan biasa di-kalangan bangsa2 yang dijajah, ... hasil penjajahan di-'alam fikiran dan kehidupan pendudok."
Agenda KLCC
Menonton Budak Kelantan, tepuk dahi juga la. Adegan rogol, hai buruk la nama Tok Guru secara tak langsung. Tak apalah. Nak buat macam mana? Saya belum tiba ke tahap pengarah lagi. nak menulis skrip tu terhegeh-hegeh.
Siapa nak belajar sikit-sikit tentang penulisan skrip, bolehlah lihat di sini...
Filem Di 9 4: Episod 3 - Part 1
Filem Di 9 4: Episod 3 - Part 2
Filem Di 9 4: Episod 3 - Part 3
Keluar TGV, seperti biasa saya pun pergi ke Kinokuniya. Dan di sana saya temui beberapa karya seperti berikut:-
1. The Wolf of Wall Street, How Money Destroyed A Wall Street Superman, by Jordan Belfort. Di bahagian bawahnya disebut - The Man Who Taught The Mafia How to Cheat Telegraph, (Soon To Be A Major Film)
Buku ini mungkin sesuai kerana gaya bahasanya bersahaja disampaikan dalam bentuk penulisan kreatif. Dan, mungkin sesuai untuk saya, penuntut wang!
2. Di dalam Insight Guide to Israel, dalam bab Language and Culture saya temui catatan berikut: "The Rebirth of of Hebrew was virtually the rule of one man, the Zionist thinker and leader, Eliezer Ben Yehuda." (halaman 95)
3. Girls of Riyadh oleh Raja Alsanea. Judul asalnya dalam bahasa Arab, Banat al-Riyadh. Maka di dalam majalah Time, buku ini disebutkan sebagai berikut:-
"Imagine Sex and The City, it the city in question were Riyadh." Media Barat menggambarkan karya ini sebagai karya filem dan drama Sex and The City, dalam citra Arab. Nak merumuskan hal ini tak boleh terlalu awal. Saya belum baca!
--------------------------------------------------------------
6 Zulkaedah 1429 / 4 November (Selasa)
--------------------------------------------------------------
5 Zulkaedah 1429 / 3 November (Isnin)
Saya makan roti sardin di sebuah restoren di Jalan Raja Alang, hujan sangat lebat. Selepas makan, saya cetak senarai tulisan di Harakah Daily di sebuah kedai PC yang berhampiran. Berazam mahu hantar juga senarai tulisan itu ke pejabat.
Berikut adalah senarai tulisan itu.. (Harap anda semak jika ada kesalahan. TQ.)
Jun, 2008
Bung, Malam Karyawan II mahu dibawa ke mana?
Ali Bukhari Amir
Fri | Jun 13, 08 | 6:53:45 am MYT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ogos, 2008
1. Antara intelektual mahasiswa dan keikhlasan Umno meminda Auku (Artikel)
H Fansuri
Tue | Aug 05, 08 | 11:00:55 am MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016200&Itemid=111
2. Abdullah peralatkan agamawan dan mufti? (Artikel)
Fahri Abdullah
Sun | Aug 10, 08 | 12:41:07 pm MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16290&Itemid=1
3. Kisah akhirat, syurga, Shangri-La dan manusia (Artikel)
H Fansuri
Tue | Aug 12, 08 | 11:05:08 am MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16317&Itemid=1
4. Satu tongkat, tiga zaman dan kisah merdeka (Artikel)
H Fansuri
Thu | Aug 14, 08 | 3:07:57 pm MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16390&Itemid=1
5. Bahaya budaya kebendaan di kalangan siswa
Fahri Abdillah al-Masri
Fri | Aug 15, 08 | 9:58:09 am MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016419&Itemid=111
6. Apa motif bersumpah diliwat sehari sebelum penamaan calon? (Artikel)
Fahri Abdillah al-Masri
Sun | Aug 17, 08 | 12:24:27 pm MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16484&Itemid=50
7. Umno dikhianati ahli-ahlinya sendiri (Artikel)
Fahri Abdillah al-Masri
Thu | Aug 21, 08 | 2:50:39 pm MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016567&Itemid=35
8. Pindaan Auku: Boleh 'bersetuju', tapi jangan 'berpuas-hati' (Artikel)
Ali Bukhari Amir
Sun | Aug 24, 08 | 10:55:45 am MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016597&Itemid=111
9. Teater Ibu Zain jadi alat propaganda politik Umno (Artikel)
Ali Bukhari Amir
Fri | Aug 29, 08 | 5:47:48 pm MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016719&Itemid=60
10. Diari Pasung RTM pesong fakta ISA (Artikel)
Ali Bukhari Amir
Sat | Aug 30, 08 | 7:01:41 am MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16724&Itemid=1
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
September, 2008
1. "No, I am the lecturer!" - Pak Samad Ismail
Ali Bukhari Amir
Mon | Sep 08, 08 | 9:12:54 am MYT
2. Seksyen 15 Auku, benteng terakhir Umno
Fahri Abdillah al-Masri
Sat | Sep 06, 08 | 10:41:29 am MYT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oktober, 2008
1. Daripada kapal selam kepada isu sms Najib
Fahri Abdullah al-Masri
Sat | Oct 18, 08 | 5:51:11 pm MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017425&Itemid=111
2. Upsi pelopor kemerdekaan, adakah PRKnya merdeka
Ali Bukhari Amir
Sun | Oct 20, 08 | 8:31:11 pm MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017452&Itemid=111
3. Islam dan Ketuanan Melayu (1)
Fahri Abdullah al-Masri
Fri | Oct 24, 08 | 2:52:26 am MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17528&Itemid=1
4. Cerita-cerita sepanjang PRK
Fahri Abdullah al-Masri
Fri | Oct 24, 08 | 5:30:01 am MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017529&Itemid=111
5. Islam dan Ketuanan Melayu (2)
Fahri Abdullah al-Masri
Sun | Oct 26, 08 | 5:14:04 am MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17557&Itemid=1
6. Kembangkan dakwah sehingga di luar masjid
Fahri Abdillah al-Masri
Tue | Oct 07, 08 | 2:32:13 am MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17220&Itemid=91
7. Serah laporan penyelewengan PRK kepada DSAI di Parlimen
Ali Bukhari Amir
Fri | Oct 17, 08 | 2:11:27 am MYT
8. Ada apa dengan Eagle Eye?
Fahri Abdullah al-Masri
Mon | Oct 27, 08 | 1:58:05 pm MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017574&Itemid=60
9. Sunnah dan bid'ah dalam pemerintahan Islam
Fahri Abdullah al-Masri
Tue | Oct 28, 08 | 7:20:09 pm MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17591&Itemid=1
10. 1001 cara merebut pemerintahan MPP pasca PRK
Ali Bukhari Amir
Wed | Oct 29, 08 | 4:03:54 am MYT
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017592&Itemid=111
Terjumpa wartawati daripada golongan kaum-kaum ibu. Antara banyak-banyak bualan itu, ada suatu perkara yang bijaksana yang saya mahu amalkan. Beli Dinar Emas!
Saya pergi ke Low Yatt, beli RAM 512MB KVR266 (Kingston) PC2100 DDR RAN, berjumlah RM80. Sudah lama komputer internet jadi slow. Tidak jauh dari situ, saya ke Digi, menukar nama yang silap. Ada ke patut, nama kita elok-elok, akhirnya diletakkan nama - 'A/L' - Anak Lelaki dan bukannya 'bin'. Cis! Akhirnya, semua masalah selesai.
Kebetulan, selepas keluar dari Digi, saya terpandangan kedai buku Borders. Di dalamnya terjumpa buku, "Why is God Laughing?" by Deepak Chopra. Prakatanya ditulis oleh by Mike Myers.
"I’ve had many heroes in my life. My father was the first; Deepak chopra the most recent.. Deepak shows us that there is darkness in the world and that comedy is a candle; he encourages us to meditate on the candle and not the darkness." --- Mike Myers, actor, comedian and screenwriter.
Dalam filem The Love Guru, Mike Myers menyebut nama idolanya itu berulangkali dalam filemnya. Siapakah Deepak Chopra ini. Adakah dia ini seperti 'guru agama' kepada Mike? Entahlah. Adakah jika kita boleh mencapai tahap Deepak Chopra, maka secara tak langsung kita akan dipuja oleh karyawan Hollywood?
Semua ini mengingatkan saya betapa pentingnya mengukuhkan bahasa Inggeris. Jika kita boleh berpencak silat ilmu dalam gelanggang global, tak mustahil dakwah mudah diterima. Imej jubah serban ditafsirkan terroris. Jika, imej biasa, mungkinkah lebih mudah?
Malam
Dalam perjalanan pulang, motor tersadai di Pudu Raya. Minyak petrol habis Syukur hatiku tidak mengeluh kesal. Mungkin dah terbiasa hidup susah. Akhirnya, kalau dapat ujian sikit begini, rasa ‘maintain’ je perasaan. Ya Tuhan, selamatkan hamba dan motor hamba di Pudu Raya.
Sebelum sampai di Masjid Jamek, singgah di sebuah Lodge Travellers International. Sebilik berharga RM30, bilik airnya di luar. Kalau ada rakanku daripada luar negara nak datang, di sinilah tempat untuk mereka berehat.
Malam ini saya tonton filem Melayu lama, kisah Puteri Gunung Ledang. Alangkah zalim dan kejamnya pemerintah dulu. Tak kalah dengan kezaliman pemimpin kini. Kerana mahu memperisteri Puteri Gunung Ledang, sampaikan semua rakyat terseksa.
Pada akhirnya, sultan memohon maaf kepada sekalian rakyat dan rakyat dengan mudah menjunjung daulatnya semula.
"Tangan beta mencincang, biar bahu beta memikul," kata sultan. Dalam hatiku berbisik, "Huh! Tangan Najib mencincang, wanita Monggolia yang mati tanpa pembelaan."
Dalam filem itu juga tak silapnya ada disebutkan - ... rosaknya budi pekerti sultan. Sultan yang adil adalah kunci kepada keadilan.
Currently have 0 comments: