Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

12 - 18 Zulkaedah / 10 - 16 Nov

Monday, November 10, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 5:10 AM

18 Zulkaedah / 16 November (Ahad)

Hari perintah berkurung. Tiada aktivti menarik. Berkurung kerana ingin menyiapkan penulisan-penulisanku yang kian banyak tergendala.
------------------------------------------------------------
17 Zulkaedah / 15 November (Sabtu)
Hari yang penuh kekangan menulis. Serba tak kena dibuatnya. Bila nak start menulis, tiba-tiba ada hal lain datang. Malam menjelang ...
Saya kedai nasi padang, tempat selalu merenung diri, bertafakur mencari ilham. TV2 menayang kisah Terminator lakonan Arnold Susah-nak-eja. Apabila lihat filem itu, teraba siong kanan yang besar. Adakah aku keturunan Raja Bersiong?

Melalui seorang kenalan lama yang terus mata, saya ni ada titisan darah Melayu Champa. Utara itu darah asalku. Ayahku berkata, keluarga kami turun ke selatan, lalu terpecah, jadi terpencar-pencar. Tapi, yang mengganggu fikiranku mutakhir ini..

"Adakah Raja Bersiong tu sebenarnya ada mengamalkan ilmu salah?" soalan ini entah kenapalah kerap mematuk buah fikiranku dalam dua tiga hari ini.

Aliran fikiran itu mesti dibiarkan terus menghanyut dengan tenang bersama arus fikiran lainnya. Dan, aku terkenangkan Tengku Muhammad Chan, dalam satu klip video di YouTube, khabarnya dia membawa 16,000 tentera China untuk bebaskan Kedah daripada amukan Siam. Ah! Di mana catatan yang boleh didapatinya jika ia benar?

Khabarnya mereka ini datang daripada dinasti Manchu, iaitu dinasti yang terakhir dan dinasti ini ditumbangkan oleh Dr Sun Yat Sen dalam Revousi Kebudayaan 1911.

Aku teringat pula Discovery Channel yang menyiarkan kisah ahli pelayaran China yang terkenal di mana pada catatan mereka, hampir kesemua anak-anak kapal itu beragama Islam. Saya fikir, ini tentu terkait dengan Laksamana Cheng Ho.

Lalu, teringat Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan pernikahan Putera Rom-Puteri China yang cuba dihalang oleh seekor burung garuda.

Di dalam sebuah Discovery Channel yang lain, turut dimuatkan kisah sebuah tempat yang mana para penduduknya mendakwa bahawa mereka ada kaitan dengan tentera Rom. Mereka masih mengamalkan adat istiadat pemakaian tentera Gladiator ketika menyambut hari-hari perayaan yang tertentu. Namun, hal ini masih gagal dibuktikan.

Jika penduduk di kawasan itu benar-benar punya pertalian dengan Rom, adakah mungkin kaum di kawasan itu adalah zuriat Putera Rom-Puteri China yang diriwayatkan pernikahan mereka itu dalam Hikayat Merong Mahawangsa?

Dinihari menjelang ...
Malam itu ada Midnite Movie, Wolf tajuknya. Ia meriwayatkan kisah serigala jadian. Semasa aku kecil, ibuku, seorang guru BI menabur cerita dongeng Eropah. Antaranya, kisah gadis bertudung merah yang mana rumah neneknya diceroboh serigala.

Aku rasa, ini mungkin kisah benar dan serigala itu bukanlah serigala biasa, tetapi serigala jadian (Werewolf) Pastinya mereka ini penyembah syaitan, pengamal ritual ajaran sesat. Semasa kecil juga, ayah ada meminjam video dari kedai video berjudul - An American Werewolf in London. Ia sangat seram dan mengerikan.

Mungkinkah ada persamaan antara Werewolf, Raja Bersiong dan Count Dracula? Raja Bersiong, Count Dracula lebih rapat pertaliannya, kerana mereka darah diraja, keturunan bangsawan yang amalkan ilmu salah atau mereka menderita sakit jiwa?
---------------------------------------------------------------------------------
16 Zulkaedah / 14 November (Jumaat)
Selepas Jumaat, saya pergi ke rumah Big Boss dan kemudian terus ke UKM. "Kalau boleh enta tolong fotostat, nanti takut hilang, bolehlah ana salin balik," kata BB. Kemudian dia sedekah RM50. Syukur..

Dia seperti lemah. Dia beritahu bahawa dia menyuntik insulin sendiri di bahagian buah pinggang. Kenapa orang sepertinya menderita sakit? Kenapa orang jahat masih sihat segar bugar untuk terus galak melebarkan jalan-jalan kejahatan?

Saya teringat Mazwan rakan sekelas lama. Pada 1989, ketika itu saya berusia 12 tahun, dia sakit leukimia dan nyawanya gagal diselamatkan kerana belanja rawatan yang tinggi. Kami semua di Tanjung Setol, Bukit Jenun, Pendang itu cuma tinggal berputih mata. Ibu saya seorang guru, dan dia membawa saya ke rumah Mazwan.

Selagi rawatan tidak diberikan percuma ke atas penyakit berat, kita belum mencapai kedudukan Negara Berkebajikan. Ah! Jauh benar lamunan..

Dalam perjalanan itu saya singgah di Jalan Chan Sow Lin, berhampiran Utusan. Saya
jual akhbar lama di rumah. Dapatlah RM4. Ini modal beli emas lagi.

Di pertengahan jalan, hujan lebat sungguh, tiba di UKM sekitar jam 6:30 petang. Di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) itulah saya mendapat tahu bahawa Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik (PBBL) bukan di situ, tapi dipindah tempat lain.

Dari FSSK, saya sesat lalu dibawa Tuhan ke Kolej Dato' Onn, kemudian langkah saya dibawa lagi ke Kolej Tun Hussein Onn (KTHO). Di situ ada cafe dan kedai fotostat. Saya fotostat esaimen BB di situ, makan-makan dan minum.

Di KTHO juga, saya temui catatan yang diusahakan oleh Biro Kerohanian KTHO. Ada ungkapan Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."

Selesai urusan di KTHO, hati saya digerakkan Tuhan untuk bertanya seorang pelajar. Azri nama beliau. Rupa-rupanya, saya tanya tak salah orang.

"Pensyarah yang abang nak bagi tugasan ini memang memang pensyarah saya," katanya lagi. Setelah saya diberi peta menuju PBBL, maka saya mahu teruskan perjalanan. Saya capai motor. Tiba-tiba dia hon kereta. Hatinya digerakkan untuk bantu saya.

"Memang dulu PBBL di FSSK, akhirnya dipindah di tempat lain," kata Azri. Dia asal Kedah, kini menetap di Kajang. Dia ambil diploma dulu. Kemudiannya kerja. Kemudiannya, sambung degree. Ayahnya pensyarah USM, bahagian Kimia, berhenti dari USM pada 1999. Kini ayahnya di Upsi. Patutlah hati saya rapat dengannya.

Tiba di PBBL, kami sama-sama naik, menuju ke bilik pensyarah. "Ah! Lega, nasib baik pintu kat bawah tak tutup. Biasanya, kalau pintu bawah tutup, pintu atas pun tutup juga," itu kata Azri. Ini semua kerja Tuhan. Dia mudahkan urusanku.

Azri menghantarku pulang ke KTHO. "Boleh bertukar no hp. Nanti kalau sesat, abang call saya kalau datang sini," katanya lagi. Tamat.

Aku pulang dengan hati gembira dan dada lapang. Naik tol, pulang ke SPKB. Tiba pada kilometer 297.8, motor minyak habis. Saya silap perkiraan, dan perhitungan. Bacaan jarum motor rosak. Di meter motor, saya tak nampak sangat jarum.

Akhirnya terpaksa saya heret dan tunda motor ketika hujan turun dengan separa lebat menitik ke atas tubuhku. Saya tolak motor tidaklah lama.

"Kenapa bang?" sebiji motor berhenti tiba-tiba.

"Minyak habis.." jawabku ringkas, lalu kulihat dia menganggukkan kepala.

Dua pemuda ini dititipkan oleh Tuhan untuk papah motor saya sehingga tiba ke stesen minyak Shell. Dan, tibalah saya ke rumah dengan selamatnya. Di dalam perjalanan pulang, saya terfikir bahawa, saya dibantu dua kali oleh tiga manusia hari ini.

Pengajaran Moral:-
1. Ikhlaskan niat membantu orang yang lemah, kita akan dibantu Tuhan pada kala kita susah. Di dalam hadis ada disebut,"Si pengasih akan dikasihi Si Maha Pengasih, jadi kasihilah penghuni bumi, kamu akan dikasihi penghuni langit."
2. Dalam berkelana, lihat perilaku insan. Allah ajar kita akhlak melalui akhlak buruk orang lain. Nabi Isa disoal, "Dari mana kamu belajar akhlak yang mulia?". Lalu, dia berkata, "Aku belajar akhlak indah daripada orang yang buruk akhlaknya."
3. Bawa pen dan kertas. Catatlah apa saja yang dianggap menarik. Ini penting bagi mereka yang berhajat menjadi penulis.

Perlis Darus Sunnah? Di mana sunnah pemerintahan?
3 Hari 2 Malam: Episod 5 - Part 1

[Nota: Untuk memahami apa yang saya maksudkan dengan Sunnah Dalam Pemerintahan, mungkin bahan ini boleh membantu, insya Allah Ta'ala.]

3 Hari 2 Malam: Episod 5 - Part 2

Kesimpulannya, Darus Sunnah di sini, adakah cuma tertumpu kepada persoalan ibadat, amalan ritual sahaja yang mencakupi solat dan sebagainya? Bagaimanakah sunnah Nabi dan khalifah-khalifah Ar-Rasyidin al-Mahdiyyin selepas baginda?

Umar dan Ali misalnya memiliki persamaan, iaitu selalu mengirim gandum kepada janda-janda yang hilang tempat pergantungan. Mereka memberi gandum itu pada waktu malam ketika tiada orang melihatnya. Ini 'sunnah' Umar dan Ali.

Termasuk dalam sunnah Umar, ialah beliau suka menyamar dan meninjau perlakuan rakyatnya yang membuat maksiat. Antara yang diintip ialah kes seorang ibu dan anak gadisnya di mana si ibu minta air ditambah dalam susu, tapi anaknya enggan.

"Ah! Umar tidak melihat hal ini," kata ibu.

"Tapi, Tuhan Umar Maha Melihat, ibu.." ujar anak gadisnya, lembut.

Umar langsung jadi terpikat. Lalu disuntingnya anak gadis itu dan dari rahim wanita itulah lahir sosok kental spiritual seperti Umar Abdul Aziz!

Menyiasat, mengintip ini adalah 'sunnah' Umar. Dan memang Umar pernah mengintip salah laku seseorang lalu dia akhirnya tersedar bahawa perbuatan intipan itu salah. Baiklah kalau kita tidak mahu intip atas nama tajassus, bolehkah kita tiru 'sunnah' Umar dalam hal-hal lain seperti dalam kes meneropong di mana rakyat yang masih sakit dan perlukan rawatan.

Intiplah di mana siswa-siswa universiti yang tak dapat atau terlewat mendapatkan PTPTN, atau tak mendapat bantuan zakat kerana wang zakat telah dihanguskan oleh agensi agama itu sendiri untuk kepentingan peribadi dan lain-lain.

Ini barulah sunnah dalam bentuk pemerintahan. Kalau pun tidak mencapai sunnah nabi dalam bentuk pemerintahan, tetapi ia masih lagi tertakluk ke atas sunnah sahabat, khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyyin, iaitu dengan mengambil contoh Umar!

Demikianlah maksud dan pengertian saya dalam hal-ehwal Darus Sunnah..

Bengkel III Asasi di UM
Kepada mereka yang ingin hadir bengkel Asasi, maka sila catat acara ini dalam jadual perjuangan anda. Kita jumpa di sana. Insya Allah Ta'ala.

Bengkel ASASI (III) - Bahasa Melayu Bahasa Ilmu
Friday, November 14, 2008 9:02 AM
From: "asasi@kesturi.net"
Add sender to Contacts
To: asasi@kesturi.net

Salaam,

Untuk pengetahuan ahli-ahli, ASASI akan menganjurkan satu bengkel yang bertema ¨bahasa melayu bahasa ilmu.¨ menerusi Bengkel ASASI (III) ini, terdapat empat makalah yang bakal dibentangkan. dua dari makalah tersebut menerusi Prof. Dr. Osman Bakar dan Dr. Shaharir Mohamad Zain (Mantan Presiden ASASI). Butiran Bengkel ASASI (III) adalah seperti berikut:

Bengkel ASASI (III)
Tema: Bahasa Melayu Bahasa Ilmu
Tarikh: 19 Disember 2008.
Tempat: Dialog Peradaban, UM
Penyertaan: Hanya 35 hadhirin, PERCUMA

Sehubungan dengan itu, pihak ASASI mengalu-alukan pendaftaran di kalangan ahli-ahli ASASI untuk sama-sama menyertai bengkel tersebut. pendaftaran boleh dilakukan menerusi: http://www.kesturi.net/archives/501

Sekian, terima kaseh atas perhatian. Wasalaam.

URUSETIA ASASI
-www.kesturi.net
---------------------------------------------------------------------------------
15 Zulkaedah / 13 November (Khamis)
Rupa-rupanya, sekitar 15 orang yang dipanggil untuk test sebagai editor tadi. Orang di sebelah kiri saya menulis dengan kuatnya sampai terganggu urusan menyunting saya. Sebenarnya, lebih kurang seminggu daripada sekarang, barulah akan dipanggil interview pula hasil daripada ujian tadi. Test bermula 10:00 pagi, tamat 12:15 p.m.

Balik ke rumah, terus saya lakukan terjemahan. Sekitar jam 10:00 malam barulah saya khatam terjemahan. Dua, tiga kali hujan, guruh dan kilat berpesta. Saya terganggu betul dengan kejadian alam ini. Tapi, saya bukan protes kepada Tuhan.

Mengenangkan test tadi, bila tengok balik, ramai juga orang-orang tua. Saya orang terakhir yang keluar. Tak apalah, saya mesti bersedia menerima kemungkinan. Selama ini pun, tanpa kerjaya tetap, masih boleh hidup. Tak kan tak boleh survive.

Apa yang penting, ialah bagaimana harus saya kentalkan betul-betul semangat untuk sambung pengajian ini. Master UM, Phd UKM. Go Don Fansuri go! ...

Sedang menaip juga kerap menerima gangguan YM, SMS dan panggilan telefon. Ketika menaip ini, sedang menonton Bujang Lapok. Berikut lagu yang saya paling suka dalam filem ini. Lagu ini juga dah jadi darah daging saya, Anak Dara Rindu

Ahah! Bercakap mengenai kerjaya nih, tiba-tiba tadi ada seorang hamba Allah di UIA yang telah call saya petang tadi sedang saya sibuk menterjemah. Dia salah seorang rakan chat saya. Dan dia tawarkan kerja itu pun dengan tergesa-gesa.

"Bos I nak jumpa u ni," kata Pn Z. "Boleh tak you datang UIA segera, sekarang?"

"Sekarang? Oh, tak boleh.. ada kerja.."

"Kalau esok petang atau sebelah pagi?"

Aku terkenangkan misiku membawa esaimen Big Boss ke UKM. Tadi, dia baru call, menyatakan bahawa malam ni cancel perjumpaan di rumahnya di Ampang. Maka, esok pagi aku berjumpa dia di rumah. Jadi, masa bila aku nak pi UIA?

"Kalau datang interview hari ni atau esok, Isnin depan dah boleh kerja.." pujuk Pn Z lagi. Jadi, saya tak bagi keputusan apa-apa melainkan janji bahawa esok saya hubungi dia lagi. Allah Maha Pelawak. Dia suka bergurau dengan hambaNya.

Tuhan Suka Bergurau?
Apabila saya sukar menghadapi detik-detik kehidupan, maka sepertinya segalanya sempit. Tapi bila sekali peluang datang melayang, dengan tiba-tiba berlambak-lambak peluang kerja datang. Masa ini juga peluang nak sambung study terbuka luas.

Ada banyak cerita di mana sikap Tuhan suka bergurau dengan saya ini terjadi. Khasnya dalam hal penciptaan puisi Balada Burhan Di Kota Raya dan hal melawan HEP. Dia menganugerahkan hambaNya semacam penghormatan.

Protes-protes hambaNya dalam dia, Dia dapat menjawabnya secara gurauan. Dia menghadirkan seseorang untuk menjawab bagi pihakNya.

Tak salah rasanya kita kata Tuhan suka bergurau. Dalam filem Budak Kelantan, disebutkan juga dialog - "Ya Allah, Tuhan, Zat Yang Maha Genius."

P Ramlee & Rubiah - Dewi Puspitaku


[Nota: Saya sukakan lagu ini sehingga pada lafaz lirik di bawah ini. saja. Selebihnya, saya tak suka sangat. Akan tetapi, video klip panjang banget. Sapa-sapa yang ada lagu ini saja, tolong habaq, tq]


DEWI PUSPITAKU

Dewiku, dewiku
oh kesuma hatiku
di sana kuingin berjumpa
kekasih pujaanku
penawar duka
kala ku merana

Dewiku
oh puspitaku sayang
wajahmu menawan hatiku
sehingga ku terpikat
dengan cumbumu
dalam taman asmara

Yes, sudah habis kalian melayan lagu ini, ayuh kita bicara soal cinta. Ini bukan cintaku. Ini cinta seorang adikku yang sedang merana, patah hatinya.

S call, hatinya patah digilis kasih terhadap wanita!
Sedang menaip tadi aku tertidur. Dan, petang tadi itulah S call. Hal patah hatinya disuarakan lagi kepadaku. Di Shah Alam baru-baru ini, kekasihnya melafazkan kata perpisahan. Tetaplah mahu putus juga. Lelaki duda itu, saingan kepada rakanku S, mungkin lebih berpengalaman di dalam hal-ehwal penguratan! Itu sudah pasti..

Sesungguhnya, jiwa Don Fansuri (terilham dari filem Godfather) bukannya dapat menawarkan fatwa berbisa darihal cinta. Mafia adalah pembunuh! Kalau nak lawan HEP, Auku, ISA, bolehlah aku gunakan jiwa ini. Kekentalan jiwa untuk menakluk hati wanita, daku tiada.

Sebab itulah daku ini masih lajang, single, teruna sunti, jejaka pingitan hingga sekarang. Isk.. isk.. isk.. Lelong.. (3x)

Berbalik kepada S, dia rasa menyesal, kerana ketika tamatnya kontrak kerjanya, ketika itu pula derita batinnya semakin merana lantaran kekasihnya menuntut harga sebuah perpisahan. Saya, sebagai sahabat yang setia membelah langit keangkuhan dengan kata-kata hikmah yang ntah hapa-hapa dan melayangnya deburan kata hikmahku ini dari mana, hanya bisa menadah telinga, mendengarkan isi butiran kuliah keluhannya apabila jiwanya didera rasa lara.

"Apa kata kita tubuhkan Suruhanjaya Cinta abg Ali?" Fahmi seorang adikku telah melontarkan 'idea-idea gelap' penuh kegilaan lewat jendela tingkap Yahoo Messenger sebentar tadi.

Huh! Ini zaman edan penuh kegilaan. Altantuya dibunuh demikian jugalah nasib Canny Ong, kita masih berkasih-kasih apa lagi? Tetapi aku terima juga. Agak menarik juga idea-idea gila kami ni. Silap-silap, kalau aku dapat teruskan riwayat tentang hal rakan-rakanku ini, mungkin bintangku boleh menjadi terang bersinar, secerah bintang Andrea Hirata!

Ya, Andrea Hirata, pengarang Laskar Pelangi yang novelnya sedang aku tekuni sekarang..

"Fahmi ingat nak bagi syor ni kat band Dewa idea tentang Suruhanjaya Cinta," maka, aku pun tergelak terguling lagi dalam SPKB ini.

Saya rasa, cerita rakan-rakan saya ini kalau dibuat kisah macam Impian Ilyana bagus juga. Jadi, tiap-tiap minggu, Ilyana akan bertanya kepada penonton, bagaimana nak selesaikan masalahnya itu. Jadi sapa ada idea mahu selesaikan masalah cinta, mungkin bolehlah adukan masalah kalian kepada pesuruhjaya (SC) Suruhanjaya Cinta!

Iklan sementara Dinas Emas Hari Ini!
DINAR BUYING SELLING
1 Dinar 354.30 374.30
1/2 Dinar 183.20 193.20
1/4 Dinar 98.10 103.10

Thursday, November 13, 2008

Chat bersama rakanku di Taiwan (Sekolah Pemikiran NTU)
Ada satu chat yang menyentuh perasaan saya ... ada suntingan sedikit. S adalah salah seorang siswi berbangsa Tionghua yang pernah saya terlibat di dalam gerakan mahasiswa 2005/2006 di UPM. Ketika itu saya masih di Siasah.

Kini, dia berada di Taiwan, menyambung Sarjana dalam Kebudayaan Melayu. Dia juga membaca al-Qur'an atas keperluan ijazahnya. Mengenangkan hal ini, saya teringat bualan saya dengan Soh Sook Hwa, rakan sekelas saya dahulu.

Pada satu malam deadline Berita Kampus, kami berdua berbual mengenai agama, kepercayaan di Bilik Berita, C10, USM di samping rakan-rakan yang lain sibuk menulis laporan berita mereka di situ. Saya lihat pertemuan bual bicara santai dan kadangkala diselitkan juga hal-hal berat itu, seperti bualan Dr Burhanuddin al-Hulaimy vs Mokhtarudin Lasso.

Saya Islamis, Sook Hwa Sosialis. Burhanuddin juga seorang Islamis, Malay nasionalis kiri, malah dia termasuk dalam kelompok sosialis juga. Mokhtaruddin Lasso, tentu sosialis, komunis. Maka, hal chat inilah yang mengambalikan kenangan silam..

S: saya nak buat kajian tentang kebudayaan melayu
S: tak pasti lagi sebab saya masih tengah ambil course anthropology...tapi saya interest dalam perhubungan antara kebudayaan melayu dengan Islam
sikit, tak banyak
saya pernah sembang dengan lecturer kat um
tapi biasa saya tahu daripada pengkaji orang cina
saya sendiri pun tak pasti
so nak cari buku sekarang
apa pandangan anda?
Sent at 2:56 PM on Thursday
me: oo.. dalam pandangan saya
cuba cari Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu
pengarangnya Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas
sy tertanya2 juga, apakah library di Taiwan itu ada memuatkan buku2 Melayu juga?
library sini baru nak beli buku melayu
me: bolehlah saya bantu sedikit sebanyak setakat yg sy tahu
S: sebab mereka tak tahu baca sebelum ini
me: great! mereka harus tahu buku2 apa yg perlu mereka beli
S: sekarang mereka nak saya beli buku melayu
me: ada pustakawan Melayu Malaysia atau Melayu Indonesia tak di sana?
S: yalah..mereka nak saya pilih buku yang saya tahu baca
tak ada pustakawan seperti ini lah
mereka belajar tentang malaysia melalui buku english
me: antara pengarang2nya Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas tadi lah
S: tapi yang saya tahu, ada juga kajian yang dibuat dalam melayu, dan mereka tak tahu
me: kemudian, Dr Siddiq Fadhil
mmg di peringkat awal, kita hadapi masalah untuk cari sumber dan bhn juga, bersabarlah
saya boleh bantu sekadar termampu
jadi, library ntu akan beli semua bhn bacaan yang you mahu baca?
S: ya
haha^^
happynya saya bila dapat tahu
saya juga ready nak balik malaysia cari sumber
S: so beliau sangat happy bila saya masuk sebagai student di sini
me: apa nama fakulti u dan mehsia wang itu? Fakulti Antropologi?
S: department sahaja, bawah fakulti sastera NTU
http://homepage.ntu.edu.tw/~anthro/english/
S: ya
saya mungkin pelajar pertama yang membuat kajian melayu di sini
me: bagus2, you ada peluang mencipta sejarah
S: sebab saya tak interest buat kajian taiwan atau pun cina
hehe
me: eh, kenapa tak ada interest?
S: saya interest dengan malaysia
dan saya rasa kebudayaan orang cina di malaysia banyak influence juga oleh melayu
so saya tak nak buat kajian Cina dulu
kalau nak buat pun buat selepas kajian melayu
me: baba dan nyonya antara yang paling jelas
Sent at 3:24 PM on Thursday
S: ya...tapi bukan baba nyonya sahaja...
me: oo maksud u?
S: orang cina biasa juga sembahyang tuhan yang berbangsa melayu
u tahu tak?
me: eh ye ker?
hmm.. menarik tu, tak pernah tahu
S: macam "Datuk Gong" yang biasa Cina sembahyang
me: contohnya..
S: sebenarnya orang melayu tu
tapi orang Cina yang sembahyang
me: jadi, u tau ke asal usul permulaan sembahyang tu?
bukan berasal dari tanah besar cina?
S: tak tahu banyak.. tapi sekarang ada dah cari paper tentangnya
belum baca lagi
haha
bukan asal dari pada Cina lah
me: hmm.. bagus, nanti kalau ada perkembangan, boleh cerita sama saya
S: memang hanya orang Cina di malaysia ada
ya^^
me: oic, saya ingat selama ini, itu semua datang dari tanah besar cina
byk lagi yg sy tak tau rupanya
S: hehe...saya pun baru tahu bila belajar di upm
me: ooo.. hal itu u jumpa dalam subjek mana?
S: ada lecturer yang buat kajian tentang sastera baba nyonya
kat chinese studies bawah fakulti bahasa moden dan komunikasi
progam yang saya belajar
dekat fakulti saya ada masjid
S: taiwan ada 6 masjid sahaja
1 dekat di sini, haha
o ya u boleh singgah kat sini^^
saya tengah baca al-Quran lah
me: ya, memang kena baca byk betul al-Quran, sebab itu kitab induk org Melayu selepas Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
S: saya hanya boleh baca kitab yang dalam bahasa Cina
sepatutnya tiada perbezaan, kan?
asalnya bahasa arab kan?
Sulalatus Salatin itu bahasa arab ke?
me: ya, tidak byk bezanya
masih beruntung, sebab orang Islam seluruh dunia masih kekalkan tulisannya dalam bahasa arab
Sulalatus Salatin antara rujukan yg patut you beli di Malaysia nanti
ia dalam bahasa Melayu sebenarnya
ia ditulis dalam tulisan Jawi
sy boleh baca Jawi moden, jawi kuno sikit2 saya faham
hmm.. jadi, sekarang u dah ada 4 buah rujukan sekurang2nya
al-Qur'an, Sulalatus Salatin, buku2 karangan Syed Naquib al-Attas, Dr Siddiq Fadhil
S: ya^^
buku ini boleh beli kat dewan bahasa dan pustaka kan?
tapi malu juga saya
saya tak tahu banyak tentang melayu juga
S: kadang-kadang kawan di sini tanya-tanya...memang saya tahu bahasa melayu, tapi pendidikan kami tak encourage kami tahu banyak dengan bangsa lain
terima kasih ya...
me: tak apa, jangan malu
itulah antara masalah pendidikan kita
S: selepas saya baca kajian orang lain atau al- Quran, mungkin ada soalan nak tanya anda juga

Sook Hwa kerap menyebutkan pandangan Hishamuddin Rais berhubung pandangannya tentang Islam. Ada banyak kekeliruan dan salah faham. Tapi, saya tak marah sebab saya tahu siapakah Hisham. Kedua, orang seperti Sook Hwa dan S yang pernah saya berbual darihal agama ini, rasa sukar bertanya dengan yang berjubah serban.

"Kalau silap tanya hal agama Islam takut kena marah," kata mereka. Apabila bercakap hal-hal begini, jiwa murabbi tersembul dan timbul kembali. Dalam jiwaku, terlalu banyak jiwa-jiwa yang mengikat rohani. Mana satu yang kuat sekarang ini?
---------------------------------------------------------------------------------
14 Zulkaedah / 12 November (Rabu)
Bahan terbaru di Harakah Daily: Sepetang 'berkuliah' di Ampang.

Petang tadi saya pergi ke UM, bertemu Dr Abu Hassan Hasbullah yang kerap dijemput Rosyam Noor untuk acara tv Fenomena Seni.


Alhamdulillah, hasil perbincangan tadi, saya sudah dapat (1) bidang (2) tajuk yang menarik. Tapi di manakah saya mahu mencari Gelanggang Filem? Majalah filem terbitan P. Ramlee sejak 1958 itu? Semoga dipermudahkan Tuhan.

Hujan lebat petang tadi saya tetaplah bermotor dan semua ini mengingatkan saya semua zaman kuliah dahulu. Semoga tercapai cita-citaku Tuhan..

"Eloklah awak tumpukan kajian ini, nanti ambil borang master di IPS," kata beliau. "Lagi pun, tak pernah orang melihat P. Ramlee sebagai seorang pengarang majalah."

Cadangan beliau: Bidang: Kewartawanan dan Filem/ Tajuk: Kewartawanan Filem, Satu Kajian Terhadap Kepengarangan P. Ramlee daalam Gelanggang Filem.

Selesai berbual dengan beliau. Saya ke TV9, tuntut hadiah. Dapatlah t-shirt sehelai Tipu Kanan Tipu Kiri, topi, buku nota dan penanda. Tiket wayang free tak dapat ... waaa...

Selesai tuntut hadiah, saya ke TGV One Utama. Tengok Jesbon, Quantum of Solace. Baru masuk panggung, Lutfi pulak call..

Dia bertanya: "Enta boleh hantar esaimen ana tak di UKM?"
Aku berkata: "Ish, esok deadline Harakah.."
Katanya lag: "Hmm.. ya tak ya jugak.."

Akhirnya, esok malam saya ke rumahnya sekali lagi, mengambil tugasannya itu.

Esok interview kerja di ITNM. Kena rehat secukupnya. Persediaan mental mesti rapi. Tak dapat pun tak pa. Semua ini, kerja Tuhan. Yang penting, kita usaha..

Alamak, esok demo. Dema bantah KPT masuk campur dalam hal-ehwal NEC - New Era Kolej di Kajang. Tapi, esok deadline dan interview ITNM Macam mana ni? Ya Allah, kirimkan kepadaku anak-anak muda untuk kulatih mereka menulis isu-isu kampus!

Malam ini, tengok e-mel. Dr Annabel Gallop dari British Library, London. Dia mengirim mel-e sebagai berikut:-

Tuan,

Memang di dalam Sejarah Melayu disebut bahawa ada batu bersurat yang disuratkan atas titah Raja Suran:
"Setelah segala hakim dan utus mendengar titah Raja Suran itu, maka diambil oleh mereka itu suatu batu, maka disuratnyalah dengan bahasa Hindustan."
(lihat 'Malay Concordance Project' - http://mcp.anu.edu.au/cgi-bin/tapis.pl

Ada dua cerita tentang batu-batu lama yang dibinasakan oleh pihak British, kedua-duanya diceritakan dalam Hikayat Abdullah. Yang pertama ialah pembinasaan kota Melaka yang dibina oleh pihak Portugis, yang diruntuhkan oleh pihak British dengan ubat bedil; menurut Abdullah: "Maka demikianlah kota Melaka yang terlalu elok itu pun habislah binasa semuanya dibongkarkan oleh obat bedil itu. Maka jikalau kiranya dipecahkan oranglah satu2 batunya itu, maka sampai sekarang pun tiada akan habis adanya".

Yang kedua ialah pembinasaan sebuah batu bersurat yang berdiri pada kuala Sungai Singapura, yang dibom oleh British demi meluaskan muara itu pada tahun 1843. Hal ini diceritakan Abdullah:

"Maka pada masa itulah didapat orang di hujung tanjung itu ada sebuah batu terhampar dalam semak2 itu serta dengan licinnya. Ada kira2 sedepa lebarnya, empat persegi. Maka semuanya penuh dengan tulisan dipahat. Akan tetapi sungguhpun ada tulisannya .... tiadalah dapat dibaca orang, karena sudah bekas haus dimakan air entah beberapa ribu tahun, Allah yang tau. Maka apabila didapat itu, berkerumunlah orang datang melihat batu itu, segala bangsa. Maka kata orang Hindu suratan Hindu, tetapi tiada dapat dibacanya. Dan kata orang Cina, surat Cina. Maka aku pun pergilah bersama2 orang dan Tuan Raffles dan Paderi Thomsen. Sekalian orang melihat batu itu. Maka kulihat bangun2 hurufnya akan2 huruf `Arab, tetapi tiada dapat dibaca, karena oleh tersangat lama, tenggelam2 timbul hurufnya. Maka beberapa orang yang pandai datang hendak membaca itu. Yang ada membawa tepung lembik2 ditekankannya di batu itu, kemudian diangkatnya. Dan ada pula orang yang membawakan dawat hitam dilaburkannya di batu itu supaya kelihatan. Maka sampai habislah kepandaian masing2 hendak menentukan bahasa apakah dan huruf apakah itu, tiadalah dapat kenyataannya. Maka adalah batu yang tersebut itu tinggal sampai ini di situ, dengan suratannya timbul tenggelam. Kemudian maka muafakatlah Tuan Raffles mengatakan bahwasanya surat ini suratan Hindu, karena .

Abd.H 222:5 keturunannya daripada bangsa Hindu juga asalnya, akan tetapinya seorang pun yang ada dalam negeri Singapura itu tiada mengetahui entah apakah perkataannya yang ada terpahat di batu itu, Allahu a`lam. Hingga sampailah tinggal batu itu kepada zaman Tuan Bonham menjadi gubernur dalam tiga buah negeri, yaitu Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Maka pada masa itu Tuan Coleman menjadi enjinir di Singapura, maka ialah telah memecahkan batu itu. Sayang. Maka pada sangkaku, pekerjaan itu sekali2 tiada patut. Barangkali oleh sebab bebalnya dan bodohnya memecahkan itu oleh sebab ia tiada boleh mengetahui itulah ....."
(Lihat: Amin Sweeney (ed.), Karya Lengkap Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, jilid 3: Hikayat Abdullah, Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia & École française dExtrême-Orient, 2008.
http://mcp.anu.edu.au/N/Abd.H_bib.html

Masih ada tiga fragmen kecil batu bersurat itu, yang satu disimpan di Museum Nasional Singapura:

http://wapedia.mobi/en/Singapore_Stone

Namun sama sekali tidak ada bukti yang boleh mengkaitkan batu Raja Suran dengan batu bersurat di Singapura itu.

Yang benar,

Annabel Gallop


---------------------------------------------------
Dr Annabel Teh Gallop
Head, South & Southeast Asia section
The British Library
Asia, Pacific & Africa Collections
96 Euston Road
London NW1 2DB
---------------------------------------------------------------------------------
13 Zulkaedah / 11 November (Selasa)
Selesai membayar bil TM Net dan melakukan proses penguratan lebih kurang, syeikh Lutfi call, mengajakku pergi ke rumahnya. Panjang betul bicara. Dia sedang sakit sekarang. Kalian boleh membacanya di Harakah Daily.

Aku fikir mahu menulis sedikit catatan mengenai perbualan bersamanya. Selepas tamat berbual dengannya, aku berazam ke Gombak bertemu kawan. Jamira cakap, dia tak dapat nak siapkan hal hadiah. "Esok boleh ker?" dia bertanya. Aku setuju saja.

Sebab cancel acara di Damansara tadi, maka bolehlah panjangkan bualan dengan Mr Big Boss itu. Lepas Maghrib aku balik. "Nyza nak ziarah ana lepas ni," kata Lutfi.

Aku minta diri, terus ke Gombak. Di tengah perjalanan, bersolat Maghrib, jamak Isyak. Habis solat terjumpa sekarung tin-tin susu kosong yang dibuang oleh ahli karyah masjid. Syukur.. duit lagi ni. Boleh jugak dijual..

Malam itu, rakanku di Gombak sedang menderita sakit jiwa kerana hatinya patah ditinggalkan kekasih. Sebagai Don Fansuri, aku perlu selesaikan juga masalah cinta, walaupun hati ini belum juga berpunya. Tuhan.. mudahkanlah proses penguratan..

Dekat dua tiga, jam jugalah saya tasykil dan bayan adik saya itu. Ya Tuhan jadikanlah ini sebagai amal soleh hamba juga apabila menenangkan dia.

Bukan hal bebudak universiti yang ditindas HEP saja yang terpaksa diambil peduli. Masalah sejagat pun sama juga. Hmm.. bolehkah aku tasykil anak didikku; Barrack Obama?
---------------------------------------------------------------------------------
12 Zulkaedah / 10 November (Isnin)

Pensyarah UM mula mengirim sms menyatakan beliau mendapat kertas cadangan saya membuat kajian berhubung Kewartawanan Hiburan. Masa berlalu dengan pantas, saya juga mesti pantas. Di UKM, kajian Melayu Campa, di UM kajian kewartawanan hiburan.

Tapi, mampukah daku? Cita-citaku tinggi sungguh..Fuh!

Politik Kampus
Bahan terbaru di Harakah Daily - HEP memang selingkuh.. tapi adakah kita kuat melawan perselingkuhan?

Melalui bahan ini, saya mendapat dua kiriman e-mel. Pertamanya daripada orang lama jemaah kampus. Kedua, daripada seorang calon Presiden yang kini telah diberikan jawatan exco sahaja.

Maklumat isi perbincangan e-mel ini biar saya diperam dulu buat masa ini. Rasanya, saya mesti turun juga ke Upsi untuk meneliti masalah sebenarnya. Saya mesti menyusun jadual dengan betul-betul tersusun. Esok saya mesti ke TV9.

Filem Di 9 4: Episod 4 - Part 3 (Lihat nama saya, minit 1:29 ke 1:36)


Rasa lain macam jer bila tengok nama kita masuk televisyen.

Bahan kampus tak cukup
Ketika mengarang ini, Kak Nyza dan Kak Sal hubungi saya berhubung masalah tak cukup bahan di kampus. Intan pula balik kampung.

"Ayahnya meninggal dunia," kata kak Nyza. Inna lillah...Jadi, sayalah yang nak kena tulis bahan nih. Kalau ada yang nak cerita konflik dengan bf, gf pun tak pa.

ITNM
Pejabat Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) call saya untuk jalani interview jawatan editor. Khamis pagi. Kawan-kawan tolong doakan. April lalu, saya kerja dengan hantar nota flyers kecil di PWTC masa book fair.

"Ada test, kemudian interview. Tapi, kalau tak ramai sangat, mungkin terus interview saja kot," kata orang dari pejabat ITNM tersebut.

Currently have 4 comments:

  1. Anonymous says:

    salam..
    tahniah utk perkembangan2 terbaru...
    all the best utk interview dan research di UKM /UM...

  1. terima kasih mr, miss anonymous..

    doa kalian sentiasa mengiringi derap langkah tapak kaki perjuangan saya di sini.

    doa saya kekal bersama para pelawat di blog ini juga. :)

    tq

  1. Anonymous says:

    dr annabel fasih berbahasa melayu ya...
    adakah itu mel-e yg asal?
    kalau ya, saya kagum dgn beliau...

  1. ya, mulanya saya ragu2 mengirim mel-e kepada beliau. Dlm chat Dr Awang Sariyan kepada saya, dia kata Dr Annabel itu fasih bahasa Melayu.

    itu yg membuatkan saya menulis mel-e kepada beliau dengan bahasa Melayu.

    Itu memang sepenuhnya mel-e beliau tanpa suntingan. terima kasih. Cuba lah kirim mel-e kepada beliau juga untuk pengesahan.