19 - 25 Zulkaedah / 17 - 23 November
Petang tadi selepas deposit cek di Bank Islam, saya makan minum di Jalan Yap Ah Shak lalu aku terlihat anak-anak muda yang makan di situ. Mereka Melayu Muslim, tapi kerja di club sekitar situ. Mungkinkah mereka pengangkat minuman keras?
Pada sebuah baju t-shirt mereka, memang ada tercatat Carlsberg. Dalam hati, saya berdoa agar kita tak terjebak dalam pekerjaan seumpama itu. Saya teringat hadis, siapa yang perah anggur, angkat arak.. semua tindakan itu HARAM!
Mungkin pemandu lori Carlsberg dalam kalangan Melayu pun masuk sekali. Tapi, nabi tak sebut la pemandu lori terjebak sama sebab lori tak wujud lagi masa tu. Apa pun bermodalkan iman aku yang paling lemah, hanya dapat kudoakan dalam hati semoga mereka mencari kerja lain dan aku pun jangan terlibat sama dalam industri ini.
"Sesiapa melihat kemungkaran, hendaklah diubah dengan tangan.. dengan lidah ... dengan hati (berdoa, atau menanam perasaan benci, tidak meredai)."
Tapi, jangan hina, caci ahli maksiat, nanti kelak, kita mungkin dihukum Tuhan dan akan terjebak dalam lembah kancah maksiat sepertinya. Berdoalah agar dia terhindar nanti dan kita juga terhindar daripada gejala yang sama, i'Allah
Nak cegah kemungkaran dengan tangan tak boleh sebab aku 'lone ranger'. Melawan secara Sivaji sorang-sorang saja. Tapi, dalam kes nak melawan HEP bolehlah aku buat macam tu. Nak lawan ISA, susah juga kalau bersendirian.
Eh bercakap tentang ISA ni, saya heran la. La ni kerajaan PR dah ada 5 negeri. Takkan tak boleh mereka bagi tanah bagi setiap negeri untuk dibina perkampungan ISA? Bukan suruh keluarga ISA tinggal situ. Ternak la ikan keli ke, cacing ke, tanam sayur-sayuran ke. Semua ini dapat jana ekonomi mangsa ISA, biaya pelajaran anak-anak.
GMI boleh jaga tanah-tanah ni apa? Dia boleh bina konsortium, jaga tanah-tanah ini, lalu jadikan ia pendapatan mangsa ISA. Lamunan terhenti.. TITIK!..
Seorang wanita muda, agak menawan dan seksi rupa parasnya, nampak liar dan pada tangannya ada sepuntung rokok. Tetapi oleh kerana dia sedar aku melihatnya, maka dia berulangkali pula seperti memperagakan dirinya. Kadang-kadang dia seperti cuba mengalihkan wajahnya seperti mahu memandangku. Tapi, dia tidak menatap wajahku.
Adakah dia malu? Ah! Seliar-liar manapun, kewanitaan itu masih bertakhta di hati mana-mana wanita pun. Tuhan ciptakan wanita itu bersifat pemalu kepada lelaki. Teapi, tiadalah daku berani mengurat, kerana dia dikelilingi lelaki-lelaki yang ganas, memakai subang di telinga dan bertatu pula di lengan. Huh! Nak cari mampus?!
Lalu daku tinggalkan cintaku pandang kali ke-1,398 itu petang tadi, (sori, terperasan sat!! He he) Seterusnya, saya pergi ke Utusan di Jalan Chan Sow Lin. Ada 2kg akhbar lama saya jual, dapat RM3. Syukur. Then, saya ke opis Utusan di Jalan Lima.
Buat pertama kali saya dapat masuk opis Utusan Online. Shah, si pekerja itu dialah yang berikan tiket filem WAYANG. Jadi sesiapa yang mahu berborak hal masalah negara sambil tonton movie nanti bolehlah menghubungi saya kelak.
Kisah cinta S
S masih mengeluh darihal cintanya. Saya hanya masih mampu memujuknya. Dia tidak boleh dok selalu terperap di rumahnya. Kenangan itu akan sentiasa memburunya. Dia perlu berjalan-jalan dan mengeluarkan batang tubuhnya dari situ.
"Saya saja yang teringat dia abang, entah dia ingatkan saya atau tidak, tak tahulah," katanya lagi. Dia melayan lagu-lagu cinta yang semakin menguatkan cinta dan menyalakan bahang rindu. Padahal, saya risau semua itu merosakkannya.
"Dia mula ingat kita jika dia dalam kesusahan dan lelaki tu mula abaikannya, bersabarlah," itu yang mampu saya lafazkan.
"Tapi, kenapalah orang terlalu mudah melupakan segala kenangan bersama?" perghh..tak tau lagi bagaimana harus kurawat sengsara batinnya.
Dunia ini sungguh kejam dan parah. Altantuya dari Monggolia dibunuh oleh kaum lelaki berharta dan lelaki miskin yang berhati mulia (kununnya) seperti kami, kaum wanita tinggalkan begitu je. Isk, isk. S, kot mana pun, kita kena cari duit dulu, sebelum pi meminang anak dara orang.. Dunia ini masih milik kapitalis, itu hakikatnya..
Ekonomi makin parah, matawang kita naik
Live rates at 2008.11.22 18:49:44 UTC
100.00 USD = 362.580 MYR (Makin teruk, dulu RM355.00 saja)
United States Dollars Malaysia Ringgits
1 USD = 3.62580 MYR 1 MYR = 0.275801 USD
Dinas Emas Kelantan
DINAR BUYING SELLING
1 Dinar 367.20 387.20
1/2 Dinar 189.70 199.70
1/4 Dinar 101.30 106.30
Sunday, November 23, 2008
Yayasan Fansuri nak beli tanah
Then kita pakat-pakat bincang tentang berapa lot yang nak dibuka dan bagaimana pelaburan itu nak disimpan. Saya lihat ia boleh disimpan dalam dinar mas. Itu lebih selamat. Hasil keuntungan boleh dimanfaatkan bersama, insya Allah.
----------------------------------------------------
Sampailah ke petang, baru rasa free sikit. Lepas jam 7 lebih sikit, saya bertolak ke GSC, One Utama untuk 'redeem' tiket free.
Rupa-rupanya, apabila tiba di sana, tayangan cancel. Tapi, dia orang tetap beri complimentary ticket pass untuk apa saja movie dan pass ini expired pada 28 Fen 2009. Tak pa, mujur juga dibatalkan. Aku ada lebihan masa nak terjemahkan bahan untuk esok.
Di One Utama, saya kunjungi sebentar MPH. Ada beberapa buah buku yang saya simpan judulnya dalam hp. Tadi, dah hilang semuanya sebab terlanjur menjawab sms tadi. Antara yang masih kuingat ialah buiku Bob Woodward yang mendedahkan rahsia Rumah Putih sejak 2006 sehingga 2008.
Woodward dan rakannya Bernstein inilah yang bertanggungjawab menjatuhkan Richard Nixon dahulu. Woodward antara idola aku. Kisah mereka menjatuhkan Presiden ini diangkat sebagai filem; All The President's Men. Antara orang dalaman yang kerap membocorkan maklumat ini, adalah seseorang yang dikenali sebagai Deep Throat.
Gelaran ini diberikan oleh pihak editorial Washington Post, terilham daripada sebuah filem lucah bertajuk Deep Throat. Fuh, ganas jugak wartawan Amerika ni.
Selain itu, saya mencapai buku mengenai Dalai Lama yang mana perbualannya dirakam oleh seorang sarjana bertaraf PhD. Petang tadi, saya terjumpa catatan bahawa, China dan Jepun pada satu ketika dahulu membawa pakar-pakar binaan daripada Jawa untuk membina kuil-kuil buddha itu. Maka, bukanlah kita menerima pengaruh bangsa lain.
Malah, kitalah yang telah mempengaruhi mereka. Pada sebuah buku lain, ada dicatatkan pertanyaan - adakah Buddha yang mempengaruhi budaya masyarakat setempat atau masyarakat itu yang telah mengubah dan mencorak wajah sebenar Buddha? Hal ini mengingatkan saya kepada kata-kata Prof Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai Nasrani dan Kristian.
"Bukanlah Nasrani yang mengubah Rom dan Italy, malah Rom itulah yang telah mengkristiankan Nasrani," kata beliau lebih kurang. Dalam Matsnawi Jalaludin Rumi, aku temui catatan tentang bagaimana para pemuka Yahudi mengubah ajaran Nabi Isa setelah ketiadaannya.
Keluar dari MPH, saya pergi ke lantai bawah, baru teringat ada sms yang kuterima daripada Digi. Rupanya, kita bolehlah tunjuk sms itu dan dapat hadiah Digi. Saya dapat alat simpan CD fan dua bungkus minuman Nesvita. Sebelum ini pun saya dah pernah dapat hadiah bekas simpan CD daripada Digi ketika berjalan-jalan di KLCC.
"Saya nak tanya, katanya boleh redeem 400 point, dan boleh dapat GPS, betul ke?" saya bertanya kepada salah seorang pekerja di situ.
"Ooo.. yang itu kena tambah sikit, RM900, then baru dapat GPS," katanya. Wah.. Tipu! Melaui surat yang aku terima, dia kata hanya 400 point boleh dapatkan GPS. Kenapakah mereka tak berikan maklumat selengkapnya? Hai, dunia serba tipudaya dan betul kata Rasulullah s.a.w-seburuk-buruk tempat adalah pasar. Ini kerana, banyak pendedahan aurat dan banyak pula tipu daya.
Perangi Tipudaya
Tiba di sebuah restoren Jalan Raja Bot, Kg Baru, aku makan Mee Goreng. Lama betul tak merasa, Restoren itu menyiarkan lakonan dua orang 'anak didikku', Dolph Lundgren dan Van Dammem dalam filem Universal Soldiers. Sambil makan itulah An mengirim sms, bercerita hal dirinya ditipu oleh rakan sekerja.
"Laporkan saja, kedua ... selepas ini, jangan bekerjasama dengan mereka lagi," kata saya.
"Habis, kalau saya buat aduan, nanti mereka akan memusuhi saya, macam mana?"
"Buat surat layang, jangan letak nama betul. Kalau kita tak buat laporan, nanti orang itu akan ulangi penipuannya ke atas orang lain. Biar kita ditipu, jangan biarkan orang lain ditipu dengan cara yang sama," kataku.
Demikian aku mahu melatih kenalanku agar tidak mudah menyerah kalah dengan keadaan. Saya menasihatinya agar tak mudah menyerah kalah dengan penipuan manusia yang tidak jujur.
Pabila aku tiba di rumah, Nazman kirim sms: "..Esok adalah hari perbicaraan kes ana kali ke-3. Ana dah jemput media-media untuk buat PC selepas perbicaraan ana, dan ana mungkin akan saman UTM jika esok mereka berlaku zalim pada ana. Nanti ana akan emelkan pada enta maklumat2 yg perlu nanti. tk atas sokongan anta sebelum ini. Ana ubah pendirian, ana mahu ajar pentadbir UTM yang angkuh ni, biarpun Master ana terkorban. Moga Allah hadiahkan 'master' dr sisiNya utk ana, Insya Allah."
Maka, saya pun menjawab: "Ana pun sangat gembira mendengarnya. Lawan betul-betul. Jangan bagi muka langsung dan malukan mereka dengan sungguh-sungguh hati..."
Bukan senang nak melawan, dia dah ada peluang. Kalau saya ditakdirkan masuk UM sekali pun untuk Master kali ini, saya peduli apa sangat. Try la kalau berani, terkorban Master pun terkorbanlah, tapi jangan ingat hangpa wahai HEP akan aku biarkan senang-lenang. Sampai la ni pun aku telanjangkan HEP USM.
Peduli apa aku? Sapa suruh hangpa kacau aku? Nak cari nahas. Padan muka hangpa. Biadap dan kurang ajar betul, angkuh betul menggunakan Auku, nak tunjukkan sangat kuasanya. Piiraah!
Hai.. boleh naik tekanan darah tinggi aku kalau selalu bercakap bab-bab ni. Geram sungguh, si penipu dan tak jujur ini masih hidup dan terus bermaharajalela. Rasa macam nak bagi penyepak, penerajang saja kat depa ni. Ingat, semua orang hormat sangat kat hangpa ka? Berlagak nak mampuih! Kherk.. ptui!..
Lalu, saya teringatkan bualan chat bersama Akmal petang tadi. Dia dah jadi orang perantara atau 'orang kuat', tenaga penggerak Kumpulan Prihatin, khasnya dalam isu dasar PPSMI ini. Dia sedang berdepan dengan karenah orang-orang dalam kementerian. Aku mula nampak orang-orang tertentu, dalang-dalang yang bikin kacau-bilau dalam kementerian.
"Dato' Baha Zain tu bila kita boleh jumpa?" demikian saya memulakan bualan.
"Dia di Gombak, mungkin Khamis petang boleh jumpa dia untuk berbual tentang pergerakan Kumpulan Prihatin," kata Akmal.
"Oke, kalau jadi, contact atau sms ana," semoga jadilah esok petang. Dato' Baha Zain adalah rakan guru wartawanku, T S Lanang. Guruku ini pelik dan ganjil sikit orangnya. Ketika dia sedang buat Master atau PhD di Amerika, sanggup ditulis berkajang-kajang surat kepada Baha Zain.
Kegilaan itu akhirnya membuahkan hasil. Encik Azran, seorang penerbit yang seangkatan dengan mereka ini terjumpa surat ini di rumah Baha Zain. Lalu, surat-surat yang panjang lebar itu dibukukan setelah mendapat persetujuan T. S Lanang.
"Gila Mansor ni. Dia pi Amerika bukan mengaji, dia pi tulis surat panjang kat aku," kata Baha Zain kepada Azran. Hal ini ada diceritakan dalam buku bertajuk, Surat-Surat T. S. Lanang kepada Baha Zain.
Sebab itulah, saya nak jumpa sangat Dato' Baha Zain. Orang seterusnya yang aku nak jumpa ialah Fatimah Sham anak Hamid Tuah si peneroka tanah dahulu yang bergaduh dengan MB Selangor, Dato Harun Idris. Seterusnya, penyair Zurinah Hassan. Mereka ini pernah melalui detik-detik bergaduh dengan Umno, HEP semasa zaman mereka bergelar pelajar USM.
Semua ini diceritakan kepadaku oleh Dr Fatimah Busu ketika aku menemubualnya untuk Berita Kampus dahulu sekitar 2005.
Dato' Baha Zain, dalam mel-e yang saya baru baca tadi, menyatakan kesalnya ke atas isu-isu PPSMI ini. Dalam mel-e itu ada juga disebutkan, "Kami ini pelapis tua, dah tak ada daya nak turun di jalanan untuk berdemonstrasi."
Dan, hal inilah yang menyebabkan semakin membuak-buak perasaanku untuk bertemu dengannya..
Bergambar dengan Habiburrahman El-Shirazy
Okay, untuk meredakan kemarahan, apa kata kita bukak citer lain pulak. Paper Harakah dah tiba di opis. Cik Pyan lihat gambar saya ada dalam Harakah kali ini. TQ Intan dan semuanya atas sokongan. Esok, selepas hantar bahan-bahan sastera ke Harakah, saya akan belanja beliau di Restoren Haslam. Yenna Rascala (dialog dalam Om Shanti Om)
"Cet! Bergambar banyak kali dengan aku tak rasa bangga pun!" kata Cik Pyan. Dia ini layout untuk Siasah, entah macam mana dia nampak gambar aku itu, dan entah masa bila dia tengok, entahlah. "Yenna Rascala!" entah apa maknanya. aku pun tak tahu. Semoga aku boleh bertemu dan menyambung bicara lagi, insya Allah.
Saifullah call tadi, ingatkan boleh berjumpa malam ni. Tapi, oleh kerana saya kata baru lepas makan, dia tunda 'syura' kami ke esok malam. Maka, nama-nama yang bermunculan di fikiranku kini, Majlis Karyawan Filem Muda, SPKB dan Garap yang bakal di'renovate' sikit namanya untuk memudahkan urusan membuat perobahan ke atas masyarakat.
Ahah! Ada satu nama baru.. Teringat Dato' Baha Zain yang mengeluh tentang mereka generasi lama yang tak boleh lagi nak berdemonstrasi, maka saya terfikir untuk wujudkan Kumpulan Prihatin Muda, sebagai pelapis Kumpulan Prihatin. So, la ni dah ada empat nama. Eh! Sapa nak gerakkan semua ni?
Encik Fauzul, seorang penggiat dan penerbit buku PTS berbual lewat chat YM petang tadi. Aku cerita kepadanya hal Mr Big Boss mahu menulis autobiografinya. Dia cepat faham. Nama Big Boss sudah ada dalam fikirannya. Lega, tak perlu lagi saya panjang-panjangkan cerita.
Teringat PTS, teringat Intan meminta Laskar Pelangi, terbitan PTS. Katanya, dia mahu habiskan, sedangkan saya sendiri belum sempat menghabiskannya lagi. Hu hu hu. Tapi, tak apalah. Kalau nak, nanti saya hantar ke Harakah.
Di depan Kang Abik Selasa lalu, dia seperti segan-segan mahu menceritakan keinginan dan hasratnya untuk berguru dengan Kang Abik itu. Lalu, kudongakkan kepala dan berkata kepada Kang Abik.
"Ukhtie ini mahu berguru kepada Kang Abiklah kiranya," demikian kataku.
"Ya, baru-baru ini saya sudah ceritakan segala-galanya dengan panjang lebar tentang cara-cara menulis novel," katanya.
"Betul, tapi baru-baru ini saya terpaksa pulang kampung, ada masalah," balas rakanku itu.
Kisah rakanku ini menarik juga. Plotnya di Kisas, bagaimanakah dia di'brainwash'. Dan yang paling mengujakanku, siapa cucu seorang pembesar yang diajarnya mengenai tatacara solat?
"Dia cantik macam Nasha Aziz, tapi terlibat dadah dan saya perlu ajar dia solat," katanya sementara kami berkereta ke Kajang dalam perjalanan ke Hotel Oriental Crystal untuk menemui Kang Abik.
Aku teringat ketika aku diu Sekolah Pemikiran Kajang dahulu. Aku dengar kisah bekas pengedar dadah bercerita mengenai pil kuda. Dan, kaum wanita mudah menjadi liar dengan kegiatan 'clubbing' lewat jam 2 - 3 pagi apoabila sudah menelan pil kuda ini. Kerajaan patut mengharamkan saja pil-pil yang merosakkan ini.
Anak-anak orang berada ini semua boleh dapat-kereta, rumah. Mereka tak pernah menderitai kesusahan seperti diriku dan rakan-rakan yang berentap dengan penguasa. Kami tahu apa nilai wang. Itu nilai titik peluh kami yang sangat sukar dan sulit dicari setiap hari. Tuhan, semoga keturunanku pandai menilai makna kesusahan dalam mencari wang.
Puan Z bercerita darihal kisah silamnya. Cerita-ceritanya pun menarik. Saya menggesanya menulis, mengarang, malah aku turut mencipta nama pena untuknya. Tuhan! Rakan-rakanku adalah aset dan khazanah yang amat berharga selepas ahl-ahli keluargaku.
----------------------------------------------------
20 Zulkaedah / 18 November (Selasa)
Bahan-bahan terbaru di Harakah ...
1. Nilai-nilai kepimpinan Islam
2. Monolog Najib darihal tawakal
Rupa-rupanya, Timbalan Editor Tunas Cipta hantar soalan untuk wawancara saya sudah lama, dan dia tidak maklumkan kepada saya hal kiriman mel-e beliau itu. Jadi, agak kelam-kabut sikit saya menulis jawapan saya itu.
Utusan Online call. Katanya, tiket wayang percuma berjudul 'WAYANG' boleh saya tuntut di Jalan Chan Sow Lin, di pejabat Utusan itu.
Saya sms Dr Abu Hassan, nampaknya dia sibuk. Kembali dia membalas sms saya, menyatakan bahawa dirinya tidak dapat bertemu saya esok (Rabu)
Mimpi S
S yang patah hati kerana bercinta sebelum ini beritahu bahawa dia terasa seperti bermimpi apabila harapannya untuk bekerja di salah sebuah syarikat yang dia pergi interview baru-baru ini tercapai sudah!
Saya tumpang gembira. Beberapa hari lalu, ketika mententeramkan hatinya yang gundah, telinga saya masih mendengar, "Kalaulah saya dapat tawaran bekerja di syarikat ... seronoknya saya."
S berusaha, dia pergi interview, tapi dia tak sedar suatu perkara yang sangat menarik perhatianku malam itu. Dia tidak sedar bahawa, apabila seseorang hamba patah hati dan terluka batinnya, merana, tiba-tiba sekali dilafazkan.. "Kalaulah saya dapat.."
Itu sebenarnya satu doa! Ketika mengungkapkan hal itu, dia sedang bermimpi dan membawa gambaran cita-citanya ke dalam jiwa. Peta kehidupannya sudah mula terarah ke sebuah daerah lembaran yang baru.
S dikelilingi rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang menyabarkan dirinya untuk tidak bertindak bodoh, keterlaluan, menzalimi diri sendiri ketika patah hati berkasih.
Dikuburkan niatnya untuk membomohkan si fulanah, demikian berkat nasihat, panduan dan tunjuk ajar si Fahmi yang sangat penyabar. Kalah benar kesabaranku jika mahu dibandingkan dengan dirinya.
Aku 'the angry young man!' Err.. sedikit romantis juga sebenarnya, he he.
Maka, oleh kerana S telah memadamkan niat dan membunuh hasratnya yang tidak baik terhadap si fulanah, maka Tuhan memberikan yang halal kepada dirinya, sebuah pekerjaan yang baik menurut apa-apa yang dicita-citakannya itu.
Tinggalkan yang haram, dapat yang halal
Pernah suatu ketika, seorang pemuda mendengar sabda Nabi. Kalau tak silap, bunyinya - siapa meninggalkan yang haram, maka dia akan dapat yang halal.
Pemuda itu beriltizam untuk mengamalkan hal tersebut. Tapi, pada suatu malam, dia ternampak seorang gadis jelita yang sedang tidur dan mengghairahkan. Hampir-hampir dia mahu menceroboh dan mencabul kehormatan wanita itu.
Tetapi, dibatalkan niatnya kerana teringatkan panduan itu. Dan, dalam masa yang sama, ketika dia mahu beredar dari rumah itu, wanita itu terjaga lalu menjerit ketakutan kerana rumahnya telah dimasuki pencuri.
Mujur pada ketika itu, lelaki tersebut sudah berjaya meloloskan diri setelah dibatalkan niat jahatnya itu.
Keesokannya, wanita itu bertemu Rasulullah s.a.w, meminta nasihat dan perlindungan kalau ada yang sudi menjaganya. Dengan takdir Allah, lelaki yang menceroboh tadi datang kepada nabi pada masa yang sama untuk menyatakan hal semalam.
Ringkas cerita, Rasulullah berkata, "Aku nikahkan kalian berdua demi keselamatan. Jadi, yang lelaki dapatlah memelihara kehormatan wanita ini dan kamu wahai lelaki dapat memeliharakan dirimu daripada terjebak melakukan hal yang mungkar."
Cerita di atas ini saya ingat-ingat lupa dan saya menyusunnya mengikut rasa, daya fikir kreatif saya sendiri, mungkin sudah bercampur aduk dan tidak asli sehingga lari daripada kisah yang asal. Kalau silap haraplah dimaafkan.
Apa-apa pun, yang mustahak di sini adalah pengajaran moralnya, iaitu sesiapa yang meninggalkan hal yang haram, maka Allah akan menggantikannya dengan hal yang halal pula, wallahu'alam...
Persatuan anak muda di bawah KBS
Saifullah, lewat YM tadi ingin berbincang denganku soal penubuhan penulis muda. Katanya, boleh dapat dana, mudah untuk buat projek nanti.
"Atau, boleh tubuhkan mana-mana pertubuhan yang enta ada sebelum ini," katanya lagi. Dia ini bercita-cita tinggi juga, err.. just like me lah ..
Saya teringat Garap, Sekolah Pemikiran Kg Baru. Lalu, kulayangkan sms kepadanya berhubung nama kedua-dua 'persatuan' itu. Kah (3x)... "Tapi, bang, depa nak ungkapan muda itu mesti disebutkan dalam nama persatuan itu, sebab itu ana cadang penulis muda atau ilmuan muda."
Ah! Pedulikan.. Boleh tukar nama apa? Gerakan Pelajar Muda Persekutuan (Garap) dan SPKB (Sekolah Pemikiran Muda Kg Baru). Kah... (3x) lagi. Sedang berehat-rehat tadi, tiba-tiba terpantul idea baru.
"Apa kata aku cuba yang lain.. Majlis / Forum Karyawan Filem Muda?" demikian fikirku. Lagi pun, aku merancang untuk sambung master dalam bidang kewartawanan dan filem, suatu analisis yang menyorot jiwa kepengarangan P Ramlee dalam majalah filem - Gelanggang Filem. Nampak menarik juga.
"Orait syeikh! Esok di Tomyam 3000, Jalan Raja Alang Kg Baru! Jangan lupa, jumpa dan berbincang di sana," demikianlah kami mengambil keputusan untuk bertemu, menghimpunkan agenda kalau-kalau ada keserasian bertindak, berjuang atau pun mungkin boleh di'adjust' mana-mana nama yang patut.
Malam - Dinihari
Aku terima pesanan ringkas lewat YM (Mobile) dari rakan-rakan baikku di tingkat 3 (ahlul design wal layout) di Harakah: "Muka Ali akan keluar dalam Harakah utama berwawancara dengan Habiburrahman-novel ayat-ayat cinta.. muka 10 utama." -
Demikian kata Super kerangko. Jiwaku amat hampir kepada golongan ini. Cik Pyan, Super kerangko, Dr Nots, Yusdar. Mereka ini tak pandai berpolitik. Mereka bekerja keras sehingga dinihari dan selalu tertindas.
Aku teringat beberapa bulan lalu ketika melayangkan sebuah surat terbuka kepada Kang Abik.. Dalam surat itu aku cuma berangan-angan dan bermimpi mahu bertemu Kang Abik. Kini Tuhan makbulkan doa melalui seorang wartawati. Tanpa golongan wartawati muda dan ahlul design wal layout ini, apakah semua ini akan berhasil?
Kini sebelah kakiku sudah melangkah ke daerah Kang Abik dan sebelah namaku sudah terpantul mungkin 1% dalam hidupnya. Ya, hidup ini memang kita perlu berani bermimpi. Tadi berchat sekejap dengan Nazmi Yaakob, wartawan sastera BH lewat Facebook. Saya terlupa apa filem yang Kang Abik sedang kendalikan dari sudut pembikinannya sekarang.
"Agak-agaknya, Saat Cinta Sedang Bertasbih kot?" kata Nazmi. Saya terdiam, langsung lupa sebab alat perakam itu ada pada Intan. Jadi, mana la kita ada kesempatan nak mendengar semua isi perbualan petang itu.
Habiburrahman itu sempat menoleh kepadaku, mengucapkan gurauan yang sama kepada Nazmi, "Jika mas ada dana, wang yang cukup untuk bikin filem di Hollywood, ayuh kita sama-sama shooting."
Saya sedar para malaikat kiri kanan sedang sibuk menuliskan bait-bait dialog kami, lalu aku dengan pantas mematahkan bicaranya, "Amien, amien, insya Allah, semoga dipermudahkan nanti."
Semoga, pada Maghrib itu, para malaikat akan kirimkan doa dan pengharapan kami yang berbaur separa gurauan itu kepada Pangeran Sejati @ Gusti Alloh..
Ahah! Apa kata kalau kuheret Forum Majlis Karyawan Filem Muda ini kepada Kang Abik? Mana tau, kalau-kalau dapat duit peruntukan daripada kerajaan lewat forum dan majlis karyawan filem ini, bolehlah kubincang-bincang dan bawa idea ini kepada Steven Spielberg untuk promosi filem bernuansa Islam di Hollywood! Inso Alloh..
Kawan... inilah namanya keberanian memeluk mimpi. Tak jadi pun tak pa. Nak kata angan-angan Mat Jenin pun tak heran. Janji kita ada usaha keras menuju ke arah itu. Kita punya mimpi, kita punya sukalah untuk merencanakan apa-apa yang kita mahu mimpikan. Tak berjaya merebut mimpi bukanlah satu kehinaan.
Hina itu ialah bagi mereka yang tak punya sebuah mimpi dan tidak punya keinginan merebut mimpi-mimpinya.
----------------------------------------------------
19 Zulkaedah / 17 November (Isnin)
Wonderfull day...!! Intan beri saya peluang bertemu Kang Abik hari ini di Kajang.
Habibur Rahman el-Shirazy (Kang Abik) adalah pengarang novel Ayat-Ayat Cinta. Turut hadir bersama, Nazmi Yaakob, wartawan Sastera Berita Harian
Banyak hal yang dibualkan, insya Allah tunggu saja dalam Harakah akan datang.
Ketika menghantar saya pulang ke KL, Intan 'drop' saya di stesen komuter UKM.
"Awak rasa tercapai tak impian awak selama ni?" tanya Intan sebelum saya melangkah keluar dari keretanya.
"Kita harus berani memeluk mimpi," kata saya kepadanya. "Mimpi itu satu doa, dan salah satu dari serpihan doa (mimpi) itu telah tercapai sudah."
Kita harus berani memeluk mimpi. Itu ayat Andrea Hirata yang saya temui lewat karyanya, Edensor.
Tapi, apabila saya katakan mimpi itu satu doa, dapat saya rasakan Intan terkejut. Barangkali dia tak terfikirkan hal tersebut.
Dan, sejujur-jujurnya, lafaz bahawa 'mimpi itu satu doa' tidak pernah pun saya terfikir sebelum itu. Apabila saya diasak dengan soalan, tiba-tiba ungkapan itu menjengah keluar. Itu asli dari saya, bukan lagi dari Andrea Hirata!
Currently have 0 comments: