Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

26 Zulkaedah - 2 Zulhijjah / 24 - 30 November

Saturday, November 29, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 10:41 AM

1 Zulhijjah / 29 November (Sabtu)
Hari ini kuratah filem international di kedua-dua GSC (Mid Valley & Pavilion). Hassan We Morcos (Mesir) paling best! Utov (Uzbekistan) tak best sangat termasuklah Al Koloub Al Mouthta (Morocco). Filem Al Koloub Al Mouthta ganas jugak, 18SX. Masa tengok Utov tadi 'spoil' betul. Ada anak-anak muda buat bising.

Ada seorang makcik yang pergi sergah budak-budak tu. Padan muka!

S call, diajaknya saya ke Restoren Sabak. Nanti kami akan makan sana puas-puas. Kemudian saya timbulkan cerita sikit tentang 3 Disember ini, ujian saya di ITNM. Ini ujian kedua, belum masuk interview lagi.

"Tak cerita ke Abg Ali ada buat translation di Harakah?" tanya S.

"Tak tau nak cerita kat sapa. Kita mana ada kawan-kawan di sana," kata saya. Mungkin masa temuramah nanti boleh tunjuk sikit kot bahan-bahan terjemahan saya di Harakah tu.

Pemilik rumah di Banting, Morib call. Dia bagi nasihat dan panduan sikit kalau saya betul-betul mahukan rumahnya itu. RM60,000. Yang menariknya, ada tanah yang luas. Yang tu menyebabkan saya sedikit berminat walaupun jauh.

"Tentang harga tu, kita masih lagi boleh berbincang. Dulu pun dah ada orang tanya tentang harga. Dan, ada orang tanya kalau-kalau boleh disewa. Maklumlah dekat area pantai, boleh santai-santai," kata pakcik itu.

"Boleh pakcik sms alamat rumah tu?"

"Baik, nanti saya beri," kata pakcik yang baru saya kenal itu. Perlukah saya ajak S dan Fahmi untuk turun meninjau rumah itu?

Lutfi call, minta saya buat liputan Kongres PKR yang berlangsung hari ini. Tak dapat rasanya, sebab menyibukkan diri ini dengan acara lagho.

"Tak ramai yang turun buat liputan," katanya. La ni, nak pi jauh-jauh untuk buat liputan tentang isu politik pun dah rasa malas dah! Tak pi ke mana pendekatan orang politik ni.

Kongres Perpaduan Bangsa yang diadakan bertujuan menghimpunkan suara dan bantahan Melayu dalam isu pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris misalnya entah berkubur di mana. Batu nesannya tak kelihatan. Walhal, yang mereka jemput itu pun bukan calang-calang orang - Ku Li.

Hai.. entahlah.. Jadi, saya rasa orang politik pun tak boleh nak buat apa sangat. Saya dan rakan-rakan perlu turun ke bawah, menyelami hati nurani rakyat.

DINAR BUYING SELLING
1 Dinar 405.10 425.10
1/2 Dinar 208.60 218.60
1/4 Dinar 110.80 115.80
Saturday, November 29, 2008

816.30 (naik), +10.20

Petang tadi, sekitar jam 5, ketika sedang leka menonton Utov, bateri hp weak. Malam ini, apabila saja caj bateri dan on hp semula, saya dapati ada sms Lutfi sekitar 5:50:50 p.m...

"Jom bincang buku ISA kita. Perincikan bab-bab. Elok anta tumpu interbiu keluarga, mangsa ISA," demikian sms beliau.
--------------------------------------------------------------------------
30 Zulkaedah / 28 November (Jumaat)
Bahan-bahan terbaru di Harakah ...

Menonton Adieu La Vie di GSC Pavilion KL. Malam itu aku lihat ramai insan berpesta. Ramai wanita-wanita muda dengan pakaian kostum yang cantik-cantik. Kebanyakan mereka orang Eropah barangkali atau orang-orang Malaysia yang memiliki wajah Pan Asian.

Pada mulanya, aku fikir tayangan itu sudah ditutup kerana sudah tiada orang beratur mengambil tiket, apatah lagi aku tiba lewat. Tetapi, aku beranikan diri juga untuk membangkitkan pertanyaan di dua buah kaunter. Pertamanya di kaunter Gold Class. Tapi, gadis muda itu meminta aku pergi bertanya di kaunter sebelah lagi.

"Katanya, ada tayangan filem percuma KLIFF di sini dan di GSC Mid Valley."

"Ada, yang tinggal Adieu La Vie," kata penjual tiket di kaunter di sebelah lagi.

Inilah kali pertama aku masuk GSC Pavilion KL, terletak di Bukit Bintang. Adakah di sini tempat berdarah 13 Mei yang menyaksikan orang Melayu dibunuh beramai-ramai oleh Cina ketika mereka mahu keluar daripada Pavilion? Atau, kejadian itu berlaku di tempat lain?

Aku menontonnya dengan tenteram. Tak ramai orang. Jadi, sedikit selesa. Ia adalah kisah perang Iran dan Iraq yang mengisahkan seorang wartawati yang sedang membuat liputan mengenai keadaan penduduk Iran pada ketika itu. Maka, dalam proses dia membuat liputan itulah timbul banyak kisah, konflik tentang cinta yang tergendala separuh jalan. Saudara mara dibunuh dan sebagainya.
-------------------------------------------------------------------------
29 Zulkaedah / 27 November (Khamis)
Baru hantar bahan-bahan sastera Harakah. Hari ni cepat pulak hantarnya..!

DINAR BUYING SELLING
1 Dinar 405.10 425.10
1/2 Dinar 208.60 218.60
1/4 Dinar 110.80 115.80
Thursday, November 27, 2008

11:19:32 a.m, Dr Abu Hassan sms lagi: "Jemputan ke apresiasi filem KLIFF esok 27hb jam 2 petang, filem pertama Jordan, Capt Abu Raed arahan Amin Mantalqa dan 28 hb jam 2 ptg filem Iran, Goodbye Life arahan ensieh shah-hosseini. Kedua2 belum pernah ditayang. Tempat: auditorium fakulti sastera Univ Malaya."

Aku fikir kalau dapat cari filem-filem yang sukar ditayangkan, ini mungkin boleh menambahkan pendapatan sampingan.

Call Mr Big Boss. Kerap betul dia call akhir-akhir ini. Tapi, aku pula yang seperti sukar dihubungi. Kenapa dia call?

"Tak ada apa.. ingat nak sembang pasai buku ISA yang nak tulis sekali tu.. bla, bla, bla," ooo, cam tu ker? Ingatkan urusan apa akhir-akhir ini.

Terima kiriman sms daripada Cinema Online. Katanya, Transporter 3 diubah tarikhnya ke 3 Disember, Cathay Cineleisure, 9 p.m.

Cik Pyan call: "Yanna Rascala, bila mahu jumpa, minum-minum di Restoren Haslam?" ...

Malam
Sebagaimana yang dijanjikan, kami pergi ke Cathay Cineleisure Damansara menonton Cicak Man. Banyak betul cerita yang keluar. Kami beriltizam mahu ke Restoren Sabak, makan unlimited, RM25.

Antara isu-isu besar yang diperdebatkan:-
1. Isu umur sebenar Ummahatul Mukminin, Siti Aishah r.a, bukan 9 tahun , tapi jauh lebih daripada itu.
2. Wujudkah nabi-nabi dalam kalangan wanita dsb..-
-------------------------------------------------------------------------
28 Zulkaedah / 26 November (Rabu)
DINAR BUYING SELLING
1 Dinar 400.40 420.40
1/2 Dinar 206.30 216.30
1/4 Dinar 109.60 114.60
Wednesday, November 26, 2008

Dr Abu Hassan mengirim sms kepadaku: "Jemput ke acara apresiasi filem Kala Malam Bulan Mengambang, mamat khalid, bertempat di auditorium sastera Umalaya jam 2 petang, panel mamat khalid, rosyam, norman, mat london, jam 1 disediakan makan tengahari."

(Rugi saya tak dapat pi. Nama saya dah ada dalam fikiran pensyarah filem itu. Sori, prof, bukan tak nak datang. Tapi, memang tak dapat pi)

Jam 3 petang, Raman dari ITNM menjemputku untuk test kali kedua di ITNM - Datang 3 Disember, jam 10.00 pagi...

"Kali ini, test edit bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu," jelas Raman.

Petang sikit, aku pergi ke Cathay Cineleisure Damansara, tonton filem TWILIGHT. Mak aih, dapat tempat duduk kat depan juga. Mujur cerita tu best!

Dalam filem itu, aku sedari satu perkara, iaitu perkelahian antara Werewolf dan Vampire dalam filem tersebut berawal daripada politik Kulit Putih melawan Red Indian di Amerika.

DINAR BUYING SELLING
1 Dinar 405.10 425.10
1/2 Dinar 208.60 218.60
1/4 Dinar 110.80 115.80
Thursday, November 27, 2008
-------------------------------------------------------------------------
27 Zulkaedah / 25 November (Selasa)
10:08 pagi, saya terima panggilan daripada remisier saya di Aseambankers di Jalan Maarof, Bangsar. Di situ, sedikit sebanyak kekeliruan saya mengenai saham-saham seperti di BSKL sedikit terurai apabila sempat berbual dengannya melalui telefon.

"Ada RM100 dah boleh beli saham," kata Puan A. Dia orang Kedah, jadi agak selesa loghat percakapan kami.

Apa yang paling penting, saya mesti tahu nombor trading saya. Kemudian, semua itu harus berlaku dalam tempoh tiga hari untuk deposit wang lagi. Misalnya Bila masukkan RM100, mereka akan bagi lagi RM300. Ah! Nak cerita lebih-lebih pun saya tak tahu. Jadi, saya buat perjanjian dengan beliau bila tarikh sesuai untuk berjumpa.

"Datang bila-bila masa saja kecuali masa rehat," katanya lagi. "Kalau datang sini, datang terus deposit duit kat bawah bangunan tu, then kita terus boleh bincang tentang bagaimana cara langkah seterusnya."

Apa yang saya sempat ingat ialah KMN? Ke KNM? Saham itu paling orang suka beli. Ia murah, kata Puan A.

Petang
Pergi DBP jumpa Saif. Cara dia bergaul dengan orang-orang yang lebih dewasa menyebabkanku jadi kagum.

"Cikgu kata dia turun di sini, dia tak bagitau Ali ni.." Saif memulakan bualan.

Antara hal yang aku catat tadi ialah..
1. Angan-angan nak susun Dialog Pinggir. Kalau jadi dia nak ajak aku join Pena dan uruskan hal itu.
2. Aku bangkitkan cek November di Dewan Sastera yang masih belum kuterima.
3. Saya tunjuk hasil terjemahan Rice Without Rain kepada Saif. Saja berkongsi perkembangan yang terbaru.

"Laa..kau dah terjemah? Tadi, aku baru sembang dengan seorang wakil ITNM," kata Saif sambil dia memberikan nama dan alamat pegawai ITNM itu.

"Kalau kau dah hasilkan terjemahan cuba kau berbual dengan dia. Mungkin ada job lagi di sana," tambahnya. S pula kata, cuba juga jumpa Dato' Baha. Hmm.. memang ada dalam fikiranku juga untuk interview Dato' Baha tentang hal ehwal PPSMI ini.

Selesai urusan di DBP, saya ke Jalan Chan Sow Lin, dapat RM2 hasil jualan akhbar lama. Then, saya pergi buat acara lagho di Sunway Pyramid, menonton Wild Child. Mak aih.. dapat tempat duduk di depan. Sakitnya leher!

Time balik, motor kehabisan minyak, mujurlah tak jauh dari Stesen minyak J. Kelang Lama. Aku rasa ini kes dan kejadian kali kedua motor habis minyak dan seperti biasa, Tuhan tak pernah Dia berikan aku ujian yang aku tak sanggup menerimanya.

Dekat saja stesen minyak tu. "Terima kasih Ya Tuhan!"

DINAR BUYING SELLING
1 Dinar 400.40 420.40
1/2 Dinar 206.30 216.30
1/4 Dinar 109.60 114.60
Tuesday, November 25, 2008
-------------------------------------------------------------------------
26 Zulkaedah / 24 November (Isnin)
Hari ini tersiar tulisan-tulisan terbaru isu Nazman, Sooh Hwa dan lain-lain.

Pergi ke Chan Sow Lin, dapat RM4.20. Daripada congakanku, ertinya, sekilo akhbar jatuh harga ke paras RM1.40.

DINAR BUYING SELLING
1 Dinar 400.30 420.30
1/2 Dinar 206.20 216.20
1/4 Dinar 109.60 114.60
Tuesday, November 25, 2008

Aku sempat chat dengan Sook Hwa sekarang bertanyakan khabarnya. Dia kini sedang menjalani kehidupan sebagai peniaga buku di Pulau Pinang. Entah bila saya dapat berbual lagi dengannya. Di dalam fikiranku memang ada hasrat nak membukukan pengalaman kami menentang HEP!

Currently have 0 comments: