Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

3 - 9 Zulhijjah / 1 - 7 Disember

Thursday, December 04, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 8:16 PM

9 Zulhijjah / 7 Disember (Ahad)
Saya bangun sekitar jam 5:30 pagi, bersiap-siap ke KLIA. Hati berdebar-debar kerana terpaksa pergi seorang diri, tanpa kumpulan. Rasa keinsafan menjalar. Bagaimana keadaan kita di akhirat dan Padang Mahsyar nanti, bersendirian ketika wang dan sanak-saudara sudah tidak bermakna apa-apa lagi? Saya mesti tingkatkan amalan..

Keluar rumah sekitar 7 pagi, naik LRT Kg Baru, terus ke KL Sentral. Terjumpa Hasnol PKPIM, dia baru pulang dari sebuah acara di Perlis. Dia beritahu cara pergi KLIA dengan cepat. Saat itu 7:30 a.m. Flight 9:25 a.m. (RM1.60, LRT - claim)

"Bas ni bertolak jam 8:00 pagi. Memang tak sempat, adik naik ERL," saran pemandu bas dari KL Sentral ke KLIA itu.

Atas nasihatnya, akhirnya saya naik ERL, kena RM35 (kena claim). Atas ERL, Mr BB call. Dia kata Mr M marah-marah kerana saya tak ambik 'banner' semalam. Alamak, rasa serba-salah la pulak. Semalam dah ngantuk, jadi tidak dapat ke Selayang. Namun, saya terus call Mr M, mohon maaf daripadanya. Masalah kini - KAMERA!

Sambil menunggu ERL tiba, saya sms rakan-rakan, keluarga mengenai pemergian. Mana la tahu kalau jadi apa-apa. Sms Dr A menyinggah, dia kata dia akan ke sana pada satu tarikh lain. "Buat catatan perjalanan nanti," demikian sms beliau.

Naik ERL jam 8:00, tiba jam 8:30. Terus check-in, dan kebetulan sebuah kaunter baru dibuka untuk penerbangan ke Phnom Penh. Kemudian, terus convert RM400, kepada USD109.00. Dia hanya convert RM398.94. Jadi, dia pulangkan bakinya RM1.05. Sepatutnya, dia kena pulangkan RM1.06. 1 sen itu hangus begitu saja, isk, isk...

Memang saya tiba di KLIA tepat pada waktunya. Pada gate G8, orang dah tiada kerana mereka semua sudah masuk ke dalam kapal terbang. Jadi, memang tiada masa langsung untuk bersantai di sana. Pendek kata, masa itu cukup elok-elok saja.

Dalam kapal terbang
Saya mendapat seat 6B (kalau tak salah), di kanan saya seorang wanita separuh usia. Katrinam namanya, orangnya kidal ketika menulis namanya di buku nota saya. Wanita muda di kiri saya - Terry. Dia suka duduk tepi tingkap kerana nantinya apabila kapal terbang mendarat, dia akan mengambil gambar dari atas pandangan udara. Manakala Katrinam pula suka di bahagian orang tengah lalu lalang. Entahlah kenapa..

"Kami cuma transit di Phnom Penh. Kemudian mahu ke Laos dan lain-lainnya," kata Katrinam dari Wales ini. Bualan bermula ketika dia beri kek dalam kapal terbang itu kepada saya. Rezeki jangan kita tolak, musuh jangan dicari.

Kami disajikan hidangan. Insan-insan Barat seperti Terry dan Katrinam tentunya memilih Wafle dan bangsa Asia seperti saya pastinya memilih nasi!

Saya baca majalah dalam kapal terbang; Going Places, di dalamnya turut juga termuat artikel terjemahan daripada bahasa Inggeris ke BM. Tapi bolehkah terus hantar saja terjemahan? Daun serai daun gaharu, belum try belum tahu!

Tiba di Phnom Penh
Kapal terbang mendarat sekitar jam 11:10 waktu Malaysia (10:10 waktu tempatan). Saya sudah mula gelabah kerana dalam kesibukan pagi tadi, terlupa bawa pen. Yang ada hanya pensel. Tapi, takkanlah urusan menulis borang departure kena pakai pensel? Mujurlah seorang lelaki separuh usia, Melayu Kemboja sudi meminjamkan pennya.

Selesai urusan itu, saya kembali mengambil beg, melepasi kawalan kastam dan terus tercangak-cangak mencari nama saya kalau-kalau ada tertulis nama saya. Hah! Tiada! Langsung debaran memuncak. H/P saya pun tak ada line kat sana. (Pengajaran moral.. lepas ni kena buat 'roaming' bila tiba di Malaysia kelak!)

Saya pun keluar. Mujurlah saya sempat beritahu Kak Mah tentang cara, warna pakaian saya itu. Jadi, diberitahu hal itu kepada orang-orang yang menunggu saya di sana.

Dengan tiba-tiba salah seorang daripada mereka yang menunggu saya dengan mudah dapat cam saya. Zali namanya. Dia pemandu pelancong. Kemudian saya diperkenalkan dengan Ustaz Azhar. Kami menunggu seorang lagi, Latif namanya.

Sambil menunggu, seperti biasa, saya membuat senaman mata, menjamu mata dengan hidangan yang tersedia di depan ruang mata. Gadis-gadis Kemboja, wanita muda Khmer ini macam wanita Thai. Mereka serumpun menurut sesetengah qaul.

Ada yang wajahnya saling tak tumpah seperti Memey yang ada gosip dengan Norman. Menurut Saidina Ali, pandangan pertama itu tak mengapa (atau rezekilah lebih kurang), pandangan yang kedua itulah yang jelas haram hukumnya.

Err.. tetapi menurut Ali Fansuri (ahem..) pandangan kali itu pertama itu, err.. biarlah lama-lama sikit. Sebenarnya, dosa juga. Tapi, dosa kecil saja. Pandai-pandailah kita bertaubat kepada Gusti Alloh. Ada yang bertudung ala Melayu kemboja. Cun jugak!

"Serai saad!!!!" kata orang-orang di sini. Bermaksud, awek cun. Tetapi hal ini akan diriwayatkan kisahnya pada siri-siri akan datang, insya Allah.

Nampaknya kelibat Latif tak lagi kelihatan. Semua orang sudah keluar. Jadi, kami terus beredar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh.

"Orang Melayu Cham ini berasal dari Vietnam," kata ustaz Azhar. Saya tercengang mendengar kisah terbaru itu. Ada banyak lagi yang diperihalkannya. Hal-ehwal politik luaran, dalaman serta cara-cara kehidupan orang-orang di sini.

Sepanjang perjalanan itu, beliau menunjukkan sebuah kawasan tanah berpagar zink hijau milik seorang pimpinan Melayu Kemboja yang rapat dengan Hun Sen. Rumusan awal, ada Melayu elit, dan ada Melayu yang hidupnya serba kekurangan.

Yang miskin, miskin sungguh, yang kayanya, masya Allah.. Tanah itu cukup luas. Jika saya tahu alamat kedudukannya, mungkin saya lihat dari Google Map. Beliau juga sebut nama orang-orang kenamaan di sini yang boleh dihubungi.

Kami sampai di Hotel Mekong Palace dan masuk bilik 107. Saya berkenalan dengan Haji Sokpri, Fadhil dan beberapa orang yang lain. Rupa-rupanya saya yang pertama tiba di sana. Saya diberi taklimat ringkas oleh Fadhil.

"Petang ini rombongan lain akan tiba," kata Fadhil lagi. "Kalau tak delay lah."

Sedang berbicara, Ust Azhar beritahu, masanya sudah tiba untuk makan tengahari di Malaysia Restoren. Restoren itu tidak jauh dari hotel kami. Sedang makan-makan itu, saya ambil peluang berkenalan dengan mereka.

Kami dihidangkan dengan sejenis teh tanpa gula. Ia percuma. Teh berwarna hijau muda seperti ini memang pernah saya lihat dalam kunjungan saya ke China atau ke Korea dulu bersama-sama keluarga. Kata ustaz, teh itu bagaikan penawar.

Segi saintifiknya saya tak tahu. "Makanan di sini banyak diletak ajinomoto," kata mereka. "Jadi, teh ini akan mengimbangi semula ajinomoto atau 'racun-racun' dari pemakanan." Dan, di sini, makanannya sihat, itulah yang saya dengar.

"Minyak mahal, jadi mereka masak lauk sama ada dengan cara merebus atau bakar," kata si ustaz. Mungkin di daerah yang benar-benar bermasalah agaknya barulah makanan itu dimasak sebegitu, demikian telahan awal saya.

Selesai makan, kami pulang ke hotel. Berpapasan dengan ustaz Fadhil. Saya tanya kalau ada CC sekitar Riverside sini. Rupa-rupanya ada. 20 minit ($0.25), 40 minit ($0.50). Di sini kebanyakan urusniaga di sini dilakukan dalam Dollar Amerika, di samping itu mereka juga menggunakan Riel iaitu matawang di Cambodia. USD1 = Riel 4,000.

"Ni sungai apa ustaz?" tanya saya. Riverside adalah kawasan pelancongan, pub bersepah juga di sini di samping rakyat Khmer yang miskin melarat bermalam di kaki lima pada sebelah malam nanti. Keadaan ini berada di mana-mana negara pun.

"Tonle Sap.. sebenarnya tonle itu bahasa Khmer yang bermakna sungai," jelas beliau. "Tetapi, orang kita selalu menyebut Sungai Tonle Sap."

Sempat juga bergambar sekeping dua di sini. Kemudian, kami ke hotel. Waktu lapang sebelum 3:30 petang itu saya gunakan untuk menaip bahan ke Harakah. Ini kerana pada 3:30 p.m nanti, kami perlu tunggu rombongan kedua di lapangan terbang.

Selesai ambil kenyataan ustaz dan Haji Sokpri, maka saya terus ke bawah CC, hantar bahan dan setelah selesai urusan penghantaran bahan, terus naik atas. Kena 1,000 riel (USD0.25) agaknya. Terlupa ambik resit (wajib claim juga)

Pakaian ditinggal sedikit di hotel. Beg galas mesti dibawa kerana selepas menjemput rombongan kedua nanti, kami akan terus bermalam di Kg Cheroi On Dait, Kilometer 8, bersebelahan rumah Zali. Pastinya, kena menyeberangi Tonle Sap (Sungai Sap).

Bertemu Ustaz Zamri, Mari Mengaji, TV9
Tepat.. flight delay lagi. Akhirnya, tiba juga. Dan, saya lihat kelibat ustaz Zamri, mahu buat suatu perjanjian untuk interview ringkas bersama beliau. Dia memberikan respon baik. Semasa jumpa di situ, dia pun tak banyak cakap. Mungkin agak kekok.

"Sekarang ana dah keluar dan buat program sendiri," kata beliau. Ada banyak juga pertanyaan yang hinggap di fikiran dan setiap pertanyaan itu menuntut jawapan yang pelbagai pula. Coaster pun tiba, jadi kami teruskan perjalanan.

Antara rombongan yang tiba itu, adalah En. Erland dan isteri, penerbit suatu rancangan tentang makanan halal di China. Turut hadir bersama, ialah Faizul, pengarah rancangan itu. Kisah-kisah mereka kembara mereka ini di Xian, China, Raja Quinn, kota Terracotta akan saya hikayatkan insya Allah dalam lain-lain siri.

Tiba di Kilometer 8, kami bersolat di Masjid Nurun Naim, kemudian, tak lama sesudah itu kami beramah-mesra dengan ayah Zali, walaupun beliau sudah tidak lancar berbicara di dalam bahasa Melayu. Bahasanya kadangkala bersulam antara Melayu dan Khmer.

Kalau di Malaysia ada bahasa rojak antara Melayu dan Inggeris, maka di sana mungkin hal rojak bahasa itu berlaku antara silang bahasa dan budaya antara Melayu dan Khmer.

"Ustaz nampak semakin kurus, tak macam dalam tv," kata Halimah, adik Zali. Ustaz Zamri jadi terpinga-pinga lalu menoleh ke arah saya, "Ada TV9 ke kat sini?"

"Entahlah ustaz, ana pun tak tau," balas saya kembali. "Cubalah ustaz tanya depa."

"Err.. ada sampai program TV9 ke kat sini?" tanya sang ustaz.

"Takde, saya belajar di sana, jadi memang tengok rancangan ustaz di Malaysia," jelas Halimah kembali. Deraian ketawa antara kami meletus.

Selesai berehat seketika, kami menyeberangi sungai dalam motobot. Dalam perjalanan, hati pun dipagut kerisauan kerana dengar pelbagai cerita tentang gambaran kesusahan di desa itu. Kata Ust. Azhar, mahu mandi, buang air pun bermasalah.

Deburan air dan kocak riak gelombang kecil sungguh menghiburkan walaupun pada malam itu, tidak nampak sebutir bintang pun. Kelam bayang-bayang. Jadi, siapalah yang dapat melihat riak air dan gelombang kecil air sungai itu.

Perjalanan itu tidaklah lama, barangkali 5 - 10 minit kami tiba di Kg Cheroi On Dait, bau hamis kambing menyerbu ke hidung. Tapi sebagaimana yang disebut tadi, malam yang gelap. Memang, kami tidak dapat melihat apa-apa.

Sehinggalah kaki tiba mencecah di tanah berlumpur, maka kami dapat melihat kandang kambing berhampiran Tonle Sap itu. Perjalanan pun diteruskan. Sepanjang kiri dan kanan jalan, rumah orang-orang di situ bercahaya. Dan ada juga tv. Saya musykil, adakah generator itu cukup kuat untuk menampung bekalan elektrik di situ?

Kami tiba di sebuah rumah penduduk di situ, selang dua tiga buah rumah dari masjid. Barangkali ahli keluarga rumah itu ahli Cambodia People's Parti (CPP) yang kuat dan setia. Ini kerana, saya lihat ada papan tanda CPP di luar rumahnya.

Makanan 'best'!
Bab ini yang paling best! MAKAN.. Saya pun dah lupa apa nama jenis makanan itu. Daging lembu terhidang, disusun rapi dalam talam dengan cantik, dan menarik. Sementara di sekelilingnya ada ulaman dan paling best, kuah kacang pedas, masam-masam manis dicicah ikan bakar (terubuk kalau tak silap, tapi mereka menafikan).

Yummi..apabila dengar cerita ustaz Azhar, bahawa nak buang air pun susah, maka saya bisikkan kepada Faizul, "Jangan makan banyak malam ni.."

Dia mengangguk setuju untuk berhati-hati. Tapi, huh mana ada..apabila terhidang makanan itu, saya mungkir janji dan lupa segalanya. 3, 4 pinggan beb!

"Aik, tadi bukan hang berjanji sepinggan saja?" Faizul mengingatkan. Dia ini pengarah sebuah rancangan Astro Oasis. Oleh kerana kami sama-sama dari utara, maka selesa sikit percakapan di dalam loghat orang-orang utara.

"Err, aku mungkin janji," dia ketawa gelihati. Zali menunjukkan cara-cara memakan ulam-ulam itu dan mencicah ke dalam kuah kacang pedas itu.

"Masukkan ini, ini dan ini," sambil ditunjukkan taugeh, dedaunan ulaman lain yang dimasukkan dalam daun kobis, lalu dilipatkan semuanya sebelum dicicah dalam kuah itu. Kami pun cuba satu persatu. "Jadi, nak makan sayur, begini caranya."

Selesai makan, jemaah lelaki tidur di luar beranda dan kaum wanita di dalam bilik. Pada malam itu, saya ambil kesempatan berbual dengan ustaz Zamri dan Faizul tentang kerjaya mereka. Dan Zali tiba-tiba masuk. Entah bagaimana dia tiba-tiba bercerita masa lalunya.

Cerita wanita Melayu Kemboja yang pindah ke Malaysia, kemudian ke Amerika, merah rambut dan akhirnya bertukar perangai dan sikap sebagai Melayu sejati. Di mana-mana pun begitu juga. Manusia dengan cepat berubah.

Ketika berbual, saya ternampak bintang tidak mengerdip. Kata orang, itu bukannya bintang tapi satelit. Saya teringat lawatan USM dulu, ketika Pusat Islam di bawah pimpinan Dr Syed Dawilah ketika kami membuat seminar di selatan Thai.

Ada suatu kawasan pondok yang entah macam-mana, mendapat perhatian Amerika. Memang agaknya mereka terdedah dengan intipan agaknya. Dan Ummul Qura di bawah seliaan Mufti itu, khabarnya pernah diperhatikan USA.

Habis mendengar cerita Zali, saya masuk tidur. Terjaga berulangkali juga kerana terdengar tekai berbunyi. Ia sejenis cicak besar (mungkin mengkarung?) Setiap kali dia berbunyi, setiap kali itu jugalah saya terjaga.

"Kalau nak tengok, kat pejabat mufti pun banyak," kata Zali.

2:37 petang, 13 Disember
Sekolah Pemikiran Tonle Sap
--------------------------------------------------------------------

8 Zulhijjah / 6 Disember (Sabtu)

Hari ini antara hari yang mendebarkan. Saya mendapat satu pengajaran moral. Apabila kita tak bersedia, hati memang mudah berdebar. Mahu ke Champa, Kemboja, tapi kamera pun tak ada. Juga termasuk lain-lain kelengkapan.
Berbelanja di Mydin tadi, saya beli beberapa kelengkapan. RM49.20. Kononnya, mahu tidur di KLIA malam ni. Tapi, saya habiskan jugak beberapa penulisan sebelum pi ke sana. Tadi juga dah hantar bahan Sastera untuk 11 Disember. Lega ..
Potong di kedai India dekat Jalan Raja Bot. RM10, tapi puas hati. Dan, akhirnya dapat juga saya kontek Ustaz Jalal untuk bertanya hal esok.
"Enta kena maklumkan cara bagaimana kawan-kawan ana nak kenai enta di sana," katanya lagi. "Payah sangat, minta guard airport call kawan ana nanti."
Kononnya nak tidur di KLIA malam ni, tapi tak jadi. Biarlah esok seawal pagi aku bertolak ke KL Sentral - LCCT - KLIA. Ini semua gara-gara penulisan.
Kalaulah persiapan nak pergi ke Kemboja di dunia ini pun dah menyebabkan aku takut, macam mana la rupa wajah padang Mahsyar. Tanpa apa-apa bekalan, Ya Tuhan.. aku banyak dosa, tapi jangan biarkan aku teruk di akhirat. Biar di dunia tak apa..
Aku punya cita-cita nak ke Mekah melalui jalan darat. Siapa nak ikut? Tadi offer seorang kawan kalau-kalau dia nak. Cara nak susun perjalanan, penajaan itu biarlah menjadi rahsia peribadi aku sendiri. Semoga rencanaku berhasil hendaknya, Insya Allah.
Tadi chat dengan Mie Long, Baihaqi dan Mat Ruzaini (tak sempat tegur). Bai offer untuk menjadi kolumnis di Darul Bayan.
"Letak nama kolum tu Jejak Berliku," kataku. Dia akur, cuma dia tak dapat nak bayar penulisan saya ini. He he, tak pe lah. Tetapi, entahlah sempat update ke tak. Baru-baru ni, nak update blog pun rasa semput.
Lutfi sms: "Ali dapatkan liputan terbaik di Kemboja nanti. Moga Allah berkati perjalanan anta. Takbir!" --- 9:48:26 p.m, 6 Disember 2008.
Rasa khuatir pulak kalau tak mampu buat liputan terbaik. Ye lah, peralatan pun kurang. Oke lah sahabat-sahabat sekali. Ana nak tidur, rehat dan kalau lama tak update tu paham sajalah. Rabb.. berkatilah perjalanan hidup hambaMu yang banyak berdosa ni di dunia dan di akhirat. Dan dosa, yang kuperbuat selama ini, jangan diperhitungkan sangat. Ampunkanlah...
Jika kelana ini suatu jihad dan jihad itu menghapus dosa lama, maka berkatilah ya Tuhan.. Tiada Tuhan selainMu dan aku mahu hidup, mati keranaMu.
11:57 p.m, 6 Disember
Sekolah Pemikiran Kg Baru
----------------------------------------------------------------------
7 Zulhijjah / 5 Disember (Jumaat)

DINAR BUYING SELLING
1 Dinar 387.50 407.50
1/2 Dinar 199.80 209.80
1/4 Dinar 106.40 111.40
Friday, December 05, 2008

12:04 p.m - Lutfi call: "Enta kena jumpa Mokhtar cepat. Ambik duit. Terus pi beli tiket."
Terus call Mr M. "Enta pi Kemboja pada hari yang sama. Enta naik Mas, depa naik Air Asia. bla, bla, bla. Pergi KL Sentral kejap lagi..bla bla."

Lutfi call, "Dah jumpa Mokhtar? Sat lagi ambik duit RM300 kat pak guard..bla, bla..sebelum pi jumpa ana dulu.

Kengkawan, doakan perjalanan saya ke Kemboja untuk buat liputan sempena Hari Raya Korban di sana tiada masalah. La ni pun ada masalah sikit. Ada tak siapa-siapa boleh pinjamkan kamera digital? Kemboja atau Champa, ada titisan darahku yang mengalir dalamnya. Demikian yang aku faham ketika berkuliah di USM dulu.

"Enta ada titisan darah dari Champa," kata Faiz. Sejak itu kerap terbayang ilusi di ruang mata, bahawa ada sebidang tanah terhampar dan di bawahnya ada sungai mengalir tenang, jauh sayup mata memandang. Apakah itu ilusi palsu atau benar?

Sama-samalah kita saksikan.. jeng-jeng-jeng...

Petang
Jumpa En Mokhtar. Dapat RM1,500 untuk beli tiket. Dapat beberapa elaun. Kena denda akibat salah parking. Rayuan dibuat, kena RM10. Di sini, saya mula study pergerakan matawang asing di Bureau De Change Maybank dan CIMB. Daripada pengamatan awal, nampaknya Maybank itu menawarkan lebih banyak duit.

Saya beli USD10 dengan harga RM36.86. Rupa-rupanya, agak sulit juga nak beli. Mungkin orang bank hairan, kenapa aku beli sikit sangat.

"Nak beli atas tujuan apa?" kata akak tu. Hish, apa nak kujawab? Akhirnya aku kata atas nama kenangan sentimental. Akhirnya dia jual juga

Selepas beli tiket Mas (pergi 7 Disember, pulang 12 Disember), terserempak dengan Dr Mustafa Kamal Anuar di KL Sentral.

"Buat apa di Kemboja?" tanya beliau. Dan aku ceritakan semuanya. Khabarnya, 7 tahun lalu, dia pernah ke Angkor Wat dalam suatu lawatannya di sana.

Masa semakin suntuk, aku terpaksalah bergegas ke Harakah bertemu Lutfi dan Mokhtar. Dan di sanalah kisah selanjutnya diriwayatkan semuanya.

"Enta pi dengan Ustaz Zamri, TV9, Astro Awani, Radio IKIM dan lain-lain. Ada anasyid dan ada konsert," kata syeikh Mokhtar. Wah.. ini sudah hebat! Jauh dari sangkaanku selama ini bahawa ia suatu kawasan yang sifar hiburan.

"Ana dah bagitau Ust Zamri, enta ambik kamera dari dia," katanya lagi.

Jam 8 malam lebih kurang, saya jumpa Mr Big Boss. Diberinya sedikit wang lagi untuk belanjaan tergempar. Mana tahu kalau aku kesuntukan wang. Kini, cabaran utama ialah dapatkan kamera. Esok, aku mesti call Ust Zamri, selebriti TV9 itu.

"Ok," ringkas saja sms dia, bila kunyatakan hasrat meminjam kamera itu tadi. Esok daku WAJIB call. Dapat kamera, 80% masalah dah selesai!

Currently have 0 comments: