Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

10 - 16 Zulhijjah / 8 - 14 Disember

Friday, December 12, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 10:56 PM

17 Zulhijjah / 15 Disember (Isnin)

Ied call, katanya dia mahu bertemu saya di Kg Baru untuk berbincang tentang tanah yang mahu dijual di PA. Mulanya saya menyangka ia cuma Banglo tapi tanah.

“RM300,000 jatuh ke paras RM20,000. Sebab, harga tanah di situ jatuh,” katanya. Entah betul atau tidak, saya tak tahu.

“Bila lapang untuk bincang lanjut?” tanya saya semula.

“Malam ini saya ada meeting, selepas jam 11:00 malam baru lapang,” kata saya lagi. Ada rancangan lain sebenarnya; mahu tengok movie dengan Bro Shy dan Fahmi. Tak apalah... Bukankah, kami ‘meeting’ juga. ‘Meeting’ itu kan maksudnya perjumpaan?

Saya tak menipu bukan?

Sebelum pergi ke GSC One Utama, saya singgah di Harakah, bertemu Lutfi, serahkan gambar-gambar di Kemboja yang tak dapat dihantar lewat internet sejak petang tadi. Terlekat dengan teruk. The Big Boss mula terfikir bukan-bukan kerana aku kerap tergesa-gesa keluar malam atas nama – ada program dengan kawan.

“Ish, enta ni dah ada marka ka?” tanya dia lagi.

“Ish, mana ada..” balasku kembali. Marka tu macam awek, girl friend la..

Saya pergi ke GSC One Utama. Fahmi dan Bro Shy menyangka tayangan itu di Cathay Cineleisure. Cerita yang ditayangkan; Snogging, kisah cinta anak-anak remaja di Britain agaknya. Kami membuat telahan begitu kerana loghatnya memang Britain.

Selepas tamat filem, kami bersantai di Mc Donald di Cathay Cineleisure pula. Mesyuarat kami berkisar banyak perkara. Hal cinta Bro Shy yang tak pernah sudah. Kasihan. Malam itu aku cuba menjadi seorang Don Fansuri, kununnya nak menyelesaikan masalah orang-orang bawahan macam God Mafia. Tapi tak berapa nak menjadi.

Tetapi, akhirnya tercetus juga beberapa idea baru dan saranan yang masuk dalam kepala Bro Shy. Hanya, dia mahu bertindak atau tidak, itu bukan lagi urusan Don Fansuri. Yang itu dah masuk bab usahanya sendiri. Fahmi, macam biasalah.

“Saya bab lain lemah, tapi bab doa, tawakal masih kuat,” katanya sambil berdiri. Dia nak balik Shah Alam sebenarnya ketika itu tapi saya dan Bro Shy lambat tangkap. “Walaupun agama tak haramkan, tapi aku haramkan hang putus asa daripada berdoa kepada Allah!”

Bro Shy tertunduk mendengar ungkapan itu. Saya nak tergelak dengar perbualan mereka ini. Buat dialog pun baguih jugak. Tapi, dalam nak tergelak tu, kesian masih bertapak.

Hasil rapat umum tiga anak muda pada malam itu memutuskan agenda-agenda berikut:-

1. Saya perlu beli basikal lipat kalau nak pi ke Mekah mengikut jalan darat.
2. Bro Shy menyarankan supaya saya bertemu Mufti Kemboja dan Kerajaan Kemboja (jumpa Perdana Menteri Hun Sen) untuk membuat kajian ke atas kemiskinan penduduk Melayu Cham di Kemboja.
3. Dicadangkan juga untuk saya mengambil UNHCR atau UN punya peruntukan. Tetapi, saya tidak tahu bagaimana caranya. Kalau-kalau ada orang yang boleh fikirkan caranya, saya alu-alukan. Saya rela mewakafkan diri ke Kemboja dalam beberapa tempoh tertentu bagi mengkaji beberapa kekurangan di kampung-kampung tertentu untuk dinaiktarafkan.
---------------------------------------------------------
16 Zulhijjah / 14 Disember (Ahad)
Saya mula merancang untuk menubuhkan blog mengenai Melayu Champa. Idea ini tiba selepas pulang dari Kemboja. Lihat http://anakchampa.blogspot.com.

Tiba-tiba datang satu fikiran dalam jiwaku untuk membeli ¼ Dinar Emas yang sekarang ini bernilai kira-kira RM100 lebih kepada kedua-dua orang tuaku. Aku akan menyimpan emas ini untuk mereka. Biarlah mereka tidak tahu.

Inilah antara cara untuk kubalas budi dan jasa baik kedua-dua orang tuaku yang dengan sabar telah mendidikku selama ini.

“Ya Tuhan, selamatkan hamba dan kedua ibu bapa hamba daripada seksaan api neraka dan masukkanlah kami ke dalam golongan insan yang sentiasa diampunkan dosanya.”

Tiada banyak rancangan pada petang dan malam ini melainkan menerima undangan dari Saifullahul untuk berbincang hal persatuan sehingga ke malam.

“Abang try la bukak satu persatuan,” kata Saifullahul. “Nanti boleh dapat peruntukan.”

Menarik juga beberapa pandangannya pada malam itu. Ada juga saya sarankan sesuatu kepadanya berhubung hal ekonomi.

“Persatuan enta ni kerap kaji masalah DEB saja. Cuba jadikan persatuan ini sebagai satu pentas untuk mengkaji polisi ekonomi Najib. Bukankah dia la ni menteri kewangan?”

Dia nampaknya mengangguk-angguk kepala dengan sungguh-sungguh, sambil tersenyum dan saya rasa dia mungkin akan buat, kalau dia betul-betul berani.

Banyak betul kesilapan Najib ini jika kita betul-betul nak koyak. Antaranya, setakat yang saya tahu, Najib masih lagi mahu apungkan Ringgit Malaysia mengikut pasaran walhal Dr Mahathir minta ia dikekalkan pada RM3.30.

Idea Mahathir itu menyebabkan matawang kita menjadi pulih juga. Tapi, Najib buat tidak reti saja ke atas pendapat Mahathir ini. Mungkin ini salah suatu ruang perbincangan yang boleh diusahakan oleh rakan sayua itu.
--------------------------------------------------------
15 Zulhijjah / 13 Disember (Sabtu)
Baru hari ini saya rasa fresh sikit dan boleh mula menulis seperti biasa. Pada hari ini jugalah saya dapat buat perjanjian untuk bertemu cik Saripah dari Singapura. Semalam mereka jemput saya makan buffet di restoren hotel di Legend Hotel.

Pelbagai cerita yang keluar. Saya menyatakan hasrat untuk temubual Isa Kamari. Cik beritahu bahawa dia sudah maklum tentang hal itu.

"Cik baca dalam blognya, dia ada tulis tentang Harakah mahu interview dia," kata cik Saripah. "Jadi, cik rasa tak ada orang lain dah."

Beberapa hari lalu, sebelum ke Kemboja, saya melawat facebook Isa Kamari, lalu saya nyatakan hasrat untuk interview beliau. Dia setuju, cuma dia mahu interview lewat mel-e. Rupa-rupanya dia kini sedang bercuti di Jepun.

"Katanya, dia nak main salji bersama keluarganya," tambah cik Saripah lagi.










Sapa nak menonton dengan saya, sila sms 014-3233287

Currently have 0 comments: