Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

17 - 23 Zulhijjah / 15 - 21 Disember (Ahad)

Saturday, December 20, 2008 , Posted by nota untuk Syiah at 9:12 PM

23 Zulhijjah / 21 Disember (Ahad)

Lama betul tak update. Hari ini saya perlu beli tiket untuk balik ke kampung, tapi pada masa yang sama, saya perlu siapkan ruang tengah tentang catatan pengalaman saya ke Kemboja. Arghh..sejak pulang ke tanahair, tak sempat nak balik beraya di Pendang. Macam mana ni. Lama betul dah tak balik ke kampung.
--------------------------------------------------------------
22 Zulhijjah / 20 Disember (Sabtu)

Saya pergi ke Gombak. Bro Shy dan Fahmi ada di Gombak. Bro Shy demam. Kami ke Burger King di lebuh raya MRR2 yang menghala, menuju ke UIAM. Di situlah saya jumpa 'Serai Saad' yang dok jaga kaunter Burger King tu.

(Untuk perhatian, Serai Saad bermaksud 'awek cun' dalam bahasa Khmer. Saya menemui istilah ini bersama Ustaz Zamri (selebriti TV9, Mari Mengaji), Faizul, Latiff ketika di Kemboja dahulu.)

Kami berbual dari Maghrib sehingga jam 12 malam lebih. Di situlah Sabak kami buat sementara. Idea-idea yang dibincangkan ialah agenda penjanaan ekonomi orang-orang bujang. Seronok juga. Bro Shy yang demam, tiba-tiba kebah!

"Ternak lintah ni memang oke, tapi tempat la.." kata Bro Shy.

"Dia tak dak jantan betina bang Ali, macam amoeba," kata Fahmi lagi.

Aku sekadar mengangguk. Idea mahu membeli tanah di Batang Berjuntai, Puncak Alam turutlah dibahaskan juga. Pada malam itu, setidak-tidaknya kutu telah berjalan dan mereka setuju untuk membeli Dinar Emas.

Saya minat menjalankan pajak gadai secara persendirian. Jika ada sapa-sapa nak gadai mas kat saya pun boleh. Balik dari Kemboja, cita-cita nak beli tanah untuk tanam serai makin membara! Err.. serai ye.. bukan Serai Saad!

Currently have 0 comments: