29 Jamadil Awwal, 1435 | 31 Mac, 2014
Selepas 'deadline', borak dengan Pyan mengenai isu-isu hantu, pertikaian antara Lando dan Uncle Seekers dalam
Entiti Bukti.
Tetapi, saya kata kepada Pyan, "Mungkin ada pergaduhan antara Lando dan Uncle Seekers lalu mereka pun saling tuduh-menuduh?"
Dan pertengkaran ini pun jadi terbawa-bawa sehingga ke Melodi dan lain-lain media? Kemudian, Uncle pun, mula menubuhkan perkumpulan pengkajian entiti di bawah kajiannya sendiri? Ini pun satu kemungkinan jua.
Bekas Tahanan ISA
ABD MALEK HUSSIN (Bekas Tahanan ISA) - Part 1
Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi
MH370: Najib ke Perth tinjau operasi SAR
Malam ini jumpa semula lagu tema sebuah drama Jepun yang sangat saya suka dahulu; Moero Attack! Chun, nama pelakon itu. Nama beliau yang sebenarnya adalah ~ Kojika Joon.
Saya fikir, wanita-wanita yang dianggap 'cun' mungkin terbabit dengan nama watak Chun (Kojika Joon) ini.
Moero Attack
Inilah lagu intro permulaan bagi drama Moero Attack itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
26 Jamadil Awwal, 1435 | 28 Mac, 2014
Esok ada jemputan ke rumah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Di Ampang, saya perlu berada jam 9 pagi. Di Shah Alam, saya perlu ada di sana sekitar jam 10 pagi sehingga jam 1 tengah hari.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
15 Jamadil Awwal, 1435 | 17 Mac, 2014
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
8 Jamadil Awwal, 1435 | 10 Mac, 2014
Ada senarai 20 persoalan mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 manakala Najib Razak, Hishammuddin Hussein dan Zahid Hamidi masih juga kekal berdiam diri dan membisu ke atas persoalan rakyat.
Nazri Pai kini berada di Kuantan, Pahang bagaikan tunggul juga. Arahan itu akan datang daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Berita mengenai Pai berada di Kuantan itu saya tahu daripada WhatsApp Maktab Mahmud pada malam ini.
Damarwulan Minakjinggo Sebuah Legenda Majapahit) (1983)
WALI SEMBILAN_Wali Songo (HQ) Full Movie
FTV WALI SONGO [ Sembilan Wali ] - Versi Baru
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
5 Jamadil Awwal, 1435 | 7 Mac, 2014
Sememangnya, hari ini Black Friday! Anwar dijatuhi hukuman 5 tahun di penjara kerana didakwa kononnya terlibat dalam skandal liwat.
Malam ini di Haslam dan pejabat, layan filem, drama yang menarik. Baru sempat menonton The River (TV2). Saya jumpa kapal Magus dan kubur kolonial penjajah di persungaian Brazil, di benua Amerika Latin.
Di dalamnya disebutkan jua perihal 'la de jada', iaitulah lagenda yang menyatakan bahawa, ada seorang anak yang kesunyian dan dia bermain-main di sebuah sungai. Dia kemudian mati lemas di dalam sungai itu.
"Kemudian dia kan membunuh ramai manusia di dalam sungai itu untuk mengurangi kesunyiannya," berkata seorang pelakon dalam drama itu yang tiada saya kenali namanya.
Apa pun, saya lebih tertarik kepada tanah tapak perkuburan British kolonial di Sungai Amazon itu jika benar ia wujud. Saya syak, British atau Belanda di Amerika Latin memang pernah bawa Melayu Surinam ke sana.
The River - Season 1 Comic-Con Exclusive: Eloise Mumford
The Hoosiers - Cops and Robbers
Dona-Dona (OST: Soe Hok Gie) www.qhaanz.co.cc
Aaj Kal Tere Mere Pyar Ke Charche song - Brahmachari
Donna Donna
COPS AND ROBBERS
If we catch a criminal
When we catch a criminal
There's nothing we can do
But play cops and robbers
Cops and robbers
We're at a REVOLUTION
And we're baying for your blood
We're laying down the law
And your name's mud
You'd like to be a member of the human race
You want to be a good boy
But you couldn't stand the taste
Blame Simon
Because he said
You've got two lives down
And one life left
Blame Simon
Because he said
You could think better with a hole in your head
You could think better with a hole in your head
If we catch a criminal
When we catch a criminal
There's nothing we can do
But play cops and robbers
Cops and robbers
If we catch a criminal
When we catch a criminal
There's nothing we can do
But play cops and robbers
Cops and robbers
Catch a REVOLUTION
Now your waging war again
Marching on the spot when you should have made amends
Cause you say you fight for us
Cross your heart and hope to die
You're the bully in the playground and we'll hang you out to dry
Blame Simon
Because he said
You've got two lives down
And one life left
Blame Simon
Because he said
You could think better with a hole in your head
You could think better with a hole in your head
If we catch a criminal
When we catch a criminal
There's nothing we can do
But play cops and robbers
Cops and robbers
If we catch a criminal
When we catch a criminal
There's nothing we can do
But play cops and robbers
Cops and robbers
If we catch a criminal
Line them up against a wall and shoot them all
Oh oh oh
If we catch a criminal
When we catch a criminal
There's nothing we can do
Play cops and robbers
Cops and robbers
If we catch a criminal
When we catch a criminal
There's nothing we can do
Play cops and robbers
If we catch a criminal
There's nothing you or I can do
Line them up against a wall I'll get a gun and shoot them all.
Working Class Hero - John Lennon
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3 Jamadil Awwal, 1435 | 5 Mac, 2014
Jam 5:00 pagi, Jalan Pahang Barat
(selepas tamat 'deadline')
Alo datang ke pejabat kerana internet di rumahnya di benua Ampang tidaklah stabil. Sekitar 5 pagi 'deadline' pun tamat. Maka, dia turun berbual-bual dengan saya dan Arif.
"Ada satu puisi Usman Awang kepada Dinsman," kata Arif sambil dia menyelak-nyelak laman buku puisi Usman Awang edisi pelajar. "Dengan apologi untuk Dinsman," tambahnya lagi.
Setelah jumpa puisi itu lalu saya pun berteori, "Mungkin masa ini Dinsman masih sokong Dr Mahathir!"
Saya lihat Alo angguk-anggukkan kepalanya, mendengarkan kata-kata saya itu. Dia diam, tak berkata apa.
Puisi itu asalnya telah digubah pada tahun 1979, lalu, kemudiannya mungkin digilap semula pada tahun 1984. Selain Dinsman, Taufik Ismail turut dinamakan sebagai watak yang Usman minta 'apologi'.
Puisi itu adalah seperti berikut:-
Bagaimana Kalau... (Dengan apologi kepada Taufik Ismail dan Dinsman)
BAGAIMANA kalau semua jalan raya ibu kota
dibuat jalan sehala untuk semua motokar
menuju ke luar bandar,
kemudian tiap jalan masuk ke ibu kota
dibubuh papan tanda besar:
NO ENTRY
kecuali Proton Saga.
apakah semua orang membeli motokar
Buatan Malaysia?
Bagaimana kalau segala simpang
Tiap jalan raya ibu kota yang malang
termasuk simpang Rumah Perdana
digali beberapa lubang yang dalam
oleh pekerja LLN yang rajin;
Kemudian digali lagi lubang-lubang lain
oleh para pekerja JKR yang lebih rajin;
Datang pula para pekerja Telekom
yang tiga kali lebih rajin menggali lubang lain
Maka malamnya hujan pun turun dengan lebatnya
Tanpa henti tujuh hari tujuh malam lamanya?
Bagaimana kalau janakuasa seluruh negara
rosak teruk dengan tiba-tiba.
Kemasukan minyak tanah dihentikan
Semua gas Petronas jadi angin
Semua lilin jadi cair
Semua bateri hilang kuasanya,
Sedang malamnya nanti jamuan besar pengantin
di rumah baru Perdana Menteri?
Bagaimana kalau semua fail dan rekod
di pejabat Cukai Pendapatan tiba-tiba padam
semua angka pendapatan,
kecuali fail para tauke besar dan
fail pada menteri dan M.P yang
banyak perusahaan dan perdagangan
yang namanya disamarkan?
Bagaimana kalau pada suatu saat
Ketika menjalankan tugas yang maha berat
Untuk segala keturunan dan zuriat
Pak Mudim tersilap meletakkan mata pisau
Terpangkas sampai ke pangkal…
Tercapaikah impian Perdana Menteri meningkatkan
Penduduk Malaysia sebanyak 70 juta?
Bagaimana kalau YB Menteri berkenaan
Berucap di Parlimen membentangkan projek negara
Tiba-tiba sakit perut memulas-mulas
lalu tergesa mencari tempat ‘melepas’
Tapi malangnya semua tandas penuh sesak
Dicangkungi oleh YB ahli-ahli pihak pembangkang?
1979/1984
Tiba-tiba, saya baru sedar, bahawa puisi Usman Awang ini hadir dalam filem Mat Som (1990)...
Tapi, hati saya tertanya-tanya juga. Persoalan yang belum dapat dilepaskan dari kepala berbunyi begini...
"Usman Awang mula menulis puisi di atas pada tahun 1979. Jadi, apa 'dosa' Taufiq Ismail pula?"
Zzzzz... (6:25 pagi).
Currently have 0 comments: