Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Kegilaan April, 2014!

Thursday, April 03, 2014 , Posted by nota untuk Syiah at 2:21 PM

28 Jamadil Akhir, 1435 | 28 April, 2014

Hari ini sudah kirim 4 naskhah akhbar Harakah ke Kedutaan Azerbaijan dan saya temui 2 orang wartawan, pengamal media di luar kedutaan itu.

Terjadi sedikit bualan ringkas. Mulanya...tentang agama. Kedua tentang politik pula. Tahap pemikiran ~ 'machai'. Lalu saya anggukkan saja apa-apa yang mereka sebutkan mengenai situasi politik pada hari ini.

Malam ini mengutuk Najib Razak dalam ruangan saya. Saya kaitkan kedudukan Obama, Najib dengan Nabi Sulaiman a.s yang berlemah-lembut, hatta dengan semua sekali pun. Saya kata, Nabi Sulaiman a.s raja yang agung sanggup berhenti berjalan untuk menghormati perjalanan semut.

Najib dan rakan selfienya Obama telah menyusahkan rakyat dengan laluan kereta mereka. Obama-Najib tak terlalu mulia dibanding Sulaiman a.s untuk bersikeras dengan sekaliannya rakyat di negara ini.

Dan, rakyat pun tidak terlalu hina lagi kerdil dibanding semut-semut pada zaman Nabi Sulaiman a.s tersebut.

Malam ini, saya berkenalan dengan The Romantic President. Pyan yang syorkan agar saya menontonnya. Ia sebuah filem cinta seorang presiden yang suka menyamar. Ya, kisah mengenai Presiden Korea Selatan.

Saya baru teringat kisah seorang presiden Korea yang meletakkan jawatan setelah feri karam. Tapi yang ada hari ini adalah seorang Najib Razak yang tiada mengerti persoalan maruah dan harga diri. Patutlah, tiada satu pun kisah mengenai PM yang difilemkan. Hal ini kerana, PM kita terlalu teruk!

Presidente Romantico (Korean Movie) 1/8

Selawat Nariyah


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

24 Jamadil Akhir, 1435 | 24 April, 2014

Hujan pagi ini, melarat-larat hingga ke tengah hari. Saya melalui hari-hari yang gelap! Gelap segelap-gelapnya. Kegelapan yang membawa padah! Banyak urusan yang saya rasa sudah tergendala!

Malam ini makan-makan di Haslam. Terjerembat dengan Pak Abu. Lalu beliau pun berpesan, "Nanti selepas ini, naik ke atas, ambil cek."

Dapat jua saya lihat duit berkurangan. Saya fikir, perlu juga saya melipatgandakan usaha untuk menulis lebih gigih bertujuan bagi mendapatkan duit lebih. Apakah saya mesti menjual hakcipta buku-buku saya nanti?

"Nurfair pun ada jual juga, buku-buku dekat PWTC tu..." kata Pyan, bila saya 'melarang' secara tersirat usaha-usaha kaum revolusioner yang kelihatan suka dan berbangga membeli buku-buku di sana.

Malam ini saya menukang karangan darihal perbezaan antara budaya ilmu dan budaya membaca agar rakyat dan revolusioner tidak keliru sehingga menilai keghairahan membaca itu sebagai budaya ilmu pula nantinya.

Malam ini, membuat kajian-kajian ke atas pemikiran-pemikiran yang sarat berat sebagai langkah persediaan untuk mengguling Najib Razak di benua Putrajaya!

What is God's Judgment?

Schuon's Audience

Reading Metaphysical Books

Budaya Ilmu, Prof Wan Mohd Noor

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

21 Jamadil Akhir, 1435 | 21 April, 2014

Saya temui lagu Bulan Mengambang (P Ramlee) di tetuang udara saluran Klasik Nasional pada 6:39 petang ini selepas hujan selesai mengamuk!

Petang ini, emak telefon, bertanyakan saya, bilakah saya akan pulang ke Pendang? Jika lepas 24 April, maka kata emak, lebih baik saya ke Pulau Pinang. Di sana, saya akan terus menuju ke konvokesyen Kaktie.

Buku yang Kakti hilang itu pun sudah dijumpai. Alhamdulillah. Syukurlah! Kalau tidak, sulit dia hendak ambil skrol ijazah Ph.D beliau itu. Saya rasa semakin semangat hendak menyambung pengajian master pula.

Petang ini, menerima pertanyaan Alo melalui sms, "Kenapa cerpen tiada nama?"

Rupa-rupanya...cerpen Ahkarim tu tiada nama. Saya berjanji akan letakkan ralat pada malam ini. Tapi, Pyan mencadangkan supaya ralat itu ditulis pada 'deadline', Khamis malam Jumaat depan. Saya angguk setuju...

Kompilasi bahan-bahan lama TV Malaysia (RTM) dari tahun 1963 sehingga 1990-an


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

16 Jamadil Akhir, 1435 | 16 April, 2014

Menghantar biodata kepada Zalila Isa berkaitan penerbitan buku. Subuh ini, saya dapat tafsiran baharu darihal 'ahli bait' merujuk Surah Quraisy.

Iaitulah 'ahli bait' itu juga insan atau sekumpulan manusia (bani) yang juga dipilih Tuhan bagi memelihara Al-Bait (Kaabah) sebagai Rumah Allah.

Orang-orang Quraisy, pernah berdakwah di Alam Melayu. Jadi, Quraisy juga ada dalam kalangan orang Melayu hari ini. Saya akan masukkan catatan ini dalam Tafsir al-Fansuri.

http://www.youtube.com/watch?v=Mi88P7KfaMA -- To Kill A Mockingbird (trailer)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

15 Jamadil Akhir, 1435 | 15 April, 2014

Dimarahi orang-orang di pejabat atas pertuduhan pencerobohan di bilik Alo. Di Old Town, Alo bercerita mengenai masalah beliau di Langkawi.

Masyi tanya sama ada saya ada buat pinjaman di Bank Islam atau pun membuat kad kredit di bank itu. Saya fikir, mungkin hal ini membolehkan saya mula membuat kad kredit tersebut dengan bantuan Masyi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

14 Jamadil Akhir, 1435 | 14 April, 2014

Hari ini... Maktab Mahmud Alur Setar (MMAS) terbakar pada 11 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua pelajar sedang berada di kelas mereka.

Kisah ini mengingatkan saya ke atas peristiwa pilu melibatkan kebakaran di Pondok Pak Ya di Yan, Kedah itu.

Kebetulan malam ini saya bertemu semula sebuah filem, telemovie(?) berhubung kejadian kebakaran Pondok Pak Ya itu. Ada waris dan kaum kerabat yang mengizinkan agar kisah itu dilakon siarkan semula.

Apakah filem mengenai kisah-kisah kami di Maktab Mahmud ni boleh difilemkan semula? Walaupun ia tidak terkait dengan kisah-kisah kebakaran itu?

Pondok Pakya 2014 full

Ustaz Azhar Idrus - Nikah Khitbah (Gantung)

Nirvana

LAGA FULL MOVIE

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

10 Jamadil Akhir, 1435 | 10 April, 2014

Malam ini... temui Finding Neverland bila saya terlihat iklan Neverland di TV2. Ia berlatarkan kisah-kisah manusia yang hidup pada zaman klasik

Di pejabat, Arif cakap kepada Alo tentang hal Felda di mahkamah dan dengan surat Kosher. Saya sedikit terkejut awalnya. Surat kuasa?

"K-O-S-H-E-R," kata Arif, mengeja huruf Kosher itu satu per satu.

"Bunyinya macam nama restoran Yahudi tu?" kata saya, mengalihkan wajah daripada PC di bilik Alo.

"A'ah, betullah tu," kata Arif, "memang nama restoran Yahudi pun."

Entah bagaimana boleh wujud hubungan restoran Kosher Yahudi ini dengan Felda, saya pun tak begitu pasti.

Tujuan Arif naik ke aras dua di pejabat ini asalnya kerana hendak menemui saya. Dia hendak beritahu perihal kewujudan acara mesyuarat kampung warisan di benua Gombak yang diperjuangkan oleh Pak Daud.

"Aku patutnya nak kena pergi mesyuarat ni," kata Arif. "Tapi, tiba-tiba ada lagi berita nak disiapkan. Kau boleh pergi tak?"

Saya geleng-geleng kepala. Nak pergi pun tidak boleh sebab 'deadline' akhbar. Kata rakan saya itu, jikalau hendak pergi mesyuarat itu pun ok juga, sebab saya boleh tanya hal kewujudan al-Quran di bawah lautan.

Malam ini, dapat minyak wangi Saudi Arabia daripada Alo. Saya dah lama terfikir hendak mengarang perihal kedudukan Raja Abdullah di benua Saudi Arabia itu sebagai Yahudi Mekah yang disebut dalam hadis nabi.

Malam ini di Haslam, berbincang mengenai pembukaan kedai burger dan Nasi Arab Kak Siti sebagai projek kami sementara menanti hari-hari tua kami. Kami cadang, nak buat restoran yang 'mesra pejabat'.

"Ertinya, sesiapa pun boleh buat kerja pejabatnya di situ," berkata Pyan. "Aku dulu, ada cadang nak buat juga projek macam tu." 

Jikalau restoran ni siap, makanya kami boleh dapat dana untuk gulingkan Najib Razak dan tumbangkan rejim Yahudi Mekah (Raja Abdullah of Saudi Arabia) pada masa depan!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

9 Jamadil Akhir, 1435 | 9 April, 2014

Pagi ini, Kinon letak satu klip video mengenai ucapan Syeikh Sya'rawi yang menegur Hosni Mubarak secara terbuka.Kisah inilah yang kerap dia beritahu sejak lama-lama dahulu saat dia masih berkuliah di Al-Azhar. 

Saya dapati, pesanan syeikh Sya'rawi yang terpenting itu ada di hujungnya yang berbunyi seperti berikut...

"Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar)...

"Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)."

Syeikh Sya'rawi memberi dua pilihan. Pilihan manakah yang setepatnya pada masa kini. Tunduk menyerah kalah kepada kezaliman, atau terus berjihad untuk memenangkan kebenaran guna membatalkan kezaliman? 

SYEIKH SYA'RAWI TEGUR MUBARAK Contoh Cara2 Menegur Pemimpin oleh Ulama Al-Azhar

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

8 Jamadil Akhir, 1435 | 8 April, 2014

Pagi hingga ke malam baru terjumpa klip video mengenai orang Yahudi Nusantara. Mereka hadir di Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan jua Indonesia. Berikutan tragedi kehilangan MH370, saya fikir banyak hal jua. 

Misalnya, tentera Amerika Syarikat sudah masuk ke lapangan terbang di KLIA. Mungkinkah Yahudi Nusantara akan diberi peranan untuk lawan kaum revolusioner di seluruh benua Nusantara pula nantinya? 

Malam ini... berkenalan dengan Yaakov Baruch ~ seorang Minahasa di benua Menado yang bertukar agama kepada Yahudi di Indonesia. Ertinya, kecenderungan Melayu tukar agama kepada Yahudi mungkin ada jua! 

A New York Jew in China - The Jews of Malaysia and Singapore

A New York Jew in China

The Jewish Communities of Old Shanghai

Indonesia's Jewish Micro-Minority

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

7 Jamadil Akhir, 1435 | 7 April, 2014

Baru saja pulang dari Baling dan Pulau Pinang. Keletihan dek rancangan penggulingan Najib Razak di benua Putrajaya. 

Mutakhir ini seingat saya dalam sehari dua ini di Baling, nafsu ini ghairah memuncak-muncak dan ia pun mula mematuk-matuk ke dalam jiwa. 

Mungkin hal ini terjadi kerana diri ini mula meninggalkan wirid agaknya? 


Malam ini, meneroka lagi filem Kavkavzkaya Plennitsa di rangkaian internet. Juga, saya temui penemuan hal-hal yang bersabit dengan kependudukan Yahudi di benua Pulau Pinang dan Melaka itu. 

Ramai yang ingin berjuang melawan Yahudi. Tetapi ilmu dan pengetahuan mereka tentang Yahudi tidak kuat. Di sini, kita perlu kukuh kuatkan kajian kita berhubung Yahudi di pergunungan Caucasus (Kavkazskaya) itu.

Кавказская пленница - Если Б Я Был Султан HD

Walaupun ada kemungkinan besar Yahudi Caucasus Rusia yang kini berada di Israel, Palestin, tapi kerusiaan Natalya Varley itu tetap menggamit kenangan dan mematuk-matuk terhadap diri.

Natalya Varley...walaupun dalam keadaan wajah marah-marah, kelat dan kusam masam wajahnya, dia tetap comel dan manis dipandang mata. Masih adakah lagi gadis-gadis yang berpenampilan 'comel' seperti dia ini? 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4 Jamadil Akhir, 1435 | 4 April, 2014

Ke Rumah Pena malam ini, bertemu Ijamala. Tetapi...suasananya muram dan suram pada ini malam. Hajat bertemu Ijamala tiada kesampaian. 

Malam ini menonton Watch Raiders of the Lost Ark (1981). Ia bercerita mengenai bahtera yang hilang. Mungkin bahtera Nabi Nuh a.s? 

Dan disebutkan hal Yahudi, Nazi, Hitler dan Fuhrer. Barat dalam acuan Hitler turut dikata terlibat dengan kepercayaan mistik, mencari kuasa ghaib dengan memiliki benda sebegini. 

Rasanya kebanyakan penguasa zaman moden dan pasca moderen turut mengamalkan ilmu-ilmu sihir ini. Apa yang sedang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat, mestilah diteruskan secara berterusan! 

Anwar: Malaysia didn't just lose MH370, it lost its credibility

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3 Jamadil Akhir, 1435 | 3 April, 2014

Petang ini, terdengar bualan antara Alo dan Juhani mengenai hal-hal di Syria. Kata Alo telah ada mujahidin di negara yang sedang bergolak itu. 

"Takut depa sokong orang yang salah," berkata Juhani. "Sedangkan yang ada di Facebook pun, dah ulas benda-benda yang salah."

Alo kata, "Kalau revolusi Ali ni tak pa, kita dah tau dah. Suruh mai pukul 9 pagi, jam 5 petang baru dia sampai..."

Lepas Maghrib, Juhani berbual dengan saya dalam bilik Alo. Saya tanya kembali persoalan tadi petang, iaitu mengenai persoalan Syria. Akhirnya, saya dapat tahu bahawa ada kumpulan 'mujahidin media'.

"Cuba cari nama Faisal Hamdi," kata Juhani. "Dia banyak ambil gambar tentang keadaan Syria."

Malam ini, terjumpa Kavkazskaya Plennitsa. Buat pertama kali, saya temuinya dalam Airways Uzbekistan.

Bahagian Pertama

 


Bahagian Kedua




Nama heroin dalam filem ini, Natalya Varley. Beliau sangat cantik, anggun dan menawan sekali!

Currently have 0 comments: