Tsunami Februari, 2014
Hujan malam ini. Tadi siang, solat Istisqa' dibuat di Selangor. Hanyalah Free Malaysia Today saja yang buat laporan. Demikian lapor Al-Abror. Malam ini, bergaduh dengan Sang Gedembai. Isunya, adalah gereja yang dikaitkan dengan Anwar dan PR. Semua ini, gara-gara PRK di Kajang.
Terjumpa dokumentari Katharine Hepburn. Dalam filem The Aviator, saya teringat bahawa Howard Hughes ada berhubungan dengan pelakon wanita Katherine Hepburn yang keluarganya beraliran Sosialis.
Dinner with the Hepburns
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
26 Rabi'ul Awwal, 1435 | 26 Februari, 2014
Malam ini... ada penemuan tentang Qaqula. Arif yang maklumkan saya dengan merujuk buku Pengembaraan Ibn Battuta (Ross E Dunn), terbitan Penerbit Universiti Malaya. Catatan itu tertuang di halaman 271...
"...Laluan perjalanannya ke Selat Melaka, yang mungkin berlaku pada akhir musim dingin 1345 - 46, adalah sebuah teka-teki, kerana bahagian ini dalam Rihla kelam-kabut dan barangkali tidak teratur baik. Kapal itu berhenti sekali di sebuah negara kecil etnik Indo-China di sepanjang pantai sebelah barta Burma (Myanmar). Rombongan penumpang kapal itu menyampaikan hadiah kepada ketua tempatan (yang tampil dengan pakaian kulit kambing dan menunggang seekor gajah), kemudian berjual-beli dan belayar meninggalkan tempat itu.
"Pemberhentian kedua ialah di sebuah pelabuhan bernama Qaqula (Kakula, atau Qaqulla), sebuah sarang lanun. Pelabuhan itu mungkin terletak di suatu tempat di sepanjang Pantai Tenasserim di sisi sebelah barat Semenanjung Melayu. Di sini Ibn Battuta mengunjungi kota yang berdinding kayu, dan menerima sikap ramah seorang penguasa Melayu yang kafir selama tiga hari. Ia juga menyaksikan suatu perlakuan kejam apabila salah seorang pesuruh penguasa itu memenggal lehernya sendiri sebagai suatu bukti akan ketaatannya kepada raja."
Arif beritahu saya, bahawa Amir Wijaya menyatakan kepadanya bahawa Tenasserim itu adalah Tanah Sari. Malam ini, juga Hambali minta saya ke Kelantan, menaiki kereta api turun ke Pasir Mas.
Ustaz Kamaruddin Kassim mengirim perkembangan mengenai 'radio bebas' di Selatan Thai. Di WhatsApp, tiba-tiba saya tercerita tentang hal madu lebah Dato' Hashim Menjaro. Ini semua gara-gara Fat dan yang nak mem'Pehin'kan segala orang yang ada di dalam WhatsApp tersebut..
Malam ni Pauline Fan bertanya mengenai Khojaly di Azerbaijan di WhatsApp. Saya tidak sempat menjawab pertanyaan tersebut. Saya pun belum siap menukang kisah-kisah gelap di pekan Khojaly yang berdarah itu.
Malam ini sudah jawab jemputan ke Majlis Ulang Tahun CASIS. Tempatnya terhad pada 150 orang sahaja. Tiba-tiba, saya rasa deja vu. Saya rasa, inilah antara gambaran yang pernah saya mimpikan sebelum ini.
Dalam Hawaii Five-O, berkenalan dengan Alexie Gilmore...
Ya Rabbi! Comey betui Twinkle Khanna!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
24 Rabi'ul Awwal, 1435 | 24 Februari, 2014
Terjerembat dengan Al-Akiti kat Haslam. Banyak berbual-bual dengan Arif malam ini. Antaranya hal melihat al-Quran di dasar lautan sekitar Sungai Linggi. Berkenalan dengan komrad Bie of Cheras.
"Esok saya ke Manjung," kata Bie, bila saya kemukakan hasrat hendak tidur kerana acara revolusi esok.
Antara kutukan pada malam ini adalah program Street Dakwah anjuran Pemuda Pas. Kata Arif, tidak sesuai hal solat di ruang awam sekitar Sogo. Saya bersetuju dengan pandangan Arif itu.
"Aku fikir, Street Dakwah ini, memadai sahaja dengan pengedaran risalah," kata saya. Pada saya, hal dakwah ini, memadailah jika tiada unsur 'mengada-ngada' dalam kerja buat dakwah kita itu.
Esok ada acara pra-revolusi di Kedutaan Azerbaijan. Saya sudah berjanji dengan Pauline bahawa saya akan tiba untuk acara tersebut. Ini peluang untuk menjalinkan hubungan dan meramaikan jaringan demi revolusi!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
20 Rabi'ul Awwal, 1435 | 20 Februari, 2014
Balik ke Kuala Lumpur. Malam menukang bahan sastera di pejabat. Dapat cek dan membuat kajian ke atas klip-klip video fiilem itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
18 Rabi'ul Awwal, 1435 | 18 Februari, 2014
Ke rumah Chu Mid pagi ni terjerembat dengan Ki Non. Di rumah Chu Mid, saya lihat Encik Halim sudah beli alat pengeras suara yang boleh meninggikan suara Chu Mid yang terlalu perlahan itu.
Bincang-bincang dengan Ki Non membuatkan saya terus menjemput beliau untuk bersama-sama melihat al-Quran di bawah lautan yang Pak Daud katakan tidak lama dahulu.
"Kita boleh tengok al-Quran itu di sepanjang bulan di mana tarikh masehi dan hijrah sama sepanjang bulan itu," itu kata saya kepada Ki Non. Seperti biasa, Ki tidak membantah.
Saya fikir ada satu kemajuan apabila Ki sudah menetap di Nilai. Rumah beliau itu telah tidak jauh dengan Sungai Linggi yang terletak di daerah persempadanan antara Negeri Sembilan dan Melaka.
Itu yang kami bualkan sedikit di coconut Shake selepas tamat kuliah Chu Mid pada pagi ini. Kata Ki Non ada seorang rakannya yang berpuas hati dengan penerangan Chu Mid berhubung alam jin itu.
"Sebab tu, aku rasa kita perlu rakam syarahan Futuuhat Makkiyyah," kata saya kepada Ki. Idea mahu merakamkan syarahan ini sudah lama juga saya maklumkan di dalam WhatsApp.
Petang semakin panas. Kami berdua terus ke pejabat Pak Dan yang terletak di Jalan Pegawai, Alur Setar untuk bermesyuarat mengenai garis-garis perjuangan penggulingan Najib Razak di benua Putrajaya.
Sampai pejabat Pak Dan, saya dengar dua kisah menarik tentang kehidupan Ki di Mesir. Dia pernah juga memetik buah-buahan di Eropah. Dia juga pernah naik kapal berlayar dari benua Mesir menuju Mekah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
16 Rabi'ul Awwal, 1435 | 16 Februari, 2014
Ahli bait keluar mencari kasut untuk kembara kami ke benua Uzbekistan. Tinggal saya sendiri di rumah, di benua Pendang, menukang bahan sastera untuk esok. Lebih baik saya siapkan lebih awal.
Ini kerana, esoknya, saya mahu ke benua Butterworth untuk mengambil kitab Syamail Muhammadiyah. Megat dan Kinon sudah meminta Mie Kechik menyerahkan kitab itu kepada saya.
Rupa-rupanya, Mie Kechik sudah pun menjadi pegawai agama di benua Butterworth itu. Namun, cerita Asyraf yang paling memilukan. Dia sudah bercerai dan anaknya sudah terpisah daripadanya.
"Walau dia bapa...tetapi keluarga bekas mertuanya tidak mahu dia bertemu anaknya yang masih kecil itu," kata kawan-kawan dalam WhatsApp Nahnu Maahadan pagi tadi.
Orang-orang seperti saya ini kalau ditimpa musibah, pasti disebabkan dosa-dosa saya. Kalau orang yang jujur, baik dan lurus seperti Asyraf, maka ujian ke atasnya barangkalil bukan untuk penebusan dosa.
Malahan, ujian ini untuk mengangkat jiwanya ke martabat yang lebih tinggi agar sampai kepada Allah. Kalau andaian
Malam ini, saya muat turun Gending Sriwijaya dan saya buat kajian ke atas filem-filem di bawah ini...
Saya jumpa Semar dalam filem Jokowi. Katanya, Semar itu cuma abdi. Tapi, biarpun dia abdi, namun ia titisan dewa-dewa juga. 'Khutbah' mengenai Semar ini ditunjukkan pada minit ke-18 lebih kurang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3 Rabi'ul Awwal, 1435 | 3 Februari, 2014
Di Mee Bandung Muar Jalan Pahang Barat, saya maklumkan kedudukan kisah al-Quran tertua di dunia yang ada di Tanah Melayu kepada Alo. Arif juga hadir sama dalam bualan itu. Kami berbual hal kursus penulisan.
Berkaitan kewujudan al-Quran zaman Rasulullah s.a.w itu, Alo sulit hendak percaya sedikit. Rasa kesal juga bila bercerita mengenai hal ini. Tapi, saya ceritakan juga kerana bagi saya, beliau patut tahu cerita ini.
"Mula dengar cerita ni, syok juga," kata Alo. "Tapi, bila dah sebut nama Dr M, susah nak percaya."
Saya meminta Arif hantar sms kepada Pak Daud, jika betul, bulan ini, di mana tarikh Masihinya sama dengan tarikh Hijrah, di mana al-Quran yang terawal itu boleh dilihat. Sama ada ia diletak di bawah dasar laut atau di dasar Sungai Langat. Tapi, saya rasa ia di bawah dasar laut. Di Sungai Langat itu, ada serpihan kayu kokka.
Kayu kokka itulah yang dipercayai kononnya kayu yang digunakan untuk membina bahtera Nabi Nuh a.s.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2 Rabi'ul Awwal, 1435 | 2 Februari, 2014
Currently have 0 comments: