Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Luka Januari, 2014

Tuesday, December 31, 2013 , Posted by nota untuk Syiah at 2:21 PM

27 Rabi'ul Awwal, 1435 | 29 Januari, 2014

Orang-orang di Facebook tengah hangat berpesta mengutuk Anwar, Azmin dan Khalid atas isu pengunduran Dun Kajang baru-baru ini.

Saya tentu sahaja tidak dapat menyatakan isi fikiran mengenai hal ini sebab saya sendiri belum mendapat maklumat yang tepat berhubung peristiwa ini.

Malam ini terjumpa kembali filem Bad Ass di Tube Plus. Seperti biasa, ia adalah filem yang tiada moral. Tapi, saya tonton juga atas nama kononnya pengajaran.

http://www.tubeplus.me/player/1974641/Bad_Ass/

Terjumpa e-mel Lila berhubung pembukuan ITNM. Beliau memohon maaf kerana beberapa penyuntingan ini terpaksa dilakukan ke atas bahagian dedikasi. Saya faham benar kesulitan yang mereka sedang hadapi.

"Berkenaan dengan dedikasi yang telah dihantar, kami mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan hal-hal yang berkaitan dengan sensitiviti politik," kata Lila lewat emel beliau kelmarin.

Saya kan menjawab emel itu kemudiannya. Lebih baik ditumpukan urusan di benua Kajang. Isu Nurul Izzah bercerai pun tenggelam berikutan isu-isu pilihan raya Kajang ini. Secara tak langsung, Nurul Izzah 'selamat'.

Anwar Ibrahim Calon Untuk Dun Kajang N25

Terjumpa filem Laga yang menampilkan Mirasih Tyas Endah dari benua Indonesia. Kajian terhadap beliau ini membuat saya terjerembat filem Hantu Budeg pula akhirnya. Ya, sebuah lagi filem yang tidak bermoral.

Hantu Budeg 2012-Indonesian Movie

Sekali imbas... saya wajah Mirasih Tyas Endah ini, seperti wajahnya pelakon Singapura; El-Faeza itu. Ramai orang yang memiliki wajah yang seiras. Konon, ada tujuh orang yang wajahnya seperti kita di dunia ini.

Wallahu'alam. Semoga, yang wajahnya seperti Najib Razak, tiada berperangai dia seperti beliau jua. Ameen!

~~~~~~~~~~~~~~

26 Rabi'ul Awwal, 1435 | 28 Januari, 2014

Tiba-tiba, lepas tamat 'deadline', saya rasa sakit dada. Entah kenapa? Malam ini saya bangunkan teguran ke atas Riza Aziz yang galak 'meraba' Margot Robbie.

Bagaimanakah kebudayaan kita ini nak dibangunkan kalau sejumlah dana besar; RM326 juta telah diberi kepada anak tiri Najib, dan anak Rosmah untuk hal-hal yang bersabit dengan kepentingan peribadinya sendiri.

Pagi ini, saya sunting babak yang penting, iaitu pesan Abdullah Pak Him kepada Umno supaya tidak mengaut kekayaan negara demi keuntungan sendiri.


Oleh sebab saya masukkan status mengenai cerita Dr M minta tarikh pilihan raya dekat Haji Daq, Pendang, maka Kak Wan bertanya tentang Tajul Muluk dan hal yang berkaitan dengan penentuan tarikh pilihan raya.

"Masa menentukan tarikh pilihan raya..." kata Kak Wan tergantung, seperti dia sedang lindungi sesuatu.

Saya beritahu Kak Wan, bahawa ilmu falak adalah ilmu yang memandu kita dalam menentukan tarikh-tarikh yang sesuai bagi meneruskan usaha menggulingkan Najib Razak di benua Putrajaya.

Pagi ini, saya menemui filem penuh 1957, HATI MALAYA - http://vimeo.com/23439244 -

Saya fikir, bagi memahami semula sejarah negara, setiap insan perlu baca dan tadarus filem-filem bersejarah.

KIAS TERSIRAT DATO ONN JAAFAR

Sejak Pauline kirim lagu Hasta Siempre Comandante Che Guevara, maka saya pun jadi asyik benar dengan lagu-lagu itu. Terkini, saya bertembung pula dengan penyanyi baru yang bernama Jahmila. Mungkinkah nama dia Jamila dan mungkinkah nenek moyang beliau pun Muslim juga pada suatu ketika dahulu?

Hasta Siempre Comandante - Jahmila

Sebelum ini, saya temui nama Ibrahim Ferrer yang menyanyikan Hasta Siempre Comandante Che Guevara. Adakah beliau Muslim di benua Cuba, atau nenek moyangnya pernah jadi Muslim pada suatu ketika dahulu?

~~~~~~~~~~~~~~

23 Rabi'ul Awwal, 1435 | 25 Januari, 2014

Malam ini...masuk pejabat. Sebelum itu, pekena roti canai dua keping di Rafiya. Terjumpa kisah When In Rome. Kisah cinta yang terpancar akibat balingan duit syiling ke dalam pancuran air itu sangat memikat hati saya untuk memikirkannya.

Nama pancuran air itu - Fontana D'Amore. Saya tidaklah sempat temui Fontana D'Amore ketika berlayar ke benua Rom dahulu kerana kami agak 'rushing' jua.

Bagaimanapun tetiba saya bertembung kuliah Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid yang terkait dengan Nur Muhammad. Ia membuka fikiran saya ke arah lain pula.

Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid: NUR MUHAMMAD SAW

Sepotong ayat daripada Surah al-Ma'idah (5), ayat 15 tiba-tiba membangkitkan fikiran baru. Rupa-rupanya, ayat berkait Nur Muhammad ini telah diseru ke atas Ahli Kitab dalam ayat ini. Maka, saya fikir dakwah yang paling afdal dikenakan ke atas ahli kitab adalah pengenalan ke atas Nur Muhammad itu sendiri.

Rupa-rupanya, ada dua versi When in Rome. Yang saya tonton semalam adalah 2010. Fontana D'Amore itu pernah wujud rupa-rupanya dalam When in Rome versi terdahulu sebelumnya; (2002).

When in Rome

Lewat filem ini, saya berkenalan dengan Leslie Danon yang memegang watak Jaime. Beliau sungguh jelita! Di dalam filem lain, saya lihat beliau juga muncul dalam filem Sometimes They Come Back Again (1996).


~~~~~~~~~~~~~~

22 Rabi'ul Awwal, 1435 | 24 Januari, 2014

Malam ni menonton The Last Airbender (tv3) / Shanghal (tv2). Menyemak Final Destination (horror movie), Lena Headey (google), Ashley (Person of Interest) dan Hotel Royal Manhattan. Di Misteri Nusantara, bertemu Telaga 7 Beradik di Batu Kurau, Perak.

Lewat Live From Abbey Road, bertembung Codaine Bailey Rae (Court Pastry Heart) / Wynton Marsalis (Free To Be / Just Friends) / Cnarls Barkley (Who Scared You) / Manu Chao (Mellaman Calle, BEST!), Antony and the Johnson (You Are My Sister).

Dalam Yesterday Once More, Gloria Ting temu bual penyanyi Waheeda. Berkata penyanyi itu, keluarganya adalah seperti keluarga Von Trapp versi Malay.

Kata Waheeda, dia meminati Paul Anka, Clark Cable. Saya catit dalam nota ~ Crazy Little Thing Call Love, Sway, Hero (lagu best) dan Sweet Dreams.

Hari ini dengar berita Harun Din dan Harun Taib dah masuk hospital. Pas kena ketengahkan orang yang sihat untuk pimpin parti agar jemaah bertenaga. Jangan dikirim orang yang ada masalah kesihatan dalam PRU.

Seorang teman menitipkan kata di Facebook, "Dr Khairudin Aljunied dari NUS dalam seminar IIIT ada memberitahu bahawa syarikat-syarikat multinasional di Singapura menggalakkan pekerja mereka menguasai bahasa Arab untuk melobi projek billion dolar dari negara Arab yang kaya raya. Kita masih belum selesai berdebat isu PPSMI."

Saya kata, mereka adalah kapitalis yang menggunakan bahasa apa sahaja untuk kaut keuntungan. Kalau BM boleh jadi bahasa dagangan, maka bahasa Melayu akan dikuasai oleh syarikat multinasional Singapura itu.

Possession (Thriller,2013,USA) FULL MOVIE in English

Jawapan Habib Ali berhubung kedudukan Habaib

~~~~~~~~~~~~~~ 

20 Rabi'ul Awwal, 1435 | 22 Januari, 2014

Pagi ini... menyunting filem Sesudah Subuh di mana di dalamnya ada dialog yang terkait dengan isu-isu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Saya fikir babak ini perlu diangkat sebagai usaha untuk menunjukkan bahawa P. Ramlee juga ada usaha mewujudkan kepekaan ke atas isu-isu bahasa Melayu.

Isu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Malam ini, mengkaji bahan-bahan youtube seperti berikut...

PERSPEKTIF POLITIK - Tun Mahathir : Nik Aziz Cemarkan Dirinya Sendiri

Dr. Mahathir Muhammad's Special Interview in Dunya News Special

Lewat temu bual ini, Dr Mahathir Mohamad bercakap perihal Revolusi. Beliau ditemu bual Zunaira Azhar.


Dr. Mahathir Mohamad

Salamiah Hassan - Gelombang

Comandante Che Guevara

Khabarnya, di Melaka, harga sayur kangkung sudah melonjak naik harganya kepada 50 sen mulai hari ini.. Kata Pyanhabib, sumber itu dipungutnya daripada Berita TV Al Hijrah.

"Kapitalis sungguh," kata Pyanhabib. Kalau ia adalah berita perkhabaran sebenar, maka, Najib Razak kini akan berdepan dengan masalah kedua, iaitu, beliau bakal dihinakan dalam gelombang kangkung kali kedua.

Pagi dinihari ini, menonton V for Vandetta... ~~~ http://www.tubeplus.me/player/1679903/V_for_Vendetta/

~~~~~~~~~~~~~~ 

19 Rabi'ul Awwal, 1435 | 21 Januari, 2014

Di pejabat, dua halaman jadi kosong. Saya tidak dikunjungi ilham untuk tulis lagi untuk bahagian yang kosong itu. Tiada kuasa saya hendak aktif seperti dahulu.

Pagi dinihari ini, mendengar khabar berita, bahawa Kassim Masdor sudah pergi meninggalkan kita. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un. Al-Fatihah...

Noh Omar cabar Khalid Samad supaya mendebatkan isu kalimah Allah di Sinar Harian. Saya percaya debat yang Noh Omar majukan ini bermotifkan politik.

Malam ini, berterusan melayan beberapa buah laman yang terkait dengan usaha-usaha penggulingan.

http://www.youtube.com/watch?v=PiYnfP2yL7M --- King David

http://en.wikipedia.org/wiki/The_Wolf_of_Wall_Street_(2013_film)
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_films_that_most_frequently_use_the_word_%22fuck%22
http://en.wikipedia.org/wiki/Scarface_(1983_film)

http://www.tubeplus.me/player/1968630/Friends_with_Kids/ -film terbitan Riza Aziz (anak tiri Najib Razak). Saya melihat ada buku The God Delusion (Richard Dawkins) pada awal-awal filem ini.

Someone Like You

Price Tag

The Ten Commandments (2007 Full Movie HD)

3 great scholars of ASWJ together in Sufism

~~~~~~~~~~~~~~

16 Rabi'ul Awwal, 1435 | 18 Januari, 2014 

Ada satu filem yang baru saya tonton menyebabkan saya boleh menemui semula satu keindahan yang pernah diungkap oleh Elvis Pressly kepada kekasihnya. 

"Crystal, chandeliers," hal kecantikan ini diulangi lagi malam ini. Rupa-rupanya ia sejenis lampu yang indah diperbuat daripada kristal. Tetapi Elvis sebut crystal, chandeliers dengan lebih indah lagi lewat A House That Has Everything.

I can see you now, living like a queen
In a house that has everything, everything but love
CRYSTAL, CHANDELIERS, chauffeured, limousines
Yes, you'll really have everything, everything but love

I see diamonds and sables
Sapphires and pearls, and as the picture clears
Poor little rich girl sitting all alone
Counting her treasures in tears

Better just a shack, where two people care
Than a house that has everything, everything but love

I see diamonds, sables
Sapphires and pearls, and as the picture clears
Poor little rich girl sitting all alone
Counting her treasures in tears

Better just a shack, where two people care
Than a house that has everything, everything but love
Than a house that has everything, everything but love

A House That Has Everything But Love

Sayang. Filem klasik koboi di TV2 tadi, tiada saya ketahui judulnya. Tapi pelakon utamanya Lee Van Cleef. 

Bagaimanapun, yang sempat dicatat adalah perkataan berikut ~ Collier / ... / El Lobo di cantina / Rodriguez / Griffin / Rosita / beli senjata untuk Indian / semangat yang menari, bukan jasad, pepatah Indian. 

Tapi, belum jumpa filem sebenar. Apa pun, hasil kajian, saya dapati Enam Jahanam (1969) terilham daripada The Bravados (1958). Malam ini semak She's Out My League. Di sini, ditemui Patty dan Katie McCleish. 


Mengenali Alice Eve lalu terjerembat dengan lagu Queenie Eye di mana Alice pernah berlakon di dalamnya.  

Queenie Eye


Antara kajian lagho lain adalah Mamie Van Doren. Antara klip video tentang beliau adalah seperti berikut:- 

Mamie van Doren - Vi Victor in Girls, Guns & Gangsters

Mamie Van Doren Hey Mama!

Mamie Van Doren

High School Confidential - Mamie Van Doren (1958)

Mamie Van Doren Burlesque Entertainment

~~~~~~~~~~~~~~

14 Rabi'ul Awwal, 1435 | 16 Januari, 2014 

Malam ini, berbual hal 'sejarah gelap' pekerja akhbar Watan ketika awal-awal 90-an. Pyan ceritakan hal ini di Haslam sambil kami pekena kopi tarik.

"Ada kaki minum, sembahyang pun boleh kira berapa kerat ja...." katanya. "Masa aku mula masuk kerja, terkejut tengok perempuan hisap rokok."

Antara semua pekerja di situ, maka tersebutlah alkisahnya kartunis Gayour. Dan menurut Pyan, watak Gayour boleh dikatakan bagus juga. Dia tak suka lepak. 

"Kat sana ada Press Night, tapi Gayour ni susah sikit nak bersama kami," kata Pyan lagi. "Kerjanya banyak siap dan tersusun mengikut jadual. Nampak ja dia begitu. Tapi, dia jaga sembahyang."

Pulang ke pejabat, saya buat bacaan sedikit tentang hubungan Melayu dan Jepun. Penemuan sebilah keris di Kepulauan Ryukyu seperti yang dilaporkan The Star (2003) membuatkan saya semakin yakin bahawa Jepun dan Melayu pernah berhubungan seperti yang digambarkan di dalam Hikayat Hang Tuah itu. 




XIII bercerita mengenai revolusi di Cuba malam ini. Hero XIII jadi revolusioner Elcascador pada malam ini. Dia mempunyai seorang 'isteri' bernama Maria. Hero XIII ini hilang ingatan. Saya rasa, usaha dia mengingati kembali siapakah dirinya yang sejati adalah juga usaha tiap-tiap jiwa dalam usaha mengenali Sang Pencipta. 

Kita adalah insan, jiwa-jiwa yang terlupa kepada isi Perjanjian Agung. Perjanjian itu pernah terjadi pada satu masa yang azali. Usaha XIII mengingati siapa dirinya adalah seperti perjuangan setiap jiwa yang mengembara di dunia ini guna mencari jawapan ke atas persoalan agung ~ siapakah dirinya dan siapakah Pencipta-Nya...

Alam - P Ramlee


Kangkungku Popo


Kesaksian Pak Saija pada minit ke-14:17


Listen - Nicki Aina


Nicki Aina - Rindu


BAKAT MEDIA HIBURAN 2013 (NIK FATIN AINI - TENTANG RASA)

Oleh kerana saya jarang ikuti dunia hiburan masa kini, saya tak tahu bahawa selebriti muda hari ini pun sudah ikut terjebak dalam perjuangan rakyat. Baru kenal Nik Fatin Aini, Nicki Aina lewat klip Kangkungku Popo.

Comel jugaks depa ni... Hiks, hiks, hiks...

~~~~~~~~~~~~~~ 

13 Rabi'ul Awwal, 1435 | 15 Januari, 2014


Di WhatsApp Nahnu Maahadan, Ki Non berkata, beliau setuju dengan fikiran saya tentang usul mengaji talaqqi kitab Futuuhaat Makkiyyah dengan Chu Mid. 

"Kalau kita ada naskhah kitab Futuuhaat yang sama cetakan agaknya lebih seronok kita sama-sama talaqqi dengan TG Paksu Mid...

"Ali cuba set dengan Paksu group kita hari apa...kita cuba ejas..." kata Ki Non. Alhamdulillah, rupa-rupanya, ada juga yang berhajat bertalaqqi Futuuhaat Makkiyyah dengan Chu Mid of Bukit Tembaga itu. 

Antara video-video untuk bahan-bahan kajian pada malam ini, adalah seperti berikut:-

Agenda Nam Tien: Konspirasi penghapusan etnik Melayu


USTAZ DON - BANGSA MELAYU BANGSA YANG BIJAK - MASJID AL FALAH, PENANG - 13 SEPT 13


Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Tajuk: Bangsa


Freemason Malaysia

~~~~~~~~~~~~~~ 

11 Rabi'ul Awwal, 1435 | 13 Januari, 2014

Orang riuh-rendah mengenai mengenai kangkung di mana-mana. Semua ini, ada kaitan dengan persoalan kemarahan awal Najib Razak terhadap apa-apa sahaja curahan kata orang kepadanya.

Naik pejabat, dan saya godam bahan rencana sastera berhubung kangkong dan kongkang. Fikir saya, gelaran 'profesor kangkong' itu mungkin datang daripada kata kongkang juga adanya. Lalu terserap masuk katanya mengenai hari ini.



Malam ni buat semakan sikit mengenai filem Raja Bersiong. Rumusannya memang ada revolusi, penggulingan di Alam Melayu. Maka revolusi kita tidak diilhamkan daripada Perancis malah usia revolusi di negara ini jauh lebih awal dibanding kisah-kisah revolusi yang pernah hadir di Barat itu.

Arif dan Arif Jue kedua-dua mereka malah sempat menghasut saya, "Jangan tunggu nak buat demo pada 1 Mei ini...". Saya fikir, gelora yang ada hari ini memang boleh merancakkan lagi usaha-usaha penggulingan!



~~~~~~~~~~~~~~

7 Rabi'ul Awwal, 1435 | 9 Januari, 2014

Ke rumah Alo petang ini bersama Arif. Petang ini, bertemu mahasiswa UPM. Di sana, berbincang mengenai isu-isu PRK di beberapa buah universiti. 

Nasi Arab berlaukkan kambing dan cucur udang. Kami tunggu siswa itu hingga ke malam juga. Saya fikir, selepas Maghrib, barulah mahasiswa itu tiba. 


Malam ini hujan lebat saat menanti siswa-siswa. Mereka lima orang semua. Dua siswi dan tiga laki-laki. Dalam 200 buah bungkus nasi juga yang dihidangkan.


Pulling Strings Official Trailer 1 (2013) - Laura Ramsey Comedy HD


Erica Chenoweth - Why Civil Resistance Works: Nonviolence in the Past and Future



The success of nonviolent civil resistance: Erica Chenoweth at TEDxBoulder



Aurora Papile and Laura Ramsey



Alex and Emma Full Movie (Comedy 2003)


~~~~~~~~~~~~~~

6 Rabi'ul Awwal, 1435 | 8 Januari, 2014

Baru tiba di KL, saya sudah berada di Bistro. Arif bercuti hari ini. Dia menonton Hobbit yang menurutnya sarat dengan pesan-pesan penggulingan. Saya syak dia tidak menonton filem tersebut bersendirian, sebaliknya mesti dia berteman juga. 

Di Bistro, saya meneriam sms abah mengenai jadual perjalanan di benua Uzbek. Saya dapat tahu, bahawa rancangan perjalanan kami itu sudah pun ditunda. 

"Masa tarikh tu, cuaca amat sejuk," kata abah. Jadi saya tidak perlu aktifkan passport lagi. Di Bistro ada filem menarik. Pelakonnya adalah Amber Heard. 


Malam ini, Alo bertanya mengenai langkah persiapan mengenai kaderisasi mahasiswa kewartawanan itu. Dan saya menjawab, semua rancangan kaderisasi itu saya gabungkan dalam Kelab Pembaca Harakah. 

~~~~~~~~~~~~~~

5 Rabi'ul Awwal, 1435 | 7 Januari, 2014

Petang ini di Pendang. Menemui revolt berontak 'malaikat' di dalam Paradise Lost. Saya mengenali karya ini pabila baca syarahan umum Dr Safar Hasim. 

Juga menyemak sedikit sajak-sajak dan sejumlah puisi arwah T Alias Taib...

Kita Berdiri Di Tingkap Itu 

Kita berdiri di tingkap itu
Memandang keluar. Ada taman,
Rumput hijau dan kembang gugur.
Angin menderu bagai orang bersedih.

Kita berdiri di tingkap itu
Memandang taman. Seperti kembang
Gugur, begitulah masa depan kita,
Bertebaran di sana sini.

Kita berdiri di tingkap itu
Memandang langit. Awan menghamilkan
Hujan. Begitulah hidup kita,
Sukar dibaca dan tak teramalkan.

(1996)



catatan tentang sahabat, vii

1
bersahabat denganmu, dewi
seperti mandi di telaga air jernih.
setiap kali kutimba air
daripada permukaan tenangnya
telaga itu menerima timbaku
tanpa ragu dan jemu
tanpa ombak dan kocak.
bersahabat denganmu, dewi
seperti memiliki mangkuk berduri
yang kita kumpul sepanjang kembara
yang kita bawa di kembara luka.
bersahabat denganmu, dewi
ialah berkongsi mangkuk berduri
yang kita kumpul sepanjang hidup
yang kita bawa di petang redup.

2
bersahabat denganmu, chandra
seperti menyimpan balang madu
setiap kali kutuang madu itu
daripada balang kaca
madu itu pekat dan mengelirukan
manisnya manis sementara.
bersahabat denganmu, chandra
ialah bersahabat dengan kesementaraan,
dengan madu manis di bibir
dan racun pahit di hati;
dengan senyum lebar pura-pura
dan perasaan yang sukar dibaca.
bersahabat denganmu, chandra
ialah bersahabat dengan sumpah-sumpah
dengan kulit berwarna-warni.

(13/12/2002)



Pertemuan berlaku
Di penjuru mata mu
Yang ungu
Lalu membiru

Pertemuan berlalu
Di penjuru dada ku
Yang Sayu
Lalu Terharu

T. Alias Taib



Ingatan Kecil, 1950-an 

Semak basah sepanjang denai ke sekolah
Menggigil menyambut kami di pagi lecah.
Kami berhenti di selekoh pohon gajus
Memungut embun berjuntai ke dalam botol
( embun, kata guru kami,
baik sebagai pelembut papan batu ).
Kami rukuk pada daun rimbun
Memenuhi botol dengan pesanan guru.

Ibu membekalku dan adikku
Papan batu, kalam batu, dan sebuah buku
Yang ku panggil "buku pasu bunga".
Ibu juga membekalkan kami
Keledek rebus dan syiling lima sen
(duit ini, berkali-kali pesan ibu,
hanya penguat semangat
pulangkan kembali tengah hari nanti).

Entah berapa lama ku kelek semangat ibu
Berulang-alik ke sekolah dengan botol embun.



sabening pagi 
tetaplah di dalam 
sebelum nafas terhenti
mengintai tinta terakhir
kesal, pasrah pintalan kehidupan
ada rencana terbatal
cuma tidak tahu di mana penyambungnya??

Paradise Lost


Akhirnya baharu saya sedar bahawa kefahaman dan kesedaran tentang wujudnya malaikat memberontak itu hadirnya dalam tradisi dan warisan pengkaryaan kesusasteraan Barat juga adanya! 

~~~~~~~~~~~~~~

2 Januari, 2014

Di Haslam, bersembang dengan Pyan dan Notz. Isu Samson dan Delilah. Nama beliau dalam tradisi riwayat Islam adalah Sam'un. 

"Dia ini... adalah nabi yang tiada pengikut pada hari mahsyar," kata Notz.



Malam ini tertonton temu bual dengan Dr Muhaya di Sinar Harian. Banyak kritik yang tercurah ke atasnya. Rasa kasihan jua. Runtuh segala hormat orang kepadanya gara-gara Najib Razak.



Di Haslam tadi, terbaca laporan tentang Felixia Yeap. Timbul idea untuk menjadikan 'gadis arnab' ini sebagai guru yang mengajar wanita non Muslim agar berhijab saat berlakunya revolusi dan penggulingan di Putrajaya.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1 Januari, 2014

Balik dari Dataran Merdeka menuju ke pejabat. Dato' Bandar menasihat rakyat mengenai kesabaran, walhal dia tidak lihat bagaimana kemusnahan Kg Railway. 

"Fasbir fa sobrun jamil!" katanya tadi. Ayat ini dipetik daripada Surah Yusuf. Allah itu Sang Penyabar. Dia bersabar dengan perbuatan hamba-Nya. Antara nama Allah adalah as-Sabur (Zat Yang Maha Sabar). 

Nabi s.a.w bersabda: “Tiada yang mendengar sesuatu yang menyakitkan lebih sabar daripada Allah. Dia disekutukan dan dilihat memiliki anak tapi Dia biarkan dan (masih) memberi mereka rezeki.” ~ (Riwayat Ahmad daripada Abi Musa al-Ash’ari)

Saya akan cuba menulis mengenai hal kesabaran ini kemudian nanti, insya-Allah Ta'ala...

Di Dataran Merdeka, gelombang radio BlackBerry terganggu. Nasrullah beritahu, kemungkinan hal ini terjadi mungkin kerana gara-gara 'phone jammer' yang pihak polis gunakan sebelum ini. 

"Dulu, masa HKR, phone jammer ni berguna untuk ganggu gelombang telefon mudah alih ini," katanya. Saya perlu pandai membatalkan 'sihir teknologi' ini, demikian kata saya kepadaq Arif malam ini. 


Ucapan Dato' Bandar Kuala Lumpur mengenai fasbir, fa shobrun jamiil...

https://www.facebook.com/photo.php?v=10152128063891147&set=vb.682166146&type=3&permPage=1


Currently have 0 comments: