Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Hujan di bulan Juni

Sunday, June 10, 2012 , Posted by nota untuk Syiah at 2:23 PM

26 Jun, 2012 (Selasa)

Ke Wangsa Walk, menebus tiket filem percuma, Brave. Saya juga temui sebuah kedai basikal, Giant. Basikal lipat sungguh mahal. Daripada RM800 - RM1,700!

Ketika mahu pulang, saya ternampak Liyana Jasmay berlakon dalam kedai itu. nama pemilik kedai itu, Kak Tini. Saya sms beliau untk dapatkan pengesahan.

"Ha, betul. Liyana Jasmay datang tadi. Dia berlakon dalam drama Fixie Fixie. Ali sempat jumpa dia tak?" tanya Kak Tini lagi. Ya, sah! Apa yang pandang tak salah.

Namun, persoalan yang paling penting, bagaimanakah hendak rekrut mereka ini sebagai revolusioner untuk meneruskan gerak kerja penggulingan Najib Razak?

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

27 Jun, 2012 (Rabu)

Bank-in cek Bank Islam di Dang Wangi. Koteaw sudah RM5 saya fikir. Sepanjang malam telah jadi sia-sia kerana pengurusan masa yang tidak dikawal sejak siang.

Entah macam mana hendak kampui semula masa-masa saya yang telah hilang itu? Amalan akhirat terbang melayang, dan bahagian di dunia melepas!

Malam ini, saya cuba aerial baru, nampaknya TV2 tetap sulit dicapai! Hari ini juga saya menemui maklumat baru tentang Altantuya. Tapi, wajar dipendam dahulu.

@@@@@@@@@@@@@

24 Jun, 2012 (Ahad)

Akhirnya, saya tidak jadi ke Ampangan, Seremban bagi mengikuti pembentangan tentang Batu Bersurat Minangkabau dan Pengkalan Kempas.

Ikut jadual asal, jam 4 petang sehingga 7 petang di Restoren Laris yang berdepan dengan Plaza Ampangan itu. Saya rasa pembentangan itu mungkin menarik!

Petang ini juga Hanapi sms. Katanya, Restoren Laris yang sepatutnya jadi tempat kami berbual itu tutup hari ini. Jadi, mereka bertukar ke tempat baharu; agaknya kompleks belia(?).

Hari ini, abah sms, minta saya tempah bilik hotel di Kg Baru pada Khamis depan.

Dan Alo pula sms, "Bila nak mai rumah, tapi nasi Arab tak ada laa.."

@@@@@@@@@@@

18 Jun, 2012 (Isnin),

Pagi ini bersarapan roti bakar, disapu keju Naturei dan madu. Tiba-tiba ada botol air mineral berjenama 'muzni' atas meja.

"Garam dan air mineral adalah alat mengguling kerajaan," demikian kata-kata Nazri Aziz di Parlimen kembali terngiang-ngiang di fikiran. Ah! Politik! Kenangan ke atas kata-kata Nazri Aziz itu saya buang jauh-jauh.

Enggan merosakkan 'mood' pagi ini dengan sabda politikus yang akan hanya memecahkan damai pagi. Bi'aunillah, Umno pasti terguling, tenggelam, jatuh ditimpa tangga, dan di bawah tangga itu pula ada lecah, maka akan tersembam pula wajah mereka ke tanah yang lecah itu. Dan di tanah lecah becak itu, bercampur pula dengan tahi lembu...

Semua ini, pasti sahaja melahirkan pepatah baharu yang makin menjahanamkan fikiran saya, "Sudah jatuh ditimpa tangga, tersembam pula ke tanah lecah, becak yang bercampur tahi lembu..."

Huh! Okay... Berbalik kepada kata 'muzni' itu, sebenarnya, saya teringat sepotong ayat di dalam Surah al-Waqi'ah, 68 - 69. Pickthall menterjemahkan - "Have ye observed the water which ye drink? (68) Is it ye who shed it from the raincloud, or are We the Shedder? (69)"

Sementara itu, Abdullah Yusuf Ali pula menterjemahkannya sebagai - "See ye the water which ye drink? (68) Do ye bring it down (in rain) from the cloud or do We? (69)"

Dalam bahasa Melayu, "Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? (68) Kamukah yang menurunkannya dari AWAN (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya?

Botol air mineral dengan kata jenama Muzni dari Tanah Arab itu membuat fikiran saya semakin keras berfikir, adakah air mineral itu hanya dari tanah atau dari aras langit pertama; awan (al-Muzni)?

Lalu saya teringat pencemaran memang dah lama wujud di bumi tapi jika malaikat yang memprosesnya di langit pertama-awan maka kemungkinan besar air itu yang lebih suci.

Kononnya, kata mitos dan lagenda - burung Cenderawasih cuma makan titisan air awan sahaja. Ia jatuh ke bumi dan bangkainya tidak mereput!

Hari ini, telah ada dakwaan bahawa air mineral kita tidak selamat lagi jika diproses di kilang-kilang. Ada yang mendakwa cara pembuatannya tidak syarie dan lain lagi.

Tangan manusia ada yang mengandung kerosakan, tapi tangan malaikat baik saja. Barangkali, di atas alasan itu, pengusaha air mineral menjenamakan MUZN (awan) sebagai lambang kesucian air yang mereka usahakan itu.

Saya teringat MANNA dan SALWA yang dikirim kepada Bani Israel yang tersesat di Padang Teh selama 40 tahun! Manna sejenis minuman, mungkin dari syurga.

Atau ia berasal dari awan juga? Banyak benar persoalan yang perlu digali jawapan saat menjelang hari-hari terakhir Najib Razak di Putrajaya ini.

Bagaimanapun, saya terfikir juga - kata 'MANNA' sudah begitu akrab dengan kata MINUM. Yang sama di sini adalah huruf MIM dan NUN (Arab Jawi). Kedua-dua kata ini jua ada mirip pertalian antara huruf 'M' dan 'N' (Roman, Rumi).

Saya tidak fikir Manna, Salwa adalah kata asal dari Bani Israel, Yahudi. Ini kerana, kedua-duanya adalah pemberian Tuhan dan Dia sendiri yang menamakan Manna dan Salwa itu.

Setidak-tidaknya ia milik kata bangsa Sumeria yang dinisbah kepada kepada kebangsaan Nabi Ibrahim a.s. Saya syak, Sumeria mendapat namanya dari daripada Sam bin Nuh!

@@@@@@@@@@@@@@@

15 Jun, 2012 (Jumaat)

Pagi Subuh ini, saya minta Sha selesaikan urusan penyalinan catatan revolusioner. Petang ini selepas solat Jumaat, dia kirim sms, "Dah siap." Saya belum semak lagi. Mungkin saya perlu beri taklimat untuk tugasan yang berikutnya.

Ke Alur Setar, membeli tiket keretapi untuk balik Kuala Lumpur. RM22 saja kelas Ekonomi. Saya minta pulang Rabu malam, dia beri tarikh pada 'malam Rabu'.

Kakti tahu saya hendak beli tiket itu, lalu dia berseloroh, "Awat? Nak buat revolusi ka, nak naik keretapi ni? Petang ini di Alur Setar, saya melihat banyak pencemaran bahasa di balik riak-riak wajah pembangunan.

Ada Ukir Mall di sebalik lebuh raya 'fly-over' yang sudah menelan Bulatan Telok Wan Jah yang menjadi mercu tanda, mercu suar di Bandaraya Alur Setar selama ini.

Di kota ini, barangkali Asasi, badan persatuan penulis Kedah (salah satu badan gabungan Gapena) tidak nampak lagi keperluan menegur pencemaran bahasa di bandaraya tertua di dunia. Para pendeta sudah mengurung sabdanya...

Saya pulang ke rumah menjelang Maghrib. Hakim membentak, tangis, keriau agak lama. Saya tanya Kakti, puncanya. Lalu, terdengar khabar kurang enak, "Masuk Maghrib dalam jam 7:30 tadi, dia kata dia nampak kucing masuk hutan.."

Saya masih tekun mendengar. Kakti menyambung kata, "...Kemudian dia menangis nak ikut kucing tu masuk ke dalam hutan tu. Dia teriak sampai sekarang. Abang pi la baca-baca apa sikit..."

Saya solat Maghrib, dan tidak lama selepas itu saya tidak mendengar tangisan lagi. Kata abahnya, (adik ipar saya), "Dia terjaga tidur pun selepas waktu Maghrib..." Hurm...patutlah emosi menjadi tidak begitu stabil...

Malam ini, Don F beritahu dia tak dapat menonton filem percuma; BRAVE bersama saya. Saya perlu cari pengganti. "Ada kuliah abang Ali..." katanya lewat perkakasan Viber.

Saya semak Vampire Hunter...argh! Nama saya tidak lekat pula kali ini, walhal inilah filem revolusioner untuk guling Najib Razak yang saya nanti-nantikan selama ini. Dalam Vampire Hunter, Abraham Lincoln jadi pemburu pontianak di Amerika Syarikat. Kununnya, masyarakat pontianak itu semuanya yang bikin porak peranda selama ini.

Entah kenapa, saya rasa Anglo Saxon di Amerika adalah puak penyihir yang tersingkir daripada masyarakat Brit di Britain. Mungkin mereka dipenjarakan lantaran amalan jenayah kepenyihiran selama ini.

Saya tertanya-tanya, kenapakah banyak cerita seram Hollywood berlatarkan Massachusetts dan Pennsylvania? Walau ia cerita rekaan, tapi gerak hati saya berasakan kemungkinan besar ada kebenarannya juga.

Baru-baru ini, saya ke Jewish Cemetary di Pulau Pinang, terjumpa lagi 7 kubur Yahudi berpangkat tinggi kerana depa British Army. Kawasan itu dikhaskan kepada keluarga LEVIS dan keluarga COHEN saja, demikian kata Saraswathy.

[Saya sedang menyemak kemungkinan COHEN adalah KAHIN yang disebutkan di dalam al-Qur'an sabagai ahli sihir Yahudi, pengamal Kabbalah(?)]

Saraswathy kini yang menjaga perkuburan Yahudi Pulau Pinang itu bersama kaum kerabatnya. Nagaratnam, abang Saraswathy sudah meninggal dunia sejak tiga tahun lalu. Nagaratnam itulah yang banyak bantu saya untuk mengenal selok-belok orang-orang Yahudi yang dipusarakan di Pulau Pinang ini dahulu.

"Dia kena 'stroke', kemudian dia dihantar ke Jabatan Kebajikan, tak lama selepas itu, dia meninggal dunia di sana," kata Saraswathy ketika ditanya perihal abangnya itu. Di sini, Saraswathy beritahu ada lelaki Yahudi yang baru 10 bulan meninggal dunia. Kata beliau, lelaki Yahudi itu adalah pemilik; CEO E & O Hotel.

Adakah beliau ini Yahudi Armenia yang membuka E & O Hotel di Pulau Pinang untuk keperluan kelasi kapal British? Saya akan terus membuat kajian penyelidikan dan siasatan ini. Mungkin hal ini juga antara bidang kajian yang perlu dilaksanakan dalam musim penggulingan Najib Razak secara revolusi di Putrajaya itu!

@@@@@@@@@@

10 Jun, 2012 (Ahad) - (Catatan Seorang Revolusioner, Pengguling Najib Razak)

Abah buka cerita mengenai dua orang komunis di Langgar; Mat Bom dan Man Berus. Mat Bom ni memang orang kaya. Dia ada kilang padi. Tapi, dalam senyap-senyap dia jual bom.

Sementara itu, Man Berus ini kerjanya cuma cuci dan berus masjid sahaja. Ada seorang lagi yang abah lupa namanya. Jadi, jumlah komunis yang ditangkap adalah tiga orang semuanya!

"Tahun 1962 kot depa kena tangkap," kata abah pagi ini saat bersarapan. "Kena tahan ISA."

Bila abah cerita hal mereka ini, maka saya sudah tahu di manakah letaknya perkuburan Kg Tanjung Inggeris di Langgar. Ia, tempat letak kubur pendakwah Syah Alirah yang dikatakan datang dari Parsi itu. Perkara ini saya temukan faktanya dalam laman sesawang Mykedah.

Malam ini, ada Ocean's Thirteen. Saya nampak Ocean (George Clooney) sangat 'cool' dalam menjalankan operasi memunggah wang kasino. Saya anggap depa ni macam Robin Hood!

Ikut kaedah Fiqhiyyah, kita boleh terjah masuk dalam rumah orang yang berhutang dengan kita, lalu kita ambil duit yang orang tu pernah pinjam kepada kita.

Saya fikir, ada kewajaran untuk pecah masuk ke dalam rumah perasuah politik yang gagal ditangani oleh SPRM. Perkara ini tidak terjadi seandainya SPRM bebas mengambil semula wang rasuah dan diagihkan terus kepada rakyat!

Kita mesti tentukan jumlah wang rasuah dahulu, dan rakyat mestilah diberitahu bahawa kita akan mengambil semula wang rasuah yang asalnya wang mereka sendiri untuk diagih-agih kepada rakyat nanti. Kemiskinan rakyat bermula apabila banyak wang rasuah (asalnya duit rakyat) yang terpunggah dalam kantung seseorang politikus koruptor!

@@@@@@@@@@@@@@

7 Jun, 2012 (Catatan Seorang Revolusioner, Pengguling Najib Razak).

 1. Sejak 4 petang tadi, emak, abah dan Kakti sudah pergi Kuala Lumpur. Masyi ditimpa kecelakaan jalan raya sejak 5 Jun lalu. Kalau bertolak dalam jam 5 atau 6 petang itu, maka selewat-lewatnya, jam 12 malam baru boleh sampai ke KL.

Kalau tak salah, Hospital Ampang Puteri. Masyi hantar sms mengenai kecelakaan itu, hanya kepada saya dan Imran sahaja. Tapi, sms Masyi itu tiba lewat di telefon bimbit saya. Ia tiba pada hari yang mana, saya tidak boleh hantar sms lagi.

Saya rasa kasihan juga. Kakti rasa pelik. Semalam, Kakti tanya, "Sejak abang long di KL ni, dah berapa kali abang kemalangan?"

Eh! Ya tak ya juga! Tak pernah kemalangan pun saya rasa! Tapi, saya beritahu Kaktie juga, bahawa paling kerap saya kemalangan motor adalah ketika saya belajar di USM.

"Lepas tamat belajar di USM, dah tak kena kemalangan dah setakat ini," kata saya lagi.

"Kadang-kadang tu... Entahlah... Kakti rasa macam..." terputus kata-katanya, seperti tidak sanggup dilafazkannya lagi...

Lalu, saya mencelah, "Macam ada sial?"

"Ha'ah..."

Fuh! Ikut pesan Chu Mid, apa-apa yang terlintas di hati, sebaiknya jangan dilafazkan di lidah. Tapi, saya dah langgar pantang-larang itu. Urgh!

2. Petang ini, sebelum bertolak, sebelum menunggu abah pulang, saya terdengar emak dan Kaktie menyembang. Yang saya dengar, kisah rakan Kaktie yang mengikuti ilmu rawatan Islam. Saya syak, mereka ini mengikuti kursus di Pusat Islam USM tu kot? "Kawan Kaktie kata, tempat ni laluan jin, syaitan masuk dalam badan kita," kata adik saya itu kepada emak. Dia menyebut nama seorang junior kepada rakannya. Saya tertanya-tanya di dalam hati. Adakah mereka dapat 'scan' adik saya yang sedang kecelakaan itu? Saya rasa, dalam setiap keluarga, wajib ada setidak-tidaknya seorang sahaja yang mempelajari ruqyah; ilmu merawat kecederaan batiniah angkara jin. Dalam keluarga kami, tiada seorang pun yang ada bakat itu. Saya fikir, hal ini menjadi fardhu 'ain ke atas diri ini untuk mempelajarinya juga. Jadi, boleh saya 'scan' Kak Ros di Putrajaya. Saya perlu siasat, apakah benar dakwaan sebagai yang disebut orang itu.

 3. Ada suatu dokudrama (dokumentari drama) malam ini di TV1, berjudul Artifak Pupus. Pemaparannya agak menarik kerana turut disertai dengan penerangan ilmiah. Saya mesti berlaku jujur. Memang saya bantai gelak kaw-kaw punya. Bayangkan saya boleh tergelak sendirian apabila melihat pengacara tu bercakap dalam bahasa purba. Saya salin nama pengacara dan penulis skrip dokudrama itu. Nama beliau Zainal Al Johan. Apabila saya melakukan pelayaran di samudera internet. Saya temui sejarah Kerajaan Rembau sebagai kerajaan yang lebih tua dibanding Melaka. Saya ingatkan Zainal itu cuma berlakon sahaja ketika membahasakan dirinya sebagai 'hamba', 'tuan hamba' ketika berbual di dalam dokudrama itu, tapi rupa-rupanya, dia juga mengekalkan laras bahasa purba itu dalam satu rencana di Berita Harian juga! Semua ini menyebabkan saya bertemu lebih banyak lagi kisah, siapa Panglima Hitam dan kedudukan orang Melayu purba yang kononnya menganut ajaran Nabi Musa a.s! Panglima Hitam pun asalnya dari Rembau (saya mula menyangka Bau ada maknanya sehingga membentuk kata MinangkaBAU, kerBAU, MerBAU, MamBAU). Dan hal yang berkaitan dengan wujudnya ajaran Musa dalam kalangan Melayu purba itu, jika ia benar, maka, tentu ia terbentuk daripada kefahaman umum bahawa dalam darah Melayu, ada darah Yahudi juga. Bagaimanapun, saya menyangka hal lain pula - ia tidak semestinya ajaran Musa a.s yang berpindah ke Alam Melayu ini. Ia mungkin ajaran Nabi Ibrahim a.s juga. Suhuf yang pernah dikembarkan bersaama dalam al-Quran adalah Suhuf Ibrahim, Musa. "Sesungguhnya (keterangan-keterangan ini yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam suhuf-suhuf terdahulu - iaitu SUHUF IBRAHIM dan MUSA," demikian firman Tuhan di dalam Surah al-'Alaa, ayat 18 - 19. 

4. Ada lagenda di Tasik Chini. Saya tonton dokumentari di TV2 malam ini. Dokumentari itu turut menyebut perkaitannya dengan kerajaan Khmer (Kemboja, Champa?) Mereka melewati Snake Hole, Lubang Ular di Tasik Chini - ikut ceritanya, kali terakhir orang-orang di situ menemui ular tersebut adalah ketika zaman British dahulu. Ikut cerita Azura Zainal dalam Enchanting Places, ada 3 orang asli sedang asah pisau mereka di atas kayu. "Tiba-tiba, mereka dapati kayu itu berdarah, dan barulah mereka menyedari bahawa itulah darah ular sebenarnya," kata beliau tadi. Itulah kali terakhir mereka ternampak ular besar itu. Saya tidak pasti, adakah itu ular atau naga? Dalam takrifan saya - naga adalah ular yang besar!

Currently have 0 comments: