6 Ramadhan, 1433 | 26 Julai, 2012
Hari ini mungkin berbuka puasa dengan Lim Guan Eng di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur. Saya mungkin ke masjid dahulu untuk berbaris mengambil bubur lambuk.
#################
Hujan sepanjang hari, bermula lebat petang ini. Saya banyak menulis sahaja hari 'deadline'. Dang Wangi tutup, lalu saya menulis di Bistro! Pening kepala agak kuat juga.
Jam 6 petang, pening kepala saya hilang di Bistro saat saya menulis bahan untuk Lanh. Pekena nescafe dan garlic cheese dan pening pun pelan-pelan pudar kesakitannya di kepala!
Alhamdulilah, syukur. Pening itu berakibat perut kosong!
Saya terima sms daripada Mohamed, warga Palestin, "Hello Ali, i am Mohamed, can you call me back if possible. C u." - 6:06:52 petang.
Tiada kuasa dan daya upaya hendak melaksanakan revolusi ini petang. Agak sibuk dan lebatnya tugasan yang turun mencurah melimpah ruah selebat hujan petang yang bergugusan turun melaju, diiringi petir ribut saat ini.
Kira-kira jam 8:20 malam, Imran call, "Mungkin balik malam ini. Pertemuan dengan 'client' Imran esok, dah dibatalkan. Jadi, siap sedialah."
Kemudian, dia menambah, "Mungkin jam 10 nanti Imran akan call untuk confirm balik."
Ketika menaip ini, jam sudah 10:34 malam. Saya dah selesai mengirim bahan ke Harakah, dengan menaip di Bistro ini. Entah bilakah Imran akan call untuk membuat pengesahan?
@@@@@@@@@@@@@@@@
16 Syaaban, 1433 | 6 Julai, 2012 (Juma'at)
Saya terjerembat lagi buat kali kedua dengan lelaki 'Pakistan' yang 'berketayap' ala mamat hippies tatkala Kriss saya belok ke Bistro.
Dia melewati Hospital Tawakal yang baharu.
Sepertinya, saya perlukan 'orang dalam' yang bekerja sebagai polis untuk menyiasat kelibat orang-orang yang saya buru.
Dan...seorang lagi mestilah pegawai di Jabatan Zakat jika saya kebetulan terjerembat dengan orang-orang miskin di ibu kota. Bagaimana nak dipunggah peruntukan kerajaan di Kg Baru?
Syahadan, bagi setiap kawasan, sepatutnya diadakan rumah kebajikan yang menyebabkan orang-orang miskin dapat masak sendiri makanan keperluan depa. Di tempat ini disedia barangan dapur untuk semua!
Saya namai program banteras kemiskinan ini-pembasmian kemiskinan al-Fansuri. Ini cita-cita anganan saya. Moga ia kan diberkati - Ameen...
Currently have 0 comments: