Gegaran Mei
Sepatutnya saya ke rumah Alo selepas Maghrib, tapi, motor tidak menyala lampunya. Jadi, saya tidak hadir ke rumah Alo.
"Jangan lupa meeting Kami lepas Maghrib susulan konvensyen bersama kita cipta sejarah Malaysia baru," sms beliau pada 7:41:36 petang.
Malam ini, kena masukkan bahan cerpen Razali Endun. Saya ingat, cerpen penulis mapan , dia akan masukkan, rupa-rupanya diserahkan kepada saya.
"Kalau terpaksa dibuat dua bahagian, dipotong dua pun tak apa," kata Alo lagi. Kebanyakan penulis muda tiada masalah jika cerpen mereka dipenggal, tapi penulis mapan memang tak suka. Ada kalangan penulis mapan ini pernah menulis emel kepada saya...
"Kalau nak potong cerpen kepada dua, lebih baik tak payah masuk terus," kata penulis itu.
Senang cerita. Kalau macam tu, lebih baik saya tak masukkan terus karya-karya dia...
21 Mei, 2012 (Isnin)
Hari hampir dan membosankan. Banyak menulis bahan dan sesekali akan terlelap jua di depan Galaxy Tab.
20 Mei, 2012 (Ahad)
Menonton filem The Lady dengan Alo di GSC Mid Valley. Kemudian, makan tengah hari di Restoren Yassin.
Kata Alo, KAMI nak buat tabung untuk perjuangan kebebasan akhbar. Saya kemudian patah balik ke Mid Valley dan membuat sedikit window shopping di MPH.
Hari ini letak Harakah di banyak tempat juga. Alo beri saya banyak akhbar itu. Dia bertanya, macam mana boleh kenal Abah Anas. Ini kerana, blogger itu merakam gambar saya di Hotel Nouvelle tempoh hari.
Di Harakah yang wajah depannya tertera tajuk "Heret Najib ke Perancis', saya melihat, ada juga artikel saya termasuk sekeping gambar saya dengan Pak Shukor tersiar bersama bro Nasser daripada Pena.
Di sebuah restoren mamak dalam perjalanan ke Mid Valley, terserempak denga seorang gadis genit dan cun. Saya jatuh cinta pandang kali ke-2,865! Tapi, selepas makan, dia hisap rokok!
u
Hati saya patah! Bagaimanapun, saya teringat cerita seorang lelaki Iran di Singapura saat saya mengembara di Iran pada Mei tahun lalu. Kata beliau, "Zulaikha itu wanita jahat, tapi bersuamikan Yusuf a.s."
Huh! Semakin membuak-buaklah hasrat dan keinginnan diri ini untuk berdakwah kepada Lindsay Lohan!
17 Mei, 2012
Saya rasa produktif hari ni sebab banyak membuat penulisan. Saya tidak perlu banyak acara program seperti ahli politik. Alhamdulillah!
Jika dapat kemaskini 3 ke 5 catatan di Facebook dan 2 bahan pun telah memadai. Saya fikir, pada setiap catatan itu perlu ditaruhkan hadis nabi.
Juga pada setiap catatan itu perlu dimuatkan juga firman Tuhan agar nota itu boleh dicatatkan pahala, dipahat dengan hasanah, kebaikan juga oleh para malaikat.
Malam ini 'deadline' lagi. Hanya tinggal catatan untuk sastera. Selebihnya, saya kan tonton The Lady (2012) dan Beyond Rangoon (1995). Rupa-rupanya, ada pelakon Malaysia dalam filem pada tahun 1995 itu.
Kenapakah Hollywood memilih pelakon Malaysia untuk penggambaran Beyond Rangoon di Burma itu? Hal inilah kan disiasat oleh Sherlock Holmes Fansuri pada zaman-zaman penggulingan Najib Razak kali ini!
14 Mei, 2012
Currently have 0 comments: