Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Badai April, 2012

Monday, April 02, 2012 , Posted by nota untuk Syiah at 11:13 AM

19 April (Khamis) 
Saya keletihan. Tiga panggilan Alo tak saya jawab. Dia beriya-iya benar hendak mengetahui perkembangan di Dataran Merdeka semalam ketika Samseng Jalan Kebun datang menggempur khemah peserta Occupy itu.

Saya keluar bank-in check di Dang Wangi pun masih dilanggar trauma bila terpandang mamat yang usha pelik ke arah saya. Tapi bila saya masuk ke pejabat dan berbual dengan Cik Pyan dan Dr Notz berhubung kejadian semalam, saya terasa semangat melawan saya pun kini pulih dan bangkit semula.

@@@@@@@@@@@@@@@@

18 April (Rabu)
Hujan petang! Maghrib ni ada kuliah kartunis di Universiti Dataran Merdeka anjuran Bani Occupy. Kemudian, Syi kelui, ajak saya ke KLIA. Abah, mak dan kakti pergi buat umrah dan ziarah ke benua Palestin.

Saya tidak balik terus ke SPKB malah cadang singgah sebentar mengambil gambar di Dataran Merdeka. Ada samseng Umno datang menggempur khemah para peserta itu! Saya teringat garuda melanggar kampung!

Mamu bawa saya ke Pejabat DAP. Di sanalah saya dan beliau mengemaskinikan segala kejadian peristiwa itu dalam keadaan panik dan trauma yang terkurung di dalam jiwa.

Balik pun tidak dapat terus tidur, asyik bertengkar dengan puak-puak Salafy Wahhabi yang menyokong usaha samseng Umno membantai siswa itu semua. Adakah puak Salafy Wahhabi ini terjebak dengan gangsterisme?

@@@@@@@@@@@@@@@@

17 April, 2012 (Selasa)
Saya tonton filem Jesus Christ versi Melayu. Suara mereka Sabahan, bukan Indonesia pekat saya fikir. Kemudian, Moses pula. Yang pegang watak Moses adalah Ben Kingsley.

Malam ini, saya hadir ke Kelab Sultan Sulaiman. Mendengar ucapan para pemimpin parti berhaluan kiri. Ada yang mendesak agar pilihan raya ini bukan Jun.

Kadir Syeikh Fadhir isytihar akan hadir di dalam Bersih 3.0 pada 28 April nanti. Ramai orang memberi tepukan. Mereka bertambah semangat. Suasana malam ini meriah dengan bunyi-bunyian juga. Sudah ada pembaharuan.

Baru saya teringat. Pagi tadi, terima sms daripada mak dan Kinah. Terlanjur saya berjanji akan temani adik di rumah sepanjang pemergian emak dan abah ke umrah dan ke Palestin.

Jadi, kemungkinan besar, saya tak dapat ke Bersih 3.0. Apakah yang perlu saya lakukan sekarang? Mentaati ibu bapa itu juga kewajipan. Adakah saya perlu berkorban untuk tidak pergi ke Bersih 3.0 itu?

@@@@@@@@@@@@@

10 April, (Selasa)
Dari Pendang, balik ke KL. Ralit di Puduraya, terbabas movie percuma The Cabin in the Wood, 4 tiket pulak tu. Urgh!

Akmal nak ajak Saifullah dan Saifullah nak bawa isterinya bersama usrah movie. Saya kata ok. Tapi, bila keluar rumah lepas Maghrib, wayar minyak petrol tiba-tiba terbocor!

Entahlah kenapa suara hati membisikkan bahawa saya seolah-olahnya sedang diperhatikan. Mungkin kecederaan motor saya itu sebagai satu jalan Tuhan untuk selamatkan saya?

@@@@@@@@@@@@@@@@

9 April (Isnin)
Galaxy Tab tidak banyak membantu dalam urusan menyunting bahan sastera. Sampai jam 3 pagi, kira-

@@@@@@@@@@@@@@@@

7 April, (Sabtu)
Arif beritahu hari ni ada temu bual Bunohan di DOM Pena. Dan sebelah petangnya ada luncur buku A Samad Said di Kino.

Saya di kampung jadi macam mana saya nak pergi? Emak pergi ke Alur Setar sekali lagi dengan abah untuk terima suntikan.

"Suntikan tu bertahan selama 5 tahun," kata emak. Bila mereka pulang, ada Popia Jamal juga. Abah janji nak beli selepas IKS di TV1 siarkan kisah perniagaan Jamal dari Madurai itu.

Pak Tih, Mak Tih datang ke rumah tadi, bercerita hal anak-anak yang sulit mendapat kerja.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

2 April, (Isnin) 
Saya kehilangan catatan dalam Samsung Galaxy yang baharu saya beli. Saya rasa kaciwa sungguh!  

@@@@@@@@@@@@@@@@@

1 April, (Ahad)
Kata Nona, TV3, ada 'Sahabat Platonik' antara lelaki dan perempuan yang bukanlah hadir berteraskan cinta. Kalimat ini muncul di dalam bidang disiplin ilmu psikologi. Kata depa, faham ini datang dari Plato dan Greek.

Di lembah ketamadunan Rom, Yunani dan Greek itulah bermuaranya amalan seks dan segala kegelojohannya!

Saya tengah pening dengan kehadiran LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual) sejak menjalani latihan di Sekolah Demokrasi tajaan Roketkini; lidah rasmi DAP itu.

Politik kotor melelahkan. Dan, demi sesungguhnya ia meletihkan dengan lumpur kekotoran manusia yang terpalit, ditinggalkan di jiwa kita. Saya teringat kata-kata Gie dalam lembaran diarinya; Catatan Seorang Demonstran.

"Bagiku sendiri, politik itu lumpur yang kotor, tapi apabila tiba waktunya, maka terjunlah," katanya.

Kita mudah kritik Anwar dalam isu apa saja, misalnya hal Negara Israel. Beliau dan lain-lain politikus mungkin kena jadi jijik sejijik-jijiknya, tetapi tuan punya tubuh sendiri yang terpaksa tanggung semuanya. 

Yang mengutuk Anwar, Nik Aziz, Haji Hadi dalam isu apa saja mungkin saja menjadi lebih buruk jika mereka diberi ruang untuk mentadbir nanti. Saya semakin sedar apabila memasuki Sekolah Politik DAP itu.


Ada filem klasik di TV3; Pontianak Gua Musang. Saya syak Suhaimi Baba tiru dari sini untuk Pontianak Harum Sundal Malam. Ia mengisahkan Rohani yang mati ketika melahirkan Comel, lalu wajah Comel yang seiras Rohani itu menghantui mereka yang pernah berbuat aniaya ke atas Rohani ketika hidupnya.

Hal yang sama turut dikenakan ke atas Maya Karin. Gua Musang tempat Tengku Razaleigh. Saya ingin tahu, adakah ia kejadian yang benar. Ini kerana, sudah ada 2 buah filem yang bentang kisah yang hampir serupa. 


Di Warung An-Nuur, berdepan dengan Masjid Jamek Kg Baru, saya dapat habiskan beberapa artikel dengan menggunakan Galaxy Samsung. Tapi, pening kepala juga sebab ketiadaan papan kekunci! Tetapi banyak juga masa yang terbazir selama ini, dapat diselamatkan daripada disia-siakan. Alhamdulillah!


Saya tidak boleh abaikan Mentor dan protege ini. Saya mesti mengenali mereka. Alya yang menyanyikan lagu Big Spender itu rupa-rupanya menyimpan kisah sedih dalam hidupnya. Bapanya tinggalkan mereka! Alangkah azabnya hidup anak-anak yang tumbuh membesar tanpa belaian kasih sayang orang tua.

Jika Pak Samad Said melayan juga filem-filem mengarut seperti KL Menjerit dan lain-lain filem yang dianggap bertaraf rendah oleh sesetengah kita, maka saya mesti tonton program televisyen Mentor, drama Gossip Girl, Glee, Desperate Housewives dan sebagainya lagi.


The Pupil dah habis agaknya? Diganti pula dengan The Gates, kisah pontianak di Seattle(?) Sulit saya hendak mengenali garis-garis kepayahan yang mencengkam perasaan warga Singapura di dalam The Pupil lagi!

Currently have 0 comments: