Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Tsunami Mac, 2012

Sunday, March 04, 2012 , Posted by nota untuk Syiah at 12:50 PM

31 Mac, (Sabtu)
Saya temui rumah setinggan, tepi sudut tersorok dalam perjalanan ke Low Yatt. Saya rasa sungguh gembira kerana dapat tahu di mana tempat saya akan mengirim akhbar lama nanti. Jadi, saya tidak perlu lagi bersusah payah ke Jalan Chan Sow Lin lagi.

"Akhbar lama, 1kg, 25 sen," kata seorang wanita, dalam lingkungan usia 40-an. Di
Utusan, selama ini, saya terpaksa berkelana jauh untuk menjual akhbar-akhbar lama.
 
Hari ni hampir saya mencagar 2 keping dinar emas saya dekat Masyi untuk dapatkan wang tunai RM1,600 untuk beli Ipad di Low Yatt. Mujurlah ketika bergegas ke Low Yatt tadi, abah sempat 'call', memberitahu kemasukan wang untuk membeli Ipad2 itu.
 
"Dah bank-in RM1,600 di dalam CIMB," kata abah. Saya bersyukur kerana ada keluarga yang menyantuni keperluan asasi saya. Semoga Tuhan merahmati urusan mereka yang memudahkan urusan mengguling Najib!


Hari ini patutnya dapat pergi ke pertemuan bersama Anwar Ibrahim, tapi 'mood' saya benar-benar hilang oleh sebab kerosakan nettbook itu. Mengarang itulah darah daging saya. Ia dah menyebati sebagai urat darah dan pena itulah detak jantung dan denyut nadi penguat fikiran perjuangan saya. 

Saya boleh gila merana jikalau satu hari tidak mencatat dan menulis apa-apa sahaja yang keluar mengalir serta terbit di fikiran saya ini. Mereka yang menyekat hak saya menulis, saya isytihar perang kepada mereka!
 
@@@@@@@@@@@@@@@@@ 

30 Mac, (Jumaat)
Bila saya buka netbook pagi ni saya kaciwa. 'Hang', bermakna tergantung. Netbook saya rusak! Jiwa bertambah kaciwa merana!

Hari ini, saya menjalani satu kehidupan yang betul-betul tidak bersemangat! Jadi saya cuma terdaya bertwitter untuk guling Najib! Tiada daya nak guling Najib lewat FB!

Saya ke KLCC, usha-usha Ipad2. Harganya, RM1599. Tapi, kata pelayan di situ, "Stok dah habis..."

Ke Bistro petang ini, ada Cik Pyan, Yus dan Dr Notz. Khabar saya kerosakan netbook segera diketahui Yus. Dia membaca catatan saya di Facebook. Baru saya teringat, Twitter saya sudah ada sambungan dengan FB!

"Netbook hang rosak ka?" tanya Cik Pyan. Saya angguk lemah lalu menghebahkan rasa longlai saya itu...

"Hari-hari yang berlalu tanpa kutukan rapat ke atas Najib Razak, terasa hidup ini tidak bermakna..."

Dia tergelak! Cheh! Saya cakap betul-betul ni! Bukannya main-main lagi! Huh! Urgh!

@@@@@@@@@@@@@@@@@ 

29 Mac, (Khamis)
Saya terima sekeping cek Utusan Malaysia, berjumlah RM50. Sajak yang tersiar pada bulan Januari juga - judulnya - Nyanyian Untuk Sebuah Kota...

NYANYIAN UNTUK SEBUAH KOTA


Tasik Dal, Srinagar airnya dingin menyegarkan
tetapi hatiku membara, terbakar oleh kejahatan
wajah-wajah rakus yang berbaris di sekelilingnya.


Di tepi tasik ini, ada keindahan sebuah taman kota
tapi rajanya tiada, ia lari meninggalkan puing istana!
lalu, aku teringat sebuah kota negara yang bakal dibuka.


Kota itu hanya akan dibuka nanti
oleh pemimpin revolusi yang berani
dia didokong revolusioner sejati
yang baik budi dan warak pekerti.


Dan, khurafat tahyul, akan hanyut tenggelam
saat tirai siang terbuka, selepas habis malam.


Aku termimpikan bahtera revolusi
berlabuh di bandar yang ngeri ini
pelayaran itu, anak muda menakhodai
termasuk belia dan mahasiswa suci.


Penzalim dan perasuah kan lemas
perompak negara menjerit cemas
Fir'aun abad ini, di Laut Merah, ditolak keras
begitu akhir nasib penindas dan pemeras!


H FANSURI
Sekolah Pemikiran Tasik Dal
Srinagar, India.
 
Saya syak, depa ni mungkin tertarik menyiarkan sajak-sajak saya di luar negara agaknya. Mungkin, nampak 'cool' jika disiarkan sajak dari luar negara dibanding sajak-sajak dalam negeri? Dulu, di Berita Harian, tersiar sajak saya mengenai pengalaman berjalan di Venice, Italy. Jika telahan saya ini benar, makanya - Phew!
 
Wajar menangislah cerpenis dan merataplah para penyair yang tidak berpeluang berkunjungan ke luar negara!


Malam ini, gagal keluar ke Segambut. Anwar Ibrahim ada buat jemputan dengan warga Abim. Akmal jemput saya. Tapi, tekanan 'deadline' ini membuak-buak pula! Rugi benar juga sebab tidak sempat menilai tanggapan Abim ke atas Anwar menjelang musim-musim revolusi penggulingan Najib Razak ini!

@@@@@@@@@@@@@@@@@

28 Mac, (Rabu)
Ke DBP, menghadiri wacana Ilmu Malayonesia. Pak Razali Endun cadang agar nama Malayonesia itu diubah kepada Ilmu Nusantara. Kata Arif, Nusantara bermaksud, Nusa Antara; pulau-pulau atau kerajaan yang telah membayar ufti kepada Empayar Majapahit pada suatu ketika dahulu.

Kebanyakan yang disentuh Prof Shaharir Md Zain di dalam syarahannya adalah ilmu-ilmu yang hadir ketika era Acheh, Pasai, bermaksud di Sumatera. Saya fikir, kita semua perlulah jelas suatu hal, iaitu Sumatera tidak sepenuhnya Indonesia. Rakyat Acheh pada suatu masa dahulu menyebut diri mereka sebagai Acheh.

Depa bukan sebahagian daripada Indonesia. Jika ditinjau Pasai, Perlak, Jambi, Rokan dan Acheh, rasa saya - mereka layak digelar sebagai warisan Empayar Sriwijaya dan bukan Empayar Majapahit di Tanah Jawa itu.

Saya fikir hal seperti inilah yang perlu diperjuangkan. Kita perlu menoleh sejarah juga sekali-sekala. Jambi kini sedang menyusun semula pentadbiran negara dan kerajaannya dalam bentuk politik kesultanan. Pasai, Perlak, dan Deli (Kesultanan Maimun) tidak saya tahu apakah kemajuannya?

Untuk tujuan ini saya perlu bergabung dengan gerakan-gerakan pemisah di Nusantara atau menyokong segala usaha mereka untuk menyusun tadbir semula kekuatan pentadbiran baharu yang sifar daripada korupsi!

@@@@@@@@@@@@@@@@@

27 Mac, (Selasa)
Dapat jemputan di Facebook tentang satu acara di Akademi Pengajian Melayu, UM mengenai sastera. Sudah lama tidak melewati daerah UM ini untuk bikin onar. "Out to Revolt!" Ali Shari'ati Fansuri, (1977 - 20??)

Di surau APM UM saya terjerembat dengan Hoirull Amri. Dia penuntut Singapura. Telah tiga tahun dia di sini. Sejak 2009, begitulah pantasnya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, dia sudah akan berijazah!

"Bulan 9 ni, aku dijadualkan akan tamat berijazah," katanya. Hoirull 'batch' saya ketika kami bersama di dalam acara Mastera (Puisi) di Samarinda, Kalimantan Timur pada tahun 2007.

Di surau ini, saya tertarik dengan suatu risalah berjudul Jiwa Hamba. Siap dengan blog sekali. Hati saya kuat menyatakan, pengarang blog ini seorang yang sangat jujur dalam berkarya. Alangkah bagusnya jika dapat dihimpunkan kekuatan kejujuran mereka ini!

@@@@@@@@@@@@@@@@@

26 Mac, (Isnin)
Ketika sedang menaip dapat panggilan Ny, "Jom makan tengah hari kat Restoren Garuda Emas." Mulanya, saya ke Jalan Raja Alang. Rupa-rupanya ia terletak di Jalan Raja Abdullah Kg Baru. Antara isu yang bermain di bibir perasaan adalah...

1. Persoalan 'wahyu', ilmu laduni serpihan 'wahyu', Nabi Isa a.s masih terima wahyu? Sesetengah Mufassirin (ahli tafsir al-Qur'an) mengarang tafsir berpandu ilmu ladunni.

2. Guling Najib Razak dan Guling Azizan Razak pun, oleh sebab cinta kasih-sayang.

3. Adakah saya pi acara Gapena Jumaat ini di Melaka walhal Najib merasmikannya?

4. "Setidak-tidaknya Najib Razak raikan penulis walau kat pilihan raya, dibanding PR," kata Ny. Saya rasa, jangan diukur sikap Najib raikan penulis dengan merasmikan PPMN, Pena dan merasmikan Gapena. PR meraikan pendapat penulis budayawan dengan menyokong GMP, membantah PPSMI dan menyelar nama Pudu Sentral apabila kaum penulis menyelarnya sama.

Beza bentuk sokongan PR dan BN ke atas budayawan-penulis adalah, PR sokong budayawan, tapi tidak lewat anugerah yang melalaikan budayawan - penulis. (Sebetulnya Selangor sudah beri anugerah kepada Prof Shaharir Md Zain. Jadi, ini antara bukti bahawa PR tidak pinggirkan budayawan dan seniman. Ada anugerah juga diberikan kepada bakat-bakat muda di Selangor. Hasmi Hashim pernah dapat anugerah ini.)

Adakah wajar dikatakan Najib meraikan budayawan jika rungutan kaum penulis yang menyelar Pudu Sentral itu tak didengari Najib? Adakah Najib meraikan sasterawan kalau saranan sasterawan negara agar, Interlok dipertahan dan PPSMI dimansuh, tidak diendahkan oleh Najib dan sepupunya Hishammuddin Hussein?

Ya, saya melihat - kesilapan ini tidak boleh dipersalahkan ke atas Najib 100%, tapi kaum penulis itu juga yang masih mendakap erat tubuh Najib sehingga tidak berani pula mengangkat suara agar Pudu Sentral ditukar.

Di restoren ini, ada akhbar percuma; CARAKA. Di laman belakangnya ada ulasan filem Negeri 5 Menara ---


Petang ini, Amin, rakan serumah ajak berbincang tentang penternakan kambing, tapi di Kuala Penyu, Labuan. Beaufort di Sabah, asalnya Sungai Pedas namanya. Itu antara maklumat yang saya baru tahu. Saya rasa, lepas Najib digulingkan, nama Beaufort mesti diubah kepada Sungai Pedas. Amin suku kaum Bisaya rupanya.

Saya bercerita kepada Amin tentang hal khadam malaikat. Katanya, ada manusia di Kayu Ara yang berseluar pendek, pakai gelang turut berminat hal ini. Saya sifatkan Isa Samad dan Qarun, (sepupu Musa) adalah puak kufur. Isa dan Qarun, pernah masuk tarikat dan belajar ketuhanan, tapi akhirnya menyeleweng setelah kaya!

"Jangan hairan dengan orang yang suka ilmu ketuhanan, tapi akhirnya sikap dia tak betul-betul lurus dengan syari'at agama," kata saya. Fikir saya, 'gila isim' ini bukan terjadi dengan sebab kita tidak solat, lalai dengan Tuhan, tapi apabila kita menyeleweng ilmu ketuhanan ke atas manusia lain.

Atau ia terjadi mungkin saat mewiridkan ayat-ayat panas, zikir yang sepatutnya dibaca ketika berperang. Tapi kita amalkannya tanpa di bawah pengaruh dan pemantauan orang-orang rohaniawan.

@@@@@@@@@@@@@

25 Mac, (Ahad)
Saya menang dengan sejumlah undi sebayak 21 di bawah Athina yang mendapat 25 undi. Pada pusingan kali ketiga, abang Hakim Ramlee cuma menggunakan keputusan ketiga. Saya syak ada pengundi hantu. Maka dia mahu gunakan undian kali ketiga yang disifatkannya sebagai bersih daripada pengundi hantu. Agak sayalah!

"Pasai pa saya guna hanya undian ketiga, eh! Yang tu, ikut suka sayalah," kata bro Hakim, tanpa memberitahu akan sebab-musababnya.

Di sudut lain, Amir Julib ada beritahu saya bahawa dalam apa juga keadaan, jangan kirim isyarat bahawa kita memihak kumpulan tertentu. Sepertinya, saya sokong NGO Imam (Islamic Marxisme Movement).

Sebetulnya 'bias' pun, terbentuk kerana kalimat revolusi yang selalu mereka dengung. Jadi, di pihak NGO Jati dan NGO Juling Liberal (Julib) mungkin akan terasa jauh hati sedikit ketika terdengar calon Presiden itu akan memihak kepada orang-orang, NGO tertentu yang mereka tidak suka itu.


Helmet hilang, saya jauh berkelana ke SACC Mall. Sana ada awek cun masuk pertandingan pencarian model tudung Fareeda. Leka sat. Telefon Don F rupanya dia di Puchong. Mungkin jumpa Suhaib adik Mustaqeem Mahmood Radhi. Saya dah jumpa Mustaqeem. sah...Hakim, Mustaqeem memang rapat sejak Maahad!

Kaki kanan makin sakit bila saya menapak. Di Restoren ala-ala 'Arab di Kompleks PKNS (campur Jawa), pekena segelas nescafe (RM1.90) dan puding jagung (RM2.50). Puding memang sedap. Saya masukkannya ke dalam senarai makanan untuk revolusioner menjelang penggulingan Najib Razak nanti.

Allah Maha Besar! Rupa-rupanya tidak lama selepas itu, saya terlihat sebuah kedai menjual barang keperluan penunggang motor. Ia satu-satunya kedai menjual barangan motor di situ. Namanya kak tu Fazilah. Dia warisi kedai ini daripada arwah ayah dan ibunya sejak 30 tahun lalu.

Saya cerita masalah saya kehilangan helmet. Dia kata, baru kelmarin ada orang hilang helmet dan motor sekali gus! "Apa nak dibuat dik, dah macam tu attitude orang-orang kita," kata beliau.


Balik ke rumah mengantuk dan keletihan yang amat sangat. Don F baru balik dari Puchong, dia beritahu lewat sms. Tapi, sempat juga menonton The Pupil lewat malam di NTV7. El-Faeza a.k.a Nisa semakin cun, 'daring'.

Hati saya berbalah, jiwa bergolak. Saya mesti usaha melupakan Megan Fox dan lelain aweks di Beverly Hills. Dia kini sudah jadi milik orang. Mujurlah paparazzi dan mamarazzi tidak mengetahui cinta kami.

@@@@@@@@@@@@@@@

24 Mac, (Sabtu)
Mula mendaftar di Sekolah Demokrasi 2.0 di Quality Hotel, Shah Alam. Asalnya ia akan jadi 1.2. Tetapi, ikut perhitungan depa, PRU dah dekat. Maka, dipercepat jadi 3.0, 4.0, 5.0 dan 6.0. Kemudian, terus PRU!

Makanan hotel ini sangat best! Saya suka daging lembu yang rasanya seperti daging Burger King yang disaluti rempah lada hitam. Memang nampak model bertudung ramai juga. Terjerembat dengan penyanyi Aishah di lif.

Kata kawan-kawan, dia sudah masuk Pas. Saya fikir, Pas kena buat usrah untuk artis-artis ini belajar agama.

@@@@@@@@@@@@@@@

23 Mac, (Juma'at)
Helmy Samad (anak Pak A Samad Said) jemput saya jadi rakan Fb dia. Jemputan itu saya terima dengan hati lapang, gembira dan terbuka.

Awal pagi ini juga terdengar berita dukacita; kolumnis Utusan Tan Sri Mazlan Nordin meninggal dunia! Kehilangan satu lagi watak-watak sumber sejarah di negara kita.

Khutbah Juma'at putarkan kisah jasa dan bakti bapak-bapak polisi! Khak ptui! Tadi, pekena koteaw kerang lalu terjerembat dengan Farez, Naim Sungai Buaya dan Khai.

Naim baru pulang daripada membeli kitab-kitab yang murah di Al-Faizuun Kg Baru. Katanya, diskaun yang diberi mengalahkan diskaun kitab-kitab di Wisma Yakin.

Dia bercerita tentang pemecatannya sebagai guru J - Qaf dalam tempoh 24 jam lepas berkhutbah Jumaat atas tajuk Mat Indera. "Yang buat aduan itu Umno Bukit Beruntung. Ada campurtangan YB pula, sebab itu aduan itu kuat sedikit," katanya. Kami bertukar hp, tapi akhirnya hilang sebab saya simpan dalam nota sms.

Selepas Naim balik bersama isterinya, Farez datang menepuk bahu saya. Dia jemput ke warung internetnya. Dia sentuh hal buku-buku terpakai, kalau-kalau saya berminat hendak membuat 'pustaka rakyat'. Topik yang agak menarik - bagaimana mahu mencetak buku. Saya kira, inilah maudhu' terpenting daripada segala hal.

Tiba-tiba...Khai 'call' dari Jordan. Perkembangan terbaru, dia diajak ke Kedutaan Brunei di Jordan. Ada juga tazkirah yang dia sampaikan. Biasa-biasa saja, katanya. Tiba-tiba ada soalan dari budak Brunei itu, "Apakah pandangan tuan mengenai Najib Razak?" Dia jadi berpeluh seketika. Akhirnya, dia kata Najib itu baik...

"Lepas tu, budak-budak Pas di Jordan tu mulalah marahkan saya abang Ali," kata Khai lagi. Saya pun faham, dalam kedudukan dia itu, memang dia nak jaga beberapa peluang dia sama. Inilah risiko yang terpaksa dia ambil. Apa nak buat. Bagi saya, biar terpaksa menjawab bila disoal, jangan kita mulakan bicara nak ampu Najib Razak tak pasal-pasal, sebab berniat berkehendakkan habuan duniawi tawaran Najib Razak itu.

Dia juga minta pandangan tentang rancangannya hendak menyambung Master. Katanya, sudah ada peluang di United Kingdom. "Ada orang nak buat kira-kira bicara," katanya. Jawab saya, mudah saja. Kalaulah dah ada peluang, ambil saja dulu. Sebabnya, sekarang ini, susah juga hendak mendapat tempat di universiti.

Saya ke warung internet Farez. Dia tunjukkan buku-buku terpakai itu. Sewa bulanan CC itu boleh tahan juga, "RM1,800 sebulan," katanya. Saya sentuh isu 'tanah terbiar' di Kg Baru dan rumah-rumah terpakai di sini.

Saya baru tahu, PRU ke-13 mungkin diadakan Jun depan. Di sini ada orang-orang yang nak jual tanah, tetapi sudah tiada orang yang nak beli sebab harganya jutaan ringgit! Demikianlah antara cerita-cerita petang ini.

Alo sms, "Mega Utusan, m.s 25, ada gambar iklan Follow Me, macam iklan filem lucah. Diletakkan di tepi ruangan agama, tafsir al-Quran pula tu. Utusan nazak ka dek saman, sampai perlu duit iklan?"

Guhaguha Guha janji akan datang malam ini di Restoren Nagas kat The Mall. Atas jam 10 katanya. Dia tanya apa tajuk bincangan. Kata saya, "Injil Barnaba'. Tapi, kalau tak bawa kitab itu malam ini pun tak pa..."

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

22 Mac, (Khamis)
Ehsan Auction di Jalan Yap Kwan Seng. Baru belajar tatacara 'bid' di sini.Saya tidak nampak jerit pekik dan laungan tawar-menawar yang kerap dibabakkan dalam drama dan filem-filem itu.

"Abang kena jumpa perbadanan pengurusan dahulu,"
kata seorang peguam di sini. "Di sana, abang akan dapat tahu semua perkara."

Barulah saya faham sedikit sebanyak apabila sudah mengikuti semua perjalanan lelongan di sini.Sesetengah rumah masih jua berpenghuni dan di situlah letaknya beberapa risiko yang tinggi.

Dalam musim penggulingan Najib Razak, setiap revolusioner mestilah dipastikan adanya rumah untuk membuat 'usrah penggulingan'. Kita mesti belajar mengadunkan kekuatan rohani serta kekuatan fikir dan zikir sekali gus dalam upaya menggulingkan Najib Razak!

Malam. Dr Notz ajak ke Bistro. Selepas Maghrib, saya keletihan. Saya tidak ke Bistro. Dan bahan sastera hanya siap selepas lewat tengah malam. Saya baru teringat Guhaguha Guha mahu ajak saya pekena 'teh'.

Tetapi, tiada pula panggilan daripada beliau pada malam ini. Siapakah beliau yang sebenarnya? Naluri seorang penyiasat datang secara tiba-tiba.


@@@@@@@@@@@@@@@@@

21 Mac, (Rabu)
Bunohan (TGV, KLCC)! Cerita kemenangan kapitalis desa; Bakar. Tomoi, wayang kulit adalah lipstik saja. Rumusan terakhir, lihat papan tanda itu-MARINA RESORT.

Sebuah filem yang wajar ditonton Marina Mahathir, Najib Razak dan Dr. Mahathir!

"Mu ingat aku oghe politik nak ceramoh ceramoh," kata Pok Wah @ Namron. Nampaknya ada isi cerita ni ketika pelakon berani mengucap dialog bantah politikus.


Tamat Bunohan 2:45 petang. Saya ke Kinokuniya, bertemu buku Misquoting Jesus (Bart D. Ehrman) dan Armies of the Ottoman Turks 1300-1774 (David Nicolle). 


Di dalam halaman F saya terjumpa Deli Scout. Mungkin ia Delhi di India ataupun Deli di Sumatera. Kumpulan askar Turki (Deli) ini dikatakan telah hadir pada abad ke-16, begitu sedikit catatan yang tercurah di buku itu.

Satu-satunya kumpulan askar Turki yang berpakaian mirip Melayu, menurut sangkaan saya adalah bangsa Peyk. Tapi, bila disemak di Google, saya temui ia bangsa di Iran, Parsi. http://www.pccsd.org/peyk/index.html

Mungkinkah sebab ini ada kajian menunjukkan bahawa hubungan Parsi --- Alam Melayu itu terbina terbentuk sejak ribuan tahunan lalu? Maha suci Tuhan! Terlalu banyak kisah yang perlu digali geledah lagi dan lagi lagi!

Sementara itu di dalam Misquoting Jesus, pengarangnya Bart D. Ehrman meletakkan 10 'verses' yang dida'wa sebagai 'verses' yang tiada di dalam Perjanjian Baharu (New Testament) Bible itu. Antaranya...

(1) John 5:7 | (2) John 5:4 | (3) John 8:7 | (4) John 8:11 | (5) Luke 22:44 | (6) Luke 22:20 | (7) Luke 24:12 | (8) Luke 24:51 | (9) Mark 16:17 | (10) Mark 16:10

Perkara ini terletak di bahagian belakang di bawah maudhu'; 'Top 10 Verses Not In New Testament'.

Perut lapar! Bergerak ke nasi lemak Dang Wangi. Kemudian, bank-in cheque. Jam 4:30 petang lebih kurang, terus mara ke Pusat Latihan Utusan, Jalan Chan Sow Lin. Sekitar 5 petang, saya tebus tiket 7 Petala Cinta.

Saya bawa satu keratan saja. Kalau tidak, boleh dapat dua tiket kerana saya minta 2 tiket kelmarin. Penjaga tiket itu seorang wanita pada ambang usia 40-an. Bagus! Dia tetap setia ke atas arahan dan prinsip kerjanya.

Saya takkan memutuskan hubungan persaudaraan silaturrahmi dengan warga Utusan dan Berita Harian. Tapi, sebagai revolusioner pengguling, diri ini tetap akan pulau Utusan dan BH sehingga Najib Razak jatuh terguling dan tergiling. Ya, kita haram memusuhi revolusioner Mashitah; pendandan hias, penyikat rambut puteri Fir'aun.

Revolusioner Mashitah itu orang dalam mahligai Fir'aun, tapi dia rela berkorban, termasuklah korbankan anak beliau demi keluhuran aqidah. Ketika Isra' Mi'raj, Rasulullah s.a.w tercium wangian dari kuburan Mashitah itu.

Jadi, sesama revolusioner, kita tidak boleh ada sikap memusuhi revolusioner Mashitah serta lain-lain Mashitah di bawah mahligai pentabiran jentera kerajaan Fir'aun pasca moderen pada hari ini.

Kecuali kalau nama dia Mashitah Ibrahim, maka tang bab tu saya memang ada problem selepas baca ruangan dia di Sinar Harian, 2 Mac - http://www.zoomartis.net/2012/03/sinar-harian-skandal-seks-dan-politik.html!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

20 Mac (Selasa)
Terjaga 5 pagi. Panaskan daging. Saya tuang sos tomato, curah sos bbq ke atasnya. Subuh ini solat bersila amat nikmat. Di balik derita sakit kaki, ada jua keindahannya.

Di Teratak Pak Ali ada pekerja lelaki baru, kununnya dia baru datang dari Aceh! Dia tak tahu kendalikan Astro. Pak Ali hilang entah ke mana. Lalu, saya putar MHI TV3 saja. Pabila Pak Ali tiba, ingatkan dia nak buka saluran Max Cinema atau pun HBO.

Sekali, dia mai, terus buka Animal Planet. Argh! Urgh! Haih! Saya layan Kosmo! di dalamnya ada peraduan 7 Petala Cinta. Jam 10:30 pagi saya cuba 'call', hanya 10:56 pagi, barulah panggilan saya itu diterima. Saya minta dua tiket percuma!

Hajatnya pagi ini mahu memburu tiket filem Bunohan untuk esok. Ia lebih murah!

@@@@@@@@@@@@@@@

19 Mac, (Isnin)
Subuh ini, hampir terseliuh kaki di Masjid Jamek Kg Baru. Saya juga melayan The Majestic di Teratak Pak Ali. Melihat watak Peter Appleton (Jim Carrey), saya makin berminat mengkaji komunis. Ia pasti terbelah dua. Saya mahu kaji komunis Melayu.

Pulang ke SPKB, layan FB. Jam 11 pagi kurang lebih mendapat panggilan Alo untuk makan nasi 'Arab. Kaki saya masih sakit. Moga tidak patahlah tulang kaki kanan ini.

Alo berkisah masalah dalaman Haraki. Almost about kebajikan. Saya rasa kalau nak kutuk Haraki dan Pas ini, mesti ditulis dalam bentuk novel jugalah.

Dalam jalanan balik, saya terfikir nak terbitkan status FB ala-ala gaya Usman Awang dalam Tulang-Tulang Berserakan. Tadi di rumah Alo, Ti Zeck kirim sms, katanya nak berbual perkara penting di YM.

Malam ini, barulah dapat berbual dengan Ti Zeck. Ia berhubung masalah Cham kat Melaka. Mungkin ramuan pengkisahan ini boleh diabadikan lewat Tulang-Tulang Najib Razak Berserakan, oleh Usman Fansuri. Ahaks!

Malam 'deadline'. Cik Pyan ajak pergi Bistro. Tapi kaki sakit, maka saya mengelak untuk ke sana. Malam ini, rencana Saedon itu disahkan Alo. Cuma, sajak Pak Zahari di Watan pada 1977 tak dapat disiar. Saya akur.

@@@@@@@@@@@@@@@

18 Mac, (Ahad)
Pagi ini, tonton Out Of Sight (Jennifer Lopez, George Clooney) di Max Cinema, Teratak Pak Ali. Saya mula kenali Karen Sisco; (watak asal dipegang Carla Gugino).

Tiba-tiba berlaku drama kejar-mengejak di Jalan Raja Muda Musa itu. Suspen! Ada penjenayah rupa-rupanya di daerah kami ini. Tapi, tidak berlaku tembak-menembak.

Berita melaporkan Ali Rustam pi Phnom Penh, Kemboja atas kedudukannya sebagai Presiden DMDI (Dunia Melayu Dunia Islam). Dia mahu sekumpulan guru-guru serta anak-anak muda di Kemboja dikirim ke Melaka untuk belajar bahasa Melayu.

Ini kerana, anak muda Kemboja sudah tidak boleh berbahasa Melayu, kecuali orang tua sahaja. Saya setuju dan menyokong langkah ini. Cuma, harap saya, jangan ada pemberian kad pengenalan untuk minta orang Kemboja ini mengundi BN di dalam pilihan raya pula.

Tengah hari, Alo sms ajak makan nasi Arab. Saya terlelap lepas Zuhur. Hajat hendak pergi ke Ampang terbatal untuk makan nasi Arab pada petang ini.

"Ana lepas Maghrib nak kena keluar Cheras," katanya saat saya baru mahu keluar Ampang selepas Asar.

@@@@@@@@@@@



17 Mac, (Sabtu)
Petang ini, ke KLCC, hajat awalnya hendak bayar Celcom Broadband, tapi ia ditutup. Akhirnya saya bayar di Kg Baru sahaja. Di Kinokuniya, ada empat buah buku yang saya selak-selak.

1. The Heart of Islam: Enduring Values for Humanity (Seyyed Hossein Nasr)

2. The Mystery of the Historical Jesus: The Messiah in the Qur'an, the Bible, and Historical Sources (Louay Fatoohi)

3. A World Without Islam (Graham E. Fuller)

4. Melayu: The Politics, Poetics and Paradoxes of Malayness (Maznah Mohamad & Syed Muhd Khairudin Aljunied).

Saya ingat, nak tiru Pak Chu Mid Bukit Tembaga. Catat 10 perkara yang kita baca, dan hafal satu setiap hari. Lakukan semua ini setiap hari. Dan, saya mesti kongsi dengan rakan-rakan untuk meneruskan pencerahan!


Tempat terbaik untuk berkongsi pencerahan dan pengetahuan ini, ya, tentu sahaja di Facebook. Di mana lagi?


@@@@@@@@@@@

16 Mac, (Jumaat)
Pagi ini, di Bistro (7 pagi hingga 9 pagi) sembang dengan Aidil banyak hal juga. Tapi, akhirnya bualan itu terarah kepada mistik da kerohanian.

Celcom Broadband kena 'block'. Mahu bayar di sebuah kiosk di Jalan Raja Abdullah (nasi lemak Dang Wangi), tapi ia tidak menyediakan perkhidmatan itu. Selepas minum di Bistro dengan Cik Pyan dan Aidil, saya lihat kiosk Celcom di Jalan Pahang Barat juga telah ditutup. Argh! Saya kesunyian tanpa internet!

Isu-isu berbangkit Bistro adalah:- masalah kecelaruan di dalam bahasa Inggeris.

Kata Aidil, "Seorang murid bertanya gurunya, kenapa sebutan Ballet tak sama dengan Wallet?" Terhadap pertanyaan ini, gurunya tidak boleh menjawab.

@@@@@@@@@@@@

15 Mac, (Khamis)
Terjumpa satu laman sesawang, menyatakan Irma Hasmie kan bertunang. Aduh! Kaciwanya. Tak pa, Neelofa masih ada. Tak pun, Ali Lohan atau Paris Hilton atau.. err... ah biarlah rahsia...

@@@@@@@@@@@@ 

14 Mac (Rabu)
Kal Ho Na Ho. Tetapi, saya tidak terangsang mengikutinya sampai habis. Ketuaan mungkin sedang menjalar di jiwa agaknya. Saya tidak menemui dialog yang boleh saya politikkan seperti Baazigar. Dalam Baazigar, Kajol berkata, 'kakaknya' Seema bukan mati membunuh diri keranan esoknya dia akan kahwin.

Dialog ini mengingatkan kita ke atas mendiang Teoh Beng Hock yang dituduh membunuh diri sedangkan esok adalah majlis perkahwinannya. Inilah maksud saya - kata-kata dalam dialog filem itu yang boleh dipolitikkan.

@@@@@@@@@@@@

13 Mac, (Selasa)
Menerima 'wahyu' lepas Subuh, "Ke atas bangsa Melayu, yang berharga itu tanah mereka, baki tanah simpanan itu, wajib diwakafkan semua," 'Surah' ath-Thawrah.

Terima sms abah, "Majlis ulangtahun pernikahan abah dan mak akan diadakan pada 6.4," --- 9:00:29 a.m. Saya kena balik!? Hurm...

Terjumpa TV3 Live Streaming! Anne di Doha yang beritahu hal ini lewat Facebook.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

12 Mac, (Isnin)
Makan buah lai Pak Zahari Hasib. Ini buah yang terakhir. Maka, selamat bersemadi terkubur di dalam jiwa saya, kenangan terakhir bersama penyair revolusioner itu.

Di MHI pagi ini, Fedtri Yahaya mengulas kisah seorang ibu tua lumpuh dari Kg Jawa yang ditinggalkan sendirian di Hotel Muda, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kg Baru.

Mengemas SPKB, menyelak di bawah tilam, terjumpa Hikayat Hang Tuah. Memang bilik ini menyimpan banyak kenangan dan rahsia alam dan rahsia negara yang besar!

Menyelak helaian demi helaian, lembaran demi lembaran, saya bertemu watak Hang Kadim (Nadim) (dinamai Sang Setu oleh raja kerana bapanya penderhaka). Menurut Pak Chat Tanjung Tuan itu, Hang Nadim ini anak Hang Tuah. Mungkin Hang Tuah dianggap penderhaka ketika ini.

Jalur penceritaannya lebih kurang sama. Hang Kadim a.k.a Sang Setu dalam HHT ('Nadim' dalam Sulalatus Salatin) yang didengki oleh para pembesar di Singapura. Juga saya temui kisah Putera Gunong Ledang jadi Raja Melaka. Juga dirawi kisah Raja Melaka tabalkan Raja Perempuan (Puteri Gunong Ledang) di Melaka!

Kemudian baru datang Peringgi (Portugis). Jadi jalur penceritaan ini mirip kedudukan (Puteri Gunong Ledang) Rosmah yang berhasil merampas 'takhta' Najib sehinggalah tiba Apco Israel Zionis menjajah benua Malaya!

Kedua-dua masukan kata 'entry' ini telah saya masukkan dalam Twitter lewat telefon bimbit. Cuma sayangnya saya masih belum dapat menyambung hubungan Twitter dengan Facebook lagi buat masa ini. Sayang benar!

Malam. Cik Pyan,Dr Nots dan Aidil tunggu di Bistro. Saya terkial-kial menukang bahan sastera di SPKB lalu terjumpa balik video demonstrasi saya membuat jus buah lai sambil membaca puisi Zahari Hasib.

Di M M Bistro, Jalan Pahang Barat, antara isu-isu berbangkit dalam kalangan ahli mesyurat tingkap (AMT)...

1. Andy Lau nak minta PR di Malaysia. Malaysia benarkan. Kata Idil Andy termasuk dalam 'Four Heavenly' - Jackie Cheung, Leslie; Aaron Kwok. Kata Star, di Hong Kong, Andy diganggu Paparazi. Isterinya ada di Malaysia. Andy aman jika keluarganya di sini. Saya rasa, ini peluang untuk perkenalkan dia kepada Islam.

2. Shahrizat Abdul Jalil letak jawatan. Menurut The Star yang saya baca di M M Bistro, Shahrizat tidak letak jawatan sebagai Ketua Wanita. Ini suatu masalah besar kepada Umno. Saya lihat isunya adalah bagaimanakah rakyat mahu perjuangkann agar RM250 juta dalam skandal NFC itu nak dipulangkan semula kepada rakyat.

3. "Hang dah tengok Forrest Gump?" kata Cik Pyan. Antara dialog yang dia suka dalam filem itu, kata Tom Hanks, "I'm not a smart man... but I know what love is..." 

4. Menurut The Star, air akan tiada di sekitar Lembah Kelang. Tadi pagi pun, saya dengar laporan di MHI, bahawa air akan tiada. Saya mesti keluar dari Lembah Kelang, merantau jauh sebagai petualang, dagang, dan musafir kelana sebagai pencari air. Saya mesti belajar tatacara mencari sumber air dan belajar menggali perigi dan telaga seperti orang-orang Melayu pada zaman dahulu.

"Pening, tak mandi, air tak da," kata Alo dalam smsnya buat Cik Pyan tadi. Wah! Air dah tiada rupanya!

5. Saedon Ibrahim hantar ulasan mengenai 5 sajak Zahari Hasib yang pernah disiarkan Harakah sebelum ini. Katanya, sajak Cermin Mata oleh pak Zahari itu pernah tersiar di Watan pada 1977. Lama benar Watan ini!?

"Ya la, memang lama. Cuma Watan itu bertukar tanganlah. Subky Latiff tu la yang mula mewujudkan Watan," kata Cik Pyan. Oh! Subky Latiff pencetus Watan tu rupanya! Dah lama saya cari pekerja Watan ni.

6. Isu panggung Annivesary di Tasik Perdana. Cik Pyan sentuh hal ini kerana Saedon Ibrahim ulas sajak Z. H tentang Panggung Annivesary. "Panggung tu dah tak da. Dulu depa buat ala Colleseum. KL dah hilang seninya," katanya. Dia kerap merungut mengenai acara budaya KL yang sudah tidak seperti waktu dahulu.

Dinihari. Ada rencana terpaksa dikeluarkan. Saya buat pilihan terbaik setelah bos besar telah beri dua pilihan. Saya pilih melambakkan puisi. Lalu, kami keluar M M Bistro membuang kebosanan dan membuang kutukan ke atas mangsa-mangsa kutukan kami sekitar jam 3 pagi! Fuh! Urgh!

@@@@@@@@@@@@@@@@@

11 Mac, (Ahad)
Sudah berjaya mencari kaedah 'berkicau' Twitter dari telefon bimbit. Tapi saya belum temui cara sambungan Twitter-FB. Saya juga belum dapat temui cara penyambungan antara Blog-FB. Selepas kuasai kaedah ini dan ada Ipad, saya rasa lebih berkuasa!

"RM0.00. Successful registration. Fee: RM1.00/week. Content is Free. Renewal 18/03/2012. To cancel, send STOP tw to 2000," Digi, 8:10:37 p.m.

Terkena najis kucing ketika makan malam di sebuah restoren Padang di Jalan Raja Alang, Kg Baru. Heboh taukeh restoren. Tetapi, depa tak mengesyaki saya agaknya. Fuh! Lega! Alhamdulillah!

Ya, apa pun...sekarang, saya tahu apa maknanya pabila raja sedang 'mencemar duli'. Cerita ini kalau ditukang menjadi sebuah cerpen pun bagus juga! Boleh juga jadi modal awal mengutuk Raja Nong Chik di Kg Baru!

@@@@@@@@@@@@@@@

10 Mac, (Sabtu)
Saya terlupa ke Kg Banda Dalam, Gombak untuk Himpunan PPSMI, Mac 2012.

ALO sms, "Kalau free, mailah rumah. Sembang-sembang dan makan Nasi Arab.." --- 6:53:47 petang.

Selepas Maghrib, saya pergi rumah Alo, baru tahu, Aziz Muda ke Harakah. Salmiyah dan Anis diterbangkan ke Harakah Daily. AJK Pas paling ramai letak jawatan kerana protes Ustaz Azizan adalah AJK Pas Pendang.

Menyentuh acara di Kg Banda Dalam, kata ALO, para pejuang bahasa ini tidak bersedia. Jadi acara itu cuma dihadiri kurang 20 orang sahaja. Mereka ini bukannya anti kerajaan sebab mereka sokong Muhyiddin.

"Kumpulan Page itu sokong Dr Mahathir, pejuang bahasa ni sokong Muhyiddin untuk mansuh PPSMI," kata Alo lagi. "Tapi, memang depa tidak bersedia untuk mansuhkan PPSMI ini."

Saya pekena nasi Arab di rumahnya. Sedap betul Kak Siti masak. Saya syor depa buka restoren. Alo seperti mahu bersetuju dengan syor itu. Bualan kami berpindah kepada penubuhan pustaka.

Entah daripada mana dia tahu saya mahu tubuhkan Pustaka Masjid, saya sudah ingat-ingat lupa. Pesannya...

"Enta kena 'sambar' satu masjid dan jadikan orang lain jadikan itu sebagai model," kata beliau. Itulah yang saya cuba lakukan. Tetapi, entahlah sama ada ia boleh dilaksanakan atau pun tidak.

Balik ke SPKB. Saya nampak mel-e Mazir Ibrahim daripada Roketkini. Mel-e itu saya jawab, "Insya-Allah saya akan hadir dalam Sekolah Demokrasi..." Kali ini, saya fikir - Sekolah Demokrasi 1.3 pula.

@@@@@@@@@@@@@@@

9 Mac, (Jumaat)
Nadia call. Dia minta alamat 1. Norziati Mad Rasman, Firdaus Mohd, Abdul Razak Othman. Cek telah siap. Cuma alamat depa yang belum didapati. "Cek awak, Isnin ni baru 'clear'," kata beliau lagi.

Saya simpati dengan nasib Imam Hoslan Hussin yang dipenjarakan tanpa timbang rasa, saya pun teringat lagu Oslan Husein; 'Menimbang Rasa'. Nama tuan imam ini dengan penyanyi Oslan Husein itu memang mirip sama.


Pagi ini selesai solat Subuh, saya baru sudah membaca manaqib Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi di pejabat Harakah. Ertinya ada dua calon Imam Mahdi sejati setakat ini. Pertama, imam terakhir daripada 12 imam yang dikatakan ghaib itu. Kedua, Syeikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi.

Ada juga catatan yang saya temui - Imam Mahdi itu ada tiga orang. Jadi, yang sudah keluar setakat ini, sudah 2 orang. Maka, tinggal seorang saja lagi. Sama ada yang ketiga ini akan ghaib juga lepas ini, tidak diketahui.

Saya fikir, Nabi Khidhir a.s perlu saya temui untuk mengenali Imam Mahdi yang ketiga ini.

Malam. National Treasure. Saya ingin jadi sebijak Benjamin Fraklin Gates, bijak membuat pertalian hubungan antara 'clue' dan jejak-jejak yang sudah lama ditinggalkan. Bagaimanapun saya suka perkataan yang tertulis di bawah Perisytiharan Kemerdekaan Amerika, "Apabila kerajaan telah zalim, maka gulingkannya!"

Ke Rafiya berbual bersama revolusioner. Bila naik opis saya cuba pasang DVD Knight and Day (Tom Cruise, Cameron Diaz. Di dalamnya, ada sebuah lagu Scorpions. Cik Pyan jadi sedikit teruja.

"Aku terbaca entahlah di mana, dalam tulisan tu katanya Ungku Aziz minat lagu Scorpions," katanya. Bila saya semak di internet, memang nampak beberapa pautan laman sesawang yang menceritakan hal itu.

Saya pulang SPKB. Malam ini, terjumpa Adnan Sempit 2 di Youtube. Tiba-tiba, dalam sekejap mata, ia terus dihilangkan dari Youtube itu. Eh! Tiba-tiba ada balik pautan ini.


Di Facebook, saya bertukar-tukar fikiran secara sihat dengan Tan Sri Nordin Kardi tentang idea mahasiswa bertanding dalam pilihan raya. Saya rawi balik sejarah lama berhubung PMN (Parti Mahasiswa Negara) yang tak dialu-alukan penguasa pada 2008. Depa ingin 'guling' Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas saat itu.

Tapi ketika calon PMN datang ketika penamaan calon, maka dengan tiba-tiba mereka tidak diizinkan berbuat demikian. Ringkas kata, hak mereka dirampas. Apakah PMN boleh dihidupkan semula selepas Auku dipinda bagi membolehkan siswa melibatkan diri dalam politik kepartian, hal itu masih menjadi persoalan.

@@@@@@@@@@@@@@@

8 Mac, (Khamis)
'Black-out'! Sejak 10 pagi tadi, begitu kata pakcik teman serumah saya. Rasanya, ini penangan hujan lebat semalam yang berlangsung sehingga jam kurang lebih 1 pagi.

Petang ini, bergegas awal ke pejabat. Di Rafiya, Cik Pyan dan Dr Notz dah bersidai.

"Ada mesyuarat sejak jam 3 petang ni," kata Cik Pyan, menjelaskan sebab dia hadir awal ke pejabat hari ini. Antara isu berbangkit - murtad, Banjar, Baazigar.

Saya beritahu ada orang murtad jemput saya masuk ke dalam Facebook Murtad. Di sana, ada yang bernama 'Claudia', yang mahu masuk Islam semula.

"Dia minta ma'af daripada rakannya yang murtad, sebab dia nak 'unmurtad'," kata saya. "Bila kawannya tanya, macam mana nak 'unmurtad', dia kata, lafaz balik syahadah."

Kata Cik Pyan, anak Oliver Stone, pengarah filem Naturer Born Killer di Hollywood berbangsa Yahudi tetapi anaknya memeluk Islam. Antara filem yang pernah beliau arahkan adalah JFK.

Di Rafiya ini, berbangkit cerita mengenai nama 'Parit' yang ada ma'na tersendiri dalam bahasa Banjar. Tapi, hal ini belum disemak dengan Dr Notz. Yang baru saya tahu - perkataan Banjar - Kulaan Naka Hiring.

Balik dari Rafiya, ketika menaiki lif, sekitar jam 7 petang, ada sebuah kereta melewati Jalan Pahang Barat lalu ia menjeritkan hon dengan nada dering lagu tema daripada filem Godfather.

"Uish! Bunyi hon pun macam lagu Speak Softly Love!" kata Cik Pyan. Saya pun turut terkejut. Malam ini, di pejabat, sambung bercerita lagi tentang Yusnor Ef. Ada maklumat tambahan yang baharu.

Khabarnya ada sebuah filem biografi mengenai garis kehidupan P Ramlee. Menurut Cik Pyan, filem itu pun sentuhan Yusnor Ef. Khabarnya ia mahu difilemkan sekitar 80-an. Entah betul atau tidak, saya tak tahu.

"Awat hang tak tanya Yusnor Ef masa jumpa dia dulu?" tanya rakan saya. Saya jawab, "Mana tau. Bila kita sebut Harakah, dia pun terus bercerita yang dia pernah arahkan teater Pak Shukor Haron."

Malam ini, menukang bahan tentang Usman Awang. Saya ceritakan betapa Usman itu sebenarnya menyokong PKMM, Parti Buruh dan gerakan kiri. Maksud rencana ini bertujuan menjawab pandangan sesetengah pihak yang pertubuhan penulis ini menjadi orang tengah, kuasa ketiga, dan tidak bergerak dalam politik kepartian.

Saya kata "Penyair revolusioner Hasan bin Tsabit sokong 'parti' Allah (Hizbullah) yang 'dipresidenkan' oleh baginda Rasulullah s.a.w. Mahaguru penyair; Usman Awang mengarang puisi untuk Hasnul Hadi (Parti Rakyat) dan dia menyokong perjuangan PKMM dalam novelnya; Tulang-Tulang Berserakan."


Tiba-tiba bila sudah siap semua bahan, Ustaz panggil, "Ali, tolong buang PKMM ni.." Urgh! Depa ni 'takut' apa sangat dekat PKMM ni? Dan, logo 1 M'sia 1Israel pun kena 'reject'. Cik Pyan pun mengumpat belakang tabir berkenaan hal-hal pemantauan ini, "Pimpinan kita ni pun dok berhati-hati juga rupanya."

Saya jawab dalam hati, "Revolusioner sejati tidak peduli semua ini. Menanggung risiko, ke penjara itu sudah pasti!". Malam ini, terserempak dengan catatan Alo, lalu dia bertanya, "Bersetujukah Imam Hoslan itu seorang revolusioner?" Saya jawab, "Ana harap Imam Hoslan itu adalah diri ana sendiri..."

Ustaz dah balik. Selepas hampir tamat 'deadline', kami banyak bermuhasabah mengurung 'kekaciwaan' dalam diam. Rakyat di peringkat akar umbi seperti Imlan Hoslan sudah berani lempar kasut. Tetapi, di pihak atasan, nak lempar kata-kata pun masih berhati-hati. Bagi saya, hanya satu alasan saja kenapa suatu artikel itu ditarik.

Iaitu fitnah! Pertama, kita mungkin disaman dan ia merugikan kita sendiri. Kedua, yang paling penting, sebagai penerbitan agama, fitnah tidak wajar dibiar terapung berlegar dalam masyarakat oleh lidah rasmi parti agama!


@@@@@@@@@@@@@@

7 Mac, (Rabu)
Motor pancit tayar depan. Bayar RM10 dekat bengkel Cina di Jalan TAR. Seorang lelaki Melayu kata kepada kawannya, "Bawak mai Tiger!"

Ada bungkusan air berais di dinding bengkel Cina itu. Adakah itu arak? Saya tak tau tapi saya bersumpah dan berikrar tidak akan kembali lagi ke sini jika motor rosak!

Liza sms, "Salam, agak-agak bila nak bincang pasal projek penulisan tu? Nanti tolong ingatkan saya untuk pulangkan buku lama tu." Mungkin besok atau pun  Jumaat saya akan jumpa dia kot. Dah lama benar buku itu ada pada dia.

Cik Pyan sms, ingatkan saya mengenai Yusnor Ef dalam Adila (Aku, Dia dan Lagu), TV1. Saya temui lagu sedap, Nilai Cinta. Boleh masuk senarai deejay untuk Radio Revolusi Malaya (RRM).


@@@@@@@@@@@@@@@@@@

6 Mac, (Selasa)
Balik dari Rafiya selepas menonton Rookie Blue. Melewati Bulatan Pahang saya dah bertembung sepasukan polis. Kena saman. Katanya, RM900 akan terkena.

Saya tak ada masalah sangat. Yang paling terhiris jiwa ialah pabila mereka menghina fahaman dan kepercayaan politik kepartian saya. Cis! Bedebah!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

5 Mac, (Isnin)
Memang jelas, ada seorang pelajar Malaysia di Syria yang enggan pulang kerana masih berkuliah. Dia ditemu bual di MHI (Malaysia Hari Ini).

"Kami tidak pulang sebab kawasan Homs itu jauh dari tempat kami dan masih ada kuliah dan halaqah pengajian di masjid-masjid," kata Syed Muhammad Ishak bin Syed Abu Bakar. Saya rasa terharu!

Rupanya, Malaya tidak ketandusan ulama' masa depan yang gigih menuntut ilmu dalam situasi perang dan saat negara genting di ambang revolusi!

Demi sesungguhnya, saya sungguh berbangga ke atas 178 pelajar Syria yang enggan pulang kerana berjihad mengisi ilmu penuh di dada! Oleh itu, satu-satunya tempat yang ingin saya belajar agama adalah di Syria kini.

Hari ini terbaca kritikan akademikus ekonomi Harvard ke atas Najib Razak ---; Harvard don: Malaysia must move up the income chain


Saya juga temui buku Rihlah Ilmiah Wan Mohd Noor yang diiklankan di laman portal Hidayatullah... Rasa nak terbang ke Jakarta!

MALAM. Saya terima mel-e daripada Rafidah Zahari, iaitu anak pakcik Zahari Hasib. Sebetulnya Zaidi DBP beritahu, memang ada puisi daripada anak pakcik Zahari yang mahu dikirimkan ke Harakah.

Berikut adalah kiriman puan Rafidah Zahari itu...

Salam, Encik H Fansuri,

Saya Rafidah Zahari, anak kepada Allahyarham Zahari Hasib ingin menyatakan ucapan terima kasih kepada Harakah kerana telah menyiarkan sajak-sajak ayahanda saya sepanjang karier beliau sebagai penulis.

Kami sekeluarga amat terharu dengan rencana 5 Mac yang memperingati arwah dan ditulis encik H Fansuri. Terima kasih daripada kami. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya. Mudah-mudahan roh Allahyarham akan ditempatkan bersama golongan mukminin. Amin...

"Majulah Harakah"

Salam,

Rafidah Zahari
"

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

4 Mac, (Ahad)
Mak hantar sms, bahawa mereka sudah balik ke Pendang. Pagi ini mereka sudah ada di rumah. Saya tak jadi pulang kampung dengan mereka. 

Tuhan gerakkan hati depa untuk tidak bertemu saya. Mungkin Tuhan belum hendak saya pulang untuk bikin revolusi lagi dalam tempoh terdekat...

Malam ini saya belajar sesuatu di dalam Covert One:The Hades Force (?) Ia tentang virus yang menyerang USA. Rupanya, virus ini sudah pun diperkenalkan sejak USA melawan keganasan di Afghanistan, sejak 911 itu. Apakah ia kisah benar, tak pasti.

The Pupil malam ini sudah menamatkan kes wang persatuan suku yang hilang oleh kerana ekonomi U.S. yang merudum itu. Saya temui masalah di mana warga Singapura juga tidak faham bahasa mahkamah.

"Macam mana kami nak faham istilah jargon," kata ibu saudara kepada peguam Wendy. Masalah ini pun nampaknya masih membelit di negara kita. Ada juga masalah wanita tua dihantar ke rumah jagaan orang tua.

Juga dalam kalangan peguam itu sendiri, masih ramai yang tinggal menyewa. Nampaknya masalah penginapan penduduk, rakyat Singapura adalah masalah paling besar di negara pulau, republik ini. Saya baru berkenalan dengan Dana Global NWSS. Juga, kisah perjuangan Wendy yang ingin bongkar salah laku pakciknya; Harris.

Dia syak, syarikat ayahnya bangkrap sebelum ini adalah gara-gara pakciknya; Harris itu. Antara dialog yang saya suka - "Bank yang bersalah dalam hal ini," kata lelaki yang sedang membela dirinya di mahkamah.

Banyak betul sistem dunia yang saya kena kaji untuk betulkan kembali keadaan yang sedang pincang hari ini.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

3 Mac (Sabtu)
Ada cerita Hindustan, Aamir Khan berlakon. Mulanya, saya ingat tentang 3 Idiots, sebab cara mekap dandan dan perawakan wajahnya seakan-akan sama dengan 3 Idiots. Bagaimanapun ia tetap angkat tema pendidikan juga. Kita ketandusan filem-filem bermoral yang mana isi dialognya banyak menyentuh hal pendidikan negara.

Saya kena cari filem ini juga untuk dimasukkan dalam filem-filem revolusioner...



Saya belajar sesuatu hari ini - perayaan Cap Goh Mei bukannya berasal daripada tanah besar China. Tetapi ia memang berasal dari Malaysia, iaitu dari Pulau Pinang. 

"Cap Goh Mei seperti Hari Valentine bagi masyarakat Cina, khasnya bagi muda mudi," kata seorang pemuda dalam dokumentari di TV1 tadi.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

2 Mac, (Jumaat)
Abah call, mak sms. Katanya, Kinah sudah pindah ke rumah sewa lain. Novel To Kill A Mockingbird untuk diserahkan kepadanya belum lagi saya temui.

Currently have 0 comments: