Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Gegaran Februari

Saturday, February 11, 2012 , Posted by nota untuk Syiah at 7:24 AM

17 Februari, 2012 (Jumaat)
Mazir Roketkini sms lagi mengenai program esok. Dia minta saya semak mel-e. Itu pun belum sempat saya periksa. Terlupa betul!

Saya nampak Bro Lan Naga Pena menyiarkan nama mereka yang sudah mengirim bahan manuskrip. Syukurlah, manuskrip abah dicatat di dalam senarai panjang itu.

Petang ini, masak daging (gizzard), saya semak apa makna gizzard yang saya beli di UO kelmarin. Daging burung? http://www.merriam-webster.com/dictionary/gizzard

Tapi, saya dapat rasakan ia masih mentah. Kena tanya mak juga berapa lama masa yang patut digunakan untuk masak daging sampai ia masak sepenuhnya.

Tulisan yang menggemparkan isi dunia!

Petang ni bila buka FB, saya nampak Tan Sri Nordin Kardi tanya saya, "Dah baca complete diary of che? he he..." Saya belum membaca habis, tetapi filem Che Guevara dan filem Gie (terilham dari Catatan Seorang Demonstran itu) sudah saya menontonnya.

Ketika menonton filem dokumentari anjuran Viva Palestin di GSC Pavilion pada 4 - 6 Februari lalu di Times, saya bertemu diari tebal milik George Orwell (?). Entah siapa dia ini, saya belum membacanya lagi.

Saya bukan presiden, bukan juga perdana menteri. Tetapi, saya tetap yakin satu hal, mana-mana lelaki dapat menukar rupa wajah kezaliman dunia lewat penanya sendiri setelah matinya nanti... asalkan dia menulis terus!

Dan, saya Gie Fansuri a.k.a Che' Guevara Fansuri, ditakdirkan Tuhan sebagai salah seorang daripada ribuan mereka yang pernah menggegarkan isi dunia lewat khazanah pemikiran mereka di mana idea mereka dipahat dan diukir dengan rapi dan begitu kemasnya di dalam ingatan jutaan jiwa manusia!

Ini yang saya temui bila menggeledah George Orwell itu... Rupa-rupanya, bila menyemak George Orwell, saya berkenalan pula dengan perkataan The Intellectual Revolt! Hal ini mirip sekali dengan semangat AIR (Angkatan 'Ilmuwan Revolusioner) yang saya cita-citakan penubuhannya itu.

http://kathrynvercillo.hubpages.com/hub/Writing-a-Memoir-5-Memoir-Types

http://en.wikipedia.org/wiki/George_Orwell_bibliography

http://www.lewrockwell.com/celente/celente92.1.html

http://www.trendsresearch.com/SubscriberArea/celente-calls-for-revolution-as-the-only-solution

http://books.google.com.my/books/about/The_intellectual_revolt_against_liberal.html?id=49DWAAAAMAAJ&redir_esc=y

http://www.historyguide.org/intellect/lecture27a.html

http://www.historyguide.org/index.html

http://www.amazon.com/Smothered-Under-Journalism-Complete-Orwell/dp/0436205564/ref=sr_1_3?s=books&ie=UTF8&qid=1329476750&sr=1-3

http://www.historyguide.org/ancient/ancient.html

http://www.historyguide.org/ancient/lecture9b.html

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

16 Februari, 2012 (Khamis)
Jari telunjuk kaki kiri dihempap kepit kuku. Baru sedar apa maknanya kecederaan dalaman. Saya dapat melihat darah pecah di bawah kulit!

Petang ini, ke UO membeli wayar panjang. Tiba-tiba hati terdetik ke kiosk tempat saya tempah VCD Mera Naam Joker semenjak 3 ke 4 bulan yang lalu. Harga vcd tu ialah RM14.90. Saya puas hati kerana dapat juga akhirnya.

Turun ke bahagian bawah, saya beli daging. Ini percubaan kali pertama untuk masak daging. Entah jadi entahkan tidak. Semoga Allah memberkati usaha saya memasak makanan untuk revolusioner menjelang hari terakhir Najib Razak di Putrajaya nanti.

Di opis cik pyan beritahu, "Alo minta segera ditamatkan tulisan bersiri Zahir." Saya akur, tetapi kita kena muhasabah juga tulisan panjang pak Affandi yang sampai tenggelamkan peluang menulis orang lain.

@@@@@@@@@@@@@@@@

15 Februari, 2012 (Rabu)
Hot FM sebelah pagi ini siarkan deejay Fafau, FBI. Saya teringat rancangan hendak tubuhkan RRM (Radio Revolusi Malaya) pada suatu hari nanti, insya-Allah Ta'ala...

Mazir DAP hantar sms lagi, minta disemak semula mel e saya. Acara itu makin dekat dan saya fikir, selepas tamat program ini, saya mahu balik Pendang.

Kata Imran, dia mahu datang ke KL hujung minggu ini. Eh! Kalau dia mai dengan kereta, boleh balik. Kalau dia mai naik bas, terpaksa ditunda hajat ke masa lain pula!

Pergi ke KWSP, bertanyakan akaun haji itu, kalau saya boleh mendaftar pergi menunaikan fardhu haji dengan duit KWSP saya itu.

Maka berkatalah sang kerani kaunter, "Encik boleh cetak penyata KWSP dan tunjuk penyata tu ke Tabung Haji atau Bank Rakyat. Macam tu jer, tak boleh keluarkan duit." Saya cetak penyata KWSP. Fikir saya, esok mungkin saya boleh daftarkan diri.

"Labbaikallahumma labbaik!" jerit pekik nyanyi hati ini dengan penuh girang sekali!

Ke nasi lemak Dang Wangi, kemudian bank-in cheque Bank Islam. Saya masuk ke PNM, hantar buku, dan tidak boleh pinjam lagi sebab 'server down'. Elok juga, memang niat hati ini tidak hendak meminjam lagi!

Selepas baca buku The Stories of Buddha, saya melihat nombor kod ISBN. Saya tergerak hati bertanya hal itu, apatah lagi sudah berada di PNM. Kata orang, memang boleh dapatkan nombor kod ISBN di PNM.

"Boleh pergi HQ, aras dua. Atau telefon operator, minta dia sambung ke unit PBN," kata pustakawan berwajah Sabah itu. Menurut catatan, Dayak di Malaysia Timur, Sabah, Sarawak, Borneo, Banjarmasin dan Kalimantan itu ada yang keturunan Mongolia. Jadi sebab tu depa memiliki rupa paras yang cantik-cantik juga.

"Err... nombor operatornya apa ya cik?" tanya saya penuh bersemangat.

Rakannya memberi sekeping kertas kosong, lalu dia berkata, "Tulis di sini... 03-26871700... nanti minta operator sambungkan ke PBN."


Saya pulang ketika hujan petang ini turun dengan rintik-rintik halusnya yang sungguh menyiksakan! Urgh!!!

Malam ini, saya mencatat beberapa fakta dalam buku rahsia sambil menonton kisah cinta Kate serta Williams dan Marigold (Ali Larter). Saya baru perasan, Marigold diterbitkan di dalam dua bahasa, Inggeris dan Hindi.


Alice St Clair as kate Middleton


Marigold (Ali Larter dan Salman Khan)

@@@@@@@@@@@@@@@@@

14 Februari, 2012 (Selasa)
Subuh ni saya nampak kakak yang kena rompak berjalan di Jalan Pahang Barat. Dia gigih kerja. Dia tak menghiraukan kejadian hitam lalu yang menimpanya sebelum ini.

Jika dia boleh meneruskan hidupnya di celah dunia yang bingit dengan manusia rakus di daerah gelap ini, maka apakah alasan untuk saya tidak meneruskan lagi hidup ini?

Selepas Subuh, terima 'wahyu' mengenai kaedah mengenal pasti kedatangan Islam di Alam Melayu, "Untuk memeriksa sejarah awal kedatangan Islam di rantau ini, maka hendaklah disemak kedudukan mazhab tarekat dan dirinci aliran tasauf, dan diteliti pula akan susur galur silsilah gurunya." ('Surah' Ath-Thawrah)

Saya merenung hal ini, lalu saya merumuskan bahawa inilah kaedah kedua selepas Syed Muhammad Naquib Al-Attas menyemak perihal kedatangan Islam ke Alam Melayu dengan menyemak kedudukan mazhab fikah. 


Saya bermimpi nampak kelibat ramai orang mengaji dalam sebuah pondok. Tamat pengajian selepas itu, ada beberapa siswa wanita datang menemui saya.

Kemudian seorang 'pelajar' wanita berniqab merapati lalu melagakan dahinya ke dahi saya. Bila jaga, hati berbisik, "Agaknya Kak Lang?" Di India, saya pernah nampak dia berniqab juga sekali-sekala. Kata suara hati saya, ini alamat seterusnya untuk berkelana ke Tandjoeng Toean agaknya.


Ke Al-Rajhi, saya tanyakan kedudukan Office to Let di Jalan Sarikei. Akhirnya, saya baru tahu, 'to let' bererti untuk disewa. Ia berbeza dengan 'to sale'. "Untuk warga pencen, kami susah nak beri 'loan'," katanya.

Saya pulang, mendulang hati walang. Di opis terjerembat dengan K Anis, K Nyza dan Intan. Berbual sekejap dan naik atas ambil cek. Sembang dengan Ekay, timbul kisah Rayu dan ceknya. Saya geleng kepala. Sempat berbual dengan Yus sampai di Haslam. Selepas 'Asar, saya amal wirid, dapat kesan perubahan rohani.

Saya dapati bekalan tenaga rohani itu amat membantu memagar jiwa bertahan saat berdepan dengan paparan keseksian di daerah yang parah ini. Ustaz Kamaruddin beri pautan UStream.com bertajuk Zonkita.

Mereka berjuang melawan Hari Valentine. Saya sokong mereka tetapi seruan saya di FB adalah Kebudayaan Barat. Malam ini, berbual dengan Cik Pyan tentang judul (1) seniman patut bekerja sendiri dan bukan 'makan gaji'; (2) 'home schooling' untuk keselamatan anak-anak; (3) suami tidak sepatutnya makan gaji isteri.

Ia bermula dengan sembangan saya tentang encik T, berhubung kedudukan Mr Lanh di sini. Saya perlu kerja tetap untuk meneruskan revolusi menggulingkan Najib Razak. Bila dengar hal itu, maka Cik Pyan berkata...

"Bagi aku... sepatutnya orang bergelar seniman ni bekerja sendiri...", lalu bermulalah bualan selanjutnya.

@@@@@@@@@@@@@@@

13 Februari, 2012 (Isnin)
Dinihari. Saya masak crab-ball dan spaghetti dengan sambal dari Pendang. Tapi, ia sememangnya tidak menyelerakan. Saya fikir mungkin pengaruh marjerin. Mujur 'crab-ball' itu sedap akhirnya ia habis juga saya makan.

Petang. Saya terima kiriman sms, "Salam sejahtera. Sila sahkan penyertaan anda dalam program Sekolah Demokrasi yang diadakan pada 18 - 19 Februari ini kepada saya, urusetia program SEKDEM. T. Kasih."

Sms itu diterima pada 3:18:32 minit petang. Saya akan jawab kemudian. PKR ada Sekolah Politik. DAP ada Sekolah Demokrasi. Hisham Rais lulusan Sekolah Politik di penjara di mana-mana. Sekolah Pemikiran Kg Baru jua yang belum ada tapaknya!

Internet petang ini agak laju. Mood mengarang saya bertambah baik.

Malam. Selepas Maghrib saya terima sms tadi. Benar dugaan saya. Mazir Roketkini yang kirim sms tadi. Dia meminta emel untuk hebahkan maklumat berhubung program itu. Maka, pada 18 - 19 Februari ini, saya akan mendaftar masuk Sekolah Demokrasi anjuran DAP di Kuala Lumpur pula. Saya terasa begitu 'cool'!


Ada insan mencarut sejak petang sehingga solat Maghrib ni. "Pukimak!" jeritnya. Jiwaku terganggu sungguh. Saya fikir ada orang sakit mental di sekitar sini. Saya jenguk ke tingkap, tiada ternampak akan wajahnya. Tetapi, ada orang keluar juga untuk melihat-lihat wajah orang yang sakit mental itu. Saya akan siasat!

@@@@@@@@@@@@@@@@

12 Februari, 2012 (Ahad)
Dinihari ini, ketika saya berkira-kira mahu keluar ke 7 - 11 Kg Baru, kerana mahu beli roti. Amin, rakan saya yang tinggal serumah tiba-tiba muncul di muka pintu, lalu memberi sebuku roti gardenia. Katanya, roti itu akan tamat tempoh dalam sehari dua ini.

"Apa-apa yang kau lihat atas meja tu, kau ambil saja," kata Amin. Saya melihat beliau ini pemurah. Tuhan mengirim rezeki buat saya lewat Amin. Alhamdulillah!


Di TV3 - Pulau Asmara. Lakonannya kaku tetapi sedap layan, sedap dialognya baik juga. Disiarkan mungkin ketika Hari Valentine menjengah tiba.

Zahari Hasib call pagi ini. Saya menjawab panggilannya sebelah petang. Sebagai dijangka, setelah Alo masuk puisinya pada malam 'deadline' lalu, maka dia pun menelefon saya lagi.

"Terima kasih encik Ali kerana siarkan sajak saya hari ini!" Demikianlah katanya dengan penuh gembira dan semangat. Saya boleh merasakan getaran nada kegembiraan di tebing hati tuanya itu.


Akhirnya, saya temui lagu Terang Boelan itu. Saya mesti ke Tanjung Tuan dan Pulau Besar untuk menemui revolusioner bertujuan membahaskan hal pembinaan senuah jati diri negara baharu dan lagu kebangsaan selepas penggulingan Najib Razak ini.



Malam. Dalam solat Isya', asyik terkenangkan Tandjong Toean. Asar tadi, saya dapat satu tafsiran tentang solat dan selawat. Kedua-dua bermaksud 'sapa, menyapa'. Jika bersolat, kita sapa, menyapa Tuhan. Jika kita berselawat, itu bermaksud kita sapa, menyapa Rasulullah s.a.w.

Bila keluar tiada hujan, tapi kilat galak memetir di langit sepertinya syaitan ramai sekali di atas sana. Malam ini entah operasi apa yang Iblis sedang jalankan. Saya syak kerajaan Iblis sedang merencanakan sesuatu!

Di UO saya lihat sayuran dibalut plastik. Saya perlu cari plastik kedap udara ini untuk membalut sayuran yang saya beli di pasar. Di sini ada temui blender pengisar dengan harga RM19. Harga jauh lebih murah yang dibeli di Houz Jalan Tunku Abdul Rahman dengan harga RM59! Aduh! Urgh! Saya beli fish-ball berharga RM2!

Balik dari UO singgah makan malam di Jln Raja Bot. Kebetulan Ammar Jalan Telawi dan Puspa baru datang makan. Di sini, saya tonton The Saint (1997-Val Kilmer, Elizabeth Shue), saluran Max. Saya tertarik dengan para pelakon wanita di dalam filem itu. Saya cuba mencarinya nanti untuk projek da'wah seterusnya.

Lewat filem ini, tercatatlah ungkapan 'Thomas More', "Kena mati untuk jadi santos (wali)." Saya fikir, kita yang hidup ini perlu mencari peluang untuk mati sebelum mati untuk diangkat menjadi Wali.

Balik rumah saya lihat Jangan Tidur Lagi menampilkan tajuk Cinta Facebook. Baru saya tau, artis Zed Zaidi sudah jadi ahli Umno dah la ni. Tentang Sarimah Ibrahim pula, saya tertarik bila dia kata, "Saya cerai di FB."

Agaknya, hadiah sudah ditiadakan dalam Jangan Tidur Lagi pada musim ke-10 ini. Saya rugi tidak menyertai peraduan yang lama-lama dahulu sebelum ini.

Menyemak internet, saya dapat dua komen, "Isu Hassan Ali ini ramai umat mengikutinya juga. Ada 2 komen di Harakah Kiri -> http://harakah-kiri.blogspot.com/2012/02/umno-tipu-umat-atas-isu-agama-melalui.html

Di sini saya ketahui dan menyedari betapa Isu Hassan Ali semakin menarik perhatian. Boleh dibuat susulan ke atas berita ini. Kini, umat tertanya-tanya, adakah Harussani dan Hassan Ali akan buat road show untuk desak Najib Razak bertaubat dan isytihar secara terbuka untuk tidak lagi berpergian ke upacara agama yang lain?


Nasha Khaw chat dengan saya di ruang Facebook. Dia kini telah belajar dan berada di Pakistan. Dia bercerita tentang keindahan di bumi pengganas itu. Saya bertanya, apakah ada pelajar Malaysia di Peshawar?

"Aku seorang saja pelajar Malaysia kat sini," kata Nasha. "Di sini, susah sikit orang kita nak belajar. Tempat ini sering dilihat sarang terroism. Orang di sini baik-baik. Depa suka orang Malaysia. Depa ni tak ambil duit bila aku nak bayar makanan di restoren di sini."

Kata Nasha, sewa asrama di sini lebih kurang RM700 setahun. Saya congak, kira-kira RM60 sebulan. Pada akhir bualan, kami bertukar nombor telefon bimbit. Saya rasa, Pakistan adalah negara yang patutlah dikunjung saat saya berangkat ke Mekah lewat jalan darat nanti.

@@@@@@@@@@@@@@@

11 Februari, 2012
Pagi ini mambaca Kosmo! di Warung Perasan. Saya ikuti cerita lelaki yang mencipta motor kecil dengan mesin rumput dan basikal budak-budak. Saya rasa kenderaan ini bagus dimanfaatkan untuk berkelana menjelang revolusi di Malaya nanti.

Malam. Hujan lebat waktu malam. Saya rasa, ini penangan hujan tiba-tiba pada malam Juma'at lalu. Cuti menumbuhkan kebosanan. Tambah-tambah bila hujan.

Saya perlu Ipad untuk membunuh kebosanan ini. Di TV3, ada cerita Ijam Non Yankee. TV2 tiada 'line'. Sepatutnya, TV2 yang saya tunggu. Di TV9 ada cerita Pink Panther di TV9. Alhamdulillah, jam 11:07 minit malam baru boleh tonton TV2!

Saya mula susun balik catatan yang berselerak sambil ditemani tv. Saya tidaklah sunyi lagi.

TV2 siarkan The Man in The Iron Mask. Saya menemui nama Fouquet dan Louis. Bila saya bertanya kepada Abu Google, ia membawa pelayaran saya ke - http://en.wikipedia.org/wiki/Louis_Charles_Armand_Fouquet.

Currently have 0 comments: