Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Tragedi November!

Tuesday, November 15, 2011 , Posted by nota untuk Syiah at 9:10 AM

17 Nov, 2011 (Khamis)
Emak telefon, memberitahu hal gambar yang saya belum hantar lagi ke syarikat Bangi itu. Katanya lagi, ada 4 beg yang telah diberi syarikat kepada saya, tapi saya nafikan.

"Depa nak buat gambar tu untuk selesaikan hal visa," kata emak. Saya angguk. Kenapakah banyak aral dalam hidup saya? Mutakhir ini, saya mula syak sesuatu.

Garis kehidupan yang terputus di tapak tangan kiri saya seakan-akan mengirim ma'na sesuatu, "Ada banyak rintangan dalam hidup ini yang bakal kau hadapi, dan tidak semua keinginan dan hajat engkau akan tercapai dalam hidup ini..."

Kalau ini sudah suratannya maka saya terima dengan pasrah. Saya tidak dibantu oleh orang yang berkeinginan kuat seperti saya. Saya lahir pada era yang silap, zaman orang yang tak berani mati menyahut seruan revolusi!

Saya mesti terus menerus menulis tanpa hentinya, bukan untuk umat masani tetapi sebaliknya untuk umat masa depan. Saya tak boleh buang masa berbual dengan orang hari ni sebaliknya mengirim peringatan kepada insan masa depan. Yang perlu dicetak ialah revolusioner kecil seperti keponakan saya - Sarah, Hakim dan Haziq.

Saya mesti memberi perhatian yang lebih kepada orang-orang awam, manusia biasa, keponakan saya itu serta anak-anak saya sendiri pada masa depan. Mereka ini yang lebih afdal lagi awla untuk dikirimkan peringatan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

16 Nov, 2011 (Rabu)

Pagi ini, terasa lutut kiri sudah pulih tapi sebelah petangnya rasa gelora di kepala lutut itu menyerang semula. Petang ini, selesaikan soalan Cinema Online. Saya juga hantar nama Don F ke dalam peraduan yang sama, mana tahu kalau-kalau menang Twilight!

Hajat di hati nak tonton teater revolusioner Harga Sebuah Maruah. Saya fikir teater ini dimenangi oleh Azizi Abdullah apabila puisi saya; Balada Burhan di Kota Raya itu menang tempat kedua dulu. Jadi, karya beliau menang ketika puisi saya menang juga.

Banyak betul kalau nak dikupas isu Azizi ini. Saya fikir, nak menulis kecil-kecilan jua di Facebook. Mudah-mudahan jendela fikiran umat kan terselak sedikit demi sedikit.

Saya hampir pasti. Tubuh kekurangan air, pinggang terasa lenguh. Mungkin ini yang dideritai Dr Notz sebelum ini. Saya perlu bekalan air yang banyak dan makan sayuran!

Malam ini ber'Cheetah Girls' di TV2. Saya cemburu India boleh 'menakluk' Amerika. Kalau ditakdirkan Allah maka tibalah saya ke benua India itu untuk menukang revolusi! Ya! Revolusi! Sampai Mati!

Malam ini, saya berminat menelaah kisah Nabi Sulaiman a.s dari sudut pandang Parsi.

Syahadan... inilah pautannya! ---> http://www.youtube.com/watch?v=PbEkvt-ReBg

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

15 Nov, 2011 (Selasa)
Saya ceritakan hal lutut kiri saya yang bermasalah kepada revolusioner malam ini di Rafiya. Macam biasa, yang kedengaran cuma kutukan di peringkat awal.

"Senaman pun dah, tiba-tiba tempurung lutut boleh lari, cait!" kata cik Pyan.

"Aku rasa, aku tau pasai pa..." kata R, tergelak-gelak. Saya boleh menghidu ayat separa lucah yang mungkin sedang terkurung di akal kepalanya. Kata-kata itu sedang menanti keluar untuk dilepaskan. Mujur saya cepat mencelah.

Tapi, yang lebih nampak lojik adalah pesan Idil, "Orang cakap, makan TELUR PENYU dicampur dengan madu..." Saya terasa kena pergi ke Terengganu pula kalau macam ni.


Antara perkembangan terkini - Y dipindahkan ke bahagian pentadbiran. Kisah Ust Z baru 'confirm' kerja dan gajinya terus mati. Khabarnya, dia balik jam 4 petang sahaja setiap hari gara-gara kecewa. 

Kami memutuskan bahawa kami adalah kaum miskin di bandar. Haraki sendiri ternyata gagal meletakkan gaji minimum ke atas golongan buruh revolusioner di Rafiya ini. Kisah ni mereka tidak ingin aku tulis di FB. Tetapi, aku tulis juga di blog ini. Apa nak dibuat, revolusi mesti terus-menerus digerakkan!


Saya menyemak Cinema Online. Saya sepatutnya dapat tiket percuma malam ini, tapi saya terlupa menyemak nama saya sebelum ini. Akhirnya, tiket Happy Feet (3D) itu 'terbakar' (burn). Lihat DI SINI.


Dalam perjalanan pulang ke Haraki, saya tanya revolusioner tentang jarak perjalanan ke Temerloh. Kata depa 4 jam perjalanan. Kata mereka, saya perlu menempuhi Karak, lebuh raya yang berhantu itu.

"Ikan patin tu mahal juga," kata R. Saya bukan nak cari ikan patin. Sebenarnya, saya mahu kelana macam Che' Guevara lewat filem The Motorcycle Diaries. Guevara menaiki motor sebelum cetuskan revolusi Cuba!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

14 Nov, 2011 (Isnin)
Abah call, terasa di'kejan' ke Bangi. Saya pergi meredah hujan lebat. Empat 'passport' telah diserahkan. Saya bersyukur. Sedikit tugasan telah berjaya diselesaikan. Benua India sememangnya masih diselimuti misteri serta sentuhan keajaiban masih kekal wujud sehingga kini. 

Ketika Barat ingin menakluk Alam Melayu, mereka melewati India. Zulkarnain juga melewati Hindu Kush dan menurunkan zuriatnya sehingga meresap zuriat itu ke Alam Melayu. Dr Burhanuddin Al-Hulaimi pernah tiba di India dan para pejuang kemerdekaan di India menurunkan semangat juangnya ke Malaya juga.

Saya ingin menjadi seperti Gandhi! Pergi ke India, menyedut udara revolusi, biarkan saja udara itu mengepam merah darah ke dalam tiap-tiap pembuluh darah saya sehingga mendegupkan nadi dan detak jantung ini!

Currently have 0 comments: