Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Tragedi Oktober!

Monday, October 17, 2011 , Posted by nota untuk Syiah at 5:28 AM

22 Oktober, 2011 - Ada HIMPUN di ibu bota KL manakala petang pula ada rapat umum tentang isu PPSMI di Gombak. Aku masih setia di sini seperti Uwais al-Qarni yang memantau semua hal dari kejauhan. Urgh! Urgh!Urgh!

@@@@@@@@@@@@@@@@@

21 Oktober, 2011 - Ya abah telah membuat panggilan kepada agensi pelancongan. Keputusan hampir muktamad. Aku jadi khadam depa ke India-Srinagar, insya Allah Ta'ala. "Passport hidup lagi ka?" tanya abah. Aku angguk, rasa hidup lagi kot?


Petang - terjumpa dengan Akhyari di Bank Islam, sembang pun tidak lama. Nampak macam dia 'terkendon' sikit. Mungkin sebab aku ber'ana enta' dengan dia kot. Dulu aku bukan macam ni. Ber'Hang aku' saja dengan dia. Tup! Tup! Dah jadi lagu ni. Kalau jumpa balik, mungkin aku kena ber'hang aku' balik dengan dia kot?

Aku kemudian, terus naik ke atas dan buat perhitungan tentang kad kredit aku yang telah melepasi dua kerani kontrak. Atas nasihat kerani tetap di situ, maka disyorkan aku pergi sendiri ke KL.

"Pejabatnya di Jalan Dungun, Bukit Damansara. Kalau encik hantar borang sini pun, kita kan hantar ke sana juga nanti," katanya. Lah! Dulu masa aku dok KL, depa suruh aku berurusan di sini! Aku perlukan kad kredit dan lain-lain peralatan ini untuk meneruskan projek penggulingan Perdana Menteri!


Ber'Pirate of Carribean' (TV3), berGhost Adventures' di NTV7 dan ber'Enhancement' di TV2. Aku berkenalan dengan Hoodoo selain Voodoo. Malamnya, aku menemui catatan tentang kaum Red Indians di benua Amerika yang sudah menjadi Muslim sejak sekian lama. Lojiknya ada juga kerana aku pernah bertembung dengan suatu catatan bahawa benua itu buat pertama kali ditemui Arab!

@@@@@@@@@@@@@@@@@

20 Oktober, 2011 - Imran datang bersama keponakanku, Sarah. Aku terus suarakan hajatku untuk pergi ke Istana Raja Bersiong. Serentak dengan itu, kajian aku sekarang banyak yang tertumpu kepada usaha rakyat di negeri Kedah yang berjiwa revolusioner sehingga mampu menggulingkan seorang raja.

Kami berjaya tangkap gambar dan membuat sedikit rakaman di sana. Aku harap aku dapat 'beli' tanah di sini, kalau tiada halangan daripada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Di Perik aku belajar mengenal Wang Tepus - Tepus sejenis ulam di tepi sungai dekat Perik di situ dan wang itu pula kononnya sungai dalam bahasa Siam? Kami lalaikan Sarah dengan Rapunzel di Perik kerana risau istana 'keras' itu akan ganggu Sarah jika dia ikut. Oleh kerana Imran kata Rapunzel itu 'best', maka aku akan beli!

Dalam jalanan pergi dan balik, Sarah makin manja, lunak dan serasi denganku. Di Perik, aku belai rambutnya yang konon macam Taylor Swift, begitu kata abahnya. Bila aku sebut nama penyanyi hot di Amerika tu, maka abah Sarah (iaitu adik aku) kembali bertanya, "Abang dah buat 'kajian' lanjut ka pasai dia tu?"

"Dah..." aku jawab ringkas, kemudian menyambung, "Tapi, nak buat macam mana? Dia cantik tapi dia bukan taste abang." Aku yakin dia nak termuntah. Macamlah aku ni lelaki idaman dan 'taste' Taylor Swift!


Sebuah catatan pendek tentang Malaika Arora Khan dan ma'na kajian untuk SPKB

Baru-baru ini, kami terpegun dengan Malaika Arora Khan, model India di USA yang menari dengan ghairah dalam video klip untuk lagu Chaiya! Chaiya! Lagu ini berlatarbelakangkan anak didikku Shahrukh Khan yang tiba-tiba dok gatai menari di atas bumbung gerabak kereta api beramai-beramai.

Jadi, kami pun buat 'kajian' bersama-sama, menyelongkar maklumat daripada Wiki, Facebook dan lain-lain. Hal inilah yang dinamakan sebagai 'kajian'. Sebenarnya, dalam video klip itu ada kalimat 'Urdu Kitara', maka kami pun jadi berminat melakukan kajian mengenainya, tapi terlanjur dan terbabas kepada Malaika pula.

Aku melihat agama beliau adalah Roman Katolik menurut Sang Wiki, tetapi dalam suatu temubual di Youtube, Malaika pun dengan jelas menyatakan bahawa, "Malaika is angel (malaikat)..."

Aku rasa dia pun macam Steve Jobs juga. Ayahnya Muslim Syria, kepada dia terpisah, lalu berpindah agama. Kalau tidak, bagaimana Malaika boleh beritahu bahawa nama Malaika itu bermaksud 'angel', iaitu malaikat?

Ah! Mungkin aku boleh senaraikan Malaika Arora Khan dalam senarai aktres yang boleh di'nguratwah'kan?



Abah minta aku hantar mel-e kepada agensi pelancongan kelmarin dan hari ni aku dapat hasilnya. Abah cetak jadual perjalanan yang dikirim lewat mel-e aku. Keputusan hampir muktamad - India - Srinagar!

@@@@@@@@@@@@@@@@@

19 Oktober, 2011 -Tugasan baharu - Jaga Haziq! Agak tersekat kreativitiku. Emak suruh beli perencah sup di Pendang. Nanti aku try bawa motorsikal yang abah rasa susah nak hidupkan itu. Aku syor motor di rumah itu dibawa ke KL, manakala KAT 2298 yang aku guna lama selama ini dihantar ke Pendang.

"Ada sentimental value ka dengan motor tu?" tanya emak. Mak ingat, nak minta aku 'trade-in', dan kemudian abah nak angkut skuter baru untuknya.

Aku beritahu rancanganku - nak bermotor ke KL dengan motor yang lama tersadai di rumah. Lalu, raya haji nanti, aku bermotor ke Pendang dengan KAT 2298 itu.

Seperti biasa, mak tak bersetuju. "Buat penat saja..." Aku sebenarnya nak latih bermotor ala Che Guevara. Nanti nak pi Alur Setar, semak kad kredit Bank Islam, apakah dah siap atau belum. Ini penting untuk kembara jauh untuk buka laluan darat ke Mekah lewat Laluan Sutera dan buka kampung Melayu di Palestin.

Abah buka kisah tentang hajatnya nak ke Turki, Bosnia dan India. Dia mengajak mak, kali ini mak setuju dan aku pun dijemput, tapi daku menolak kerana hutang piutang di Venice belum terbalas. Tetapi abah kata, "Jadi khadam kami pun tak pa aih..." Maka, atas nama 'khadam', maka daku pun bersetuju...



Petang - Gunting rambut di Pendang, beli perencah sup, mee kuning sebagai barang dapur dan minum petang. Hujan tidak berhenti. Kalau pun ia berhenti, nescaya akan disambung dengan hujan seterusnya selepas itu.

Masa gunting rambut, aku tanya abang Kadir, apakah ada kedai basikal Melayu di Pendang ini? Katanya ada lalu dia tunjukkan arahnya. Seorang rakannya berkata, basikal di situ murah. Tapi, bila aku pergi buat tinjauan, ternyata basikal lipat bertayar mati nggak ada!

Telefon Bank Islam Alur Setar untuk tanya kedudukan kad kredit aku, depa main lepas tangan, lebih kurang 10 orang agaknya yang jawab panggilanku lalu mereka main pass-pass sehingga telefon aku mati bateri.

Harus protes. Bateri mati apabila NY sms kalau-kalau aku masih di Kg Baru. Lepas jawab hal urusan aku di Pendang, bateri mati. Jadi, lama bukan main kerani petugas bank main 'pass-pass' telefon apabila mahu settle urusanku. Ini ujian untuk ajar kita bersabar. Tetapi ia bukan alasan untuk kita tidak membuat sebarang aduan.

Balik dari pekan Pendang membuatkan aku terfikir - apakah aku dapat bermotor ke KL dalam hujan petang?

@@@@@@@@@@@@@

18 Oktober, 2011 - Makan tengah hari di MZ Garden. Aku buat perjanjian dengan adik, "Nak balik kampung sekali..." Dan,  dia setuju, dia ada teman menyembang.

Yang aku pelajari petang ini-Malaika Arora Khan (penyanyi, penari video klip Chaiya! Chaiya) dan lain-lain yang lagho juga.

Malam ini, sepanjang perjalanan malam ini, aku belajar suatu hal daripada lagu-lagu anak muda yang pernah aku dengar saat usia remajaku. Semua lagu ini boleh diubah digubah olah guna merangsang pergerakan revolusi di Putrajaya nantinya!

@@@@@@@@@@@@

17 Oktober, 2011 - Pagi ini, aku terjaga awal. Aku lihat encik Kamal Shukri kirim sms, "Lihat kenyataan PLM hari ini di Berita Harian, "..."

Alamak, minta maaf. Aku tak baca Berita Harian! Dan Utusan! Dan lain-lainnya... Jadi, aku tidak tahu perkembangan dunia, jika puisi dan cerpen aku tersiar, nescaya aku tak tengok juga melainkan jika diberitahu hal itu oleh teman-teman.

Tetapi, isu PPSMI harus terus dinyalakan obornya. Demikianlah juga dengan isu Kg Baru, tempatku sendiri. Bilalah aku nak lancarkan risalah revolusioner Kg Baru ni?



Rauzi tak datang. Cuti kerana isterinya masuk wad. Sebelum ini pun sudah masuk wad dah, kata cik Pyan. Cik Pyan, Aidil menjangkakan bahawa isterinya mungkin bersalin.

Aku yang bujang terlopong. Kenapa masuk wad lebih daripada sekali. "Bukan ada due date bersalin ka?"

Akhirnya, cik Pyan tampil memberi penjelasan panjang lebar. Orang bujang lajang macam aku baru tahu kedudukan isteri yang sedang sarat mengandung ni.

Tapi... hey, ini cuma telahan kita orang sahaja. Belumlah pasti isterinya bersalin atau pun tidak.



Aidil ada beritahu aku - ada kereta 'second-hand' berharga RM5,000. Tapi, dia juga tidak sarankan aku beli, kerana lazimnya berlaku penipuan terutamanya jika berurusan dengan penjual Cina.

"Masa hang naik tu, hang akan rasa okey. Tapi, bila hang dah nak turunkan tandatangan itu, masa tu lah depa akan gantikan badan kereta second-hand tu dengan yang baru," katanya.

Currently have 0 comments: