Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

6 - 16 Sept 2011

Tuesday, September 06, 2011 , Posted by nota untuk Syiah at 1:43 PM

16 Sept, 2011
Arif sms pagi ini. Katanya, Najib Razak berucap dengan ingatan khas mengingatkan anak muda. "Guling Najib dan Rosmah!" katanya dalam sms itu. Aku rasa, Najib mungkin sedar berhubung kewujudan gerakan menggulingkan beliau di Putrajaya ini.

Alo call Asar, bateri 'weak' ketika itu. Aku pula tengah solat. Aku tidak tahu apa sebabnya dia call. Nak call, Digi dah 'bar'.

Naim sms, "Ayah Noradzhar dah kembali ke rahmatullah pukul 6:20 petang." Aku tak sempat sms dan call kerana sibuk menukang dua bahan untuk Harakah.

Malam ini, aku melihat Najib mendeklamasikan sajak di TV2 dengan penuh kesyahduan. {Kepala hotak dia! Begitu desis hati ini yang suci ini! Ahaks!}. Aku rasa dia tulis puisi tu sikit Selebihnya orang 'touch-up' kot?

Di Dang Wangi, gerai nasi lemak dan koteaw kerang tutup. Aku singgah Bank Islam, keluarkan duit RM150. Digi sudah 'bar' talianku. Jadi, esok aku kena bayar. Juga kena selesaikan masalah motor aku yang telah lama tertunda itu. Seat yang terkena tahi burung sejak Ramadhan lalu baru-baru ini, perlu aku tukar segera.

Ya, kemudiannya, barulah aku boleh mengembara jauh! Ke Tg Tuan dan Pulau Besar insya Allah Ta'ala, sambil menamatkan puasa 6 dan khatamkan Al-Qur'an yang tertunggak sejak sekian lama.

Aku dapat idea untuk bekukan sayur-sayuran yang aku beli di Jalan Raja Bot, Kg Baru. Sayuran yang dibekukan itu, daging dan ikan itu boleh aku simpan dalam peti sejuk di pejabat.

Di Rafiya, tengok cerita Sarjan Hassan. Aku meleret berkhutbah kat cik Pyan dan cik Not mengenai riwayat Drakula di Hungary dan pertaliannya dengan British ketika British-Hungary bersatu melawan Empayar Turki.

Bualan itu terjadi kerana aku lihat Sarjan Hassan (P Ramlee) bersekongkol dengan Kapten Holiday (British). Jadi, ketika itu, Malaya hanya ada dua pilihan, sama ada nak masuk di bawah naungan British atau pun Turki.

"Hungary diperintah oleh drakula," kata aku. "Ketika itulah, Hungary melawan Turki dan negara itu kalah di tangan Turki." Ada filem tentang drakula dari Hungary itu. Tapi, aku sudah lupa tajuknya. Di sini juga timbul soalan. Jika Hantu Jepun mati dibunuh komunis MPAJA, di mana Hantu MPAJA, hantu Komunis?

Antara isu lain timbul yang aku bangkitkan adalah (1) pil kuda dimakan tentera Jepun di Malaya; (2) kisah Mahaguru Meor Abd Rahman wajar difilemkan ketika belau melawan tentera Jepun; (3) jika Jepun bawa pil kuda, maka British bawa candu dan kilang pemprosesan candu itu ada di Bukit Candu, Singapura untuk dibawa ke Tanah Besar China, maka Cina pun melancarkan Perang Candu yang banyak lumpuhkan daya juang guru-guru kungfu berjuang mengangkat senjata menyerang British.

Malam ini berjaya melawan godaan yang menghasutku ke Jalan Yap Ah Shak. Di opis, Alo buat kenduri nasi briyani, ayam masak kicap dan gulai dalca kaki ayam. Mungkin pagi tadi, dia call aku tentang kenduri kot?

Aku tanya cik Pyan tentang harga gas untuk keperluan. Dia cakap RM50! Dah naik harga. "Kat tempat aku tu, dah ada pergeseran. Ada peruncit tak bagi peniaga lain masuk."

Di opis Jalan Pahang Barat, aku layan Spiderman (TV3), The Haunting (TV2) dan kulayan Sang Pencerah di Youtube. Filem ini menyebabkan aku berhajat nak jadi macam Ahmad Dahlan; berlayar ke Mekah. Aku rasa, Hamzah Fansuri pernah catit hal dirinya ke Mekah mencari Allah, akhirnya Allah ditemui dalam rumah.

Penubuhan Mazhab Fansuriyyah Maturidiyyah Asy'ariyyah
Dalam filem Sang Pencerah, Ahmad Dahlan di Mekah bertanya, "Aina Allah" (Di mana Allah). Pelan-pelan, aku rasa, aku mula faham di manakah 'Allah berada'. Menurut mazhab aliranku "Allah itu bukan bertempat tapi semuanya (alam, manusia) itu bertempat DI DALAM ALLAH.." --- izinkan kunamai Aliran Tauhid Ilmu Kalam Pasca Moderen ini sebagai Fansuriyah Maturidiyyah Asy'ariyyah.

 


Suatu ketika dahulu, aku ditanya, "Adakah Tuhan bertempat?" Aku jawab, "Aku berzikir, maka Tuhan itu ada tempat-Nya. Dan tempat-Nya ada di dalam hatiku...". Kini, aku sudah mendapat jawapan kedua tentang tempat Tuhan. Jawapannya, soalan yang bertanya tentang tempat Tuhan itu adalah salah dan atau pun bermasalah. Jadi, soalan yang betul adalah -> "Di mana kita berada?"

Kalau soalan ini yang ditanya, maka jawapanku, berdasarkan filem Sang Pencerah, "Kita semua bertempat dan berada di dalam Allah...". Aku rasa, inilah jawapanku yang terbaik setakat ini. Wallahu Ta'ala 'Alam...

Dan The Haunting itu pula rupa-rupanya diangkat daripada sebuah novel Inggeris. Daku fikir, kalau kita boleh menulis kisah orientalis Inggeris di Malaya ketika mereka menjajah dulu, mungkin Hollywood akan siar dan paparkan kisah ini. Aku kena banyak mengarang dalam bahasa Inggeris agaknya sekarang ini kalau nak guling Najib Razak! Kini, aku tonton video klip Afgan (Padamu Aku Bersujud) menumbuhkan kekuatan baharu!


@@@@@@@@@@@@@@@@@

9 Sept (Jumaat) - Tiba di rumah pakcik Halim, bincang hal kelkatu dan anai-anai dan isu pembelian rumah. Ada seorang jiran mereka datang, ajak pi open house.

Di uruskan marketing di Sudan Utara. Dia buka kisah orang kulit hitam yang menjadi hamba, hidup mereka berpuak-puak, bersuku-suku dan mereka dipecah-belahkan oleh sebab semangat asobiyyah yang tinggi. Macam keadaan Arab Jahiliyyah.

Kebanyakan isu yang menyebabkan mereka berpecah-belah adalah kes kecurian lembu antara satu puak dengan satu puak yang lain.

Hantar Kinah ke UiTM Shah Alam. Selepas solat Jumaat, kami check-in di Intekma Resort. Luas sungguh! Aku rasa, tempat ini sesuai untuk dibuat bengkel pertemuan bagi membincangkan usul penggulingan Najib Razak di Putrajaya nanti.

Maghrib, ambil Masyi di stesen komuter Padang Jawa. Bawa keluarga makan di Mancongkam, tapi akhirnya abah nak pekena roti nan. Jadi, kami semua terpaksa ikut dia. Imran resah gelisah kerana malam ini ada filem Batman yang dia paling suka - The Dark Knight!

TV pulak rosak pabila kami mula naik syeikh nak tengok cerita Batman. Selepas buat aduan, tunggu punya tunggu, akhirnya tv baru pun tiba. Sedikit sebanyak aku mula faham kaedah Joker menekan Batman.

Walaupun Joker mati, hakikatnya Batman tetap kalah kerana imej, maruah dan reputasi Batman terjejas dan pegawai polis yang paling baik sekali pun sudah berjaya dihasut untuk menjadi orang jahat.

Adakah cara ini boleh diaplikasikan dalam usaha mengguling Najib Razak nanti? Revolusioner mati di jalanan bagaikan Joker, namun dalam masa yang sama, Najib Razak tetap terus hidup terhina buat selama-lamanya di dalam buangan, sama ada di Kazakhstan, Mongolia atau pun di Somalia? Wallahu'alam...

Imran dan Kinah keluar untuk tinjau rumah sewa, sedang aku ghairah melwan Shutter di TV2. Hollywood pun tiru filem seram Thai. Barat pun ketandusan idea juga kadang-kadang lalu terpaksa di meniru perusahaan perfileman dari belahan dunia Timur. Mungkinkah filem Zoo (Lan Pet Pet) pun Hollywood tiru kita?

@@@@@@@@@@@

8 Sept (Khamis) - Bertolak ke KL. Di Pendang, mengirim bahan. Jadi, kelewatanku ini menyebabkan kami lewat tiba di rumah Imran di Sungai Petani.

Kami berhenti tidur di Hentian Rawang.

@@@@@@@@@@@

7 Sept (Rabu) - Hujan lebat. Siapkan 44 Warkah Dari Eropah.

Kubatalkan hasrat ke rumah Paksu Mid sebaliknya aku siapkan bahan untuk esok. Aku fikir mahu habiskan filem Indonesia di Youtube 3 Hati, 2 Dunia, 1 Cinta ini sambil mengunyah French Fries dari Pasaraya Pendang.

http://www.youtube.com/watch?v=p31PvyI5z-k&feature=player_detailpage#t=2877s

Arif meminta pendapatku tentang mesyuarat GMP - yang akan diadakan berhampiran Masjid Bulat di Petaling Jaya esok.

"Macam mana Ali? Kau dapat datang tak? Bersuara untuk revolusi!"

Aku tidak dapat hadir kerana 9 Sept baru berangkat ke ibu kota.

"Cuba kau tanya kalau-kalau pihak penganjur sedia mempertimbang kemungkinan mengadakan GMP 2.0 selepas Bersih 2.0 ni," kataku dalam sms.

Apatah lagi sekarang ini, isu Pudu Sentral sedang terapung dan tiada orang yang mahu menyambut isu itu secara jelas.

PETANG - Keluar ke Pasaraya Pendang. Beli French Fries, gula, sos Thai yang mak minta. Semua RM19.90. Di pekan, hajat nak pekena bihun sup tak kesampaian, maka kupekena mee goreng saja.

Abah, Imran, Kinah balik dari SP. Mereka buka kisah lama tentang Tok Nek Yassin; ayah kepada Tok Langgar (Hajah Asiah). Bapa kepada Tok Nek Yassin bernama Abu Bakar. Aku syak inilah Imam Abu Bakar yang buka Bandar Baharu di Kulim itu. Sanad darah beliau ini ada kaitan terus kepada Raja Yala; Tuan Bulat itu.

Mak cakap, malam Jumaat (esok malam) baru kami bertolak ke KL 'on the way' menghantar Kinah ke UiTM Sri Iskandar. Aku salah faham, ingatkan hari Jumaat (Jumaat pagi atau malam Sabtu).

Di rumah ada tempat-tempat tertentu laluan internet bergerak macam siput. Tadi, aku tengok laptop yang diletak di suatu ruang tamu rumah, situ tempat yang kerap Kinah lepak, laluan internet agak pantas.

Aku teringat sesuatu - di dunia ini (khasnya di Malaya), ada tempat yang membolehkan kita dapat berhubung dan dihubungi oleh Tuhan.

Aku teringat Tg Tuan dan Pulau Besar. Aku teringat khutbah Dato' Hasyim yang kerap mencetak pesan - "Bagaimana kita mahu meletakkan diri kita ke dalam ruang menghubungi (Tuhan) dan dihubungi (Tuhan)."

Dia mengambil contoh Nabi Musa + Tongkat Musa + Tuhan. Lalu, bermodalkan faham awal itu, Dato' pun cuba kembangkan kedudukan kami (Ashabul Pulau Besar) dengan hal yang sama. Jadi, Pulau Besar itu adalah bekal modal awal untuk menghubungi dan dihubungi.

"Seperti mana tongkat nabi musa itu menjadi alat untuk menghubungi dan dihubungi, maka bagaimana Pulau Besar ini menjadi alat untuk menghubungi dan dihubungi?"

Aku rasa, sedikit demi sedikit, aku sudah memahami apakah yang Dato' Hasyim cuba sampaikan itu. Aku sudah mula memahami rahsia di sebalik kata-kata Hamzah Fansuri, "Mencari Allah di dalam Kaabah terlalu payah, akhirnya bertemu di dalam rumah..."

@@@@@@@@@@@@@@@@

6 Sept (Selasa) - Kang datang menukang 'pile' di rumahku di Pendang. Petangnya, aku kena angkat buaian besi. Seharian juga aku menukang bahan dengan gangguan teriak tangis keponakanku Haziq yang baru berusia 5 - 6 bulan ini.

Tiba-tiba, ketika Maghrib, Naim Merbok call, "Hang di Pendang atau di Kuala Lumpur?" Aku pun terus buat perjanjian, kalau-kalau boleh berjumpa sekali dengan dia untuk pi beraya di rumah Pak Su Mid.

Ternyata dia sibuk. Aku fikir, aku kena pi sendirian sahaja macam selalu. Baru selesai hantar bahan ke Harakah. Malamnya, filem Melayu masih membosankan. Terlepas The Vampires Diaries tapi mujur sempat tengok 'Gossip Girl'. Aku ingat nak bikin filem Mat Indera kalau kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat boleh beri sedikit bajet.

Aku berhajat nak tubuhkan Ganas (Gerakan Anti Najib SeMalaya), lalu merantau membawa diri ke Johor, kembangkan Ganas Johor, gulingkan Najib dan naikkan Muhyiddin buat sementara waktu. Filem ini mungkin boleh menaikkan imej Muhyiddin buat sementara.

Pagi dinihari ini, Kimi call. Dia ada di KL rupanya. Dia fikir nak tidur di Kg Baru, malangnya aku di Pendang. Dia kata nak balik malam ini. Entah-entah, aku boleh ajak dia pi ke rumah Pak Su Mid Bukit Tembaga itu?

Currently have 0 comments: