Memoir Seorang Revolusioner (6)
Menemui catatan dan buah fikiran mengenai Fethullah Gulen.
The Analysis of Gulen Movement from Rumi Forum on Vimeo.
16 Jun, 2011 (Khamis)
Marsli N.O call tiada kuangkat. 2 kali dia call, sebelah pagi dan sebelah petang. Hari ni hingga ke petang khabarnya ada seminar di DBP. Terlepas juga hajat nak berlama-lama di Pusat Dokumentasi Melayu di DBP itu.
Di opis Haraki, pecah berita di Rafiya tentang sekeping sms Tiemje yang meluncur ke dalam telefon 3 naib presiden parti termasuk 2 AJK tertinggi. Jadi, hanya lima orang sahaja yang tahu, entah macam mana boleh terlepas, maka itu boleh disiasat.
Bagus juga jadi macam ni. Suatu pengajaran juga kerana tidak menerapkan kepimpinan Harakah di muktamar tempoh hari. Jangan kata aku tak cakap! Tapi, kalau ada orang cakap, tidak cukup bersuara di Facebook ni, maka aku pun nak tanya dia, "Hang sanggup tak terbitkan surat-surat aku dalam wajah sebuah buku?"
Seseorang perlu dikorbankan dalam revolusi. Adakah Tiemje? Ataupun, aku sendiri? Tapi untuk aku, ahli-ahli Pas mesti disedarkan bahawa Cikgu Pa dan Ustaz Azizan mesti diletakkan di sebuah tempat lain pula. Kalau tidak, dok lama-lama sangat - nanti korup macam yang ada sekarang ini.
15 Jun, 2011 (Rabu)
Dinihari ini, selepas deadline, aku baru berjaya hantar puisi ke The New Yorker setelah cik Pyan tolong tukar PDF kepada JPG menggunakan Adobe. Kemudian, aku cuba kirim kisah ringkas rohani ke Reader's Digest Asia pula. Tak berjaya kerana laptop ini lambat. Cuba lain kali!
Mimpi tentang penjelasan beberapa tokoh yang terbabit dalam gerakan pelajar yang sebenar. 'Dr Siddiq Fadhil' bercerita tentang siapa tokoh itu. Macam nama syed juga. (Mungkin Al-Attas?) Tapi, aku rasa samar-samar juga seolah-olah bukan dia. Mungkin ada 'syed' yang lain juga.
Kaktie sms bahawa dia sudah bank-in RM500 bertujuan aktifkan akaun syarikatku. Di Dang Wangi, sudah kumasuk dalam akaun utama. Aku nampak polis selalu lepak di sini, jadi aku terfikirlah juga mahu berbual dengan mereka ini berhubung 3 sms yang aku terima berhubung video seks Dato' T - Eskay itu.
Mak sms, bertanya khabarku. Kinah sudah ke SP sebab di rumah tiada talian internet. Aku fikir mak bersendirian, rupa-rupanya di sana ada Ibah, juga Aziq.
Ke H Daily, perkenalkan diri kepada Abg Azmi. Dapat nombor hp beliau. Hanya, dia minta aku cc kepada Zeck S. Mungkin ada isu seperti dulu, ada orang-orang marah dan tegur-tegur.
"Tak elok juga nanti, bila dah siarkan bahan tu, tiba-tiba ditarik semula," katanya, setelah memberitahu pemergian ZS ke Turki, kerana membuat laporan berhubung pilihan raya negara itu.
Aku bawa tv kecil yang rosak itu ke Chow Kitt, tapi mereka tak ada 'spare-part' jenama itu; Homax? Kata mereka, ada juga kedai bengkel baiki tv di Jalan Haji Taib. Tapi, aku cari tak jumpa-jumpa!
Jadi aku terpaksa bahawa ke Kg Baru semula ke kedai yang biasa itu. Kata pekedai, ini masalah I.C jika monitor, skrin tak keluarkan gambar(?) Dia juga tanya 'brand' tv ni mai dari mana? Vietnam atau dari mana? Aku geleng kepala. Banyak betul yang perlu dipelajari.
Semalam ketika berbual di Rafiya, Aid cakap, mesin cetak Utusan tu, jurubaikinya datangnya dari Jerman! Mana pula juru televisyen dan tukang kita yang boleh baiki peralatan kita yang rosak ni. Ini suatu jihad untuk menyediakan beberapa alat kelengkapan di dalam negara kita ini.
Di dinding kedai perbaiki tv itu, aku melihat iklan iklan orang yang dikehendaki (Faizal, ...-08-5361) kerana melarikan kereta (sewa)? Aku catat, manalah tahu kalau-kalau terserempak pula.
Balik dari bengkel tv di Flat PKNS, aku 'draw' balik RM230 dari ATM Maybank (entah bila aku nak main stock ni?) untuk aktifkan akaun syarikat GME.
Balik SPKB, di FB Atr tanya tentang apa mauduk lagi yang boleh dibual dengan muslimat PKS selain laman web berita muslimah serantau. Aku minta dia tanyakan hal sejauh mana PKS benarkan muslimahnya bertanding. Kalau ada, di kawasan mana?
Dan malam ini, layan kisah stock broker di TV2 yang tersekat-sekat oleh sebab internet yang lambat. Bagaimana aku nak masukkan tv internet dengan URL ini --- http://mfile.akamai.com/24752/live/reflector:47142.asx --- .
Aku jumpa banyak rangkaian tv internet percuma di WWITV. Lupa pula aku nak periksa rangkaian tv Mongolia dan Kazakhstan. Ada pertemuan anak-anak Champa di El Capitan state. Ya! Sebuah laman web yang bagus mesti memuatkan banyak rangkaian tv! Ya! Tv! Alat yang benar-benar ampuh menjelang revolusi!
14 Jun, 2011 (Selasa)
Di FB aku terjumpa kawan-kawan Champa baru yang menetap di USA. Juga, aku terima mel-e Kak Zizah, katanya dia dah kerja di Businesskini dan Warta Kota? Aku berhajat juga nak cuba-cuba menulis di situ.
Di FB juga, Atriz bercerita darihal pemergiannya ke Batavia selepas aku 'post' sajak Inggerisku di FB. Dia bertanya kalau ada program usahasama antara mereka dengan pertubuhan wanita PKS di Jakarta. Daku fikir, inilah masanya untuk mereka tubuhkan usahasama berita internet berhubung hal-ehwal wanita PKS-PAS.
Aku terima lagi sms tentang video seks Eskay ni. Kali ini daripada 013-3609xxx. Patutkah aku diamkan saja atau aku membuat laporan polis? Rasa macam nak tulis surat terbuka saja kat Ketua Polis Negara ni.
13 Jun, 2011 (Isnin)
Keluarkan RM150 hasil tulisanku di Iktisad. Lau, aku bank-in dalam Maybank. Akaun Maybank sudah RM236.45. Ini bermaksud, hasil-mahsul jualan 'sampah' di Jalan Chan Sow Lin RM50 + RM30 (puisi di Utusan) + RM150 (Iktisad) sudah mencecah RM236.45.
Mungkin esok atau bila-bila nanti aku kan main saham di BSKL.
Di opis Haraki, rupanya Taufek sudah menunggu-nunggu artikelku di Iktisad itu. Ingatkan kena tunggu 3 bulan lagi. Aku turun ke aras dua, dapat cek lagi. RM8++.++. Fuh! Lega! Alhamdulillah.
12 Jun, 2011 (Ahad)
Ya, kita mesti masak makanan kita hanya dengan dua cara sahaja. Pertama, kita mesti bakar lauk-pauk. Kedua, rebus lauk-pauk kita. Tanpa minyak!
11 Jun (Sabtu)
Aku dapat mel-e Iktisad dan Yayasan Muslimin, penerbit Iktisad berkata, bahawa sejumlah RM150 telah dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam. Mungkin ini bagus dijadikan modal awal permainan BSKL nanti?
Banyak betul nak guna duit. Aku rasa hajat nak kirim duit untuk tiket wayang Nur Kasih The Movie buat mak tu mungkin boleh juga ditukar ganti kepada pembelian DVD kot sebagai hadiah hari lahirnya?
Beli Millenia pagi ini di 7-11 sebab aku dapati isinya bagus sekali; ada kaitan dengan wirid pemecah masalah. Tapi, harganya sudah melambung sehingga RM8. Dulu, kalau tak salah hanya RM5. Juga, ada ruangan puisi.
Aku cuba repair tv mantan house-mate yang lama tersadai di SPKB. Mulanya oke, tapi lama-kelamaan rosak juga. Jadi, aku putuskan - perlu tonton Cleopatra di opis Haraki ini malam!
Di opis Haraki daku baru terima nombor telefon Alwi, orang Syiah yang akrab dengan Haji Lan itu. WZ yang beri. Aku dapat key-chain juga daripada WZ dan Alwi ini. Mungkin Mei tahun depan, boleh pergi Iran juga!
Sedang layan Cleopatra di opis, tiba-tiba aku dapat sms daripada 013-3703213, "Video seks Anwar full version. Korang tengok confirm kata dia. Kalau tak percaya cuba tengok kat sini... http://anwar-"
Pergh! Sejibik macam Anwar! Tetapi, hal ini mengingatkan daku terhadap pembunuhan Nabi Isa a.s dengan si pengkhianat Judas Escariot. Tuhan buatkan wajah Judas itu seakan sama dengan Isa a.s. Jadi, aku rasa bukan mustahil kalau ada orang buat topeng getah yang mukanya sama seiras Anwar itu.
Rom, selepas menjalani 'chaos', pergolakan dan perang terhadap Mesir; gara-gara Cleopatra itu kini terpaksa berdepan dengan ajaran Tauhid Nabi Isa a.s yang ditohmah sebagai revolusioner dan pemberontak oleh kaum pendeta Yahudi yang dengkikan kemasyhuran dan kebenaran ajaran nabi yang berjiwa revolusioner itu.
10 Jun (Jumaat)
Hantar 3 buku di PNM. Dua buku (Syair Tantangan Singapura) dan Ibnu Taimiyyah (Sumpah) sudah kuhantar dalam keadaan terlewat. Sahih Al-Bukhari (edisi Indonesia) itu aku perbaharui pinjamannya. Denda RM1.50.
Aku bertemu buku Rumi, Swallowing the Sun. Di dalamnya termuat kalimat Ghazal. Mungkinkah, bunyi-bunyi ghazal di Johor itu kesan pengaruh Rumi juga? Atau, ia kesan pengaruh Imam Ghazali r.h? Apa pun aku rasa usaha Najib merugikan jika ke luar negara (atau Kazakhstan) dia tak pedulikan kebudayaan, kesusasteraan.
Di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kg Baru, hati tergerak melepak di astaka sambil tonton HBO. Filem tentang vampire. Nama heronya Darren Shan? (http://en.wikipedia.org/wiki/The_Saga_of_Darren_Shan)
Aku nampak watak hero ini dah jadi pontianak baik. Ini 'trend' biasa di Hollywood. Jika 'vampire' ini bolehlah diibaratkan sebagai 'monster', aku rasa, raja-raja yang zalim seperti Raja Bersiong itu juga pontianak juga.
Malah, Count Dracula itu sebetulnya insan bangsawan yang punya tabiat yang sama jua seperti Raja Bersiong itu. Jadi, aku berpendapat Dracula itu pun bukan sebenarnya hantu. Dia makhluk nyata; manusia. Count suatu gelaran. Tapi, memikirkan siung kananku ini, aku terfikir jangan-jangan ada darah dracula, monster, pontianak yang mengalir di dalam darahku? Kalau aku jadi raja, maka aku haramkan diriku memerintah lama, risau akan menzalimi rakyat sebagai Raja Bersiong yang dikatakan keturunan Merong Mahawangsa itu.
Erk! Jangan-jangan - Raja Yala ini pun, mengalir di dalam darahnya semangat kezaliman itukah? Sebab itukah mereka ini semua hilang negara dengan sebab kezaliman yang mereka sendiri ciptakan? Aku mesti siasat!
Di Rumah Pena, aku dengar (1) Jay di Sg jadi polis (2) NC UM dapat Tan Sri dan akan meletakkan jawatan, (3) Amirul Fakir meninggal dunia; (4) Dayah dah masuk BH sebagai wartawan.
Aku mencatat sms arwah Amirul Fakir yang panjang dalam hp SM Zakir tu. Olahan katanya agak memilukan. Amirul telah bangkitkan kesedaran bahawa betapa perlunya aku menurunkan Catatan Seorang Revolusioner!
Kalau ditakdirkan aku mati - siapa yang tahu bahawa aku pernah berusaha keras menggulingkan Najib Razak di Putrajaya dalam revolusi-hartal yang bakal berlangsung selama 44 hari itu?
Lamanya masa untuk kawan-kawan mendapat pencerahan
Di Bucu DBP - aku rasa puas hati apabila Ny bercerita mengenai KAAFUURA itu sama dengan KAPUR. Ia pernah kubangkitkan atas nama SMN Al-Attas. Khabarnya, FT tulis hal itu dalam novel Sebongkah Batu...Di mana dia dapat cerita itu. Aku jelas, dapat hal ini daripada Al-Attas.
MLI cakap, Siddiq Fadhil pernah cakap hal itu. Aku makin yakin, kita kena cakap apa saja dan ia perlukan masa supaya kawan-kawanku menerima pencerahan. Jadi, aku tak boleh berhenti mengarang sehingga rakyat benar-benar bangkit demi pencerahan dan revolusi. Itu baru kawan, belum masuk rakyat secara keseluruhan!
Hal ini sudah kudebatkan sudah lama. Dan ada yang macam sulit mahu percaya. Tapi, bila aku berhujah, "Hal kalimat Ruum dalam Al-Qur'an itu pun sebenarnya bukannya berasal daripada bahasa Arab." Lalu, mereka terdiam. Jadi, ada kemungkinan tak, bahasa 'Ajam, misalnya Melayu ada tercatat di dalam al-Qur'an?
Di sini aku berkenalan dengan batu serai Ariff. Aku berhasil melekatkannya di cermin dan berhasil melekatkan batu kuning dengan batu merah. "Kena selawat sikit sebelum nak lekatkan di cermin," kata Ariff.
Aku teringat balik hajat nak berguru ilmu batu dengan abang Shah Gunung Jerai. Aku fikir, sudah tiba saatnya untuk daku mula panjat bukit dan mendaki gunung dengan serius kerana batu akik yang aneh dan berkuasa ini memang banyak terdapat di pergunungan. Ini mungkin membolehkan aku berkuasa untuk membuka Palestin!
9 Jun (Khamis)
Silap percaturan. Hantar bahan ke Haraki, tapi terlelap sesaat membawa padah hingga ke petang. Aku pun jadi larut tenggelam dalam mimpi yang mendamaikan, kononnya tiba di Perancis tapi pada saat musim panas.
Ralit membawa padah-syaitan akan indahkan kita dengan gambaran palsu lalu menyebabkan kita terleka dalam suatu tempoh yang sungguh lama. Ia benar-benar merugikan. Sebahagian ajaran nabi itu kita dah tahu, tapi hal yang paling sulit dikerjakan ialah tentang cara-cara untuk mempraktikkan segala ajaran nabi itu.
Oleh sebab itu, rencanaku untuk memperbaharui pinjaman buku-buku di PNM itu jadi tergendala. Urgh!
Di pejabat, aku dengar Pyanz mengeluh mengenai masalahnya sendiri. Ti-Em-Jay hantar bahan lewat, lalu dia pun terpaksa balik lewat pagi. "Rosak pagi Rabu aku, ingat boleh tengok wayang," katanya.
Balik dari Rafiya, ketika dalam perjalanan balik ke Haraki, dalam lif, daku pun bersepakat dengannya apabila dia menyebutkan bahawa, "Tidur siang itu sememangnya merugikan..."
Di FB, kulihat AIR bergembira kerana esoknya akan ada deklamasi puisi di Rumah Pena esok. Katanya, ada ramai siswa daripada UPNM, Universiti Pertahanan akan tiba. Mungkin siswa UPNM ini sesuai untuk kulatih mereka melaksanakan revolusi dengan ilmu persenjataan yang mereka miliki itu.
Di Haraki, aku melihat Suara Perkim atas meja ustaz Zainudin. Ingat nak hantar juga. Tapi, bagaimana? Daku lihat ada artikel seorang ahli akademik tentang Bible dan perbandingan agama. Mungkin bidang ini boleh aku terokai juga dalam majalah ini. Di opis juga aku sempat tanya Shidi tentang cara nak hantar bahan kepadanya.
"Boleh juga hantar, tetapi kebanyakan rencana tu selalunya dihantar kat Haji Lan," katanya. Nampak macam dia berat juga nak menerima bahan-bahan aku ni. Apa-apa pun, aku kena cuba juga.
Melayan Ali Setan (Jins Shamsuddin) dan Madu Tiga (P Ramlee). Kedua-dua Tipah di filem ini tertipu. Isu ini mungkin akan kukembangkan di FB ke arah percubaan menggulingkan Najib Razak! Revolusi! Sampai Mati!
8 Jun (Rabu)
Aku tonton tv pagi ni, ada satu acara tv yang menarik perhatianku dengan judul 4 Ingredients di ntv7. Antara resipi masakan yang sempat kusalin...
(1) Sos Salsa Avokado; (2) Moroccan Lamb (ramuannya minyak + daging biri-biri + rempah); (3) Vegie Stir Fry; (4) Barbeceu beef stir fry; dan (5) Chicken Stir Fry (ramuannya ayam + sos cili manis + sos soya (tiram).
Selepas itu, ada pula rancangan masakan kelolaan Martha Stewart yang berpandukan buku masakannya yang berjudul Martha Stewart Cooking School. Banyak pula rancangan kelas memasak waktu pagi ini. Aku terfikir juga, mungkin acara ini sengaja disusun bagi memudahkan suri rumah masak untuk hidangan tengah hari?
Aku fikir, semua resipi ini mungkin penting untuk aku kumpulkan dan mungkin ia berguna untuk daku adunkan sebagai panduan memasak makanan-makanan revolusi untuk para revolusioner sebagai kaedah mengisi acara revolusi-hartal selama 44 hari di Putrajaya nanti, insya Allah Ta'ala...
Tamat 'kelas memasak, ada pula Gadis Melayu, TV9. Apabila tonton calon Wan Fariza Mustafah, tiba-tiba tv aku rusak! Lalu, ia terpadam dengan sendirinya. Huargh! Kesunyian dan kesepianlah aku. Urgh! Urgh! Urgh!
Aku tercangak-cangak kehairanan. Apa itu 'listing' dan apa pula IPO? Lama-kelamaan baru aku tahu listing itu syarikat yang tersenarai di papan pertama dan papan kedua di bursa saham itu.
Tapi, apa pula IPO. Aku ternampak sebuah buku tebal yang memuatkan judul IPO di depannya. Boleh ambil satu salinan. Percuma agaknya. Aku rasa nak ambil. Tapi, oleh sebab baru tiba, nak ambil satu pun rasa takut.
Seorang apek dari Kluang di situ memberitahu, "Dalam minggu ini, pasaran saham tidak memuaskan. Asyik turun sahaja, kata kawan-kawan saya." Dia juga menyarankan aku membeli saham 'bluechip'(?) yang katanya melibatkan bank-bank. Hal ini pun aku mesti teliti, telaah dan kaji lebih lanjut lagi.
7 Jun (Selasa)
Dapat cek Utusan RM30 atas puisiku Kehancuran dan Kemakmuran Kota. Maka, puisi itu adalah seperti di bawah ini...
KEHANCURAN DAN KEMAKMURAN KOTA
{Di Lorong Raja Mahadi, Kg Baru}
Semangkuk sup segar dan segelas teh panas
di lorong ini, mengirim makna kemakmuran
dan kehancuran di kampung kota raja di sini...
Syahadan, Adam Smith berkata,
sanya - wajah kemakmuran negara
tertakluk kepada ramai rakyatnya
dan, pasti hal itu mengusung makna
tiadanya peperangan dan perpecahan
yang berkampung terhuni di dalamnya.
Arakian, Lee Kuan Yew pun sedar
bahawa dia sudah salah besar
ketika hati umat Melayu tercalar
oleh kata-katanya yang tersasar
saat mengungkap hal tidak benar.
"...Itu pendirian lama, fikiran saya dibetulkan
oleh para pimpinan Melayu yang budiman..."
Tapi, yang paling kita gentar
yang sepatutnya rakyat gusar
adalah pemalsuan kata-kata
sedangkan hati di dalamnya
masih jua gelora tersimpan
di hati terkurung kesangsian
sesama kita di tanah edan.
Benih kesangsian menumbuhkan tunas kehancuran
oh! Betapa kasihannya... virus bakteria kesangsian
dengan pantasnya sudah lama meracun kelas atasan!
H FANSURI
Sekolah Pemikiran Kg Baru.
'Debat' halus dengan Asyraf Wajdi Dusuki mengenai syor SPKB - Berisi nak masuk Palestin untuk ziarah Baitul Maqdis. Debat itu di FB.
Di FB, beberapa syor muncul - mengadakan Malam Puisi Kg Baru. Juga, aku mendapat maklumat mengenai buku Dr Hadijah NUS Singapura itu.
Juga yang tidak kalah menariknya, tentang Arthasastra, sebuah kitab ketatanegaraan Hindu-Buddha yang juga boleh ditemui di sini (1) http://en.wikipedia.org/wiki/Arthashastra ATAU
(2) http://www.amazon.com/First-Great-Political-Realist-Arthashastra/dp/0739106074 ATAU
(3) http://www.amazon.com/Arthashastra-Penguin-classics-Kautalya/dp/0140446036
Harus segera bersiap-siap. Malam ini, ada tayangan percuma Diary of Wimpy Kids...
6 Jun (Isnin)
Malam ini, ada dokumentari P Ramlee rupanya di TV2, menggantikan The Listerner. Daku sempat rakamnya. Kemudian, terserempak dengan iklan mengenai filem Cleopatra. Baru aku sedar bahawa ia ada Part 2. Yang aku tengok sebelum ini sehingga tertidur tu rupanya belum tamat lagi. Ada sambungannya tanggal 11 Jun ni.
@@@@@@@@@@@@@@@@
5 Jun (Ahad)
KEPADA GADIS TANPA NAMA DI MESTRE
Kepadamu, gadis yang selalu merenungku
semenjak kita bersama di ruang menunggu
hinggalah kita sama berbaris tersipu malu
stesen kereta api Trenitalia Mestre jadi saksi
bahawa hingga kini aku diburu perasaan ralat
yang tak berpenghujung kerana malu menegurmu
di depan setiap anggota keluargaku sendiri.
Aku berdoa, meratib bertawasul, semoga kereta api Trenitalia
membawa jiwa kita bersama menyatu ke degup jantung Paris
semoga kota ini menemukan semula cinta suci kita di sana.
Di sana mungkin kita boleh merayapkan falsafah cinta
{oh! Kamu adalah cintaku yang mungkin kali ke-1,378!}
jadi, dengarlah falsafah dan prinsip cintaku yang pertama
"Jika cinta itu suatu jenayah, kupinta Tuhan bubarkan syurga!
kerana syurga itu tidak pernah layak untuk orang bercinta..."
Gadisku! Cinta teragung negara kami, diakhiri dengan pengeboman haram
hanya kerana 'gadisnya', mengemis komisen jual beli bahtera tenggelam!
H FANSURI
Mestre, Italy - Paris.
http://www.youtube.com/watch?v=umyyBo4rXGQ&feature=related --- {2}
http://www.youtube.com/watch?v=0HfYnsSWMAs&feature=related --- (3)
http://www.youtube.com/watch?v=hWaFJnMQyDg&feature=related --- {4}
http://www.youtube.com/watch?v=SwtkUa6IFZM&feature=related --- {5}
http://www.youtube.com/watch?v=00T3SXgy2w0&feature=related --- {6}
http://www.youtube.com/watch?v=lajXKhAFH3g&feature=related --- {7}
http://www.youtube.com/watch?v=nLiRQz4Wl14&feature=related --- {8}
http://www.youtube.com/watch?v=4-dspv6LJHM&feature=related --- {9}
http://www.youtube.com/watch?v=KhfTTbdW_Hk&feature=related --- {10}
http://www.youtube.com/watch?v=bNGSsgHdZCM&feature=related --- {11}
http://www.youtube.com/watch?v=Knbi8kyFY9k&feature=related --- {12}
http://www.youtube.com/watch?v=G5S8c98Fm64&feature=related --- {13}
http://www.youtube.com/watch?v=HKH69k7CBi8&feature=related --- {14}
http://www.youtube.com/watch?v=bD9AyVB4iQc&feature=related --- (15)
http://www.youtube.com/watch?v=W6zLyQuARqY&feature=related --- {16}
http://www.youtube.com/watch?v=mSH0xy6F3dk&feature=related --- {17}
http://www.youtube.com/watch?v=JUb-PN289q0&feature=related --- {18}
http://www.youtube.com/watch?v=mES8W8u-EUY&feature=related --- {19}
http://www.youtube.com/watch?v=HRT2xapt8W8&feature=related --- {20}
http://www.youtube.com/watch?v=HbXdLGwEyRY&feature=related --- {22}
http://www.youtube.com/watch?v=zH3fQEwedU8&feature=related --- {23}
http://www.youtube.com/watch?v=-bjBIJjglq8&feature=related --- {24}
http://www.youtube.com/watch?v=iUEWJUGZLzw&feature=related --- {25}
http://www.youtube.com/my_webcam
http://en.wikipedia.org/wiki/Cleopatra_VII
http://ms.wikipedia.org/wiki/Cleopatra_VII_dari_Mesir
http://en.wikipedia.org/wiki/Caesarion
http://en.wikipedia.org/wiki/Ptolemaic_dynasty
http://en.wikipedia.org/wiki/Avestan_language
http://en.wikipedia.org/wiki/Medes
http://www.bbc.co.uk/ahistoryoftheworld/explorerflash/?timeregion=7#/home
[url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/aldactone.htm][img]http://onlinemedistore.com/1.jpg[/img][/url]
canada pharmacy public buying laws online http://certifiedpharmacy.co.uk/products/inderal.htm new pharmacy laws regarding generics [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/astelin.htm]pharmacys on the internet[/url]
online pharmacy scams http://certifiedpharmacy.co.uk/products/prilosec.htm treasure coast pharmacy lucie fla [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/dulcolax.htm]dulcolax[/url]
pharmacy jobs in dayton ohio http://certifiedpharmacy.co.uk/products/buspar.htm sibutramine online pharmacy [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/contact.htm]middletown pharmacy[/url]
careplex pharmacy hampton virginia http://certifiedpharmacy.co.uk/products/tulasi.htm mcfarlands pharmacy morristown [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/reminyl.htm]reminyl[/url]
[url=http://englandpharmacy.co.uk/products/proscar.htm][img]http://onlinemedistore.com/4.jpg[/img][/url]
the peoples pharmacy http://englandpharmacy.co.uk/products/lysexl.htm pharmacy management [url=http://englandpharmacy.co.uk/products/tegretol.htm]pharmacy reading lamp[/url]
massachusetts college of pharmacy and health sciences manchester http://englandpharmacy.co.uk/products/vasotec.htm pharmacy forcasts [url=http://englandpharmacy.co.uk/products/nimotop.htm]nimotop[/url]
national pharmacy week 2004 http://englandpharmacy.co.uk/products/torsemide.htm buy link pharmacy net top ultram [url=http://englandpharmacy.co.uk/products/shuddha-guggulu.htm]job category is healthcare pharmacy jobs in tulsa ok[/url]
degree in pharmacy http://englandpharmacy.co.uk/categories/anti-herpes.htm pharmacy regulations in a skilled care facility [url=http://englandpharmacy.co.uk/products/actos.htm]actos[/url]