Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Memoir Seorang Revolusioner (5)

Saturday, May 21, 2011 , Posted by nota untuk Syiah at 1:57 AM

3 Jun (Jumaat)
Cuba mengarang cerpen untuk Dewan Budaya, tergendala juga akhirnya. Aku alami kantuk dan berat kepala yang luarbiasa banget!

Daku hangatkan semula spaghetti kelmarin. Memang bermanfaat sungguh  dapur elektrik ni. Ia boleh jimatkan penggunaan wang makanan harian.

Malam ini, aku fotostat On Modern Theatre (The Theater of Revolt) by Robert Brustein. Ia bercerita mengenai Albert Camus, seorang failasuf revolusioner yang sangat aku minati itu. Di sini 60 sen, tapi aku lebih tertarik kepada rumah kecil yang tersorok di antara kedai fotostat dan 7-Eleven itu. Sudah ada gerai kecil menjual cucur kodok. Mungkin mereka penduduk asal di Kg Baru?

Selepas filem Iron Man di TV3, ada A Perfect Day di TV2. Aku rasa aku mungkin boleh bina syarikat sendiri untuk bekalkan senjata masuk ke Palestin seperti dalam cerita Iron Man tu. Mungkin dengan syarikat ini, aku boleh bentuk tenteraku sendiri. Aku renung sijil perniagaanku. Dah tamat 20 Mei lalu. Aku perlu hidupkannya semula pada Isnin depan. Cuma RM60 sahaja kalau mahu perbaharuinya di SSM

A Perfect Day mengisahkan kehidupan seorang novelis yang berjuang pada tahap awal kejayaannya. Dia cari ejennya berkali-kali. Dalam penelitian awal, penulis ini mengarang jurnal kehidupannya sendiri.

Maka, aku teringat pagi ini ketika bertekak dengan orang yang minta aku tukar catatan di FB; Tenggelamnya Kapal Selam Scorpene. Mungkin ada ahli keluarganya yang bekerja dalam kapal selam itu agaknya.

Kalaulah bukan kerana teringat perjanjianku dengan Tuhan, nescaya aku tak mengubah walau apa pun dalam catatanku. (Novel Interlok pun sulit diubah). Tapi, oleh sebab ini permintaan seseorang yang tiada kepentingan politik, maka aku pun tunaikannya dan mengorbankan egoku untuk gulingkan Najib Razak lewat nota aku itu.

Dalam A Perfect Day, penulis itu menghampakan seseorang yang pernah memecatnya dulu. Dia tidak pun beri peluang terhadap orang yang memecatnya walaupun isterinya dan ejennya menasihatkannya agar rakannya itu diberi peluang kedua. Mujurlah Tuhan mengilhamkan aku agar bersabar dengan permintaan marhaenis tadi.

Demi hari Jumaat yang mulia, hari kelahiranku - maka inilah nilai-nilai baharu yang kupegang ...

"Bahawa seorang revolusioner itu mestilah mempertimbang tuntutan dan permintaan marhaenis, tapi jangan dia berganjak barang seinci dengan sebab ugutan penguasa yang bimbangkan catatannya..."

@@@@@@@@@@@@@@@

2 Jun (Khamis)
Pyan sms, bahawa bos meminta aku tak payah datang kerana banyak laporan muktamar yang akan disumbat ke dalam paper malam ini. Nampaknya, aku tidak sibuk lagi malam ini.

Aku cuba masak spaghetti dan ia berjaya dengan perencah nasi goreng yang sudah lama aku beli itu. Mungkin selepas ini moleklah aku cuba beberapa resipi adunan ramuan terbaru untuk mencipta masakan revolusi untuk para revolusioner itu. Aku perlu pertimbangkan juga peruntukan kalori untuk revolusioner di Putrajaya nanti.

Malam ini ada dokumentari Maktab Kirkby. Tunku tiba bersama Abdul Razak Hussein (ayah Najib Razak) lalu meminta semua pelajar Kirkby melaungkan kalimat merdeka tiga kali. Aku teringat kata-kata Don F, iaitu kita boleh menjadi ahli Parlimen UK sebab kita rakyat Komanwel. Aku harap aku boleh suarakan hasrat Yala dan penduduk selatan Thai di Parlimen UK bahawa mereka mahu kemerdekaan kelak.

Semua ini tentu saja memerlukan aku menganggotai parti politik di UK. Perlukah aku menikahi ahli kitab yang berambut perang dan mendapatkan PR (Permanent Resident) jua demi memperjuang kemerdekaan negaraku yang terjajah ini? Tapi, parti politik mana yang aku kena anggotai ini? Takpa, demi perjuangan memerdekakan Yala, akan kucari wanita-wanita ahli kitab berambut perang untuk mendapatkan PR di UK nanti. Ameen...

@@@@@@@@@@@@@@@

1 Jun (Rabu)
Menonton Pirates of the Carribean. Aku rasa Jack Sparrow ini mungkin bukan Kristian. Paderi itu mengesyor dia supaya bertukar agama untuk mendapatkan keselamatan jiwa.

Aku rasa sudah datang kembali 'mood' untuk menjadi nakhoda ini. Aku kena ada lab untuk mencipta bahtera aku sendiri. Menjadi nakhoda ini suatu yang wajib kerana aku mesti bawa tentera pelayar dalam bahteraku ini untuk masuk ke Palestin nanti. Ya, aku kena teroka laluan masuk negara itu melalui perairan laut!

Spaghetti yang hampir rosak itu aku basuh dan bilas. Nampaknya ia boleh dimasak lagi dengan dapur elektrik itu. Hari ini, bermulalah saatnya aku merasmikan dapur elektrik itu buat kali yang pertama!

@@@@@@@@@@@@@@@

31 Mei (Selasa)
Ke Bank Islam dan CIMB Dang Wangi untuk selesaikan pengaktifan akaun syarikatku. Daku sms Don F dan Akmal tentang tayangan filem preview X-Men malam ini. Mereka kemudiannya setuju untuk hadir sama.

Aku membeli spaghetti Ayamas/Rasamas di Jalan Raja Alang dengan diskaun 50% yang ditawarkan oleh Digi itu. Hari ini, hari terakhir tawaran diskaun itu. Tapi, mereka cakap kiosk biasa tak ada tawaran itu.
 
"Restoren Ayamas dan Restoren Rasamas yang dekat di sini pun ada dekat Hospital Tawakal sahaja," kata depa. Aku ke sana, lalu mendapat 4 bungkusan spaghetti. Tapi, diskaun 50% itu tak ada pula. Yang ada, cuma 20% yang paling tinggi pun. Kesemuanya bernilai RM32 lebih kurang. Di mana aku nak buat aduan ni?
 
Balik daripada Cathay, kami bergerak ke Burger King. Antara isu yang dibincangkan bersama Don F, Nazri - di SPA, SPR Putrajaya ada karikatur politik yang bersifat berat sebelah | kita rakyat Malaysia boleh menjadi ahli Parlimen di UK sebab kita semua masih diiktiraf sebagai rakyat Komanwel.
\
Rupanya penjajah British ini masih melihat kita sebagai rakyat dia rupa-rupanya. Daku ingat kita ini sudah pun bebas dan merdeka sepenuhnya. Tapi, hakikatnya tidak begitu dalam fikiran penjajah British ini.

@@@@@@@@@@@@@@@

30 Mei (Isnin)
Minta Kaktie bank-in duit habuan aktifkan akaun syarikat. Hari ni agak berkualiti. Boleh hantar bahan dengan fokus. Aku pergi ke NSTP di Jalan Riong Bangsar untuk cari sajakku yang tersiar itu. Malangnya aku lewat!

"Pukul 5 petang, opis kat paper lama tu dah tutup dah!" kata seorang pengawal keselamatan di situ. Aku singgah di cafe, tunggu burger yang sedap di situ. Bersama teh tarik, sungguh mendamaikan.

Aku fikir, tempat ini sesuai untuk mengarang dan mencari ilham sebab ada sofa juga di cafe di sini. Tapi pabila memandangkan gelombang Celcom Broadband pun ciput, maka aku fikir tempat ini mungkin tidak sesuai.

Mungkin bagus untuk menaip bahan, cerpen dan puisi tanpa gangguan sesiapa. Tetapi, untuk bermain internet, gelombang dan 'signal'nya tidak begitu mesra. Pendek kata, tak begitu revolusioner untuk lepak-lepak di sini.

@@@@@@@@@@@@@@@

29 Mei (Ahad)
Abah call. Katanya, Mak Andak akan menjalani pembedahan esok di Hospital Kuching. "Kalau tidur lewat, tolong baca Yasin dan buatkan sembahyang hajat," kata abah.

Sebelum bualan tamat abah cerita darihal sajakku tersiar di Berita Minggu hari ini. "Kakti, (Masyi) bagitau sajak tu tersiar," kata abah lagi.

Selepas tutup hp, aku terpandang nombor telefon Pak Zahari Hasib yang menelefonku tadi, tiga kali, tapi tiada kuangkat. "Agak-agaknya, dia pun nak beritahu tentang sajakku itu?" hatiku berdesis.

Hari ni P Ramlee meninggal dunia. Berita RTM pun melaporkan satu gerakan di pihak RTM untuk jejak kaki kembali ke Stesen Keretapi Bukit Timah dan Stesen Keretapi Tg Pagar sebelum ditutup. Semua kenangan ini bercampur-baur di Singapura - UM, Studio Jalan Ampas, P Ramlee, KTMB Tg Pagar.


Aku terfikir sendirian-masih sempatkah lagi untuk daku kumpulkan tandatangan orang-orang yang tidak setuju dengan pemindahan Keretapi Tg Pagar ini? Ini perlu untuk melawan Najib Razak dan PAP di Singapura itu?

@@@@@@@@@@@@@@@

28 Mei (Sabtu)
Ke Dewan Yayasan Selangor, menjadi moderator untuk menderaf Buku Jingga Mahasiswa pagi ini. Ramai rupanya pelajar yang berfikiran cerdas.

Aku kagum dengan pencapaian pemikiran mereka ini. Macam mana IPT dan HEP boleh anggap mereka macam budak-budak yang tak tahu apa?

Berbual dengan Akmal tentang hal pengedaran majalah Risalah. Mereka jadi buntu juga nampaknya. Hal ini turut dialami oleh Harakah. Selain itu, turut dibincangkan masalah brother kami yang sudah menjadi bebanan ke atas pergerakan secara tidak sengaja, oleh sebab antinya mereka ini ke atas Anwar dan Pluralisme. Aku terkejut juga bila ada antara mereka ni yang sudah mencapai tahap 'kasyaf'.

Aku teringat kata-kata seorang ustaz Umno ke atas Nik Aziz berhubung kasyafnya yang boleh melihat tangan tuan guru itu seperti tangan syaitan. Abih tu tangan Najib Razak tu kiranya macam tangan malaikat sangat ka?

"Itulah, kalau betul dia sudah 'nampak' secara kasyaf bahawa Anwar buat benda tu, abis tu Najib tak kan dia tak nampak apa-apa kot secara kasyaf?" kata juniorku itu berjenaka dengan sinis.

Mengenangkan hal ini aku teringat tulisan Isham Rais yang menyatakan bahawa 'respek' kat Ezam saat mamat yang dah masuk Umno ini berkata, "Tuhan beri petunjuk kepada saya mengenai siapa dia Anwar ini."

Yang aku nak tergelak bila Isham cakap, dia terus angkat bendera putih menyerah kalah apabila Tuhan sendiri sudah jelaskan kepada Ezam berhubung kedudukan Anwar itu. Tapi, Isham kata dia tertanya-tanya juga, tak kan Tuhan belum beri petunjuk kepada Ezam mengenai siapakah dalang yang telah mengarahkan Sirrul Azhar dan Azilah Hadari untuk membunuh model jelita Altantuya dari Mongolia itu? Kah! Kah! Kah!

Selesai acara aku dapat RM20 hasil menjadi moderator. Aku pun terus ke Bookxcess Amcorp Mall, Petaling Jaya untuk beli Doctor Zhivago. Lonely Planet yang memuatkan peta Israel dan karya-karya Albert Camus tu tiada dijual. "Ada The Plague sebelum ini, tapi dah out of stock," kata sang jurujual amoi di situ.

Ya, akhirnya, daku hanya mampu beli Doctor Zhivago sahaja. Bakinya RM2.10 aku masukkan dalam tabung yang akan kugunakan untuk pelaburan BSKL nanti. Antara buku-buku menarik yang sempat aku catat...

Insider's Singapore by David Brazil / The Reagen Diaries (Ronald Reagen) / The Man Who Owns The News (Rupert Murdock) dan lain-lain lagi.

Hala nak balik SPKB, aku singgah Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya. Selesai solat semua aku tahu yang Najib Razak akan menonton bola sepak bersama belia di layar skrip besar di Putrajaya. Huh!

Waktu kubeli nasi lemak ayam di Jalan Riong, mataku terpaku kepada laporan khas di Buletin Utama tentang mengenai riwayat hidup ringkas P Ramlee ini. Betapa masyarakat masih agungkan lagu dan filemnya tapi tidak mengerti akan perihal derita batinnya yang hidup susah dan merana jiwanya diancam kemiskinan.
http://www.youtube.com/watch?v=uEVPwkA0wqI&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=rfeA8M1gTt0

http://www.youtube.com/watch?v=knakD-jM8p0&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=kaR1fOyNcyI&feature=related

@@@@@@@@@@@@@@@@@

27 Mei (Jumaat)

Hari lahir emak. Aku telah sms emak. Emak pun beritahu bahawa dia doa aku selalu. Aku masih juga terlupa nak kirimkan duit untuk mak tonton Nur Kasih The Movie bersama-sama Kinah. Mungkin itulah hadiah hari lahir yang boleh aku sumbangkan kepada ibuku yang tercinta.

Malam ini bertemu Saifullah dan rakan-rakan di masjid bulat. Bersama siswa, membuatkan jiwaku jadi tenang jua. Di sini aku bertemu Adli Upsi. Dia menceritakan bagaimana Jasa menubuhkan siswa Karisma di sana untuk menggulingkan PR di Selangor. Gerunlah daku mendengarkannya. Jadi, tak salahlah aku menubuhkan pasukan untuk gulingkan Najib Razak!

Kecil-kecil mahasiswa itu, sudah pun diberi tugas untuk mengguling kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Aku kecewa juga bila aku melihat kenyataan MB Kedah Ustaz Azizan yang tidak ambil peduli dengan Kuin yang menggantung pelajar. Umno sampai rekrut siswa untuk guling PR di Selangor!

Sebelum balik SPKB aku singgah di gerai nasi lemak Dang Wangi. Ada empat pelajar Indonesia makan dekat situ. Aku pun tanya mereka belajar atau bekerja di mana.

"Kami pelatih di Regency Hotel dekat Chow Kitt," kata salah seorang daripada mereka. Loghatnya sudah mula masuk dengan jalan bahasa Melayu Malaysia "Kolej kami di Indonesia. Kami 23 orang semuanya."

Hairan juga aku, bagaimana pelajar pelatih Indonesia boleh buat praktikal sini? Ada ke pelajar kita yang buat praktikal di luar negeri? Najib cakap tadi di TV tidak semua pelajar yang dapat 8A itu akan dapat biasiswa ke luar negara. Negara kita sudah tidak cukup duit sekarang ini nampaknya.

Regency siapa punya? Di sini dan di mana-mana di negara ini, berserakan soalan yang sulit dicari jawapannya. Lalu, di daerah ini, berdiri sepilah seorang aku untuk memeriksa keadaan dan menyemak segala gejala!

@@@@@@@@@@@@@@@

26 Mei (Khamis)
Tidak juga aku pergi ke UM atas jemputan revolusioner itu. Perlahan-lahan, rasa serba-salah merasuk jiwa. Kasihan juga para revolusioner ini. Apakan daya, diri ini memang sibuk juga pada setiap hari Khamis.

Malam ini aku melihat bahan-bahan aku masuk kali ini, rasa lapang dada menyelinap di jiwa terbalut kemas di sukma. Cik Pyan menegur juga mengenai catatan semalam yang telah kumasukkan dalam blog.

"Pantang aku cakap apa sikit, masuk blog," bebelnya lagi. Dr Notz pun demikianlah juga halnya samapai depa pun jadi berawas dan takut-takut nak cakap depan aku. Demikianlah betapa besarnya kuasa blog ini!

Aku fikir, ini semua penting untuk kucatatkan juga sebagai bahan kenang-kenangan pada hari tua. Aku bukan sesiapa. Barangkali, inilah antara ramuan catatan yang akan menjadi bahan bukti bahawa aku pernah berbuat sesuatu untuk agamaku, bangsaku dan negaraku!

@@@@@@@@@@@@@@@

25 Mei (Rabu)
Bro Nazri sms tentang Master di UiTM yang terakhir intake pada 31 Mei depan. "Ini no hp pensyarah yang uruskan siswa Master tu," katanya. Aku kena susun masa betul-betul sekarang ini untuk masa depan jika nak betul-betul menggulingkan Najib Razak. Huh! Urgh! Adurgh!

Saifullah sms, mengingatkan daku mengenai wacana dokumen buku jingga siswa di Dewan Yayasan Selangor, Petaling Jaya, sebelah Amcorp Mall, 28 Mei, 9 pagi.

"Boleh bantu jadi moderator?" tanya beliau. Aku bersetuju, namun aku belum lagi memberi kata putus. Nantilah aku jawab dengan cara sms jua, insya Allah Ta'ala...

Jual bahan tin aluminium, skrap, akhbar lama di Jalan Chan Sow Lin. Dapat RM4 sahaja. Kurasa macam ada kecurangan saja hari ni. Timbang berat akhbar tadi rasanya 4kg, tapi India tu cakap 2kg.

Perangai kapitalis umat Nabi Syu'aib daripada penduduk negeri Madyan ni masih ada lagi dalam umat Nabi Muhammad s.a.w ni. Makan-makan di Jalan Satu, di sini sambil melayan perasaan sendirian.

"1 kg besi berharga RM1," katanya. Daku rasa lagi murah jika dibanding kedai besi buruk yang aku pergi kelmarin. Di sana lebih lumayan harganya. "Skrap tin aluminium dan tin susu pekat 1 kg RM0.50."

Akhbar lama RM0.50 untuk 1kg. Mungkin esok aku kena berurusniaga dengan kedai besi buruk kelmarin.

Terjerembat dengan Eskay Dato' T di Berjaya Times Square!
Ke Berjaya Times Square berhajat nak tonton filem Nur Kasih, terjerembat dengan Eskay Dato' T. Dia bebas berlegar tanpa rasa bersalah apa-apa. Tak takut pa langsung lepas fitnah orang. Apa nak takut? Polis tak kan nak berkas orang yang sudah banyak berjasa terhadap Umno selama ini.

Aku rasa macam nak tinju, bagi buah tomoi penyiku, terasa macam nak laju ja kepala lutut aku ni menyinggah ke muka dia. Tapi, kita kena sabar, sabar, sabar. Allah saja nak uji kita. Aku terfikir nak karang cerita dengan latarbelakang Berjaya Times Sq, ada perompak kepung bangunan, aku jadi wira.

Eskay pun terperangkap sama, tiba-tiba kepala perompak tu anak usrah aku dulu. Dia hanya hormatkan daku seorang sahaja. Mai tang babak anak usrah aku yang nak bunuh orang ni, aku tahan agar jangan bunuh. Jadi, oleh sebab hormatkan aku, maka dia tak jadi bunuh orang-orang yang tak bersalah itu.

Tapi, bila anak usrah aku tu nak jadikan Eskay sebagai tebusan, aku boleh pi kata, "Tang bab Eskay ni, ikut suka enta lah nak buat apa pun. Kalau nak..." Belum sempat aku perabiskan ayat aku tu, tetiba kedebum!

Satu bunyi tembakan terkena tepat di bahagian kepala beliau... ah layan angan-angan ni bila nak buat novel!

Balik SPKB - Dalam FB, sempat aku layangkan status mengenai kepenggunaan wang kertas adalah BID'AH sebab pemerintahan nabi pun tidak menggunakan wang kertas, sebaliknya baginda menggunakan emas, perak sebagai alat berurusniaga. Agak menarik penjelasan Syeikh Imran Hossein ini; Wang Sunnah vs Wang Bid'ah.

@@@@@@@@@@@@@@@

24 Mei (Selasa)
Nizam sms bahawa dia kan berumrah bersama isterinya. Aku pun pasang niat, akan main saham untuk dapat duit banyak untuk pergi haji. Amin...

Bawa tin aluminium, kotak dan akhbar lama di Jalan Chan Sow Lin, lalu aku mendapat RM10.20 sebagai asas modal awal melabur di BSKL.

"Besi kuning sekilo RM12," kata lelaki India itu. Nama syarikat itu KV Metal Trading. Aku catit lagi senarai harga barang-barang lama yang boleh dijual.

Masuk Utusan, tapi Ku Seman sudah pun balik. Wartawan Bintu Rasyada ada di situ untuk tolong aku 'claim' puisi-puisiku yang lama. Ada 8 puisi lama yang belum dituntut. Daku berniat jika ada rezeki, aku kan gunakan untuk membuat pelaburan lagi. Mudah-mudahan boleh pergi haji inso Alloh...

Aku periksa sms yang ex-Siasah beri kepada cik Pyan semalam. Dapat jawapannya bahawa TKP Finas yang pergi ke rumah itu. Entahlah kenapa hati aku kerap dirundung syak wasangka yang tak sudah-sudah.

Di Harakah, Taufek kata cerpenku sudah tersiar di Iktisad. Menurut cik Pyan, Iktisad wujud pada 2004. Dia yang buat lay-out Iktisad saat awal-awal kewujudannya itu. Daku mula terfikir nak buat website Iktisad untuk paparkan harga-harga bursa saham. Mungkin boleh masyuk juga.

"Nanti bagi e-mel, masukkan nama penuh dan nombor akaun bank," kata Taufek. Kemudian, aku dapat 'job' baru. "Enta tulis sikit tentang ekonomi Nabi Yusuf a.s, 7 tahun kemarau dengan 7 tahun subur."

Cik Pyan tunjuk sms Yus berhubung rungutan orang-orang tertentu yang tidak puas hati dengan surat terbuka aku kepada Pak Samad Said. Di Rafiya kami masih bergebang soal itu. Aku tidak faham asas rungutan itu.

"Saya dah berhenti tulis kat Pak Samad," kataku kepada ahlul aras 3. "Lepas ni saya tulis kepada penulis muda." Aku pun tak faham perangai depa ni. Dulu, tulis surat kat depa pun depa marah, lani aku tulis tuju dekat Pak Samad, (tak tuju kat depa) pun depa marah juga.

Kita semua kena kembali kepada falsafah Lukman Al-Hakim dalam hal naik keldai turun keldai bersama anak dia, "Kita buat apa pun, akan sentiasa saja ada orang yang bercakap tentang kerja buat kita..." Jadi, paling penting, kita buat dengan niat baik, jujur dan ikhlas untuk Tuhan, bukan untuk orang lain.

Semoga Tuhan memberi aku pahala sabar dengan sebab berdepan dengan karenah orang-orang ini semua.

Hasnul MBM ajak aku sertai Konvensyen Belia Negara, Jumaat ini. Dia menyatakan rasa seronoknya ketika membaca coretanku di Eropah. Aku rasa, catatan ini boleh dikumpulkan untuk dijadikan buku. Kuharap 'ahlul bait' aku ini boleh kuasuh untuk bernovelog dan bertravelog ketika kami berada di Eropah bebaru ini. Ameen.

@@@@@@@@@@@@@@

23 Mei (Isnin)
SMZ sms bahawa acara ke Palembang berlangsung pada 16 sehingga 18 Julai. Semalam daku cuba booking, tapi lupa tarikhnya."16 sampai 18. Boleh, ambik tiket ja pergi ke Palembang sana, nanti join kami,"

Daku berhasil memperbaiki motor di Flat PKNS, tukar minyak hitam dan penapis filter. Baru-baru ini, plat motor retak lagi. Aku dah minta depa bagi plat besi, tapi depa tak buat pun.

"Tukar plat motor ni kepada plat besi," kataku. "Sehari dua ni saya mai ambik dan bayar."

Tak sempat menukar akhbar lama dengan wang di Jalan Chan Sow Lin. Kononnya, dengan wang hasil jualan akhbar lama itulah, aku nak himpun untuk beli, main saham BSKL di Maybank Bangsar nanti. Hujan petang yang disertai kilat dan ribut petir saban petang kerap menyulitkan pergerakan diri ini ke sana. Urgh!

Naik HarakahDaily bersama cik Pyan bertemu Haris. Aku masih lagi tak kenal siapa itu Azmi. Aku naik cuma nak kenal Azmi, mungkin dia boleh up bahan aku pada masa depan. Aku jua ditanya Haris tentang kolumku dalam Risalah Abim. Nampaknya, dah ada orang yang tahu tentang hal ini.

Baru dapat cek. Fuh! Rasa lega jua kerana boleh cuba main saham BSKL di Maybank Bangsar. Daku temui banyak perkara di FB dan di internet malam ini. Antaranya sejarah habib-habib di Nusantara. Paling menarik, ialah ceramah Ustaz Zainol Asri mengenai peranan Yahudi akhir zaman ini.

Kupasannya lebih realistik dan bersifat pendedahan yang lebih jelas bukan seperti ustaz biasa yang baca hadis akhir zaman. Aku rasa beruntung dan berbangga juga sebab dia ni senior aku di Maktab Mahmud Alor Setar.

Sambil minum dan lepak-lepak di Rafiya, aku cerita kepada cik Pyan dan cik Not tentang Finas yang datang ke Madrasah At-Taqwa yang runtuh di Hulu Langat itu. Cik Pyan terus sebut nama seseorang yang pernah kerja di Siasah dan kini bekerja di Finas. Maka, sambil makan, dia terus sms ex-Siasah itu.

Antara maklumat yang kuterima daripada sms ex-Siasah yang kini bekerja di Finas itu ialah - ada kunjungan daripada pegawai tertinggi di Finas nak sampaikan sumbangan. Aku 'tekan' cik Pyan, minta dia sms lagi kalau ia cek sumbangan, maka berapakah nilaiannya? Dan, atas apa tujuan sumbangan cek itu diberikan?

Entahlah kenapa aku syak bahawa kejadian tanah runtuh itu ada hubungkait dengan kejadian Finas nak datang beri sumbangan itu. Siap aku buka Surah Al-Kahfi (kisah Nabi Khidhir rosakkan perahu) dekat Pyan dan Notz untuk fakihkan falsafahku tentang kejadian ini. Mesti ada puncanya. Ku kan cuba cungkil dan siasat. Semoga Tuhan dapat membantuku menyelesaikan teka-teki ini bagaikan Sherlock Holmes jua adanya!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

22 Mei (Ahad)
Aku mula mengarang nota Zam yang mungkin kuhantar ke Haraki. Di 24 jam restoren Mamak di Kg Baru, hujan dan kilat asyik-asyik turun. Daku jadi benci kepada hujan yang mengirim kilat. Hatiku tidak tenang dan tidak senang mengarang dalam keadaan kilat galak menyengat ke wajah bumi. Tapi, aku bukan anti-Tuhan.

Di vending machine Jalan Raja Alang, kudapati ia sudah rosak. Brader tu cakap, "Ada satu lagi kat bawah PKNS tu..." Pabila aku pergi tadah, kudapati kadar air mineral di PKNS itu jauh lebih mahal dibanding Jalan Raja Alang yang biasa kuambil airnya itu. Pada masa depan, aku perlu gali sumber air galianku sendiri!

@@@@@@@@@@@@@@@

21 Mei (Sabtu)
Waled dari Palestin call, dia kini di Cyberjaya. Aku bertanya cara masuk ke Palestin. Dan, dia kata hal itu boleh dibawa berbincang.

Arif UM call dan sms, katanya Alo ada di MPH Mid Valley untuk bukunya yang terbaru. "Kalau datang, boleh jumpa di sana. JOM!" Maaf sahabat, smsmu tidak sempat kujawab dan aku tak dapat hadir ke sana.

Hari ini untuk rencana balik kehidupan. Tapi Bhoothnath dan Diau Charn mengganggu fokus hari ini.Nizam pun call - katanya dia dah hantar mel-e mengenai penjaja kaki lima yang mengotori laman taman perumahan.

"...minta tolong abg Ali buat sesuatu..." kata Zam. Ok, time to revolt!

Currently have 0 comments: