Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Memoir Seorang Revolusioner (4)

Monday, May 09, 2011 , Posted by nota untuk Syiah at 2:10 AM

20 Mei, 2011 (Jumaat)
Termimpi mengenai beberapa tulisanku yang tersiar di Risalah Abim. Juga soalan Ahli Kitab, Atheis kepadaku. Aku nak jawab tapi tiba-tiba 2:32 timbul dalam fikiran. Bila kusemak, ia merujuk kenyataan malaikat, bahawa Tuhan tahu jawapan segala.

Pagi ni, terima sms Rozan bahawa perhimpunan di depan Utusan dibatalkan. Sebagai gantinya, sidang media dibuat di Kari Kepala Ikan di Jalan Yap Kwan Seng.

Malam ini bro Hasri chat di FB, meminta daku smskan alamat untuk dihantar Risalah Abim ke SPKB. Jadi, apa yang termimpi tadi ada kebenarannya.

Dapat nomor kontak seorang habib Palembang. Seorang kenalan baru dengan mudah memberi nombornya kepadaku. Aku merasakan Tuhan memang ada rancangan untuk aku di daerah Palembang ini. "Mereka yang berjihad di jalan Kami, nescaya kami akan tunjukkan jalannya." (Al-Qur'an)

Aku pun mula rasakan kebenaran kata-kata Yusri of Seksyen 7 Shah Alam. Kumpulan ini benar-benar punya kesaktian tersendiri dengan anugerah yang Tuhan berikan buat mereka dengan sebab amalan-amalan mereka.

Kata kenalan baruku itu, "Kalo di Palembang guru tarekat alhamdulillah banyak.. tapi kalo yang sering ke Malaysia dan Singapura ada HABIB UMAR ABDUL AZIZ BIN ABDURRAHMAN BIN SHAHAB, Pengasuh Rubath al Muhibbin."

"Lebih baiknya antum bisa datang sewaktu Palembang lagi ada houl. Ziaroh Kubro ke wali-wali yang ada di palembang yang Insya' ALLAH akan di adakan 22 - 24 Juli 2011."

Dan, malam ini daku tahu tentang Perkasa yang berada di Utusan, gara-gara AMK mahu berhimpun di depan Utusan itu. Daripada dahulu lagi aku sudah 'provoke' agar Utusan itu dibakar, tapi belum nampak tanda-tanda PR ini akan berani. Semoga revolusioner yang aku latih ini akan berani hendaknya. PR ni bukan berani sangat.

Lewat pagi ini, TV2 siarkan Pretty Woman. Teringat pertengkaran semalam di hadapan pejabat Haraki depan Hotel Ibis antara seorang lelaki dan pelacur. Daku terfikir juga bahawa gerakan untuk menubuhkan Kesatuan Sekerja atau Union untuk pelacur ini adalah satu langkah awal untuk membanteras pelacuran di negara kita.

Mungkinkah seorang GRO perlu dipancing di Jalan Yap Ah Shak dan perlukah aku menjadi seperti Edward Lewis (Richard Gere) sang kapitalis di dalam Pretty Woman itu? Hanya masa menentukan!

Aku pernah terbaca dan mendengar kisah 'Nabi Isa a.s' (Jesus Christ) yang dikatakan ada pengikut wanita yang asalnya seorang pelacur bernama Mary Magdalene, lalu dia bertaubat dan menjadi pengikut yang baik.

Negara dan dunia ini dihiasi dengan wanita solehah dan kita perlukan lebih ramai lelaki jujur menikahi mereka!

http://en.wikipedia.org/wiki/The_Pirates_of_Penzance - ini dapatan daripada dialog dalam filem tersebut.

@@@@@@@@@@@@@@@@

19 Mei, 2011 (Khamis)
Renew buku di Pustaka Negara Malaysia, Hadis Imam Bukhari, kena denda 70 sen sebab lewat hantar. Aku makan minum di Dang Wangi. Kemudian draw duit di ATM Bank Islam sebanyak RM150. Kemudian, bayar bil Celcom Broadband RM100.

Malam ini, keluar ke Rafiya bersama ahlul deadline. Ada 'ayam' depan opis Harakah jiran kami di Hotel Ibis. Dia pun bergaduh sebab 'harga dirinya' selama sejam dengan nilai RM250 itu tidak direstui pelanggannya yang minta dikurangi sehingga RM200.

Demikian, menurut seorang pengawal keselamatan di sini, malam ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan Haraki. Pergh! Siap boleh buat berita lagi.

Di Rafiya mamak-mamak Rafiya tonton Hannah Montana. Ini amal yang amat tak revolusioner! Apa dah jadi dengan mamak-mamak se-Malaya? Bukankah mereka ini bangsa yang amat kebal daripada asakan pengaruh budaya Barat. Aku kena kerja keras lepas ni untuk menafikan KEBUDAYAAN BARAT!

Balik opis Haraki, pak guard berkata, "Depa dah capai keputusan, dah berhenti gaduh. Pelacur tu sanggup dibayar RM200 semalam..." Saat naik lif, cik Pyan bermadah bagai seorang pujangga, "Daripada tak dapat langsung, kira okay la dapat RM200."

Aku terfikir juga kewajaran pelacur ini menubuhkan kesatuan sekerja pelacur-pelacur se-Malaya untuk tuntut hak mereka berzina dengan kadar yang berpatutan. Harga petrol RON97 makin mahal dan kos ulangalik ke hotel untuk menemui pelanggan pun bukan main dahsyat lagi. Kapitalis tau hapa! Yang seorang tu tau turunkan harga RM250 kepada RM200 sahaja, menteri-menteri tahu naikkan harga minyak sahaja.

"Pelacur-pelacur Kuala Lumpur bersatu! Naikkan tarif anda dan pekiklah... harga petrol naik seiring kenaikan konek bapak-bapak menteri ketika meratah tubuh kami! Kami tuntut keadilan! Reformasi!"

Ish! Kalau buat cerpen hantar di mana-mana akhbar pun bagus juga. Tapi, lepas tu habis jahanamlah reputasi aku sebagai mursyidul am revolusioner se-Malaya! Urgh! Adurgh! Erkh!

Sudah ada suara halus yang meminta aku hentikan suratku kepada Pak Samad Said. Aku mesti fikir cara lain. Mungkin kena bercakap dengan penyair dan pengarang muda pula selepas ni. Satu persatu dikekang. Laman sastera pun tinggal satu muka surat sahaja dan bukan dua halaman seperti yang pernah dijanjikan dahulu.

Dalam keadaan begini, cerpen tidak boleh dimuatkan lagi, melainkan ia mesti dimuatkan secara bersiri. Tetapi, nampaknya, hal begini pun (cerpen bersiri) orang atasan tidak berkenan juga.

Mungkinkah aku kena hantar cerpen Harakah cetak ini semua ke Harakah Daily kalau laman sastera ini masih berterusan satu muka surat sahaja? Kasihan cerpenis yang kerap mengirim bahan ini. Mungkin dalam minggu ini juga, aku kena jumpa Harakah Daily untuk siarkan cerpen-cerpen yang dah lama sampai kat aku.

@@@@@@@@@@@@@@@@

18 Mei, 2011 (Rabu)
Belajar ilmu saham BSKL daripada Yusri di Seksyen 7, Shah Alam. Hala balik, aku tonton filem Thor di GSC Mid Valley.

@@@@@@@@@@@@@@@@

17 Mei, 2011 (Selasa)
Tiba di Puduraya jam 5 pagi, balik rehat dan petangnya terus ke Karangkraf untuk mesyuarat bersama penulis anjuran Kak Sri Diah. Abang Hanafi mengeluh mengenai KTM Tg Pagar yang akan hilang Julai depan.

Berbual bersembang dengan seorang penulis buku kanak-kanak. Dia kerja di HUKM, Cheras. Khabarnya, ada ketika ambang Reformasi 98 bergolak, FRU berhimpun di depan pintu pagar HUKM itu.

Berbual dengan Don F. Banyak isu politik dibualkan termasuk fitnah video seks ke atas Anwar Ibrahim. 

@@@@@@@@@@@@@@@@

16 Mei, 2011 (Isnin)
Di rumah, aku pulang malam ini, dalam perjalanan berbual dengan 'Wan' dari TUDM. Dia bercerita mengenai banyak perkara. Namun, yang menarik minatku ialah gejala gangguan sihir di premis perniagaan boutique yang dijalankan oleh keluarga mertuanya.

@@@@@@@@@@@@@@@@

15 Mei, 2011 (Ahad)
Hari Guru, aku berpeluang melihat keponakanku yang ketiga; Haziq. Kulitnya sedikit gelap, tidak sepertimana Hakim. Hakim pun sudah ada perangai baru - suka cubit adiknya Haziq sampai berdarah. Semua ahlul bait kata, Hakim mungkin jeles dengan kelahiran dan kehadiran adik barunya itu.

@@@@@@@@@@@@@@@@

9 Mei, 2011 (Isnin)
Ammar Jalan Telawi balas kiriman sms aku baru-baru ini, apabila daku bertanya tentang kedudukan 3 buah sajak revolusi ke majalah maya itu.

"Baik. Saya dah baca sajak-sajak tu. Mungkin Ali boleh cuba hantar kepada penerbitan lain. Ali ada catatan perjalanan ke Tehran?" sms beliau. 9:47:55 pagi, 9 Mei, 2011.

Aku rasa... mungkin bagus juga kuhamparkan catatan perjalanan berbentuk Travelog baru-baru ini di dalam Jalan Telawi? Nanti kalau orang kata Syiah, Syiahlah.. Hidup mesti berani menongkah arus! Daku masih Sunni jua adanya!

Bro Hasri kata, dia dah terima bahanku untuk diges terbaru; Inilah Islam.

Arif UM call, aku tidak sempat jawab. Ke Kelana Jaya, tebus tiket filem percuma, berjudul SERU.

Dapat hadiah baju t, lampu suluh dan dua keping tiket. Hala nak balik, pekena bihun sup sedaih dekat Restoren Ali & Sons.

Seorang peminta sedekah berbangsa Tionghua telah mengubah kedudukannya di jambatan ini. Masa aku datang restoren, dia di sebelah lain, hala aku pulang ke LRT Kelana Jaya, dia ubah kedudukannya pula. Aku sedekahkan jua kerana duit aku adalah miliknya.

Di LRT Kelana Jaya ini, aku menyedari ada filem baru; Momok yang menampilkan Cassandra Patrick.

Di dalam LRT balas sms Ammar de Telawi yang tidak sempat aku balas pagi tadi, "Bolehkah saya hantar bahan saya pergi ke Iran itu secara bersiri."

Dia menjawab, "Boleh. Hantarlah. Kalau ada gambar sekali ok juga."

Tiba di LRT Kg Baru, terus ke Harakah - depa bising aku pi ke Iran. Wan Zahari, si jurugambar paling riuh.

"Hang pi tak habaq kat aku pun,"
katanya. "Aku dok tunggu jugak kalau-kalau ada sambungannya."

Aku pun jawab, kalau aku berterusan menulis, nanti bimbang ada orang tuduh aku Syiah pula.

Maka, tekaan aku benar. Artikel aku itu benar-benar cetuskan pergolakan kontroversi buat seketika. Yus, yang sudah bekerja shift pagi ke petang ini pun dok cakap benda yang sama juga.

Semua orang dok pakat soal aku pasai Batu Karbala! Memang aku dah menempah bala nampaknya! Moga umat tidak menggelar aku sebagai jelmaan FT yang kedua! Ameen...

@@@@@@@@@@@@@@

8 Mei (Ahad)

Terima 'wahyu', selepas Subuh, "Dan, khabarkanlah kepada bangsa Melayu, maka hendaklah bangsa ini membuang semua SAKA yang sedang mereka warisi daripada nenek moyang mereka selama ini. Negara perlu memutuskan bahawa mereka yang menyimpan saka, maka bererti mereka menyimpan penjenayah. Tindakan menyimpan penjenayah adalah juga suatu jenayah yang boleh dihukum negara, sesungguhnya, Tuhanmu sangat pengampun lagi mengasihani." --- ('Surah' Ath-Thawrah ('Surah' Revolusi): ayat 3 - 5)

Asbabun Nuzul: Ini kira kes selepas tonton filem Jangan Pandang Belakang (TV9) dan Pontianak Harum Sundal Malam 2 di TV2 semalam!

Melayan televisyen - Shah Rukh Khan dengan gaya hidupnya yang tidak banyak berkawan dengan lelaki, filem Beauty Shop yang paparkan pergelutan antara kaum kulit hitam dan kulit putih.

Ada perempuan muda mengamuk di Restoren Hamid Jalan Raja Laut di sini. Daku ciptakan sebuah puisi di sini. Emosinya tidak terkawal, anaknya yang masih kecil pun dimarahinya. Tuhan, lantiklah daku sebagai pengawal kerohanian untuk bangsa ini.

Fwd. Baru ziarah Azizi di wad kardiotorosik. Dah sedar. Jantung belum stabil. Tiub ditebuk di kerongkong. Tak boleh cakap. Jadi dia cuba tulis bila nak berkomunikasi. Tapi belum cukup ketahuan lagi. 3 hari sekali perlu cuci buah pinggang. --- 3:47:07 petang, 8 May, 2011.

Sms Tarmizi Mat Jam, "Salam, Mesyuarat ke-1 Revolusi 13 (R13) akan diadakan pada Rabu 11.5.11 jam 9 malam di Pejabat Harakah depan Koop ATM Jalan Pahang Barat, KL. Agenda; Cadangan Bajet; Halatuju; Laman Web; Program R13. Respon segera - Presiden DTMJ." - 7:09:03 p.m, 8 May, 2011

Kebosanan dan semak di SPKB, (aku kena susun semula ruang bilik pejabat ini kemudian nanti) maka hal itu membawa aku ke KFC Jalan Raja Laut. Maka, di sana aku menaip sambil menemui seorang kenalan baru yang juga memiliki tabiat macam aku; suka melepak KFC untuk menaip dan berinternet.

"Cuba di Mc D di Bulatan Pahang, kemudian White Coffee di Jalan Raja Laut ni," katanya. "Tetapi, ada yang buka sampai 2 pagi saja."

Di sini, aku menjawab persoalan daripada Wan Nurul Jawahir di Jerman yang gagal mendaftar keturunan anaknya di luar negara. Menurut Wan, kata Konsulat Jerman itu, "Sejak diwujudkan 1Malaysia, bahagian keturunan dalam borang kelahiran sudah dimansuh."

Di FB, baharu bertemu semula dengan Nazri Ibrahim, kenalan lamaku dengan Abang Mael Hashim di USM dulu. Dia kini di UiTM Shah Alam la ni. Adakah kini aku boleh buat master di UiTM Shah Alam? Mungkin mereka dapat membantu? Tuhan sahaja yang tahu.

Di KFC ini, aku cuba habiskan bahan tentang murtad, tapi FB punya pasal, maka aku gagal. Juga, tiadalah sempat jua menyiapkan bahan untuk Harakah! Urgh!

Ganyang FB! Guling Mark Zuckernberg!

'Awek' UK ini tidak habis-habis mengirim nota mel-e kepadaku. Aku fikir dia ini mungkin La Usurpadora (si penyamar) agaknya. Malam ini, di FB, dia beri alamat 'mel-e'nya - jayarida85yahoo.com.

Currently have 0 comments: