Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Memoir Seorang Revolusioner (3)

Thursday, April 14, 2011 , Posted by nota untuk Syiah at 2:34 AM

22 April (Jumaat)
Ke TGV KLCC tebus tiket RIO, rerupanya telah expired. Aku bergegas ke GSC Mid Valley dan berjaya rembat filem percuma jam 9:45 malam. Dan perlukah aku turun atau sempatkan aku capai bas ke JB ini malam?

Aku mengarang teks ucapan dekat Mc Donald, tepi GSC Mid Valley. Teks ucapan itu kononnya untuk dibaca dalam sebuah program Pas Batu esok. Tapi, kiriman sms TMJ baru kuterima petang ini dan esok pula, dijadual akan berangkat menuju ke selatan pula. Hidup sungguh resah dan rusuh diburu waktu.

Di dalam teks ucapan itu aku muatkan kisah keris Pak Rustam A Sani yang dia cadangkan supaya aku tanya Haji Ishak Surin mengenainya. Ia juga terkait dengan penubuhan PKMM Kedah itu.

Eh! jangan-jangan, penubuhan PKMM di Kedah itu di Kulim tak? Tempat nenek moyangku (keturunan Raja Yala) melarikan diri dari buruan tentera Thai tu. Jadi jika benar adakah keris 'Boestamam Sari' itu adalah milik salah seorang daripada kaum kerabat Raja Yala juga. Aku lihat coraknya memang tiada luk, sama seperti hal yang kerap dibicarakan orang, "Keris tanpa luk, itu bererti ia datang daripada selatan Thai."

Jika andaian ini benar - ini bermaksud keris nenek moyangku sudah berada di dalam genggamanku sekarang! Huh! Sungguh dramatik jika difilemkan dan ditelemoviekan cerita bangsawan ini. Tetapi, siapakah heroinnya? Dan, kalau sudah ditemui heroin tiu, maka siapakah pula gerangan morfinnya?

@@@@@@@@@@@@@@@@

21 April (Khamis)
Aku tak pegi APM UM. Rasa rugi. Kalau aku pi, boleh sembang kemaih juga di sana, lalu bertanya mereka, "Adakah kita mahu guna Budaya Ilmu tinggi, berani menyoal, menyemak, dan memeriksa keadaan?"

Tambah-tambah sekarang ini, musim orang membeli buku di PWTC. Jadi, mungkin dengan menyimpan buku di rak buku itu menyebabkan mereka berasa bahawa mereka sudah memiliki budaya ilmu tinggi. Sebenarnya, itu juga budaya ilmu tetapi ia masih di tahap yang rendah jua adanya. Jadi, apakah budaya ilmu tinggi?

Syahadan wal arakian, adapun Budaya Ilmu tinggi yang aku pegang itu seperti juga yang disabdakan Dr SMN Al-Attas dengan menggunakan ayat daku sendiri sebagai berikut:- "kekuatan keberanian untuk menyemak keadaan... dengan bertanyakan soalan kepada ratu..."

Pagi ini memunggah khazanah di bilik sewa di Kg Baru, terjumpa banyak khazanah ilmiah. Antaranya - Daiges lama, Ogos 1983 yang turut memuatkan tulisan guru wartawanku T S Lanang. Dia bercakap mengenai Bintulu di Sarawak mempunyai kos sara hidup yang paling tinggi di dunia!

Tiba-tiba kebetulan aku melihat Kaktie post satu entri berhubung kos di Kuala Lumpur yang tinggi berbanding negara-negara di luar. Catatan itu termuat dalam Yahoo News yang diangkat daripada Malaysian Insiders.

Kuala Lumpur - 5Mbps broadband package - RM149
London - 10Mbps broadband package - GBP13.50
Melbourne - 5-8Mbps broadband package - AUD40
New York - 7Mbps broadband package - USD41.95

Jadi, yang ditulis T S Lanang itu berhubung kos sara hidup di Bintulu (1983) sebagai antara yang tertinggi di dunia bolehlah juga dihubungkan dengan fakta yang baru aku terima pada 2011 ini. Fuh! Naya betul Malaysia ni. Hujan emas negara orang, hujan batu negara sendiri. Aku fikir, lebih baik aku melarikan diri ke Mongolia!

Daku mesti lawan dan terus berjuang mengguling kekorupan dalam tadbiran Najib Razak ini ,walaupun hidup terus-menerus diburu hingga terpaksa menjadi bangsat dan merempat di luar negeri. Bak kata pepatah dan syair gurindam yang termuat di dalam Hikayat Pasca Moderen Anak Raja Yala...

Diburu polis UTK, PDRM, berlari di New York menikahi Paris Hilton, 
diligan oleh FRU, bersembunyi di Florida mengahwini Lindsay Lohan, 
diserbu Bukit Aman, lari sembunyi ke Manhattan bermut'ah dengan Ali Lohan, 
diburu SPRM, bersembunyi di Beverly Hills bercinta dengan Emma Roberts, 
diburu Najib, membina kehidupan di Los Angeles berkasih dengan Hayden Panettiere,
diserbu Imelda Kak Ros Leila, berlari ke Colorado bercumbu dengan Deana Russo,
dicari sehingga ke lubang cacing di Washington D.C, berkasih pula dengan Megan Fox,
diburu ke lubang biawak dhab di Lubnan, menikahi secara mut'ah dengan Haifa Wahbi.

Demikian resmi perjuangan, hidup sentiasa diburu ketakutan di djaman edan. Terpaksa berhijrah menumpang teduh di bawah ketiak kekasih demi kekasih lepas seorang demi seorang. Huh! Fuh! Perjuangan! Perjuangan!

Juga selesai memunggah tadi kutemui 2 puisi Melayu Usman Awang berjudul Melayu, termasuk Melayu Versi II ciptaan aku sendiri. Sajak aku ini adalah respon kepada puisi Usman Awang itu. Aku sempat jua tandakan tarikh aku mengarang, menggubah puisi itu, iaitu pada 7 Sept 2005, 1:20 pagi. Indahnya jika masa diputar!

Perkembangan keturunan anak Raja Yala

Encik Zakaria, waris keturunan Raja Yala (daripada Bani Tuan Jalur/Yalor) sms selepas kubalas mel-e beliau semalam, "Salam, terima kasih kerana respon email saya. Saya telah memberi sedikit komentar. Sudilah luang masa untuk baca dan berterusan hubungi saya. Terima kasih..."

Apakah masanya telah tiba untuk aku dedahkan dan hebahkan dalam FB mengenai gagasan untuk kumpulkan anak-anak Raja Yala bertujuan membebaskan Yala, Patani dan semuanya? Tuhan, beri aku pedoman...

Aku terserempak dengan SEAPA yang menulis mengenai Hata Wahari. Aku jadi langsung teringat kepada hal aku berentap di HEP USM dahulu. Kini, tiba giliran Hata Wahari di Utusan dan kini tiba giliran SEAPA untuk membantu wartawan Hata Wahari itu. Bagus juga, setidak-tidaknya ini menggambarkan bahawa di Utusan itu memang ada wartawan-wartawan yang berjiwa revolusioner! Revolusi! Sampai Mati!

Zaid call dari Segamat. Aku rasa mungkin aku turun ke Temasek juga bagi mencari ikhtiar guna menyambung semula rantai kasih sayang antara Singapura dan Malaya yang sudah lama terputus, diputuskan oleh kapitalis!

@@@@@@@@@@@@@@@@@

20 April (Rabu)
Yus sms, "Kalau cerpen bertemakan kerja dalaman penggulingan Najib Razak tak disiar di Utusan, siar je di pg 17 Fikrah Harakah."

Kalau ada cerpenku sendiri, aku tak muatkan dalam paper haraki kerana nak biarkan ia menjadi ladang orang lain berkreatif. Ini memang telah menjadi amalanku. Kuharap, pada masa akan datang, akan lebih banyak cerpen revolusioner kan tiba ke sastera.harakah@gmail.com tu nanti. Ameen.

Encik Kamal Shukri call, "Emel ibnuamir@gmail.com tu 'bounce', tertentang, jadi saya masukkan isi bantahan tu dalam ibnuamir@yahoo.com." Semalam aku sms beliau supaya fatwa A Samad Said, undilah apa sahaja kecuali BN. Jadi, hal panggilan petang ini mungkin ekoran daripada sms tersebut.

Ingat nak beli dapur elektrik hari ini untuk sediakan ramuan resipi masakan revolusi untuk para revolusioner di Putrajaya apabila mereka dapat sempurna berhartal selama 44 hari nanti. Semoga dipermudahkan oleh-Nya.

Malam. Petang ini, aku ternampak kain rentang Perbadanan Kg Baru sudah dinaikkan di Jalan Raja Alang, di tepi laluan masuk ke opis SPKB sendiri. Cis! Bedebah! Akhbar Kg Baru mesti dilakukan segera.

Selepas makan di Dang Wangi aku ke UO untuk membeli dapur elektrik dengan harga RM99. Zaid call, ajak aku pergi Singapura hujung minggu ini. Mungkin boleh pi agaknya? Nanti aku check balik jadual aku.

Debat PPSMI Alaf Baharu

Elok nak sampai SPKB, Ny call. Katanya, dia ada di Haslam. Bualan kami banyak berkisar kepada PPSMI. Dan seperti biasa, telahanku benar, iaitu PPSMI sukar ditumbangkan kerana faktor dalaman. Iaitu, kelemahan pejuang bahasa sendiri yang takut mengundi selain BN, Umno untuk mansuhkan akta itu.

"Bila orang itu marahkan Umno, bukannya dia tak undi Umno. Kalau orang itu marahkan Pas, tak semestinya dia tak akan undi Pas," kata Ny. Aku ketawa mendengar kenyataan sebegini. Buang masa bagi penerangan macam ni kat aku. Macamlah aku tak tahu sangat sifir rumus formula politik sebegini.

Juga tak perlu jelaskan, "Ini bukan soal undi NGO atau pun tidak, undi tu melibatkan tiap-tiap individu yang berada di dalam Gapena itu." Alahai, ayat ini pun tak payah cakap. Buang masa. Aku pun tau.

Yang aku cuma nak tahu satu sahaja - tahap kesediaan para pejuang bahasa untuk menggunakan bahasa undi untuk mansuhkan PPSMI itu. Aku nak tau setiap AJK Pena dan AJK Gapena itu sudahkah bersedia undi PR untuk, atau bersedia ditohmah tuduh sebagai pengkhianat bangsa KERANA MASIH UNDI BN, walau lidah mereka begitu vokal dan lantang mengkritik PPSMI itu. Inilah rentak paluan gendang perang aku sekarang.

Yang aku tak boleh jawab masa ini ialah dakwaan rakanku itu bahawa Lim Guan Eng kata, "Berilah peluang kepada ibu bapa untuk pilih PPSMI sebagai cara mengajar anak-anak mereka. Jadi, kenapa tak kata, undilah apa sahaja kecuali BN dan PR?"
Nampak seperti lagi tak lojik. Mana boleh undi selain BN dan PR kecuali tidak mengundi terus atau buat undi rosak. Sebenarnya, aku sendiri pun tidak membaca lagi kenyataan ini, sebab itulah aku tidak dapat ulas.
Tapi, kalau kenyataan ini mengandung makna sindiran, dan jika benar Guan Eng kata begitu, maka daku perlu bertanya balik - adakah Guan Eng itu sebetulnya pemuka dan pengusul awal kepada PPSMI? PPSMI adalah dasar BN dan bukannya dasar PR walaupun Lim Guan Eng keluarkan kenyataan sebegitu. 
Hakikat bahawa PPSMI adalah dasar Umno-BN (dan bukannya dasar DAP-PR) tidak boleh diubah, walau selepas ini Haji Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim buat kenyataan dalam akhbar. Fikiran ramai orang masih lagi terkeliru bahawa kenyataan akhbar itu boleh diangkat sebagai dasar parti. Umat sudah keliru.

PPSMI dibahaskan dan diulangsebut dalam Perhimpunan Agung Umno. Sebab tu kenyataan Haji Abdul Hadi berhubung UG (Kerajaan Perpaduan) tidak menjadi dasar parti lantaran pendapat itu terlontar dalam ceramah dan dikutip dan diulang-ulang siar dalam akhbar menjadi polemik. 
Polemik di dada akhbar dan kenyataan akhbar, kenyataan media adakah boleh diangkat sebagai dasar parti?
Dan masih ada juga orang bijak terpelajar tetapi masih percaya yakin dan beriman sepenuhnya dengan wahyu Umno bahawa PPSMI akan dimansuhkan menjelang 2015. Dulu, Muhyiddin kata PPSMI akan mansuh 2012 dan sekarang dianjak kepada 2015. Selepas ini, mungkin kata 2017 dan masih mereka masih beriman juga.
Maka, kembali kepada teori aku yang asal - bahawa PPSMI tidak boleh dimansuhkan bukan kerana kuatnya desakan PAGE itu (faktor luaran), tapi kerana faktor dalaman juga iaitu kelemahan fikiran dan lemahnya iman para pejuang bahasa sendiri sehingga sanggup diperdayakan rangkaian wahyu Umno yang kerap berubah itu.

Maklumat Raja Yala terbaru

Aku terbaca mel-e Zakaria dari Terengganu berhubung Raja Yala. Katanya, "Melalui carian saya menerusi internet, kejadian yang dikenali Pemberontakan Patani tersebut berlaku tahun 1832.

"Raja Yala yang dicatatkan di dalam sejarah Patani ialah Tuan Jalur (mangkat 1817), anaknya digantikan oleh anaknya Tuan Bangkok dan terakhir yang melarikan diri ke Kelantan ialah Tuan Kundur. Keluarga saya adalah dari Raja Yala terakhir." Demikian sedikit catatan sejarah oleh Zakaria.

Wah! Alhamdulillah! Syukurlah! Nampaknya, bukan daku seorang sahaja yang tercari Raja Yala ni. Rupanya, menurut Zakaria, ramai lagi anak-anak keturunan Raja Yala yang mencari susur-galur mereka ini. Daku perlu banyak merantau ke Pasir Putih, Tumpat selepas ini.

Pagi ini daku bermimpi naik gunung, baru naik di kaki gunung. Selepas terjaga, hati berbisik; Gunung Ledang! Aku perlukan beberapa buah tapak pertapaan lagi untuk mengarang 'wahyu' bagi mencari erti hidup ini!

@@@@@@@@@@@@@@

19 April (Selasa)
Siap cerpen untuk Utusan. Aku fikir, kena istiqamah mencerpenkan diri setiap malam. Fardhu ain dan wajib ke atasku untuk menggulingkan Najib Razak dan kumpulan-kumpulan kroni Rosmah kerana Allah s.w.t.

Encik Kamal PLM sms tentang surat bantahan terbukanya disiar di NST hari ini. Aku terfikir, fatwa A Samad Said (undi apa sahaja kecuali Umno, BN perlu dikembangkan lagi dengan lebih jauh untuk pejuang bahasa).

Rasanya, perlu diusahakan kembali penulisan memansuhkan PPSMI jika H Daily boleh buka semula ruangan untuk aku berkarya ke arah menggulingkan Najib Razak dan Rosmah.

PNM luluskan pinjaman buku sehingga 10 Mei. Ke Celcom, bayar bil dan tayangan filem Rio tertunda kerana jadual belum sedia. Tiket Fox itu aku simpan dahulu untuk masa yang lebih sesuai.

Selepas bersantai di nasi lemak Dang Wangi, aku jolok 'draw' duit, RM200 dengan memasang niat untuk beli dapur elektrik. Kelas masakan SPKB penting dibuka bertujuan mencipta resipi ramuan makanan untuk pakar revolusioner ketika kami akan berhartal revolusi di Putrajaya selama 44 hari itu.

Malam ini ketika menonton The Listerner di TV2, aku teringat kisah seorang lelaki Cina dibunuh lalu kes itu dibawa Anak Malaysia ke pejabat Siasah pada 2005. Malam itu, hanya aku dan bos ada di pejabat.

"Ada bomoh fotostat yang mengenalpasti siapakah pembunuh itu," kata Anak Malaysia. Kes itu dibawa kepada Pak Lah dan selepas itu barulah ada IPCMC. Adakah aku perlu bertemu bomoh itu untuk buka fail siasatan ke atas pembunuhan Teoh Beng Hock dan pegawai kastam itu? No hp Anak Malaysia masih ada...

Mak dan abah call lagi, bertanyakan persiapanku untuk pergi ke luar negara. Mereka tanya tentang kasut dan baju sejuk. "Mak takut Ali nanti beku kat sana," kata mak sambil tertawa.

Seorang lelaki misteri sms aku, "Assalamualaikum, maaf sekiranya ganggu. Semalam saya ada email ibnuamir@yahoo.com untuk jejak keturunan RAJA YALA. Saya harap saudara respon email itu."

Nampaknya sedikit demi sedikit - akan ada perkembangan terbaru tentang Raja Yala itu. Kini, perlukah daku wujudkan kerajaan Melayu a.k.a Malay Village (Little Malay) di Benua Parsi (Iran), Benua Roma (Italy) dan Benua Perancis nanti? Dengan pihak mana aku perlu berurusan untuk meletakkan batu asas kerajaanku itu?

@@@@@@@@@@@@@@@@

18 April (Isnin)

Imran call. Katanya, harga perak kini sedang naik 'gila-gila'. Dia pun sudah membeli jongkong perak seberat 250g dan 500g. Katanya, dalam minggu ni saja, dah naik mendadak.

"Dalam sehari dua harganya terus naik jadi RM200," kata adikku itu. Dia cadang aku jual emas, kemudian beli perak dan kemudian jual perak untuk beli emas semula. Syor baik cuma kenalah berhati-hati untuk beli dalam keadaan musim kewangan yang tidak menentu ini.

Keluar petang ini ke opis Jalan Pahang Barat, aku melihat pelangi petang di balik awan kuning di Jalan Raja Alang, Kg Baru. Pakcik Basir di Kelang berpesan, kalau mataku melihat pelangi, maka ada malapetaka besar akan terjadi. Tuhan akan beri kita alamat, tetapi Dia tidak pernah menyatakannya dengan tepat seluruhnya.

Maka, aku fikir - aku perlu bentuk petugas khas untuk meneroka kesahihan maklumat dari alam ghaib ini. Di opis, selepas hantar bahan sastera, aku terus pi GSC 1 Utama lepas Syi tak jadi pi ikut tonton Roommate

"Cerita horror tu...Syi takut balik sorang-sorang," katanya. Aku sms Don F, jawapan tetap sama, dia tak dapat pi. Aku pergi sendirian. Sebelum tayangan mula, sempat kutonton trailer Zoo Keeper dan Priest.

Jangan-jangan, Zoo Keeper ni tiru filem Malaysia agaknya; Zoo lakonan Lan Pet Pet tu, nampak jalan cerita macam sama sahaja. Siapa kata filem kita tidak bagus? Sampai Hollywood pun boleh tiru kita. Tapi, aku pun berhajat besar nak tengok Priest, kisah 'pontianak' yang ada tanda salib di dahi tu.

Adakah Bob Lokman boleh jadi naqib usrah dan tamrin artis selebriti Pas?

Gila-gila Hollywood punya cerita nih. Aku harap, kalau Bob Lokman dan teman-temannya boleh bina grup usrah artis, maka rencana untuk pasarkan produk budaya ke pentas antarabangsa akan tercapai jua akhirnya.

Menonton cerita Hollywood menyebabkan aku bolehlah belajar sesuatu mengenai kebudayaan luar. Tadi, aku tahu Tau Sigma Kappa-sebuah kelab muda-mudi di universiti yang kerap menganjurkan parti 'prom nite'. Aku pun jadi tertanya-tanya juga, adakah penuntut Malaysia di luar negara terlibat dengan gejala liar ini semua?

Dengan menonton filem Hollywood ini semua, maka bolehlah aku menulis surat dakwah kepada aktres cun di sana. Tuhanku, betapalah asyiknya dan alangkah indahnya dunia dakwah sambil bercinta ini. Yeah! Babe...

@@@@@@@@@@@@@@@

17 April (Ahad)
Aku terima sms, "Rasanya soalan yang lebih afdal selama ini ialah setelah Paksi dan Budayawan Bertindak dan lain-lainnya berjinak-jinak dengan Pakatan Rakyat (termasuk PAS), apakah yang telah Pakatan lakukan?

"Soalan tuan menggambarkan seolah-olah 'mind-set' kita masih macam Umno. Tonggak kehidupan kita, khasnya orang-orang Melayu ialah hiburan, bukannya budaya dan pemikiran. 

"Apakah kita tidak risau dengan 'mind-set' seperti ini? Ini bukanlah pula bermakna saya anti artis. Bukan isu itu. Yang lebih utama ialah kita perlu keluar dari kepompong artis dan hiburan..."

Daku akan jawab soalan ini insya Allah Ta'ala, walaupun akhirnya dia berhasrat mahu menjadikan ini polemik tapi dia takut pula kalau aku menjawab isu ni di akhbar. Kalau nak mencari kebenaran polemiklah betul-betul. Jangan sms kalau tak berani polemik. Takut apa sangat? Konon risau pula jika disalahertikan. Yang aku tulis ini, sampai dia salah mengerti maksud dan tujuanku menulis, aku tak pernah rasa bimbangkah sebelum ini?

Soalan ini adalah respon dan maklumbalas ke atas tulisanku yang judulnya lebih kurang, jika ada 10 artis yang masuk Pas, maka apakah langkah dan persediaan yang Pas lakukan?

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

16 April (Sabtu)
Berehat sakan sambil menyiapkan artikel untuk Haraki. Aku terima sms Haris mengenai tersiarnya artikel aku di H Daily. Alhamdulillah, dah dapat pengkalan baru bertujuan mengguling Najib Razak nanti.

Melayan banyak sungguh filem-filem best di TV. Rasa tension dan ketegangan selama ini mengalir keluar dari tubuh dan jiwa. Banyak perkara yang dapat kupelajari daripada filem-filem klasik ini. Kenapakah orang kata, tonton televisyen ini buang masa? Kalau kena dengan caranya, maka ia menjadi sumber untuk mendapat ilmu.

Umpamanya, malam ini kutonton The Devil at 4 O'Clock yang menceritakan peranan paderi Kristian di pulau Talua dan Tahiti. Aku baru tahu kedudukan orang Perancis dan banduan tahanan yang dihantar di situ. Frank Sinatra jadi hero dan Barbara Luna yang buta memegang watak Camille.

Ia bercerita mengenai Paderi Doovan yang sedang dihimpit derita akibat penduduk pulau menolak seruan dan ajarannya selama ini. Gereja dibiarkan orang dan akhirnya dia sendiri minum arak. Dan, bagaimanakah paderi muda berdepan dengan paderi tua yang hidupnya didewasakan, dimatangkan oleh karenah penduduk pulau.

Aku fikir, nak kena cari juga filem ini di Internet atau pun cari DVD filem klasik yang lama-lama dahulu. Boleh kita aturkan suatu program dakwah revolusi besar-besaran pada kemudian hari. Tidak perlu juga diusahakan sekarang. Hanya, kita tunggu sahajalah masanya yang sesuai nanti.

@@@@@@@@@@@@@@

15 April (Jumaat)
Asyik bergelut depan tv sahaja hari ini. Aku semak balik Risalah Untuk Kaum Muslimin mengenai cara agama Kristian berkembang. Aku fikir molek dijadikan pendirian Al-Attas sebagai teks Fakulti Perbandingan Agama SPKB kelak. Buku perbandingan agama yang dikarang susun oleh veteran Pas; Amaluddin Darus juga baik.

Kalaulah Amaluddin Darus masih hidup, nescaya akulah yang pertama terawal berbai'ah dengan beliau dalam hal-ehwal gerak kerja dakwah yang bersifat merentas ras dan faham agama ini. Kalau Amaluddin masih hidup dia pasti terkedepan dalam mengungkap isu-isu yang terkait dengan faham Pluralisme ini.

Berfoya-foya di Jalan Yap Ah Shak, dapat beberapa sajak. Aku berasakan perlunya mewujudkan kerajaan Melayu Islam baru di Iran, Italy dan Paris nanti. Akan kunamakan akan dia sebagai Little Malay jua adanya.

@@@@@@@@@@@@@@@

14 April (Khamis)
Abah call. Katanya, ada cek sampai di Pendang. Ia tentang cerpen aku di Utusan Malaysia; Gerhana Kampus. "RM100," katanya. Selepas itu, abah pesan, "Bawa sama baju sejuk ke Iran, Paris dan Italy."

Kasihan mak, abah- cek sampai rumah pun dia call. Aku hantar bahan ke Lanh dengan nama baru hari ini lalu kunamakan semua honorarium itu untuk mak dan abah. Semoga amalanku ini diberkati Allah s.w.t. Ameen...

Cadangnya, petang ni nak hantar semula buku sejarah Kristian di Malaysia ke Perpustakaan Negara. Apakah aku sempat? Hari ni 'deadline' pulak dah! Urgh!

Malam. Setelah hantar buku Kristian di PNM, aku pinjam Rahsia Di Sebalik Sumpah Allah (Ibnu Qayyim Al-Jauziyah). Berlabuh di Harakah sampai ke malam. Lepas Maghrib, Taufek cerita mengenai Bob Lokman.

"Ada 10 orang yang berminat kepada Pas," kata beliau, sambil menyebutkan 6 nama; W, A, K, H, WS dan C. Ada juga polis atasan yang menyokong kemasukan Bob itu. Kata Cik Nots, Bob ikuti kuliah ceramah ustaz Nazri di Kelang sebelum dia menunjukkan minatnya untuk masuk Pas itu.

Aku menemui filem Miral setelah Cik Pyan menyebut nama filem itu di Haslam tadi. Sebenarnya, Saifullah pun ada sebut juga mengenai filem ini. Adakah ia sesuai diangkat sebagai sebuah filem revolusi? Aku mesti carik!


@@@@@@@@@@@@@@@@@

13 April (Rabu)
Kerugian maha besar, tak pergi ke Taman Cemerlang. Hujan lebat di Kg Baru menggagalkan rancangan dan kelemahanku sendiri. Ajak Don F layan filem percuma RIO dan Scream ini malam di TGV, KLCC.

Tapi kata Don F, "Dah seminggu saya jadi site supervisor Jln Reko Kajang. Berulang dari Shah Alam. Malam ni pula ada kelas." Maka, tinggallah aku seorang sahaja yang masih tenggelam di dunia lagho!

Sebelum menunggu tayangan filem - aku membelek buku-buku di Kinokuniya, KLCC. The Complete Story of Sherlock Holmes (RM42.44), Revolt by Dick Morris dan isterinya (membincangkan tatacara mengguling pemerintahan Barrack Obama), berharga (RM100.74).

Aku teringin memiliki kedua-dua buku ini - mungkin sesuai untuk dijadikan bahan revolusi untuk revolusioner!

Cintaku terjatuh kepada Hayden Panettiere? Scre4m
Akhirnya, aku tonton filem ini sendirian setelah Cik Pyan tak mai, Don F tak datang dan adikku juga sibuk. Di sini, aku melihat jalan ceritanya berkisarkan kejadian perfileman pembunuhan kejam ini terjadi di Woodsboro. Aku sempat menyalin beberapa perkataan sebagai berikut -- Out Of Darkness, Stab 1. Emma Roberts, anak menakan Julia Roberts yang lemah-lembut jadi jahat. Tapi, hatiku terpaut kepada Kirby (Hayden Panettiere).

Nampaknya syaitan berjaya mengganggu rohaniku malam ini selepas daku meninggalkan cinta lama aku dekat Hollywood; Megan Fox. Gaya rambutnya sungguh menawan. Tetapi, aku cuba merasionalkan cinta baru ini.

Adakah Tuhan menjadikan hati kita cinta kepada seseorang supaya kita melakukan gerakan dakwah tarbiyah, dan melaksanakan gerakan ta'dib kepadanya? Persoalan ini cuba kucari jawapannya sehingga kini, tapi belum capai jawapan yang begitu kejap dan muktamad adanya.

Buka FB, ada kiriman mel-e daripada Dr A. Beliau nak masukkan nama aku ke dalam geran penyelidikannya yang mungkin berkaitan pembangunan intelektual muda itu. Syukurlah nama aku termasuk dalam senarainya.

Aku terfikir mencipta empat nama samaran untuk hadiah duit kepada mak dan abah. Apakah nama samaran itu? Biarlah rahsia... Tau-tau saja, ada cek sampai di rumah untuk mak dan abah.

@@@@@@@@@@@@@@

12 April (Selasa)
Bank in check di Bank Islam, Dang Wangi. Kemudian, hajat nak pekena nasi lemak Dang Wangi. Rupanya dah habis! Aku pekena koteaw kerang depa yang sungguh sedap itu.

Abah call tentang keperluan bawa sweater ke Iran nanti. Banyak kali juga dia berpesan tentang baju ini. Kat sana agaknya sedang musim sejuk dan musim salji agaknya?

Terima kiriman sms daripada bro Hasri. Beliau ajak 'meeting' untuk Risalah Abim di Taman Cemerlang esok, jam 2 petang. Dia juga hantar mel-e kepadaku lewat Facebook tadi.

Hari ini, aku mel-ekan kepada Siti tentang pertanyaanku - apakah ada kawan-kawannya di Pusat Bahasa dan Terjemahan, USM yang boleh terjemahkan cerpen aku ke dalam bahasa Inggeris.

Ajak Mashi tengok Rio dan Scream4 di TGV, KLCC esok. Malangnya, dia sibuk. 'Loan' bank pun dia dah apply dah. Aku pun tak tahu dia apply loan apa.

Desperate Housewives malam ini bercerita mengenai hal-ehwal kejiranan mereka yang parah. Aku terfikir nak buat akhbar di Kg Baru ini. Mungkin hal ini akan mengukuh dan menguatkan kembali kejiranan di Kg Baru?

Malam ini, aku tertonton Eksplorasi Gunung di TV1. Maka, berkatalah seorang pemimpin...

"Akar Tongkat Ali ini bukan pahit, tapi berlemak," kata Dato' Khalid Yunus, Pendaki Gunung ketika mendaki Gunung Cemerong, Trengganu. Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan dalam dokumentari Eksplorasi Gunung, TV1, RTM, 12 April, 2011. Ahli politik sebenarnya masih boleh melanjutkan 'jawatan' mereka selepas bersara daripada politik. 'Jawatan' Khalid Yunus misalnya kini adalah Pendaki Gunung.

Currently have 0 comments: