Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Memoir Seorang Revolusioner (2)

Thursday, March 24, 2011 , Posted by nota untuk Syiah at 11:52 AM

11 April (Isnin)
Ke Kedutaan Iran. Tak perlu visa, kata mereka. Pergi Kelana Jaya, ambil tiket percuma wayang Rio. Aku print tiket Air Asia, selesai satu bab.

Masuk bahan Sarawak, tapi tetiba ditarik balik. Kalau hantar awal sekali pun, tetap juga orang semacam aku ini menjadi mangsa keadaan. Tapi, bagaimana nasib bahanku yang masuk malam ni dan tiba-tiba terbuang, adakah akan dimasukkan semula pada keesokan harinya?

"Kena selalu check dengan TMJ ka, Shidi ka?" kata Yus, menyarankan. Ini bermaksud, daku kena datang tiap-tiap malam!? Huh! Berat sungguh macam ni.

Bro Hasri ingatkan lagi dalam FB, bahawa aku boleh hantar 3 artikel sekali gus untuk Diges yang mereka nak mulakan itu. Mengingatkan hal ini, hatiku menjadi sedikit tenang. Ada la sikit rezekiku.

Tetapi, ketenangan itu tidak panjang lama - Akmal dan Saifullah tiba di Haslam menceritakan hal-hal dalaman Abim yang memenatkan fikiranku. Antara yang mendukacitakan - Abim Sarawak 'lumpuh'.

Betapa Najib bergitu bersungguh-sungguh memperalat golongan tarekat dalam Abim ni. Mendengar cerita itu, aku sarankan supaya diadakan semacam satu kempen untuk

Memang ada gerakan memecahkan Abim, gerakan Islam dengan menggunakan agamawan tertentu. Cabaran yang paling kuat menurut hematku sekarang ini bukannya datang daripada video seks dan kes liwat Anwar.

Tapi, cabaran yang hadir tiba daripada agamawan Umno itu sendiri. Dan, mereka itu, yang paling aku tak best ialah rakan-rakan dalam PKPIM yang kini ditarik Najib ke dalam Umno. Urgh! Kini hal lama berulang lagi.

Aku dan rakan-rakanku dalam PKPIM sudah mengulang sejarah - Fadhil Noor dalam Pas bila Anwar masuk Umno. Aku dah cenderung kepada Pas sedang rakan PKPIM lain dah masuk Umno dan sokong Najib.

"Anwar dah minta maaf, tapi Bro Yusri dan Ismail Meena masih juga berterusan mengkritik Anwar," kata Akmal lagi. Cerita Akmal ini sama seperti cerita Don F. Jadi, aku mendengar berita yang tepat.

Daku harus lakukan sesuatu. Adakah daku perlu tuliskan hal ini dalam Jalan Telawi atau Malaysiakini? Hal ini tidak harus kudiamkan... Dan hal ini (menyokong dan mendokong kezaliman Umno), tentu saja tidak wajar kubiarkan! Tuhan, beri aku kekuatan.

Di pejabat malam ini, ada cek. Alhamdulillah, banyaklah juga. Boleh aku beli DVD Player dan periuk elektrik untuk meramu ramuan resepi untuk acara Hartal selama 44 hari untuk guling Najib di Putrajaya. Cek dah ada. Hatiku sedikit tenteram dan lapang walau ada bahan tak masuk dan walau kudengar cerita Abim bergolak.

@@@@@@@@@@@@@@@@

10 April (Ahad)
Malam ini, aku beli belacan, kacang panjang, cencaluk dan lain-lain barang dapur. Aku masak sendiri dan aku rasa kekenyangan sampai ke pagi. Aku fikir kita perlu meramu ramuan resipi revolusi untuk melakukan Hartal sampai 44 hari di Putrajaya.

Alo sms, minta aku tulis satu artikel mengenai isu Sarawak. Mungkin sebab minggu lepas sudah dirembat. Jadi mereka nak qadha balik artikel aku.

@@@@@@@@@@@@@@@@

8 April (Jumaat)
Kinah akan datang SPKB untuk ambil VCD Inter-Faith Dialogue yang Imran minta aku pi dulu di Setiawangsa. Ini program bro Shah Kirit.

Jadi aku kena hantar Kinah pi Jalan Duta malam ni. Sebab dia nak balik ke Pendang. Bila daku nak balik untuk lihat anak saudaraku yang ketiga baru lahir itu? Daku juga terima surat dari Ruslan, editor Tunas Cipta, DBP menyatakan puisiku sudah tersiar dalam majalah kelolaannya itu.

@@@@@@@@@@@@@@@@

7 April (Khamis)
Pada babak terakhir mimpi, ada kalimat Pusaka, Aswara. Aku cuba menyemaknya di internet. Akhirnya, aku terjumpa sesuatu...RANDAI.

Arshad DBP menjawab mel-eku baru-baru ni. Ertinya ada job buku yang mungkin boleh aku buat. Aku kena menantikan masa yang sesuai untuk bertemunya, insya Allah Ta'ala...

Selepas membeli dua bungkus nasi lemak Dang Wangi, aku pergi Kedutaan Iran. Rupa-rupanya konsulat dah berpindah ke Jalan Yap Kwan Seng. Kata guard, jam 9 ke 11 pagi, baru boleh jumpa untuk mohon visa.

"Kalau bukan warga Iran, jam 3 sampai 4 petang urusannya," kata pengawal keselamatan itu. "Ertinya, kena jumpa juga secara bersemuka dengan pegawai konsulat tu."

Di Harakah, bertembung TMJ dan Kak Roy. Hatiku jadi panas baran dengan sebab tulisan Papa Gomo. Aku nampak dia begitu kebal berdasarkan tulisannya itu. Dia seperti boleh terlepas dari kepungan Bukit Aman.

"Enta kena buat satu akaun Facebook yang lain," kata TMJ menasihatkan. Ya, aku fikir kena buat blog yang baru juga yang bersifat terus-terang, masuk dan terjun terus tenggelam dalam putara ganas arus deras parti politik ini. Dengan cara ini sahaja, aku mungkin boleh berdepan dengan Cyber-Troopers Umno ini.

Kena ada cara kedua. Percubaan nak masuk dalam pasukan ni banyak likunya. Betul kata TMJ, kadang-kala orang jemaah kita sendiri yang merumuskan suatu sikap sehingga menggagalkan perjuangan kita sendiri.

Bab kedua, TMJ sentuh bab gelaran yang boleh diketengahkan seperti Tan (macam Tan Melaka), katanya. Takat nak bagi gelaran tu, katanya, kita boleh buat sendiri-sendiri sahaja. Daku terfikir nak buat gelaran untuk jagoan revolusioner se-Malaya. Baru tampak gempak lagi tangguh!

Lanh beritahu bahawa rencanaku dicantas diganti rencana lain. Hati patah dan cedera parah. Aduh! Urgh!

Selepas balik dari Rafiya, aku sms Haris mengenai sastera di Harakah Daily. Dia kata, dia jaga rencana.

"Tapi sastera pun boleh juga," katanya. "Hantar la kalau ada bahan." Rasanya cerpen panjang yang tak boleh masuk dalam Harakah edisi cetak ni mungkin boleh dihantar ke Harakah Daily juga agaknya?

Bro Hasri chat denganku di FB tentang jemputan sebagai kolumnis untuk majalah Inilah Islam yang dijangka berada di pasaran pada Jun nanti, insya Allah Ta'ala. Dia tanya apa bidang yang aku mahu tulis nanti. Aku pun beritahu minatku untuk menulis isu-isu mengenai Kesusasteraan Islam dan Kewartawanan Islam.

"Baguslah, nanti boleh enta kembangkan idea berhubung laporan dan pemberitaan yang benar kepada orang-ramai," katanya. Setidak-tidak terawat sedikit duka petang dan malam ini - duka kerana hal yang aku tulis petang tadi dan bahan sastera orang-ramai yang aku cuba masukkan itu tidak masuk.

Ya...rencana daku tidak dapat masuk sebab akhbar jadi tepu oleh tumpuan penuh ke atas isu-isu di Sarawak. burung Kenyalang dengan buaya Bujang Senang berlaga, yang jadi mangsa adalah labah-labah. Garuda serta Jentayu bertarung, lebah semut jadi mangsa. Kita mesti maju terus, bersatu mengguling Najib Razak! Itu pasti!

@@@@@@@@@@@@@@@@


6 April (Rabu)
Hujan petang, aku batalkan hasrat ke kedutaan Iran. Selepas solat Zohor, terima 'wahyu' bahawa Imam Mahdi naik secara revolusi daripada Bani Saud kepada Bani Hashim.

Begitu juga Nabi Isa naik secara bai'ah revolusi di Syam (Syria). Kutelaah semula catatan Tuan Simi dalam Syair Tantangan Singapura - maka sempat kukarang beberapa bait Syair Rosmah Rebah Najib Terguling. Aku fikir, mungkin nak kena jumpa Haris juga untuk bincangkan kedudukan Sastera dalam Harakah Daily itu.

@@@@@@@@@@@@@@@

5 April (Selasa)
Hari ini petaka besar sudah tiba. Rasa sedih dan marah bergumpal dalam dada. Di mana maruah Melayu dan Islam? Sungguh bedebah Umno!

http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=141446132592391&id=682166146#!/photo.php?fbid=1674066127164&set=a.1674066087163.2080066.1102746618&theater

Aku tidak tahu nak kata kata apa lagi. Hari ini kuisytihar perang dan revolusi berterusan ke atas Najib Razak!

@@@@@@@@@@@@@@

4 April (Isnin)
Di Haslam, ketika minum petang bersama teman-teman revolusioner TMJ menyindirku di depan Al-Maniri, "Ada sorang tu dok sebut pandangan peribadi pula masa tengah sesi pembentangan taktikal..."

Aku pertahankan sikapku itu. Apa salahnya? Itu lebih wajar dan beradab. Aku banyak idea dan aku tidaklah mahu menyebut apa-apa yang aku sebut itu sebagai pendirian jamaah. Nak buat bagaimana, tengah bercakap tiba-tiba idea-idea baharu pun meluncur datang, hadir tiba.

Aku rasa, jika kita menyebut sesuatu perkara dan tidak menyatakan pendirian peribadi, itu lebih buruk. Orang akan anggap apa-apa yang aku kata itu perkataan ahli syura blogger revolusioner.

Kita berhak menyatakan bahawa ini pendirian peribadi dan yang ini pula pendirian jemaah. Aku pun berjanji kepada diriku sendiri - aku akan benarkan pendirian peribadi diutarakan asalkan dengan syarat, pengucap itu, akan menyatakan dengan jelas bahawa, segala ucapannya itu adalah mewakili pandangan peribadinya sendiri.

Pandangan peribadi tidak salah. Yang salah adalah pendirian peribadi yang dipasakkan atas nama jemaah. Itu diktator namanya. Alhamdulillah, konsep Rumah Blogger yang kuapungkan itu akhirnya dipersetujui oleh exco penerangan kerajaan negeri Kelantan; Dr Fadhli. Kami dijadualkan bermesyuarat pada 16 April nanti, i'Allah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

28 Mac (Isnin)
Selesai urusan aktifkan akaun syarikat. Tetapi, sms abah itu meresahkan juga, "Semoga anakku dapat mengubah cara hidup dan pemikiran supaya kami boleh tumpang kesenangan sama."


Semua ini berawal daripada sms kepada abah untuk meminjam wang untuk pengaktifan akaun bank syarikat. Risiko yang terpaksa aku hadapi ialah sms tersebut yang menggugah rasa!

Sms ini menyebabkan aku terpaksa bekerja keras menukar haluan pemikiranku sekarang juga. Resume sudah ada dan aku pun teringatlah pesan Ny itu, "Kalau kau boleh ubah gaya ubah hidup kau dan ubah fikiran kau, boleh cuba di Al-Hijrah..."

Haih! Tuhan, berikan daku petunjuk dan pedoman hidup guna menyuluh kehidupan yang serba sukar!

@@@@@@@@@@@@@@

27 Mac (Ahad)
Hajat mengirim cv di booth Bursa Malaysia PWTC kubatalkan. Setidak-tidaknya, resume itu sudah aku cetak dan borang minta kad kredit Bank Rakyat pun sudah aku cetak jua di sebuah kedai internet di Kg Baru.

Abah call, "Tolong tanya kedutaan Iran, kita kena ada visa ka kalau nak masuk Iran. Pi Italy dan Perancis tak perlu visa." -- Teringat Laut Kaspia, teringat Bandar Abbas yang dikatakan tempat Maharaja Derbar Raja dari Parsi dalam Hikayat Merong Mahawangsa itu. Ah tiket percuma terakhir itu perlu ditebus.

Mataku menangkap teater Muzikal Kg Baru di pagar Masjid Jamek Kg Baru. Betulkah apa yang aku lihat itu? Malam ini kuhantar pertanyaan mengenai manuskrip abah ke Imran PTS. Banyak benar tugas aku kini.

Tuhan, berikan aku kekuatan bagai revolusioner Oliver Cromwell yang akhirnya memerintah England, Ireland dan Scotland sendirian setelah raja digulingkan dan ahli Parlimen korup diganyang!

@@@@@@@@@@@@@@

26 Mac (Sabtu)
Pagi ini, melihat keletah keponakanku Hakim, maka abah berkhutbah mengenai sebuah cerpen Shahnon yang terkait dengan kematian ibu kawannya. Dia bercerita tentang seorang anak kecil yang seronok apabila ramai orang memegang kepalanya ketika datang ke rumahnya tanpa menyedari bahawa ibunya sudah tiada.

"Hal itulah yang menyebabkan dia mula ghairah mempelajari segala hal tentang ruh dan kematian," katanya. Aku teringat masa ke rumah Shahnon dulu. Dia tidak lepas-lepas menyebutkan perihal minat beliau mengenai kerinduan untuk berdepan dengan kematian itu.

Di Pizza Hut Jalan Dewan Raja Sulaiman, Kg Baru, aku lihat senior, bro Wadi dah mula kritik Anwar tentang Pluralisme. Aku melihat ada kecurangan akademik di sini. Seolah-olah kritikan itu ditujukan atas nama politik kepartian. Dijulangnya nama Najib yang pernah sanggah pluralisme sebelum ini.

Aku kemukakan hujah Dr Razali, seorang 'elders' bekas mentor Abim yang pertahan Anwar tetapi Wadi kata itu hanya 'hearsay'. Aku tak puas hati kerana pernah dengar kisah ini daripada Don F sebelum ini.

Ke rumah Pak, Mak Andak di PJ, melalui Amjal dan Institut Bahasa tempat emak belajar dulu. Dia kata, kat tempat ini dulu ada banyak rumah catuk (rumah kecil) dan hutan nipah sahaja. Aku rasa, Pak Amjal pertahan tempat ini dahulu, sebab itu dia kekal di sini. Ini teori, hipotesis awal. Siasatan akan diteruskan.

Balik dari rumah Pak Andak, aku terus ke PWTC kerana Don F dengan Bad dan Nazri pergi ke BN Youth Job Fair, anjuran Khairy Jamaludin. Di sana, Don F sahkan bahawa memang dia mendengar dari Biin bahawa Dr Razali pernah bantah Dr Yusri yang kritik idea Pluralisme Anwar yang berawal daripada John Hicks itu.

"Fahmi Kena ada akaun FB juga," pesanku. "Kita boleh guna nama samaran juga."

Di PWTC kucuci mata. Terlihat kelibat Khairi menggatal, bergambar dengan anak dara Puteri BN. Akhirnya, aku ternampak Bursa Malaysia yang paling kuminat. Tambahan pula, Don F sebut mengenai 'ahlul bait' Shah Alam; Sean yang mahir dengan saham stock dengan menggunakan komputer di rumah sewa mereka itu.

Darah kapitalisku menggelegak semula. Aku kena jadi balik macam Shia Le Bouf dalam Wall St dengan pergi ke Seksyen 6 Shah Alam, berguru dengan Sean yang banyak masanya tercurah di depan skrin pc untuk tinjau turun naik saham stock tersebut. Tiba-tiba emak call, "Kena fotostat I.C dengan passport sekali..."

Maka, selepas melilau di PWTC itu daku terus ke Pandan Indah untuk hantar kedua-dua bahan kepada abah dan emak. Dalam jalanan pulang selepas makan dengan keluarga, Don F sms, "Kisah Dr Razali tegur Dr Y adalah itu benar, dan ada cerita lain lagi yang lebih kuat. Nantilah cerita lain..."

Tindakanku melancarkan perang ke atas Wadi yang keras mengkritik Anwar dengan Pluralisme itu, mungkin juga bererti aku melancarkan jihad melawan keputusan Muzakarah yang mendakwa Pluralisme itu sesat. Tapi, apa nak dibuat. Seniorku dalam PKPIM ini tidak melaksanakan tugas yang sepatutnya dia buat.

Sepatutnya Wadi tumpukan isu iktisad, ekonomi negara seperti Dinar Emas dan membantu negara dan Najib untuk pulaukan US Dollar dalam urusan perniagaan dan import-eksport minyak dan lain-lain. Itu lebih baik.

@@@@@@@@@@@@@@

25 Mac (Jumaat)
Ke Hotel Villa, tapi abah dan mak dah ke Gombak, jumpa Pakcik Halim. Hp aku ada masalah. Apasal, daku rasa hatiku tak sedap. Tak dapat nak call Ali, Arif dan revolusioner UM bahawa pertemuan malam ini dianjak sedikit lepas Isyak. Janji, lepas Maghrib. Tapi, aku ke Restoren Amjal. Malangnya, mereka sudah pulang.

Aku terlihat kelibat Pak Amjal, teringin benar aku nak mengenali sosok tua yang rendah ini. Selepas minum di sini, aku berbual dengan 'anak'nya. Dia sahkan bahawa ada rumah-rumah di sekitar situ dahulu.

"Namanya Jalaludin, mereka ni dua tiga beradik semua..." kata seorang kaum kerabat Pak Amjal yang meniaga burger di situ. "Dia berasal daripada Jelebu, Negeri Sembilan."

Aku dengar cerita Pak Amjal ini buat kali pertama daripada Taufek. Banyak lagi kisah orang tua ini yang aku kena gali nanti. Aku pun terus balik. Malam ini, abah buka cerita tentang perjalanan kami ke Tehran, Perancis dan Itali. Mungkin masuk ke Laut Caspian juga. Aku teringat filem The Prince of Caspian di Parsi.

Banyak juga yang perlu ditelaah khasnya mengenai makanan halal. Bagaimanapun, kulihat ada juga restoren di Itali yang menyediakan makanan halal. "Rasanya, kita kena bawa serunding Brahim juga," kata abah.

@@@@@@@@@@@@@@

24 Mac (Khamis)
Selesaikan cari hotel City Villa untuk abah dan mak. Brisdale mahal dan begitu jua Vistana di Jalan Pekeliling. Masa terbuang juga dalam proses pencarian hotel ini.

Malam ini terbuktilah sudah. Walaupun aku mengirim awal bahan sastera, namun halaman 16 tetap dirembat secara terhormat. Puisi dan cerpen terpaksa dicantas! Aku perlu buat revolusi. Revolusi! Sampai mati! 

Tajuk sastera kali ini ialah tentang Lat sebagai kartunis revolusioner.Aku juga kritik Najib, Rosmah yang lewat masuk Istana Budaya sampai pementasan muzikal Lat itu sedikit terlewat 15 minit. Huh!

@@@@@@@@@@@@@@

23 Mac (Rabu)
Sambil selesaikan masalah tayar motor pancit aku keliling PKNS untuk selesaikan masalah sedikit borang kaji selidik Kg Baru. Aku rasa, brader yang repair tv itu tahu kecenderunganku untuk bantah pengambilan tanah di Kg Baru ini. Nampak saja kelibat aku di kedainya, dia buat-buat tak nampak pulak.

Tapi, aku rodong buat tak reti saja. Akhirnya, aku minta dia jawab soal selidik itu. Petang ini aku ke UM dan di sana bertemu Eyna untuk serahkan borang soal selidik mengenai penduduk Kg Baru. 

Tiba-tiba, ditakdirkan bahawa Yusuf Jalli menegurku dalam hala perjalanan pulang ke SPKB. Kami berbual sebentar. Arif call menyatakan bahawa pertemuan revolusioner UM ditunda kepada Jumaat malam di Amjal.

Revolusioner bertembung di Istana Budaya!
Ke Istana Budaya, untuk hadir Malam Gala; Lat Kampung Boy sebuah Muzikal. Bertemu S M Zakir, Salleh Rahamad, Amiruddin Ali, Brader Naga, Raja Aminullah serta Pyanhabib. ITNM bagi tiket tayangan percuma.

Aku, Raja Aminullah dan Pyanhabib tak bangun saat Najib dan Rosmah tiba di dewan Istana Budaya. Depa ingat depa PM, bini PM, depa boleh mai lewat 15 minit. Hangin betul para revolusioner di sini.

Inilah masalah aku. Mudah sangat jatuh cinta bila tengok penari wanita Istana Budaya ini beraksi. Adakah aku perlu mengurat mereka atas alasan dakwah dan tarbiyyah? Aku perlu lakukan langkah revolusioner jua dalam urusan meluruskan semula landasan tanahair dan menyelesaikan semula masalah negara ini.

Currently have 0 comments: