Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Memoir Seorang Revolusioner

Monday, February 28, 2011 , Posted by nota untuk Syiah at 3:02 AM

22 Mac (Selasa)
selepas pekena nasi lemak Dang Wangi, ke TGV, KLCC tonton Hikayat Merong Mahawangsa. Tebus untuk dapatkan tiket filem percuma

Entah kenapa, aku rasa corak hidup Merong itu mirip aku yang berlayar untuk mencari sebuah negara baharu dengan kapal layarnya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

21 Mac (Isnin)

Simpan rahsia pun akhirnya orang tahu juga. Pakcik di Harakah bertanya, "Itu gambar apa?" Lalu, aku terpaksa keluarkan tiket filem Hikayat Merong Mahawangsa itu.

Di Rafiya, cik Pyan tanya tentang tiket tersebut. Lama-lama, Aidil pun tau termasuk Dr Notz. Aku harap nanti akan ada pawagam wayang pacak di pusat khidmat Titiwangsa yang menayangkan filem revolusi!


@@@@@@@@@@@@@@@@@

20 Mac (Ahad)
"Kita boleh masuk gereja," kata Bro Shah Kirit. Aku terpaku mendengarnya. Betul ker? Ini sah menarik! Biar gempak satu Malaysia dengan perkara ini. Kini, aku sudah pun jadi Alumni FCR.

Segala pengalaman yang kutimba dari madrasah ini kuharapkan dapatlah kugunakan untuk membuka Fakulti Perbandingan Agama SPKB, insya Allah Ta'ala.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

19 Mac (Sabtu)
Bermula ke bengkel IIS memulakan pengajian perbandingan Agama. Di sini aku berkenalan dengan Bro Shah Kirit dengan Bro Engku Fawzi. Banyak betul pengalaman dan ilmu yang kutimba.

Hari ini mula buka Bible dan Engku Fawzi bercerita mengenai beberapa ayat, verse tertentu dalam Bible yang telah pun berselisih antara satu sama lain. Hajatku nak letak Bhagavad Gita, Upanishad dan Bible di Pustaka Pena tentu terhalang kerana tidak mendapat sokongan ahli-ahlinya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@

18 Mac (Jumaat)
Dapat panggilan Imran, "Esok kita pi IIS, ada comparative religion..." Dia dapat jemputan itu daripada Facebook. Daku fikir, kalau dia jadi mai ke KL, bolehlah aku ajak dia pi tengok Hikayat Merong Mahawangsa.

Shahrun, juniorku di Maahad sms, "Abg Ali di Kg Baru ke hujung minggu ni?" Masih juga belum kujawab sms ini. Khuatir jika kesuntukan masa.

Wanto sms, "Syeikh, rasanya Alo kena tulis kembali kisah Anwar..."

Aku tak tahu nak komen apa. Dia la ni dok fikir nak guling Taib Mahmud ja la ni. Tapi, dah ada orang syor agar dia tulis kisah Anwar. Apakah yang diinginkan umat hari ini? Revolusi!?

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

17 Mac (Khamis)

Ke Kelana Jaya, tebus tiket Hikayat Merong Mahawangsa. Banyak Aku dapat dua tiket terus yang tak perlu kutebus macam tiket untuk filem-filem keluaran Fox. Ini bermaksud, daku boleh menonton HMM ini dua kali. Malam ini, terus berada di Harakah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

16 Mac (Rabu)
Ke rumah Alo di Ampang, berbincang hal mengenai hal rancangan penggulingan Taib Mahmud di Sarawak. Di sini, aku sudah ada tugasan baharu - buat buku! Urgh! Syor aku, nak kumpulkan penulis Sarawak berjiwa revolusioner terus ditendang dan ditolak tanpa bahas oleh Alo.

"Jadi, kalau nak tulis ni boleh kita bincangkan elaun," kata beliau. Nampaknya kalau dah ada bahannya, maka gerak kerja menulis fakta dan menyulamnya dengan bahasa kreatif, mungkin menjadi lebih mudah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

13 Mac (Ahad)
Bank-in cek honorarium. Bila duit dah masuk akaun nanti, aku terfikir nak beli DVD player dan tak perlu terhegeh-hegeh tonton movie di pawagam. Aku terfikir juga nak beli heater, pemanas untuk memasak lauk selepas duit sudah masuk di dalam akaun bank nanti.

Selesai kirim sajak ke Solusi, daku teringat kisah semalam The Poseidon Adventure benar-benar mengetuk damirku, betapa kisah Nabi Nuh ini agak menarik diungkap oleh insan Barat dalam karya dan novel mereka.

Mengenangkan hal ini, aku teringat kepada Amir Muhammad yang menghubungi beberapa hari ini. Tetapi aku tak jawab. Ini perangai dan tabiat buruk aku. Nampak nombor telefon misteri sikit, memang aku tak jawab.

Amir kemudian menghubungiku di FB. "Boleh hantar sinopsis dan dua bab yang terawal dulu..." katanya ketika mengulas mel-e aku berhubung karya revolusioner; Politik Jalan Sarikei.

Entahlah kenapa, dengan tiba-tiba aku terasa aku melamar gadis. Fikiranku diketuk selalu. Adakah ini ertinya, aku sudah sampai seruan. Ia hadir tiba-tiba. Kelahiran keponakan ketiga ini benar-benar menggugat rasa!

@@@@@@@@@@@@

12 Mac (Sabtu)
Ibah bersalin ikut pembedahan Caesarian. Ini bererti Hakim keponakanku itu sudah dapat adik lelaki yang dia akan bergaduh dengannya beberapa tahun lagi. He... he... he...

Dan, itu bererti Sarah ada dua sepupu lelaki. Dan, itu juga bererti abah dan mak sudah punya tiga cucu. Dan, aku sudah punya tiga keponakan!

Yeah! Tetapi, bagaimanakah nasibku nanti? Kalau aku mati, tanpa meninggalkan zuriat, siapakah yang mahu menyambung perjuangan revolusioner ini untuk menjatuh gulingkan Najib Razak dan NC UM nanti?

Jumpa Yus di Perpustakaan Negara Malaysia. Aku pinjam buku A Catholic Chuch Journey in Malaysia yang membincangkan gerakan mereka sejak 1511, sejak Melaka jatuh ditawan Portugis.

Juga meminjam The Propagation of Islam (Alijah Gordon). Banyak benar yang aku ketinggalan sekarang ini dalam pembacaan berat. Tiba-tiba ALO sms...

"Perlukan bantuan anta untuk edit bahan-bahan mengenai Taib Mahmud. Kita buat revolusi yang pertama di Sarawak!" katanya lewat sms tersebut.

Di Harakah berbincang tentang Taib Mahmud dan banyak perkara. Pertemuan ditamatkan di Rafiya. Antara hal penting yang dibincangkan ialah kemungkinan kami akan ke Sarawak.

"Kita kena jumpa juga pak menakan Taib Mahmud, Tun Abdul Rahman Yaakob," kataku. "Ana dengar, dia ada rumah di Ampang. Rumah dia tempat orang-orang belajar Al-Qur'an."

"Kena interview ipar bekas PM Britain tu, termasuk DJ Radio Free Sarawak berbangsa Iban tu," kata ALO lagi ketika memusatkan perhatian terhadap rancangan penggulingan Ketua Menteri Sarawak itu.

Aku cerita kisah pergolakan dalam Abim mengenai isu Pluralisme, tarekat. Agak memenatkan juga bagi anak muda yang mengikuti pertikaian orang-orang tua ini. Dan ALO pula bercerita tentang kenyataan presiden Pas yang menjadi masalah kepada PR nanti.

"Presiden kata, kita ni jangan percaya kepada bukan Islam, biar orang bukan Islam percaya kat kita tak pa," katanya. Adurgh! Padanlah ada gesaan untuk ditukar kepimpinan atasan segera.

@@@@@@@@@@@@

11 Mac

Yus tuntut janji, dia nak aku bawa dia ke Perpustakaan Negara Malaysia sebab dia tak pernah berkunjungan ke sana.Sebagai seorang revolusioner, aku tidak boleh lengah ketika ada suara yang kehausan ilmu pengetahuan meminta aku mengajarkan ilmu revolusi!

Rancangan itu bermula ketika Yus terlihat Syair Tantangan Singapura yang aku pinjam dari PNM. Teringatlah jua aku ke atas kebenaran kata-kata agamawan - dakwah bil hal (seruan dengan aksi tindakan) itu ternyata lebih ampuh dan sakti dibanding dakwah bil lisan (seruan dengan lidah).

Malam ini 'pederaih' DVD Skyline selepas tamatnya 'deadline'. Alangkah seronoknya hidupku kini. Yeah!

@@@@@@@@@@@@@@

10 Mac

Bob Lokman tak jadi datang Harakah, sakit katanya. Aku juga tak jadi hadir kuliah Prof Hazim di UM. Rugi juga.

Aku temui port baharu untuk menonton movie best - opis Jalan Sarikei! Horey! Selepas habis deadline, kutonton SALT dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Hantu Kak Limah kumasukkan dalam senarai filem revolt!

@@@@@@@@@@

9 Mac

Aku dapat tahu bahawa borang soal selidik itu ada kaitan dengan UM. Jika demikian, ada persekongkolan antara UM dan MAS, Kg Baru.

Abah call, bertanya aku jika aku mahu ke Italy. Dengan berat hati, kujawab, "Ya..."

@@@@@@@@@@@

8 Mac - Ke Pustaka Negara Malaya melihat Syair Tantangan Singapura, lalu aku meminjamnya. Molek dan suai sekali diangkat sebagai komponen sastera revolusi (Komsasrev 101).

Ia mengisahkan puisi protes dan syair revolusi Tuan Simi ketika Stamford Raffless sedang menjajah Singapura. Kedudukan Cina dan Keling turutlah juga menambat perhatian Tuan Simi yang jadi ramuan bantahannya itu.

Malam ini di pejabat Harakah, aku terbaca kiriman mel-e daripada pusat penerbitan Utusan. Pihak UPND kata kalau nak tulis buku kewartawanan pelajar boleh aturkan pertemuan dengan salah seorang perunding itu.

Aku diganggu syaitan secara halus!

Dua tiga hari ini, aku dapat merasakan hati dan jiwa batiniahku diganggu syaitan iblis yang mungkin beragama Nasrani, Kristian. Mungkinkah ini kesan daripada tayangan filem The Rite yang aku tonton baru-baru ini?

Pabila membaca surah-surah amalan ini, akhirnya perlahan-lahan kesan pengaruh gangguan ini hilang, tetapi ia datang semula ketika aku lalai dan sedikit terleka. Agaknya, aku sudah perlu ada guru rohani?

Aku dapat rasakan kesan-kesan selawat yang kuamalkan sejak dulu sangat berguna ketika berdepan dengan gangguan ini. Aku kena himpun semua selawat untuk merawat batinku yang banyak tercedera mutakhir ini.

Ia benar-benar mengalirkan getaran ketenangan yang sangat berbeza ketika ketika sedang berjuang melawan godaan-godaan syaitan yang kerap mendera kebatinan kita sendiri. Ya Tuhan, bantulah hamba!

@@@@@@@@@@@@

7 Mac - Hari ini, Dr Mahyuddin sudah balas kiriman mel-e aku. Tapi, dia kurang jelas, apakah aku sekadar mahu menulis kreatif tentang P Ramlee atau berkaitan penulisan ilmiah. Aku beritahu bahawa ini kajian ilmiah untuk keperluan master.

Malam - aku kaciwa yang amat sangat apabila menerima mel-e daripada seorang PENSYARAH AGAMA yang aku lihat seperti cuba mengelak daripada dikaitkan dengan Harakah.

"Kalau kamu mahu tahu tentang rebellion, sila ke pustaka. Satu perkara lagi, saya tidak mahu dikaitkan dengan Harakah," katanya lewat mel-e. Padanlah, Dr Ali Shari'ati tak harapkan agamawan untuk menerajui gelora kebangkitan umat ini.

Aku jadi berdendam dengan mereka ini, dan dendamku berdiri dengan asas yang teguh! Kenapakah mereka sembunyikan ilmu yang diamanahkan oleh Allah s.w.t dan kenapa mereka sembunyikan ilmu padahal baginda Rasulullah s.a.w meminta kita menyampaikan ilmu itu.

@@@@@@@@@@@@@@ 

280211 - Selesaikan masalah tayar motor pancit di Flat PKNS Kg Baru. Brader di bengkel motor itu turut mengulas kejadian nombor plat motorku yang patah, lalu dia bermadah di sini, hari ini...

"Kalau nak nombor plat motor yang kuat, gunakan plat besi yang mahal sikit, harganya RM12. Ini 'confirm' tak pecah lagi.

"Kalau nak yang murah, diperbuat daripada plastik, harganya macam biasa; RM8. Tapi 'still' plat boleh retak lagi," katanya menitipkan pesan nasihat.

Awan kenangan menjelma tiba. Asap berkemutih di atas batu jemala. Aku tiba-tiba teringat kisah Ben Ramli bahawa, sekali peristiwa, Prof Al-Attas, pernah membeli barang perabot Istac yang mahal-mahal, tetapi ia berkualiti, bermutu tinggi dan ia tahan serta kekal lama.

Namun, katanya, hal ini dituduh oleh pihak pentadbiran UIAM sebagai tindakan membazir kerana membeli perabot mahal tersebut.

"Kalau beli barang murah, mudah pecah dan kemudian kena selalu diganti. Jadi, kos semakin bertambah mahal kerana kita terpaksa membeli perabotnya berulangkali," kata rakanku itu.

Mengenangkan itu, aku membuat keputusan untuk mengikut 'sunnah' Prof Al-Attas untuk membeli plat motor yang mahal, diperbuat daripada besi! Besi maha besi!

LELAIN PERKARA

Petang ini, menyelesaikan hal 'draw' duit di CIMB, aktifkan akaun syarikat. Kuterima sms Utusan, "Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam."

Selesai mengirim CV ke SH, pihak HQ berkata semua hal ini boleh dilanjutkan pada e-kerjaya.

"Masukkan semua maklumat di situ," kata sang kerani. "Dan, encik tekan butang 'apply'."

Di FB, ad-Damanhuri Ben Yaakub bertanya, kalau-kalaulah tag medianya ada padaku.

"Aku tanggalkan sebab takut depa kenai aku wartawan," kata beliau. Aku berjanji akan cuba cari kalau-kalau ia ada padaku.

Ganyang, jatuhgulingkan Freemason di Malaysia, Singapura!

Menyemak dan mendengar semula maklumat hal Freemason malam tadi dengan kawan-kawan Facebook. Bertambah sikit cerita-cerita menarik untuk kupersembah kepada umat dalam rangka menjatuhgulingkan Najib Razak, Kak Ros Leila kelak!

Pagi ini, dihubungi rakan pembangkang Singapura. Mereka mungkin tiba petang ini. 24 Februari, selesai persempadanan semula di Singapura. Begitu, aku dimaklumkan pembangkang di negara republik pulau itu.

"Jadi, berkemungkinan besar pilihan raya di sini akan semakin dekat," kata mereka baru-baru ini. Padanlah, ada kenyataan di Bernama, menyatakan bahawa Muhyiddin dan Najib Razak akan turun padang menjelang Mac ini.

Adakah Freemason di Malaysia dan Singapura telah pun capai kesepakatan serta persetujuan bersama? Mungkinkah pilihan raya umum di Malaysia - Singapura akan hampir sama?

Tak ramai juga orang yang mahu membaca pesan-pesan Apco dan Freemason hari ini. Sungguh licik, bijak dan halus sekali mereka ini. Ini semua kelemahan umat Melayu sendiri. Asyik bercakaran sesama sendiri, tanah tergadai kepada bangsa asing dan lupa siapakah musuh mereka yang sebenar!

Satu hal lain yang menyebabkan Melayu sering ditindas ialah kerana ketakutan mereka sendiri. Kelmarin, aku ditegur oleh seorang lelaki yang meminta aku menulis komentar di blog Ali Rustam. Aku terfikir sendirian - kenapakah tidak beliau sendiri yang menulis komentar tersebut? Takutkah?

Dr Siddiq Fadzil ada sentuh juga hal ini dalam seminar Hotel Singgahsana tempoh hari darihal sajak W S Rendra mengenai Bapak Saija yang sudah mati ditindas penguasa.

"Rendra hidupkan semula watak Bapak Saija yang sudah mati itu untuk mengirim pesan buat mereka yang masih hidup iaitu ketakutannya sendiri telah menumbuhkan kekuatan kepada si penguasa," katanya dalam pidato yang sungguh lucu itu.

Ramai sungguh yang mengeluh diri mereka ditindas dengan keras oleh penguasa, tapi mereka suruh orang lain berjuang untuk mendapatkan hak mereka. Sungguh benar firman Tuhan itu, "Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya!"

Bukannya mereka lumpuh tangan untuk menulis di blog dan FB Najib Razak, bukannya mereka lumpuh berfikir untuk tag nama Najib Razak dan Kak Ros Leila. Tapi, sudah lumpuh jiwa kerana didera ketakutan mereka sendiri sejak sekian lama.

Melayu tidak akan boleh berubah dan tidak akan pergi ke mana-mana selagi mereka berperangai seperti Bani Israel dan Yahudi yang pentingkan diri sendiri. Mereka melontarkan rasa tidak puas hati terhadap kaum yang menindas mereka, tetapi pabila tibanya seruan wahyu untuk pergi berperang, lalu mereka berkata kepada nabi mereka sendiri...

"Pergilah kamu (nabi) berperang bersama Allah untuk lawan kaum tersebut, dan biarkanlah kami di sini," kata kaum yang tidak mengenang budi itu.

"Beraninya si bodoh dan cerdiknya si penakut belum menumbangkan kebuasan diktator dan koruptor. Kebenaran dan keadilan hanya terbela dalam genggaman tangan si pemberani yang cerdik bijaksana. Out to revolt! Revolusi! Sampai Mati!" Ali Shari'ati Fansuri, 1977 - 20.. {Memoir Seorang Revolusioner}" Ali Shari'ati Fansuri, 1977 - 20.. {Memoir Seorang Revolusioner}

Currently have 0 comments: