9 - 19 Feb, 2011
Ke Shah Alam. Di Karangkraf, 'tanam bom jangka revolusi'. Pergi UiTM, menubuhkan sekolah pemikiran Dataran Cendekiawan.
Di Padang Jawa, bersama Don F. Ada tiga isu berbangkit:-
(1) Wawancara Syiah di Gombak; (2) Kedudukan debat pluralisme Yusri dengan Anwar; (3) Cina Muslim yang berbincang dengan 'makhluk halus' di Masjid Negeri Shah Alam.
Bro Y ada keinginan 'mentarekatkan' Abim, tapi hal ini ditolak Dr Siddiq Fadzil. Ada 2 blok. Razali Nawawi, Siddiq Fadhil pro Anwar dan Bro Yusri dan kelompok serpihan lain dalam Muafakat.
Tentang Cina Muslim ini, aku syak di peringkat awal - mungkin dia sedang bersembang dengan Jin Islam di Masjid Negeri Shah Alam itu. Semoga aku dipertemukan dengan Cina Muslim yang aneh itu, ameen...
Balik ke KL, tonton filem Sini Ada Hantu di TGV, KLCC.
Maulid Nabi. SPKB berpendirian bahawa umat ini perlu dinyalakan selalu kecintaannya kepada nabi. Nabi ada 5 nama - Abu Qasim (panggilan orang Yahudi terhadapnya), Ahmad, Taha, Yaasin, Muhammad.
Yaasin juga adalah HATI al-Quran. Rasulullah s.a.w suka jika surah ini ada dalam HATI umat Islam. Mubaligh Islam terawal menyusun tarbiyah baru di Alam Melayu (baca Yaasin malam Jumaat) guna meresap kecintaan umat ke atas nabi. nota kuliah Fakulti Alam Melayu SPKB
Bertemu Hid di TV3, di Bandar Utama petang ini. Ada perbincangan mengenai Legal Contract. Ruang yang satu ini akan cuba aku manfaatkan untuk menukang bahtera revolusi untuk menggulingkan Najib dan isteri!
14 Feb (Isnin)
Valentine's Day. Tapi, aku isytiharkan bahawa inilah hari perang melawan kebatilan Rome oleh paderi St Valentine. Mungkin ramai yang marah.
Azli daripada Berita Harian call, menyatakan bahawa honorarium sudah masuk berhubungi puisiku di Berita Harian pada 6 Februari lalu. Dia minta alamat, nombor kad pengenalan dan juga nombor akaun Maybank. Phew! Aku ingat aku dah kena 'block' oleh Kak Sal...
Ct Norisa of DBP chat dengan aku di Facebook. Katanya, cerpen aku berkaitan kisah Champa itu terpilih untuk masuk dalam bulan Mac depan. Syukurlah alhamdulillah. Semangat untuk mengarang sambil mengguling Najib Razak dan Rosmah Mansor sudah pulih semula.
Subuh ini, anak qaryah baca Hizbul Bahri di Masjid Kg Baru. Perlu juga, aku gabungjalinkan ayat-ayat tertentu di dalam hizb ini di dalam beberapa aurad susunanku yang lain untuk Paris Hilton, Ali Landry, Brad Pitt dll.
Perlukah aku mendaki ke hujung puncak Gunung Jerai untuk sampai ke kem tentera itu? Mungkin ada laluan yang agak rahsia? Kalau tak ada, aku mesti cipta laluan rahsia aku sendiri untuk tiba ke 'istana rahsia' itu. Aku fikir, mungkin di sanalah tempat aku dihilangkan untuk beberapa ketika.
Syeikh Ahmad Majnun = Raja Majanu di Pengkalan Kempas?
Hari ni Nasha Khaw dedahkan maklumat baharu mengenai Raja Majanu yang terpahat di Pengkalan Kempas Negeri Sembilan. Namanya Syeikh Ahmad Majnun dipanggil orang purba sebagai Raja Majanu? Ini Sherlock
Fansuri Holmes punya tugasan nih! Rasanya, aku dah jadi macam Dr Robert Langdon dalam Da Vinci Code!
Kalau dia bukan Parameswara, mungkin dia Bendahara yang mengikut adatnya, Bendahara ini mestilah juga daripada jurai keturunan raja. Mungkin sebab itu dia digelar Raja (Raja Majanu)?
12 Feb (Sabtu)
Subuh ini, mereka baca Ratib Al-Haddad di Masjid Jamek Kg Baru. Pagi ini ke PJ, hadiri seminar pemikiran semula Melayu. Kalau bukan sebab Ustaz Siddiq Fadhil, jangan-jangan aku pun tak datang.
Bertemu Wanto dan Kak Som di PJ di sini. Aku nampak bahan kuliah Ust Siddiq boleh disebarluaskan untuk mnejadi bahan kuliah SPKB, Fakulti Alam Melayu, insya Allah Ta'ala...
Tamat program, aku ke BookXcess sekejap, bertemu biografi Paris Hilton. Aku terfikir Aurad Al-Fansuri itu, mungkin perlu dirangka untuk non-Muslim juga. Akhirnya, aku bertemu Wanto sekali di PWTC.
Di sana ramai pelajar Aspirasi berhimpun untuk makan malam bersama Najib. Yang sempat kulihat, bas UIA. Selepas itu, kami bergerak ke Kg Attap. Di sini, aku berkenalan dengan wartawan Millenia. Agak radikal dan mungkin sesuai diserapkan dalam Barisan Bertindak Revolusi Thawrah (Berisi).
11 Feb (Jumaat)
4:19 pagi, aku terjaga! Daku menangis teresak-esak dalam mimpi dinihari ini ketika termimpikan Al-Attas. Tidak kusangka cita-cita kelmarin jadi kenyataan. Jadi, masuk kali ini, dah kali ketiga aku termimpi Al-Attas.
Di dalam buku itu suara batinku berbisik, bahawa itulah surah Ibrahim. Entah sampai ayat ke berapa, tiba-tiba Al-Attas pun berkata dalam mimpiku, "Kaum wanita pun hamba-Nya juga. Jadi, kenapakah dihalang mereka untuk beramal kepada-Nya?" Aku tak faham sangat maksud dan pesannya yang samar-samar itu.
Di Masjid Jamek Kg Baru - aku temui ayat-ayat menarik dalam Surah Al-Kahfi dan Surah Ibrahim. Ada juga ayat-ayat yang boleh dimuatkan dalam susunan wiridku nanti yang kunamakan akan dia; Aurad Al-Fansuri.
Aurad dan azkar itu - mungkin menggabungkan Hizbul Bahri, Ratib Al-Attas, Ratib Al-Haddad, Al-Ma'thurat dan zikir dan wirid yang kutemui dalam Al-Quran dan hadis kelak, insya Allah Ta'ala... Ameen...
Hari ini betul-betul hati aku jadi semakin muktamad untuk mengirim surat kepada Al-Attas setelah menonton Tuesdays With Morrie. Aku terasa nak jadi perangai macam guruku T S Lanang yang mengirim surat panjang kepada Baha Zain. Tetapi, apakah alamat rumah Al-Attas itu kalau aku nak pos ke alamat rumahnya?
Mungkin Prof Wan ada alamat rumahnya? Moga aku boleh mendapat alamat rumah Al-Attas nanti. Ameen...
Malam. Hajat nak ke Rumah Pena malam ini batal. Imran ajak dan abang iparnya ajak makan Chinese Food di Setiawangsa. Hatiku berbalah, apakah aku perlu balik kampung memandangkan Imran nak balik malam ini. Akhirnya, aku memutuskan tak jadi balik sebab esok ada seminar di Hotel Singgahsana.
10 Feb (Khamis)
Aku baru sedar bahawa Tuesday With Morrie rupa-rupanya telah masuk dalam program televisyen. Aku rasa macam nak jumpa SMN Al-Attas. Lagi pun, aku memang pernah termimpi bertemu beliau dua kali! Mungkin aku kena utus surat kepada beliau juga terlebih dahulu?
Malam. Imran datang KL rupa-rupanya sejak 5 pagi tadi. Dia ajak aku makan di Hadralmaut di Ampang. Di situ terkeluar 'kata-kata hikmah' setelah kulihat kawasan Ampang itu bagaikan arah tujuan seumpama akhirat.
Apabila kita menuju ke suatu tempat kita kena perhatikan arah matlamat akhir tempat tujuan itu, maka baharu kita dapat mencari jalan dan laluan dengan lebih mudah. Di Saba Restoren Dataran Jelatek, Kinah join sekali.
Di Jelatek situ dekat dengan kem tentera - daku terfikir nak susun Aurad Al-Fansuri untuk tentera, juga usrah tentera dengan Fiqh Al-Jihad Dr Yusuf Al-Qaradawi. Bila sembang dengan Kinah, rupa-rupanya dia kerja sat di Istana Negara! Kalau ada can, mungkin aku boleh jumpa pegawai istana untuk bincang hal nak revolusi!
Bertemu Saif, Ruslan, kak Halilah dan Kak Ton di DBP. Aku berhajat menulis buku sketsa, anekdot (ungkapan Saif), 'cerkas' (cerpen ringkas, ungkapan Ruslan) mengikut format Di Benua Buta, Mana Sikana.







![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)

Currently have 0 comments: