Urusan pengiklanan, sms 014-3233287 @ mel-e ibnuamir@yahoo.com, subjek: Iklan Karya Fansuri
Latest News

Safar

Monday, January 17, 2011 , Posted by nota untuk Syiah at 2:37 AM


8 Feb
Aku terfikir mahu menjadi seperti Oskar Schindler dalam filem Schindler's List. Demi tujuan suci murni ini, perlukah aku mengurat seorang dua awek Yahudi Zionis di Israel untuk melunaskan agenda Fath Palestin.

Atau mungkin daku kena pergi bertapa di atas puncak Gunung Ledang untuk menukang semula Niwo - (New Islamic World Order) itu? Untuk membuka Palestin, dua pintu negara-Mesir dan Jordan perlu ditumbangkan!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

7 Feb
Rupanya, penggunaan leptop di sebuah restoren di Jalan Raja Abdullah, tempat yang aku suka lepak itu ada cajnya yang tersendiri. Kata kak yang cun tu, "RM2 sekali guna, sejam ke, kalau 4 jam pun RM2 juga..."

Selama ini, aku guna depa tak caj pun? Ker, mai tang dia saja yang menyebabkan diri ini dicaj kerana selalu lepak dan guna kemudahan elektrik dekat situ? Ah! Tak palah... RM2 pun RM2 lah!
Selepas menukang bahan di restoren itu, aku pergi Harakah. Jadi kecoh juga sikit sebab kuhantar bahan yang lain sedangkan ahlul grafik wal layout sudah pilih bahan yang lain. Mujurlah tiada coup d'etat ini malam!

Pertanyaan yang tidak perlu

Demi Allah, aku rasa menyesal pula marahkan Yus malam ini ketika mereka menukang Harakah. Kemarahan itu berpunca daripada pertanyaannya sendiri.

"Ali, awak ni tak takut ker tulis macam ni? Awak cakap pasal Najib, Tun Razak ada kisah gelap dan lain-lain lagi?" katanya. Terus naik darah aku lalu kusembur dengan kata-kata yang aku sendiri tidak suka.

Orang boleh tanya dan tegur aku tentang apa sahaja, dan daku boleh jawab tanpa marah-marah. Tapi, jangan tanya sama ada aku takut atau tidak terhadap Najib, Rosmah dan Ketua Polis Negara!

Tapi, tak apalah. Akhirnya, memasing sudah 'cool' dalam satu malam sahaja. Tak eloklah tegang lama-lama.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@



5 Feb
Ke UKM hari ini untuk bengkel kewartawanan pelajar di Masjid UKM. Baru aku sedar suatu perkara - betapa indahnya hidup ini jika disibukkan dengan menulis dan bukan sibuk dengan hadiri kuliah untuk mengajar.

Tetapi apa nak buat? Inilah nota kuliah Fakulti Sebaran Am, Jabatan Kewartawanan yang baru aku kuliahkan di Masjid UKM. Pagi ini barulah aku selesai hantar kertas cadangan kembara puisi Tg Pagar untuk wujudkan pasukan kumpulan intelektual Tg Pagar. Alhamdulillah!

Petang. Kuliah petang yang sungguh memberangsangkan. Aku terasa seperti pensyarah pula. Baru tahu cara memasang slide di bilik tajwid untuk beri penerangan mengenai 'falsafah' penulisan rencana.

Tapi 'kuliah' selama tiga jam itu sahaja tentu sahaja tidak memadai. Ia perlu disusuli dengan latihan-latihan. Hal inilah yang paling penting lagi terutama. Sah! Memang Gamis berhajat besar nak menukang akhbar sendiri.

Malam. Terjumpa Salehudin, junior lama di Maktab Mahmud di Masjid Al-Hasanah. Hala balik, Ms Foo dari Setapak minta tolong aku di Esso Serdang Raya. Hujan lebat menyebabkan keretanya rosak.

Aku berhenti di Esso itu pun kerana hujan sangat lebat. Dia guru piano. Menangis dia kerana diuji Tuhan satu musibah. Aku pulang setelah keretanya dibawa pulang oleh kereta pengangkut.

Dalam jalanan pulang, aku merenung dan memikirkan sesuatu - betapa indahnya menjadi Muslim yang hidup tenang walau ditimpa musibah dan malang bertandang berkali-kali dalam hidupku!

Wanita Cina yang baharu kukenali tadi, barangkali sengaja dikirimkan Tuhan untuk aku berfikir mengenai satu perkara - aku kena rumuskan sesuatu amalan latihan kerohanian untuk 'Insan Barat' persis Eat, Pray Love itu.

@@@@@@@@@@@

4 Feb
Malam ini, Kimi hadir di Kg Baru. Patutlah aku rasa berat nak ke Rumah Pena. Banyak sungguh cerita Dajal yang singgah di kepala. Tapi, yang paling gempar, kisah Imam Mahdi yang berbangsa Melayu dan dia sendiri tidak tahu yang dia itu Imam Mahdi. Aku rasa, nak kena buat novel mengenai hal-hal yang semacam ini. Agak menarik dan pasti meletup!

@@@@@@@@@@

30 Januari (Ahad)

Terjumpa balik catatan lama, Oleh-Oleh Dari Samarinda. Aku fikir bagus juga kalau-kalau boleh aku 'renovate' balik.

Aku terkejut apabila melihat betapa banyaknya anekdot yang boleh aku tuliskan. Juga, aku temui catatan lama berhubung kata-kata hikmah penyair yang cantik dan canggih-canggih.

Ia dah lama terenap dan terperam lama kerana aku tidak menukangnya setiap hari. Kalaulah aku peruntukkan jadual mengarang betul-betul. Dah boleh siap banyak perkara dah!

Malam ini, di Jalan Raja Abdullah, aku cuba hantar bahan-bahan dekat Reader's Digest. Juga, menukang lagi catatan lama di Samarinda. Semoga aku berjayalah hendaknya! Ameen...

@@@@@@@@@@

29 Januari (Sabtu)
Aku baru terfikir try hantar bahan dekat majalah, akhbar Inggeris. Mungkin ruang di sana lebih luas. Kalaulah asyik kena reject sahaja bahan-bahanku ini, alamatnya gelaplah masa depan. Aku cuba hantar Receipt Stories dulu walaupun bahasa Inggeris aku banyak yang tunggang-langgang.

Sebenarnya, banyak bahan boleh dijadikan buku. 99 Asmaul Husna pun boleh diangkat menjadi novel. Tapi, aku tak pandai nak olah plot kisah ni. Yang boleh kuolah dalam tempoh masani mungkin anekdot sahaja kot?

Dalam kepala bermacam-macam agenda memenuhi ruang kepala. Tapi oleh sebab tidak tersusun, maka daku pun kehilangan banyak catatan dan nota kenangan. Lepas ini, kena susun semula...

@@@@@@@@@@

28 Januari (Jumaat)


Dinihari ini menukang Politik Jalan Sarikei, hasil perbincangan dengan Cik Pyan, Dr Nots dan Yus. Aku terbaca banyak perkara di internet. Semua ini boleh kujalinkan sebagai anekdot Mana Sikana (Di Benua Buta) itu. Hari Jumaat adalah hari-hari bermunasabah.

Aku teringat balik syor lawak jenaka semalam berhubung Politik Jalan Sarikei. Mungkin gambar nama jalan itu perlu diambil terlebih dahulu untuk dijadikan muka depan novel anekdot?

@@@@@@@@@@

27 Januari (Khamis)
Selesai makan di nasi lemak Dang Wangi, aku terus bank-in balik duit abah dan mak di bank mereka masing-masing. Kemudian aku kembali di Jalan Pahang Barat untuk memburu deadline akhbar.

"Alo kata tunda bahan tu untuk minggu depan," kata Yus ketika kami borak-borak, minum-minum di Haslam malam ini. Hatiku merengus lagi. "Bahan Afandi Hassan masuk lagi..."

Kepada Cik Pyan, Dr Nots dan Yus, kuceritakan kisah Afandi yang disampaikan Sutung kepada anak-anak muda Pena sebelum ini. Kata Sutung, Afandi pernah hantar 12 cerpen untuk Dewan Sastera semasa dia jadi Editor Dewan Sastera dahulu. Afandi nak 12 cerpen itu masuk setiap bulan sepanjang tahun, kata Sutung.

"Dia cakap kat aku, kalau tak mau pakai, kau buang saja cerpen aku ni dalam tong sampah," kata Sutung lagi. "Jadi, aku pakai dua cerpen sahaja, yang lainnya aku buang dalam tong sampah."

Sutung meneruskan ceritanya lagi, "Ada dua orang yang tak suka karya mereka disunting; Afandi Hassan dan Syed Naquib Al-Attas. Jadi, suatu hari aku lihat cerpen Affandi tu ada perkataan Keling."

Sutung berkata, dia rasa susah hati sebab Afandi tentu tak suka dia buang kalimat Keling itu, tapi dalam masa yang sama, orang India akan pertikai tentang kepenggunaan kalimat Keling itu. Pendek kata, sampai terpaksa keluarkan surat, lalu ditukar kalimat Keling itu kepada perkataan 'Anak India'.

Demikianlah sulitnya mereka nak menangani karenah sasterawan ini. Semoga Tuhan melindungi aku daripada bersikap seperti mereka ini. Gara-gara artikel sasterawan ini, cerpen Pendekar Azizi tidak dapat masuk. Azizi pula dah salah anggap kat aku, seolah-olah aku tidak berminat nak siarkan cerpennya.

Ramai orang ingat aku dah 'bias' kepada AH sampai mereka tertanya-tanya kenapa kusiarkan artikelnya? Ini tentu sahaja meletihkan aku untuk menjawab setiap persoalan mereka.

"Aku rasa apa-apa yang Pak Afandi buat ke atas Sutung masa dia kendalikan DS dulu, maka itulah yang terjadi ke atas Alo sekarang ni. Dia serah banyak artikel sekali gus, kemudian 'paksa' keluarkan semua rencana-rencana beliau," kataku lagi kepada mereka.

Ini tidak adil. Ada lagi artikel Azizi Abdullah yang mengkritik penerbitan Jakim tidak dapat daku mahu siarkan gara-gara timbunan artikel Pak Afandi yang melampau-lampau banyaknya ini. Kang, tak pasal-pasal orang pun cakap lagi dan bertanya lagi bilakah artikel mereka nak disiarkan, asyik-asyik Afandi jer. Urgh!

Dalam hal ini, aku belajar daripada guruku T S Lanang, suatu perkara-utamakan orang lain, jangan masukkan karya kita sendiri. Aku pegang amanat dan wasiat ini. Cerpen dan puisi aku sendiri tidak pernah kutulis dalam Harakah. Aku tulis di tempat lain kerana nak beri ruang kepada orang lain berkarya.

Kalau pun ada, cuma artikelku yang satu itu sajalah. Itu pun, aku kecilkan sedikit ruangannya untuk beri ruang kepada orang lain untuk berkarya. Kesianlah dekat orang lain sama yang turut berjuang memburu ruang!

@@@@@@@@@@@@@@

26 Januari (Rabu)
Kubergegas ke BookXcess, khuatir dan bimbang jika Great Thinkers of the Western World dirembat orang lain. Betullah kata nabi, pasar adalah tempat yang paling buruk. Di sini, aku digoda syaitan. Ia menyuruh daku membeli buku yang tinggal cuma sebuah di rak Reference itu supaya orang lain tidak boleh membelinya lagi.

"Nanti, kau boleh tolak kepada Bung Marjan," goda si syaitan itu lagi. "Atau, kau boleh jual sendiri..."

Sebenarnya, memang aku ada hajat dan keinginan untuk beli. Tapi, memandangkan duit tidak cukup, maka tidak jadi aku beli. Barangkali, godaan itu akan berhasil jika aku ada duit tadi.

"Kalau tak ada duit, kau boleh sorok dulu," hasut si syaitan lagi dengan nada menggoda buat kali kedua. "Nanti bila kau dah ada duit, kau datang ambil balik kat tempat yang kau sorok itu."

Di sini, tetiba aku jadi keliru, adakah ini hasutan syaitan, atau naluri kapitalis yang masih menyala-nyala dalam diri ini yang masih teruna sunti? Aku mencari keuntungan ini adakah dari penganiayaan orang lain?

Alhamdulillah, godaan itu berjaya kutepis. Kemudian kurembat The Book of Origins. Aku menyedari bahawa buku ini pun bagus juga. Apabila kuamati, kudapati dan baharu aku sedar bahawa kebanyakan buku di rak Reference (Rujukan) inilah yang paling penting dan paling utama untuk aku baca.

Selesai bayar, aku tanya sama ada aku dapat baucer atau tidak kerana tulisanku di Receipt Stories dan tersiar di laman mereka itu. Dia kata, adakah aku dapat mel-e yang menyatakan cerita aku dah terpilih untuk disiar di resit pembeli. Oh! Rupanya hanya yang terpilih untuk disalin di resit sahaja yang berhak mendapat baucer.

Berjaya menonton The Song of Sparrow

Ke GSC Mid Valley, menonton The Song of Sparrow. Aku ternampak kelibat aweks Parsi kasta Hadhari di Mc Donald. Aku fikir mereka masuk pawagam sama dengan aku. Tekaanku silap. Rupanya, ada dua aweks Parsi dari UKM yang turut menonton filem yang sama.

Lepas tonton, aku mengayat depa bahawa aku nak buat ulasan filem dan aku butuhkan bantuan mereka orang Parsi untuk beri pandangan sama berhubung filem Majid Majidi itu. Dapat jugalah mel-e mereka. Mungkin ini sebagai langkah awal untuk buka perkampungan budaya di Parsi menjelang 2020, ameen...

Lepak di Burger King GSC, lalu kulihat babak drama pergaduhan antara seorang yang kuanggap samseng. Di sini kulihat betapa tercelanya sikap panas baran dan amarah lelaki 'Cina' itu. Hal inilah yang menyebabkan aku terfikir nak belajar Selempang Merah ni, sebagai langkah menyelamatkan diri sendiri.

Mengantuk banget, tapi kugagahkan jua ke nasi lemak Dang Wangi. Di Bank Islam sini, aku draw RM300 untuk bayar sewaan SPKB. Sempat kusemak akaun Maybank. Ah! Dah masuk duit hono Dom. Lut pun dah sms, menyatakan bahawa duit dah masuk. Mungkin dengan duit ini boleh kutebus tv di Flat PKNS Kg Baru?

@@@@@@@@@@@@@@

25 Januari (Selasa)
Abah dah kirim duit, petang ini aku dah bank-in dan aktifkan akaun bank syarikat. Semalam, Lut cakap Zakir dah bank-in dan Rahimidin cakap, cek itu dah pun keluar.

Fuh! Lega. Boleh bernafas panjang sikit walaupun semalam juga Naim sms di hp aku, "Kalau boleh, bayarlah sewa bilik sebelum 31 Februari." {Eh, bulan Februari ada sampai 31 ker?}

Aku periksa FB. Ikram DBP Utara kata beliau pernah baca Di Benua Buta Mana Sikana dan dia alu-alukan manuskrip aku seperti itu. Teja ada cakap dulu bahawa DBP Utara sedang menunggu mana-mana manuskrip.

Aku juga menyemak kiriman nota mel-e Teja daripada Al-Ameen tadi. Semalam, aku bertanya kepadanya mengenai perkembangan memoir abah. Dia kata di FB bahawa, memoir abah itu dia belum sempat baca lagi.

"Bagaimanapun, sila sms kalau nak bincang dan berjumpa di pejabat,"
kata Teja.

Imran call, kalau tak boleh bayar 'one-shot', bayar sikit-sikit dulu. Aku fikir nak tonton filem Sparrow, cerita Iran tu di Pavilion. Baru nampak kelas atasan, mazhab elit, aliran Syiah Hadhari dan kelihatanlah diri ini sebagai berkasta hadhari, kasta glokal, har... har... har...

Ny call, mengajak aku pi Book Excess. Aku kena jaga ringgit dan sen, dollar and cent, Rubel (Rusia) dan Shikel (Israel). Jadi, aku menolak permintaannya dengan du'a dan rasa hurmat menggunung di dada.

"Aku sedang menukang bahtera revolusi ni," kataku lewat FB. "Diri ini sungguh sibuk jua adanya..."

Apabila dia bertanya apakah aku mahu terjemah Uyun Akhbar Al-Reza, kitab Syiah dari Iran itu, langsung aku pun berfikir. Perlukah aku bermut'ah di Iran? Perlukah aku menorat aweks Tunisia demi menjayakan sebuah revolusi yang suci murni di Malaysia? (Ahem!)

Revolusi Tunisia ke Malaysia, perlukah kungorat aweks Tunisia dan kumut'ahkan gegadis Parsi?

Di FB dan Gmail chat, aku bersembang dengan Malek Kazdaghli, seorang rakanku dari Tunisia yang tiba-tiba menegurku di Kinokuniya, KLCC suatu ketika dahulu.

Di sini, aku tidak sangka bahawa keluhannya kepadaku dahulu terhadap Tunisia yang panas benar-benar menjadi kenyataan hari ini. Ombak tsunami rakyat melimpah tercurah dari empangan kata-kata. Lalu, mengalirlah revolusi demi keamanan dan perdamaian buat semua!

Kuharap, WartaKota dapat meluaskan pengaruhnya di Tunisia jua nantinya. Ketelaah lagi FB Malek dan kutemui gegadis Tunisia yang cantik-cantik juga.

Barangkali, untuk menjadikan kisah revolusi di Malaysia dan Tunisia ini bertambah menarik, maka perlu aku mengorat juga seorang dua atau dua tiga atau tiga empat orang aweks dari Tunisia?

Ah! Nanti aku istikharah dulu di Tanjung Tuan sana. Apakah aku perlu bermut'ah dulu di Iran untuk menjiwai semangat juang revolusi Iran, kemudian baru mengorat aweks Tunisia? Oh! Demi sungguhnya, berat bebanan penderitaan yang terpaksa kutanggung untuk membuat pilihan murni, hasrat suciku yang tulus-mulus ini. 

Gamis nak bikin suratkhabar sendiri?

Malam ini, sedang melepak-lepak sambil menukang cerpen di KFC Jalan Raja Laut, aku terima panggilan daripada Zahir PTS. Dia cakap Gamis nak buat suratkhabar. Wah! Sudah ada kakitangan rupa-rupanya WartaKota ini. Tuhan sudah buka jalan barangkali.

"Ana rasa berat nak bagi bengkel kepada Gamis ni," kata Zahir lagi. "Sebab kita pun tahu, bahawa ini bukannya bidang kita..."

Aku pun terus menyatakan persetujuan bersyarat, "Kalau boleh, enta bagitahu depa bahawa ini hanya pertemuan kecil bertukar-tukar fikiran sahaja. Ana jadi kekok kalau ramai sangat."

Aku teringat Microsoft Publisher, juga beberapa perkakasan lain yang boleh digunakan untuk menukang akhbar baharu tanpa permit. Ya, sekolah terbaik (seperti dalam filem Alangkah Lucunya Negeri Ini) adalah sekolah yang bebas. Ini negara bebas. Aku akan mendirikan hasrat murid-muridku bermodalkan hasrat dan fikiran yang mereka bangunkan sendiri.

@@@@@@@@@@@@@@@

24 Januari
Marsli N.O call, "Makin kecil tulisan kau sekarang ni?" Aku bertanya kenapa. Dia kata, "Tulisan Affandi dah masuk ni, siri ke-6 dah ni..."

Aku pun tak faham, apa yang berlaku. Sudah kunyatakan segalanya. Aku harap aku terlepas kalau-kalau Muhammad Haji Salleh nak saman. Jangan aku dibabitkan sekali sudahlah.

Kalau ada ruangan pun, aku nak budak-budak baharu berkarya di lapangan ini. Asyik-asyik muka lama juga. Sebenarnya, aku bukan anti orang lama. Sesekali tidak, jangan anda silap faham.

Aku sebenarnya peruntukkan 40 peratus untuk pengarang mapan dan lama, lalu selebihnya 60 peratus untuk suara orang muda. Ini era kita menuntut kemerdekaan sekali gus menukang zaman perubahan dalam negara!

Malam. Gunting rambut di Flat PKNS. Rupa-rupanya taukeh yang memperbaiki televisyen itu juga handal menggunting rambut. Sambil dia gunting rambut, aku menyiasat kalau-kalau dia Pekida. Tapi, dia menafikan.

Antara maklumat lain yang aku dapat. (1) 'Ayahanda' Pekida adalah pemilik Restoren Amir ikan bakar dekat pintu gerbang Kg Baru; (2) Taukeh tv ini juga ada kedai fotostat, jadi dia sudah ada tiga perusahaan...

"Kalau banyak fotostat, sekeping 4 sen," katanya menjawab pertanyaanku sambil menggunting rambutku.

Aku mula berangan nak guna khidmatnya bagi meluncurkan WartaKota versi cetak di Kg Baru. Jika berhasil, pengaruh kuasa media ini akan dikembangkan di tempat-tempat lain juga, insya Allah Ta'ala.

Pengaruh WartaKota ke Singapura dan Indonesia?

Lella Temasek call, dia mungkin turun jumpa aku sama ada minggu ini atau minggu depan. Aku fikir, pengaruh WartaKota harus dikembangkan juga ke UIAM dan Singapura. Mungkin ke Indonesia juga. Itu semua terjadi jika rancangan mengembangkan pengaruh WartaKota ini berjaya di Kg Baru ini.

Sang taukeh tv merangkap penggunting rambut itu turut menceritakan perihal kedudukan Melayu yang ramai nak jual tanah kepada kerajaan di bawah Najib Razak ini. Ramai yang bersetuju nak menjual sebenarnya. Hal ini tentu sahaja baik kujadikan berita utama WartaKota. Tapi, dari mana aku nak dapatkan wartawannya?

@@@@@@@@@@@@@@@

23 Januari

Ke Flat PKNS. TV berharga RM80 sudah terbang, dibeli orang lain. Di sini, mereka tawarkan RM200, jenama Philips. Malangnya aku dah bajet RM80. Bolehkah mereka jual tv yang aku nak? Urgh!

Minta kurang pun dia tak bagi. "Saya bagi remote control sekali ni bang, abang boleh angkut RM200..."

Jawab sms abah, memoir dia sudah aku serah kepada Penerbit Al-Ameen. Aku dapat rasakan yang dia rasa seronok mendengar khabar perkembangan itu. Alhamdulillah, kunci pejabat abah yang aku terbawa ke KL itu sudah sampai ke rumahnya. Dah terlepas satu bebanan kehidupan. Phew!

@@@@@@@@@@@

22 Januari
Subuh pagi ini hatiku digerakkan ke Masjid Jamek Kg Baru. Alhamdulilah rupanya ada Ratib Al-Attas. Maka, aku isytiharkan selepas ratib; kelima-lima wilayah Selatan Thai, selatan Filipina ada MERDEKA!

@@@@@@@@@@

19 Januari
Di TGV Capsquare, aku dapat tahu bahawa harga tiket dijual RM13. Aku cuba di TGV KLCC, harganya tetap sama. Aku tanya kenapa? Lalu, penjual tiket di kaunter itu berkata, "Esok cuti Thaipusam. Jadi, malam ini jual mahal sikit laa..." Hatiku berdesis, "Urgh!"

Aku ingat Rabu ni depa jual murah sikit, biasanya RM8 di TGV KLCC dan RM7 di TGV Capsquare. Tapi, Thaipusam punya pasal, depa 'rembat' sama saja dan bantai 'kaw-kaw' duit umat sengkek seperti diri ini. PR yang mendengungkan konsep Negara Berkebajikan perlu melindungi hak-hak penonton filem seperti diri ini.

Malam ini, hatiku digerakkan ke kedai di bawah Flat PKNS untuk mengambil semula tv aku yang rosak. Maka, inilah catatan anekdot berhubung riwayat tv aku itu... (isk, isk, isk)

Balada Burhan Yang TVnya rusak (Sabuah anekdot)

Syahadan, pada 22 Disember, 2010, aku tinggalkan tv ku di Flat PKNS Kg Baru. Malam ini, 19 Januari, 2011. Kulihat tv itu pecah dadanya dan kepalanya kerana dihempap oleh tv milik orang lain di atasnya. Menurut taukeh kedai, "Asalnya sudah siap, tapi kemudiannya terjatuh."

Entah dia menipu atau berkata benar, hal itu tidak aku ketahui. Lalu sang taukeh tawarkan tv lain pula dengan harga RM80. TV aku yang asal itu aku beli dengan harga RM150 daripada Pak Lan ketika aku bernaung di rumahnya sepanjang tempoh aku bekerja di Siasah sejak 2005. Sungguh sayang. Tv itu ada kesan dan nilai sentimental dan nostalgia yang sungguh tinggi dan tidak ternilai. Aku hidup bersamanya ketika aku susah.

Aku membeli tv itu dengan gaji pertamaku yang pertama ku dapat; RM800 lebih kurang. Daku teringat babak Fahry (Ayat-Ayat Cinta) memarahi isterinya yang menukar PC yang rosak kerana virus itu dengan laptop yang baharu. Lalu Fahry marah kerana PC itu ada kenangan saat hidup susahnya.

(Err..akulah Fahry itu. Tapi bezanya, diri ini masih belum punya dua isteri...ahem!)..TAMAT Anekdot.


Di Flat PKNS ini, berhampiran dengan sebuah restoren makanan Barat; Steak. Daku pekena teh di sini, dan terkena RM3. Urgh! Silap besar minum kat sini. Tapi, berbaloi juga kerana berhasil menyiapkan dua buah puisi; 'Falsafah Tempoyak' dan puisi mengenai tv aku yang tercinta itu.

@@@@@@@@@@@@@@

18 Januari
Baru dapat cek agak lumayan. Fuh! Lega, tapi ini semua akan lesap cepat juga. Susahnya nak mengarang cerpen hari ni. Tapi, puisi sudah kuhantar.

Hujan lebat di Kg Baru sungguh menyulitkan gerakan. Si Liza, penaip aku sudah balik ke Terengganu. Katanya, Ahad depan barulah semua transcrip itu siap. Rakaman forum Dom pun aku tengah cari. Itu modal awal untuk mengarang buku.


Akhirnya boleh juga aku bank-in cek di Bank Islam Dang Wangi. Namun, suatu hal yang membuatku terkejut
biawak adalah - nasi lemak Dang Wangi dah naik 10 sen! Astaga! Jadi, hari ini, 3 bungkus bererti RM3.90!

Selalunya, aku beli 3 bungkus - RM3.60 (sebungkus RM1.20). Singgah di sebuah restoren dekat Jalan Sultan Sulaiman, aku buat Perisytiharan Dang Wangi - "Menukang Sulalatur Rosmah - jatuhkan Najib Razak!"

Di restoren itu selepas pekena teh panas, aku berguru dengan Khalil Gibran (Bagi Sahabatku yang Tertindas). Sedap betul ayat, langgam bahasa yang Gibran ni gunakan. Aku fikir boleh aku meniru corak dan gayanya.

Aku berpindah selepas seorang lelaki mengaku sakit Aids meminta sedekah daripadaku. Di KFC Jalan Raja Laut ingat boleh menaip. Sejuk banget! Jadi, aku belah. Tak jadi baca Khalil Gibran buat kali kedua.

#########################

17 Januari
Baru selesai hantar kunci kat abah di pejabat pos dengan Pos Ekspres. Aku terima sms daripada Ustaz Azizi, "Sdr Ahmad Lutfi, dengan ini saya menarik balik hak menyiar cerpen Pendekar untuk Harakah setelah ianya tidak layak bagi editor tuan. Maaf..."

Aku sudah beri penjelasan mengenai hal ini di FB tadi. Kuceritakan permasalahan yang berlaku kerana kuasa yang memutuskan kemasukan bahan sastera baru-baru ini ditarik sebegitu mudah, padahal cerpen beliau telah masuk dalam giliran untuk siaran.

Mutakhir ini, perkembangan mengenai Interlok menjadi buah mulut perdebatan ramai orang. Aku tidak masuk bahan-bahan polemik lama sastera seperti pergeseran antara Affandi Hassan dan Muhammad Haji Salleh ini.

Susah juga macam ni. Sejak di Pulau Pangkor, ramailah yang dok tanya kenapa aku siarkan Affandi Hassan. Depa tak tahu apa-apa. Harakah dan Pas ni manalah tahu sangat hal kebudayaan dan kesusasteraan.

Aku dok sorang-sorang ja menukang bahan ini semua. Dengan harapan, ia menjadi sandaran bukti bahawa saham Pas dan Harakah itu ada dalam usaha mempertingkat bidang kesusasteraan nanti.

Betul kata hukama' - Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran. Aku bukanlah ahli dalam kesusasteraan tapi setidak-tidaknya tahu lebih sedikit daripada mereka. Dan, cakap-cakap ini (aku lebih tahu dari mereka ini) sifar daripada kesombongan. Harap faham.

Aduhai, tak pasai-pasai sahaja ustaz Azizi dah tak suka dengan aku. Apa nak buat. Apabila suara tidak boleh kita letupkan di meja rundingan, maka di Facebook dan blog juga yang akan tersebar.

@@@@@@@@@@

16 Januari
Baru selesai forum DOM di Rumah Pena. Terjadi pergeseran seperti biasa antara 'angry young man', khasnya Poh, kemudian Mesin Cetak dan Arif. Saling silang pertikaian ini akhirnya berombak menjadi sedikit ganas.

"Apakah jaminan bahawa sekolah satu aliran ini akan menyatukan semua?" tanya Mesin Cetak. Lalu, ombak yang asalnya beralun lembut itu mula bergelora. Mujurlah ombak dan badai pertikaian itu akhirnya telah didamaikan oleh pemudahcara, Arif Mohamad.

"Tak pa, segala persoalan yang anda bangkitkan ini, biar ahli panel yang menjelaskannya," katanya.

Lalu, aku berkata, di dunia ini kita sukar dan sulit mencapai Utopia, sebuah keadaan di mana segalanya serba sempurna. Segala perbincangan dan debat ini tidak boleh dijawab dalam satu masa. Kita kena banyak sabar.

"Maka, dalam tempoh yang sama, anda boleh baca Buku Jingga PR, Buku Biru BN untuk membuat pilihan yang terbaik," kataku. Motif aku - kalau tak senang dengan sekolah satu aliran Najib, maka dengan kuasa undi kita buat pilihan. Sosialis perlu berjuang keras atau membuat revolusi demi mencapai cita-cita menubuhkan negara Sosialis di sini.

Kemudian, kalau kuasa yang kita pilih, yang kita bai'ah, yang kita undi itu menjadi korup, maka kita berhaklah juga memilih mana-mana pihak lagi yang kita fikir terbaik. Dan, itulah proses ulangan yang sentiasa berlaku sehingga dunia ini kiamat.

"Perang-perang akan berlaku secara berterusan di dunia ini kerana ahli syurga dan ahli neraka berkumpul di dunia," demikianlah kataku. Sama ada mereka faham atau tidak, tak tahulah aku.

"Sebab itu, di akhirat, kita dipisahkan dan perang-perang sudah tidak wujud lagi. Di sana tiada lagi perbahasan mengenai kehakiman, ekonomi, iktisad, pendidikan seperti di dunia ini kerana yang ada cuma perbahasan mengenai kehakiman Tuhan," demikian aku berkhutbah lagi

Aku menyesal kerana rakamanku rupa-rupanya tak berhasil. Tersilap tekan punat lain, jadi rakaman itu tidak dirakam dengan menggunakan alat perakam suaraku itu. Kalau boleh dirakam, boleh jawab secara bertulis.

Petang ini, hujan renyai-renyai. Dengan kedinginan membalut tubuh, aku bingkas ke Starbuck, KL Sentral menghadiri perbincangan borak buku bersama SM Zakir. Sama juga, ketika rakam tadi, ucapan Zakir tak ada rupa-rupanya. Ish, silap tekan kat mana ha?

Apa-apa pun, novel Taras Boulba (Nikolas Gogol) ini sedang berada dalam senarai buku Pustaka SPKB.

Petang itu ditamatkan dengan perbincangan tentang idea acara deklamasi puisi ke KTMB Tg Pagar bersama Hazwani Becca, Hani Salwah dan rakan-rakan MPR mereka yang lain.

Syukurlah Tuhan, doaku dan hajatku telah diaminkan oleh para malaikat di langit tertinggi. Tuhan mengirimkan kepadaku anak-anak muda yang cekal dan berminat untuk (secara tersirat) menakluk, meluaskan cawangan, cabangan pemerintahan dan pentadbiran Nusantara Baharu di KTMB Tg Pagar, Singapura.

Currently have 0 comments: